Aura…

The set of Aura (Photo by Zamin Omar)

Sempat lelaps…bulan2 puasa ni, pagi2 mmg mencabar betul. (Photo by Zamin Omar)

Roslee & I, dia terperangkap padahal datang utk shooting tiba2 kena jadi subject. Tapi Roslee cakap, takpe…ini kira macam latihan lah. (Photo by Zamin Omar)

With all the crew members termasuk Cik Fitrina yang gila glamour tu heishhh…syuhhh jauh jauh sikit (Photo by Zamin Omar)

.

A so-called a talkshow entitled “Aura” and I was the personality for that episode. With me was Roslee from CST Production, a wedding videographer. Aura is a TV show portraying young icon and very successful at young age. They put me in-line with Jaclyn Victor and Dato’ Siti Nurhaliza. Btw, thanks for all the crews for this “TV talkshow main2” heheheh. Actually I was 1 of the bahan for those final year student in Film course in USM. Kebetulan they came to me 3 weeks before for some recording. Dan kebetulan hari khamis baru ni saya ada shooting di Penang untuk promo video CS. Itu yg singgah kejap kat sana jadi macam konon2 personality lah. At least dah practice kalau nanti betul2 punya hehehhehe

Paling best, here i meet again with my old teacher. Puan Rohani (now Dr. Rohani). She used to teach me about FILM. And now, she still teaching film to her students. Really admire her passion in film. I’ll be just like her in photography line. InsyaAllah.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Wali Keramat

Inilah lipatan kenangan seorang ibu yang telah pergi. Semasa saya menulis entry ini, jam dan pukul 12 tghmalam. Kira-kira lagi 1 jam setengah lagi ke pukul 1.30 pagi 2 September 2008. Waktu dan tarikh yang sama pada tahun lepas, ibu saya meninggalkan saya untuk selama-lamanya. Tidak ada harta yang ditinggalkan kecuali pelajaran yang sangat berguna dan carik-carik kenangan serta rindu yang sangat menyakitkan. Gambar di atas di ambil semasa arwah emak di hospital. Susah nak cakap dah, tiap kali bercerita tentang ibu, hati jadi hiba, airmata jadi sangat murah. Dah setahun tapi rasanya masih sama lagi…masih tetap sakit akan kehilangan orang tersayang.

Setelah bergelar bapa, sekarang saya sendiri mengerti dengan jelas erti kasih sayang seorang ibu dan bapa. Tidak ada batasan langsung. Maaf, saya dah tak boleh nak menulis lagi. Saya masih terasa segar lagi pemergian ibu saya. Dan sekarang isteri saya pula dah jadi seorang ibu…

Kepada semua ibu bapa, click dan lihat lah ini, kerana saya buat ini untuk anda semua…

.

SAIFUL NANG

image_pdfimage_print