Open House SN

MAP BOLEH DOWNLOAD DI SINI

Kepada semua pembaca blog, rakan-rakan, client-client, ex-clients serta peminat-peminat CandidSyndrome dan juga orang-orang awam yang berhajat beraya bersama saya atau beraya bersama keluarga dan kanak-kanak Rumah Pengasih Warga Prihatin sila lah RSVP kan kedatangan anda dengan menghantar email KOSONG dgn format tajuk seperti ini

RSVP_NAMA_BILANGAN YANG DATANG_NO. TELEFON

Contoh ;

RSVP_SYUKRI SUPIAN_3_0133399988

Itu sahaja 😉

Selangkah ke alam pejabat saya

Setelah 2 tahun lebih mengamalkan konsep pejabat terbuka, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengikuti langkah bosses lain di luar CS untuk mempunyai ruang kerja private. Secara official, kelmarin saya dah berbejabat di sini. Mengapa? Sebelum ni saya masuk pejabat jam 12 tghari kerana banyak perkara-perkara yang hendak saya lakukan memerlukan pemikiran yang detail dan pastinya, tidak terganggu. Susah jugak, pasal kerja boss mmg mana-mana pun org nampak relax jer. Tapi pengaturan urusan kerja, strategi pemasaran, strategi pengembangan perniagaan, strategi latihan kakitangan, strategi kewangan dan pencetusan pelbagai idea itu sebenarnya kerjanya ialah “termenung” sahaja (bagi boss2 yang primitif sikit), cuma utk org macam saya, tambahan lagi satu aktiviti iaitu…browse internet.

Staff chatting kita marah pasal dia chatting dgn gf / bf atau perkara2 yang tak berkenaan urusan kerja. Saya chatting selalu dengan ex-clients, clients, future clients, press, suppliers yg boleh bagi supply lagi menarik dan macam-macam lagi. Tapi kalau staff nampak kan, mesti dia ingat saya pun 2×5 macam dia. Jadi, untuk tak kelihatan seperti orang tak bekerja pada pandangan staff, jadi saya pun asingkan diri dalam sebuah bilik lain sebagai ruang kerja peribadi saya.

Inilah rupanya…

.

Simple dan berkonsepkan warna putih. Dinding putih, ceiling putih, lantai putih, meja putih dan kerusi sahaja hitam. Tapi yang penting, ia simple dan tak serabut. Saya perlukan ruang macamni untuk berfikir lebih hebat lagi 😉

.

Ini meja saya dgn koleksi bacaan saya. Buku yang paling best mestilah buku Italy tu. Tapi utk enjoy buku Italy tu saya kenalah jadi seperti Mark Burnett atau Trump atau “sekurang-kurang”nya jadi macam Abraham Abromovich (tapi tanpa perlu menjadi kroni ahli politik lah macam dia)

.

As usual, breakfast nasi lemak kampung. Beli kat petronas USJ9 sebelum pergi kerja. Victorinox tu terpaksa ditanggalkan dalam pejabat kerana buat kerja pakai Macbook Pro dgn pakai jam tu…alamat calar balar lah MBP saya. Sayang…tunggulah dah buruk sikit nanti baru lah boleh pakai jam semasa menaip.

.

Konon2nya inilah hiburan saya kat dalam ofis ni sorang2. Tapi 1 haram lagupun saya tak pandai nak petik. Ini satu gitar adik (adik ipar saya yang single tu) dan juga 1 lagi tu tak tau lah siapa punya yang ditingalkan taknak claim balik. Tapi ini…sekadar hiasan jer. Macam letak pokok bunga lah…tapi pasal say abukan mat bunga sgt, jadi letak lah gitar.

.

Boss without Coffee is not a boss. So, utk memenuhi tradisi seorag boss, saya pun minum kopi jugak. Tapi yang ni power sikit…kopi Ali Cafee (kot lepas ni bley jadi duta Alicafee macam Rosyam Nor heheh). Thanks to my wife, mug tu dia dapat masa menang photography contest kat UPM last year. Terus dia kasi saya mug tu dgn rela (lepas saya paksa)

.

Most important, inilah yang saya panggi IDEA PAPER. Saya biasa pakai rough paper atau paper2 yang terpakai sahaja dan saya jadikan tempat conteng-conteng idea. Dari sini idea-idea baru saya lakarkan dan idea-idea lama terus dikembangkan. Of course…kerja macam ni mesti nampak macam main-main dan tak nampak macam bekerja. Lainlah kalau saya yang kena buat album sendiri, saya kena pegi bank sendiri, saya kena pegi hantar gambar pegi lab sendiri dan lain2 tu baru lah nampak macam saya bekerja. Tapi kerja saya macam tu lah…tak nampak macam org bekerja pun. Pasal yg bekerja itu ialah otaknya. Sebab tu kalau nak tengok lelaki botak biasanya adalah dari golongan bosses. Otak mereka panas…byk fikir. Rambut pun segan nak tumbuh…tak subur.

Kalau saya nak buat cerita analogi. Kita tengok badan kita sendiri. Otak duduk kat atas dan di protect oleh skull bone yang sgt kuat. Dah lah relaks, kerjanya mengarah sahaja, kena protect lagi. Staff aka KAKITANGAN ialah anggota yang menerima arahan dari otak untuk bekerja. Kalau otak gila, semua kakitangan juga akan gila. Kalau otak pandai, semua kakitangan pun jadi pandai. Tapi kalau badan kita, otak gila macammanapun, kakitangan masih patuh dan taat lagi mengikut arahan otak. Kaki tak pernah merungut asyik dia jer kena kerja berjalan, tangan tak pernah merungut asyik dia jer yang basuh berak.

Renung-renungkan…dan selamat beramal 😉

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

Filem Pendek CS – Sempena Raya

.

Inilah yang termampu saya dan warga CS dan warga2 kerja lain dari CST Production (bukan anak syarikat atau kena mengena dgn CS langsung) dan IDMopix masa bulan puasa yang lepas. Pesanan ini untuk peringatan kepada semua untuk menghargai ibu sementara mereka masih ada. Pesanan dibawakan khas untuk Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sg. Ramal Baru, Kajang. Sebarkanlah video ini kepada sesiapa yang anda kenali melalui blog, facebook, friendster, YM dan seramai mungkin supaya message ini sampai kepada seramai mungkin.

Untuk yang berniat nak menyumbang, boleh email terus ke prihatin@live.com dan berhubung terus dengan pengasas rumah ini Dr. Haji Masjuki b. Haji Musuri.

Ashraf & Intan – Bertandang di Sepang – by Saiful Nang

Dah lama peram gambar ni. Dengan beberapa lagi gambar2 pengantin yang belum sempat dikeluarkan dalam blog ni. Jangan risau semua, sebelum hari puncak wedding nanti bulan 11 dan 12, saya akan cuba habiskan wedding2 yg saya ambik sekitar bulan 8 sebelum puasa. Ashraf dan Intan, enjoice lah tengok gambar2 ni. Slideshow yg saya buat sekalik. Kalau agak2 tak tau gambar apa nak pilih masuk album, selection yg kita bagi tu cukuplah hang pilih gambar2 family group photo jer, yg lain boleh pakai gambar2 slideshow ni buat album. Amacam?

Kali ni, entry saya kurang warna. Cuba guna pendekatan dull sikit. Vibrant-vibrant saya dah kurangkan sikit. Sekarang tengah explore banyak gamabr-gambar monochrome ataupun b/w dan juga gambar2 yang warna pudar 😉

Ok semua, enjoice!

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

Al-Fatihah – Nur Riah Singka

Berita mereka kilk di sini

Nur (left) and her best buddy Mas (right in read). I took their photo in Southampton and London back in 2005. Nur is one of my greatest fan. She supported my early day in my career development in England by hiring my service and spent in total of GBP250 (British Pounds). I surprised Mas by appeared in her wedding in Kedah and I wish to surprise Nur pulak selepas ni. Tapi niat tak kesampaian. Hajat pun tak pernah diketahui. Nyatanya, itu merupakan hadiah saya kepada mereka yang pada awal-awal dahulu menyokong naiknya kerjaya saya sehingga ke hari ini.

I hate to tell the news that she’s now passed away due to a car accident yesterday. Al-Fatihah to Nur and my deepest condolence to her family, friends and her beloved boyfriend. Be strong everyone! She’s my fan, she’s my biggest fan…(cry)

Di sini saya kongsikan entry terakhir Allayarhamah di blog beliau (http://nursingka.blogdrive.com)

———————————————————————————-

Sekiranya kalian sering melihat rangkaian hallmark, tagline iklannya amat menarik dan tepat untuk dikaitkan dengan kehidupan. “Life is Drama ” and “Life is Intriguing”

Tag line yang paling Nur suka ialah “Life is Drama “.

Kehidupan Nur sekarang memang penuh drama yang sangat dramatik.Jika kalian sering ataupun merupakan peminat soap-opera dari Indonesia yang jalan ceritanya sentiasa berliku-liku (tidak masuk dek akal = tidak logik),kalian mesti boleh merasai dan memahaminya.

Nur bukannya peminat cerita2 begitu.

Malangnya,Nur terperangkap dalam drama sebegitu di dunia realiti.

Syawal kali ini,adalah syawal paling menyedihkan.Dekat tapi Jauh itulah istilah yang paling tepat untuk digunakan.

Rasanya beraya jauh diperantauan adalah lebih baik daripada apa yang Nur lalui sekarang ini.Masa itu istilah jauh tapi dekat memang paling sesuai.

Alhamdulillah,akhirnya mendengar berita paling menggembirakan petang tadi.Rasa terharu,gembira dan dihargai begitu terasa,dalam masa yang sama rasa kesedihan yang berbaur tetap ada.

Hingga saat ini,perasaan sedih menyelubungi kerana kegembiraan yang dirasai tidak dapat dikongsi bersama dengan mereka yang amat dikasihi.

Allah,syukurku hanyalah untukMu sedari aku sering alpa kepadaMu.Ku mohon ya Allah,agar kegembiraan besar dapat dikongsi bersama semua yang dikasihi itu dihari yang amat di nanti.

Gembira,dan sedih itu tanda nikmat dari-Nya.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

Selamat Hari Raya

Tema tahun ni kita pakai purple. Sehari sebelum raya, ,mummy dan daddy bawa Orked shop beli kereta baru Orked (menangis daddy tengok harga barang budak2 sangatlah mahallll), tapi untuk Orked takpe lah. Dengan kereta baru Orked tu, daddy dan mummy boleh bawa Orked shopping raya bersama2. Raya simple sahaja tahun ni, pegi Mydin USJ ada beberapa butik pakaian raya, kat situlah kita tangkap apa sahaja yang sempat. Tak mahulah bersusah payah berasak-asak nak pegi jalan TAR atau kompleks PKNS Shah Alam. Saya beli satu baju kurung songket tabur untuk wife saya dan baju melayu dengan sampin songket. Kecewa nak pakaikan Orked baju kurung, semua baju yang adapun semuanya besar-besar. Akhirnya Orked beraya juga dengan gown yang Auntie Yana belikan dari UK. Gown tu ada bunga-bunga warna purple. Takpe lah, at least sikit2 adalah yang sedondon hehehe.

Raya this year, kali pertama saya beraya dengan keluarga mentua. Ayah dan emak mentua balik dari Bangkok dan adik ipar (Auntie Yana) balik lepas habis study her Master in Soton. 2nd raya balik Pahang, kampung saya. Biasalah, raya-raya ni jadi sentimental pulak pasal emak dah takde. Bawa Intan dan Orked tengok-tengok kubur nenek Orked. Daddy cakap kat Orked, orked kena jadi baik macam nenek.

Confirm lah Orked pun tak faham apa daddy cakap pun. Tapi ada anak ni lain sikit lah. Dulu selalu cakap orang macam tak betul cakap dgn baby yang tak faham apa2 lagi. Tapi sekarang ni saya pulak yang rajin bercakap dengan Orked macam lah Orked tu faham apa saya cakap. Tapi saya percaya, walaupun dia tak faham, sedikit sebanyak apa yang kita cakap akan jadi doa untuk dia.

Raya ke-4 (hari Sabtu) saya balik semula ke USJ. Ada beberapa point dalam ebook saya yang belum siap dan mesti kena siapkan sebelum habis cuti.

Sampai USJ dengan kepenatan tu terus tertidur atas sofa dengan Orked. Ini lah kalau nak tahu, favourite tempat tidur Orked. Atas tummy saya. Mak dia pulak, pantang ada moment macamni, terus capai camera and snap snap snap. Ada beberapa kali lah caught in camera moment Orked tido atas tummy ni.

To all others, Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. InsyaAllah selepas raya ni, CS akan memulakan satu episod baru dengan beberapa muka baru dalam CS yang ditambah untuk memastikan CS boleh memberikan servis yang lebih effisyen kepada semua pelanggan. Good in photography only is not enuff now, we have to be good in all aspect.

Selamat Hari Raya!

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print