Tinggal kurang dari 10 kekosongan utk PhotoCamp 4

VIDEO DARI PHOTOCAMP 2 – TERKINI

Yang berminat. PhotoCamp 4 masih ada sedikit kekosongan lagi. Layari WEBSITE PHOTOCAMP <—- Click Sini untuk keterangan lebih lanjut. Video canggih dan bertenaga ini di bikin oleh CST PRODUCTION (En. Rosli), Videographer Rasmi PhotoCamp. Untuk pengetahuan, CST production tiada kene mengena dengan CS. Kami…hanya kawan.

.

VIDEO DARI PHOTOCAMP 1 – DAHULU

.

DAN INI HASIL DARI PHOTOCAMP 2 – BEGINNER PADA HARI PERTAMA DAN INI LAH HASIL YANG DIKUTIP SEPANJANG 3 HARI 2 MALAM

.

.

RUANGAN PEMBACA BLOG

Dari Shah Sidi
Dari Shah Sidi

Abd Shahid post dari tempat kerjanya di Perth, Australia. Tq banyak-banyak Orang PErth! SN love ewe!
Abd Shahid post dari tempat kerjanya di Perth, Australia. Tq banyak-banyak Orang PErth! SN love ewe!

TQ Liyana Naznim yang susah payah jer. I love it :D
TQ Liyana Naznim yang susah payah jer. I love it 😀

Malam ini kita kerja OVERTYMMEEE!!

Malam ni antara malam-malam terakhir gotong royong untuk membersihkan segala backlog yang disebabkan oleh pengurusan kerja yang kurang sistematik. Walaubagaimanapun, sistem telah diperbaiki dengan pengenalan CMS (Client Management System) ciptaan Datuk Ir. Tarmizi Dugem, seorang pereka program handalan dari Chenai India (beliau dapat Datuk macam Shahrukhan juga).

Dah lama tak rasa macam close to each other. Saya rasa program kerja gotong royong ni lebih merapatkan semua photographer-photographer CS dan designer-designernya berbanding dengan program percutian di Bali awal tahun ni. Tapi InsyaAllah, saya tengah reccee Kapal-kapal layar untuk disewa untuk percutian tahun depan. Mungkin, buat album sambil belayar di laut Andaman.

Ini adalah video dari camera phone Udey. Kadang-kadang bila otak dah stuck, daya mental sudah menyerah kepada daya fizikal, perlu ada break macam ni jugak. Ini lah yang best di CandidSyndrome, orang datang dan pergi tetapi muka-muka lama masih lagi jadi tiang-tiang menonggak tegak berdirinya CandidSyndrome melalui apa-apa cabaran yang mendatang.

Saya berdoa kepada Allah untuk memandaikan saya dan Ahli-ahli CandidSyndrome. Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan itu lalu diberikannya kami “Masalah” untuk diselesaikan. Supaya apabila selesai, darjat ilmu kita bertambah lagi.

Semua di CandidSyndrome bertungkus lumus termasuklah Datuk Ir. Tarmizi Dugem, Tok Bilal Mukhriz Latif, Tok Mudim Mas Jibek, Mas Dinie Masjuki dari Kabupaten Banyuwangi yang datang berenang dan menyelam sambil buat album, Azizi Jambu Justin, Penghulu Dublin…Udey Ismail (ADUN Pendang) dan juga saya sendiri. InsyaAllah, masalah yang melanda CS akan dapat diatasi dengan kerjasama yang hebat dari semua ahlinya.  Di sini, bukan masalah bayaran yang jadi pokok utama, tapi semangat berpasukan yang saya rasa belum pernah saya lihat sehebat begini.

Berikut saya sertakan beberapa gambar dari blog-blog mereka…

8.00 pm
8.00 pm
8.45 pm - Sindrom kejutan kerja peringkat 1. Datuk Ir. Tarm Dugem
8.45 pm - Sindrom kejutan kerja peringkat 1. Datuk Ir. Tarm Dugem
12.30 am - Tarm pun gugur (buat sementara) kemudian beliau sambung kerja semula
12.30 am - Tarm pun gugur (buat sementara) kemudian beliau sambung kerja semula
3.00 am
3.00 am
3.45 am
3.45 am - Udey Dublin dgn album-albumnya
4.00 am - Kecundang sebentar dan kemudian bangkit semula meneruskan gotong royong
4.00 am - Kecundang sebentar dan kemudian bangkit semula meneruskan gotong royong
5.00 am - Kecundang semula. Dari kiri YB Udey Dublin, Tok Bilal Mukhriz dan Datuk Ir. Tarmizi Dugem

.

Apa pun yang berlaku, saya perlu bagi tabik spring kepada semua team CS yang sanggup mengenepikan soal peribadi untuk sama-sama memperbaiki CandidSyndrome supaya akan terus unggul pada masa mendatang. Harap-harap semuanya akan terus konsisten dengan semangat sebegini supaya CandidSyndrome akan terus melangkaui garis nasional dan benua. Kita buktikan…Panglima Awang (Melayu) bukanlah seorang kelasi kapal cap ayam tetapi Kapten armada bahtera berdagang mengelilingi dunia. Kita pun boleh…!

.

.

RUANGAN SALAM PEMBACA BLOG

Dari Haminar Rashid - Thanks a lot ;)
Dari Haminar Rashid - Thanks a lot 😉
Muhamad Hilmi Muda dari UTM JB. Antar gambar bersama saya semasa sesi TT minggu lepas.
Muhamad Hilmi Muda dari UTM JB. Antar gambar bersama saya semasa sesi TT minggu lepas.

.

More to come after this, kena upload 1 by 1. Terima kasih kepada yang menghantar MMS dan juga email kepada saya. Kepada yang belum boleh juga capai telefon anda dan tak semestinya takleh letak muka. Saya lagi suka kalau ada muka nanti bila-bila jumpa boleh say “HI”. Thanks a lot atas sokongan anda. Kerana itu saya masih berada di sini.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

Back from JB

Alang-alang dah sampai di JB, kalau tak dapat restu dari Tok Penghulu Johor Bahru dan wilayah jajahannya nanti bangun pagi kepala dah kena kapak. Jadi buatlah TT sambil-sambil tu. Alhamdulillah, kehadiran dalam 30 orang masa tu.
Alang-alang dah sampai di JB, kalau tak dapat restu dari Tok Penghulu Johor Bahru dan wilayah jajahannya nanti bangun pagi kepala dah kena kapak. Jadi buatlah TT sambil-sambil tu. Alhamdulillah, kehadiran dalam 30 orang masa tu.Tak sangka pulak.
.
Dah 4 hari 3 malam berada di JB untuk satu wedding. Saya merasalah jalan-jalan kat JB sikit. Kepala teringat kerja-kerja yang sangat berlonggok di office tapi tak boleh nak bawak ke hotel pulak. Kali ni pun, Orked buat kali pertamanya dapat melihat Singapura (lihat dari tingkap hotel kami lah hehehe…dekat Pantai Lido). Jadual wedding memang padat sepanjang di Johor Bahru. Terpaksa menghampakan jemputan seorang pengantin bernama Huda yang menjemput saya untuk datang makan nasi minyak mereka kat JB juga. Apa nak baut, terikat dengan jadual kerja. Sempat pulak menyinggah kat City Square sambil2 curi line Timezone kat Starbucks dan mula dapat email-email dari pembaca blog saya ni yang ingatkan saya ada masalah hehehe…
.
Sebenarnya, tidak ada apa-apa masalah pun. Cuma saya nakkan participation sikit untuk memeriahkan blog saya sambil-sambil lah. Gunakan henfon anda atau camera anda dan ambil gambar dengan menggunakan kreativiti anda. Oke lah…guide dia mesti ada perkara-perkara berikut dalam gambar anda
  1. Ada website saya / nama / alamat blog / atau apa2 yang berkaitan dgn saya
  2. Anda (Jari anda, nama anda, muka anda dan kawan-kawan anda, semua housemates anda dan apa-apa yang respresent anda secara langsung atau tidak langsung)
Simple jer kan? Alhamdulillah….hehhehe, hari Ahad saya tengok mailbox dah ada dekat 30 email yang hantar gambar. Ada yang hantar gambar muka sendiri, hantar gambar anak, quotes dan ada yang buat graphic photoshop tetapi malangnya, (saya harap jgn kecik hati) tapi elemen di atas tak ada dalam gambar jadi nanti orang ingat saya upload gamabr gefren atau kalau yg laki-laki nanti orang ingat saya geboi pulak. Kalau ambik screenshots website jer nanti orang cakap saya buat sendirik pulak. Hhehehe…apapun, sangat terharu atas anda semua.
.
MARI BERMAIN CAMERA PHONE ANDA
.
Okelah, sekarang…kita ambik balik henfon anda dan ambik gambar macam kat bawah ni dan saya masukkan dalam blog saya untuk memeriahkan suasana. Kepada pembaca di UK, Eire, Germany, Japan and other places…do send me email at saifulnang@candidsyndrome.com atau kat yang malas nak email boleh MMS saya ke 0133977715. Pun boleh jugak…tapi mesti ada 2 benda kat atas tu kay 😉
.
Dari Norazlina Ahmad Tabrani yang diambil semasa bekerja shif malam katanya.
Pembaca 1 - Dari Norazlina Ahmad Tabrani yang diambil semasa bekerja shif malam katanya.

.

Gunakan kreativiti anda semua. Sebenarnya saya dah blogging dah 4 tahun dah. Sepanjang blogging ni ada up and down jugak. Saya masih lagi kat sini pasal ada orang-orang yang masih membaca. Kalau saya menulis jer syok sendiri tapi tengok statistik ada 3 orang jer yang baca saya pun malas nak tulis. Dah tentu kalau 3 orang tu, 1 ialah saya sendiri, lagi 1 my wife dan lagi satu tu….saya tengok balik utk kali kedua untuk hari yang sama hehehe.

Kerjaya saya pun saya bina atas sokongan anda semua. Jadi saya rasa perlu juga saya perlihatkan anda semua dalam blog saya sebagai penghargaan tak terhingga saya kepada anda semua. Ye lah, kalau buat open house pun bukan semua boleh datang kan.

Looking for more faces to make this blog more vibrant 😉

Enjoice!

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

Siapa baca blog ni angkat tangan?

Salah satu kiriman seorang bekas pelanggan CS yang di ambil semasa Honeymoonnya.

.

Tiap-tiap hari bila saya rasa gundah, saya menulis. Tiap kali saya menulis, anda membaca. Apabila anda membaca saya seronok. Bagaimana saya tahu anda membaca, kerana saya tengok statistik. Apabila saya tengok statistik, saya nampak seribu lebih sehari yang datang menjengah. Bila saya tengok nama-nama negara yang melayari blog saya, saya nampak Malaysia, Brunei, UK, Germany, USA, Australia dan banyak tempat lain.

TAPI….

Saya tak tahu pun siapa anda? saya rasa SUNYI dalam riuh rendah dan hiruk pikuk blog saya ni. Dalam komen, kurang juga yang menegur.

Apa kata kalau anda ambik telefon anda (handphone, iphone,public phone yang ada camera, ataupun web cam anda), anda snap lah 1 gambar macam di atas ini atau apa2 cara yang ikut kreatif anda kepada saya saifulnang@candidsyndrome.com

Kemudian saya akan online kan anda dalam thread-thread saya yang seterusnya. Tak ada tarikh tutup, tetapi sekurang-kurangnya semasa saya bersedih ni, saya boleh lah nampak siapa yang sering memerhatikan saya melalui blog ni. Blog ini adalah catatan kehidupan realiti saya. Kita dah ada 1 gambar di atas…contoh untuk yang malu nak tunjuk muka boleh jugak pakai kaki anda 😉

Sekurang2nya…anda akan buat saya gembira dan terus berkarya sambil tersenyum hehehe.

.

.………………………………………..………………………..………………………..………………………..………………………..…………

PENGUMUMAN KEPADA PEMINAT GAMBAR WEDDING SN

Oleh kerana semenjak bulan puasa hingga (dijadualkan) minggu depan kami sedang mengalami sedikit reformasi dalam sistem pejabat, studio dan jurugambar bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pada masa-masa akan datang, gambar-gambar wedding yang di ambil sejak bulan August 2008 masih belum dipaparkan di dalam blog ini. Ini bagi memberi laluan kepada program peningkatan kualiti perkhidmatan yang sedang cergas dijalankan sekarang selama 15 jam sehari di CandidSyndrome dan juga program-program yang telah dirancangkan 6-18 bulan sebelum ini. Pelancaran PhotoMama juga telah ditangguhkan ke penghujung Desember dan Projek MEGA “Malaysia Institute of Professional Photographer” akan di fizikalkan pada awal 2010.

Kepada pelanggan kami yang budiman, kesabaran dan sokongan anda kepada kami sangat-sangat kami hargai.

Teruk sangatkah Melayu?

Melayu 1 bangsa hebat. Kenapa dia hebat? Kerana kita memang darah pahlawan, kita memang survival dalah hidup. Mat Saleh rasa dia hebat kerana dia ada teknologi, ataupun kerana kita terlalu merendah diri. Siapa yang cipta irama “RAP”? Orang bercakap-cakap dalam nada berbual dalam sebuah lagu??

Vanilla Ice kah? SM Salim kah?

Tapi kita lebih cenderung fikir, orang kita tiru mereka. Jarang yang kita buka mata yang mereka tiru saya. Sebelum jadi photographer macam sekarang, saya banyak influence wedding mat saleh. Lama-lama saya akur yang perbezaan budaya dan tempat membataskan untuk mendapat shot-shot seperti mereka. Dalam diam, ada juga mat saleh sampai email saya mengatakan admire dia terhadap gambar yang saya shoot. Kerena beliau kata, tempat kita cantik.

Cantik kah? Kerana bila kita lahir di dalam taman bunga, kita nampak gurun sahara sangat cantik. Bila kita lahir di gurun sahara, kita nampak taman bunga sangat cantik. Jadi, cantik itu subjektif. Soalnya, kalau saya buat sesuatu yang baru, dan ada mat saleh tiru stail gambar tu….biasanya ini lah yang berlaku…

SAYA TIRU MAT SALEH

Mengapa tak difikirkan sebaliknya? Mengapa tak difikirkan bahawa, Mat Saleh tiru saya? seperti SM Salim menyanyi yang kemudian ditukar rentak sikit dan konsep dikekalkan…orang SENYAP sahaja kan? Kerana tak percaya, orang Melayu boleh buat “TREND” antarabangsa kan? Betul tak?

Kenapa kita lemah? Kerana kita rasa orang lain semua kuat.

.

.

DOL & MINAH NAK KAHWIN DAH KELUAR DI SINGAPURA

Gambar crew Aaron Aziz Production (Malaysia & Singapura) bersama crew dan tenagakerja CandidSyndrome Malaysia bergambar di Whiteroom CandidSyndrome, KL.

Dah keluar dah semalam di channel 12 (Suria) TV Singapura semalam (menurut Pak Mat yang juga orang Singapura yang meminati fotografi). Kepada si cantik-cantik kat dalam gambar tu…hehehe, mane janji kata nak antar clip tu ehehhe. Maklumlah, dah cuba pasang TV ariel 50 kaki pun tak dapat lagi channel Singapura kat sini. Jadi kerana Jabatan Penerbangan Awam dan sound untuk turunkan antena 50kaki tu, jadi saya nak kan clip tu huahahauahauhau…haruuu tak dapat nengok lagik ni. Kalau dah habis season ataupun kalau dah settle nanti kasik lah masuk youtube ke, nak jugak lah masuk dalam blog ni hehehe.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

Antara peminat ribuan orang dan seteru 10 orang. Riuh lagi yang 10 orang

Pernah tak anda fikir, makin anda terkenal anda secara langsung mengorak lebih kejayaan, lebih rezeki, lebih pendapatan, lebih kenalan, lebih peminat dan juga lebih banyak musuh.2 tahun lepas semasa saya mengorak langkah naik dalam industri fotografi ni, saya dah mula mendapat tentangan ramai pihak yang lebih mesra dikenali sebagai “Tanpanama” (kerana mereka mengomen di blog/fotopage tanpa tinggalkan nama dan email utk dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut). kebanyakannya bukan komen pun, tetapi lebih kepada serangan peribadi. Seorang rakan saya yang kini dah jadi wedding photographer juga bertanya…

“Apa ko buat banyak sangat musuh ko?, ubah lah perangai ko tu”  – kawan

Ok, saya cuba perbaiki mana yang patut. Menerima teguran dengan positif walaupun pahit. Tetapi masalah tidak selesai juga. Makin kita naik, makin kita kuat ditentang. 2 tahun kemudian, beliau datang semula kepada saya, dan dia cakap begini…

“…dulu aku ingat ko yg jahat, aku tegur ko, skrg aku tak kacau orang pun aku kena santau dan dlm blog aku ramai yg mengata macam-macam”- kawan

Saya senyum (dalam hati cakap “Tahu takpe”). Dulu masa belum popular, memang lah orang tak kisah pun. Dalam perjalanan naik ke atas, kadangkala kita ni seperti naik tangga yg sesak dengan ramai orang yang naik tangga yang sama untuk naik ke atas. Biasalah tu kadang2 dalam perjalanan tu ada terpijak kasut orang, terpijak kain palikat orang sampai terbogel, tersiku muka orang dan macam-macam lagi secara TAK SENGAJA. Tapi kena ingat, dalam perjalanan naik tangga tu juga, kita pun merasa juga tersiku, terpijak, terlondeh dek orang-orang lain yang nak naik ke atas juga SECARA TAK SENGAJA juga kan? Adil tak? Saya nampak kat tangga yang sibuk tu ramai yg dah tersiku lebam sikit terus give-up dan turun balik. Saya pernah kena siku, kena pijak, kena tumbuk, kena bengkes dan berdarah-darah dan hampir lumpuh pun, tapi saya takkan berhenti selagi belum mati. Kurang-kurang pun ada sepanjang kerjaya pernah kritik gambar orang, pernah pecat staff, pernah marah orang dan macam-macam lah penyebabnya. Arwah Atuk saya Hj. Sirat datang dari tanah jawa bersampan (tongkang belum ada lagi) dan turun di Kelang masa umur 13 tahun. Pada umur 26 tahun, arwah Atuk saya dah ada lebih 500 ekar tanah yang di terokai sendiri. Sampai kat saya, bukannya 1 ekar, 1 kaki pun tak dapat. Tapi saya syukur….saya mewarisi semangat juangnya.

Berpijak pada bumi yang nyata, jangan lah kita cepat sangat nak rasa down. Pantang orang yang ntahsapesapentah tulis benda jahat sikit dalam fotopage / blog anda terus lemah semangat. Kan itu satu norma apabila anda ada 100 orang kenalan, 1 dari 100 tu (atau 1%) mesti ada yang bercanggah dengan anda. 1% tu kira baik gila lah tu. Rasanya lebih praktikal ratio dia 10% lah kot. Kalau macam saya, tak kacau orang lain rasanya hmm..5% lah golongan berhaluan kiri menentang apa yang saya lakukan.

Oke, letakkan sifirnya begini. Hari ni ada 100 orang kenal anda, anda ada 5 orang “musuh”, dan bila anda ada 1000 org yg kenal anda dah tingkatkan golongan yg meluat dgn anda kepada 50 orang. Selepas 2-3 tahun anda betul2 berjaya dan anda terkenal dikalangan 100,000 peminat fotografi dan juga fotografer (contohnya), bermakna anda telah mengumpulkan 100,000 kenalan yang 5% nya adalah musuh anda. Jadi? anda sudah ada kira2 5,000 orang musuh? betul?

Dan lazimnya, musuh lagi VOKAL dari supporter. Supporter takleh cakap banyak kerana mereka nak PLAY-SAFE kebanyakannya. Kalau bersuara menyokong nanti dicap “Mengipas” pulak atau dipatuk terus oleh ular-ular yang 5% tu. Mawi dan Siti pun sama juga masalahnya. Rasanya kalau ada orang buat blog Anti-Mawi atau Anti-Siti rasanya mereka boleh senyum jer kerana mereka masih ada lagi 95% golongan yang sayangkan mereka.

So do I…

Saya takkan patah balik!

.

NOTA KAKI : Cerita ini tiada kena mengena secara langsung atau tidak dengan sesiapa kecuali hanyalah cerita yang diceritakan semua sebagai tauladan dan memberi keberanian dalam roh orang-orang yang percaya kepada diri sendiri

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

Maskara Shorties

Kredit picture to muhammad firdaus ariff
Pengarah-pengarah filem pendek untuk Maskara. Kredit picture to muhammad firdaus ariff
Antara kira-kira 1500 orang yang mengunjungi Maskara. Menurut penganjur Sindeket Soul-Jah, ini merupakan program mereka yang terbesar. Saya pun dapat parking jauhhhhhh.
Antara kira-kira 1500 orang yang mengunjungi Maskara. Menurut penganjur "Sindeket Soul-Jah", ini merupakan program mereka yang terbesar. Saya pun dapat parking jauhhhhhh. Sebanyak 20 filem pendek di tayangkan. Terharu bila filem pendek dari saya "seorang yang bukan professional dalam bidang perfileman" (dan tak berniat untuk jadi pun) dipanggil oleh Vovin (Salah seorang penganjur) untuk ditayangkan.
image_pdfimage_print