Ingatkan SN ni sombong rupanya….

Selalu jugak ada orang cakap saya sombong. Kerana email2 yang mereka hantar saya jawab 1 atau 2 lines sahaja. Apa lagi yang YM saya, biasa saya jawab lambat sgt. Walaupun saya online sepanjang masa, tapi selalu saya cuma ada masa beberapa minit sehari shj utk reply balik semua YM tu dan selalunya saya akan berada di depan komputer buat kerja lain yg lebih mendesak. Kalau nak chat…susahh lah mmg kalau orang tu saya kenal, saya akan call shj terus. Kalau tak kenal pun saya advise kalau nak cepat telefon jer saya terus. Call cuma ambik masa 1 minit yang dalam YM ambik masa 1 jam untuk sampaikan message yg sama.Email pulak selalu saya dapat email yang sangat popular begini…

  1. Saya nak beli camera, camera mana bagus??
  2. Canon and Nikon mana bagus?
  3. Tolong saya nak berguru dengan SN, angkat beg pun tak apa…
  4. Apa setting camera yang SN pakai?
  5. Apa jenis camera SN?

Percaya atau tidak, DALAM 1 HARI SAYA DAPAT LEBIH 20 EMAIL SEPERTI INI sebab itu lah hari ni saya nak merayu kepada semua, jika saya menjawap 1 line atau 2 line tu bukan lah kerana saya sombong, tetapi saya harap semua memahami keadaan saya yg kesempitan masa. Tugas saya sebagai CEO di Colours of Asia Sdn Bhd dengan tanggungan staff separuh masa dan sepenuh masa melebihi 20 orang adalah sangat membuatkan saya tidak ada masa untuk perkara2 lain. Hatta untuk diri sendiri pun…wife saya terpaksa buat appointment dengan saya untuk keluar makan malam sama2.

Kebanyakan soalan di atas saya dah letak dalam FAQ di dalam blog ini. Dan selebihnya yang detail, saya dah kongsikan di www.photoskool.net SECARA PERCUMA. Kenapa?? Kerana bila saya jawap soalan2 di atas secara personal…hanya 1 orang yang dapat. Tapi bila saya jawap dalam forum atau dalam ruangan FAQ, ribuan orang boleh dapat.

Saya merayu sangat2 kepada yang dulu saya pernah YM kerana dulu saya lone-ranger, tak ada tanggungan untuk dibayar gaji setiap bulan dan wedding pun hanya ada 2-3 wedding sebulan, jadi saya ada byk masa. Tapi sekarang saya kendalikan tak kurang 50 weddings sebulan untuk team CandidSyndrome. Sewajarnya saya tak ada masa yg banyak lagi. Saya janji, SEMUA EMAIL yang sampai akan dibalas. Kalau tak balas maknanya email anda tak sampai kpd saya. Cuma jgn kecil hati kalau jawapannya 1 line or 2. Tapi yg penting, ambil isi kandungannya yang menjawap tepat kepada soalan anda. Jika soalan sama di tanya…saya akan minta mereka refer pada forum photoskool.net saya yang percuma itu.

Saya spend masa utk check lebih dari 30 email sehari termasuk pertanyaan dari photographer dan juga pertanyaan clients, supplier dan inquiry2 lain. Kalau saya spend 5 minit utk 1 email pun, sehari saya perlukan 150 minit (2 jam lebih). Sebab itu saya punya reply biasa sgt pendek. Itu baru check email, dan buat masa ini SAYA MASIH LAGI CHECK EMAIL SENDIRI DAN BUKAN STAFF SAYA.

Kepada semua yang menyokong dan masih menyokong kerjaya saya dan juga kepada yang bakal menyokong. Saya merayu agar anda tidak mudah kecil hati. Saya sebenarnya amat mudah didekati oleh sesiapa pun. Pernah saya tengah dinner dgn isteri saya…dinner yang saya dan isteri plan agak lama kerana padatnya jadual saya. Tapi semasa dinner tu ada yang menyapa saya dan mengenalkan diri beliau sebagai peminat karya2 fotografi saya. Lantas…saya dan isteri melayan beliau dengan baik. Ramai yang menegur semasa saya keluar ke MidValley, berjalan di KLCC, semasa shopping dan juga semasa di pejabat2 pelanggan korporat, bukan setakat menegur tak kurang juga yang bergambar dan ada segelintir juga yg buat saya macam seolah2 saya ni selebriti pulak sampai minta2 autograf. Jangan risau nak menegur saya, saya tidak lah susah didekati.

CUMA….

Melalui email dan Yahoo Messenger memang saya tahu ia sangat memakan masa. Saya lebih prefer siapa yang nak bertanya terus hubungi saya di no. hp saya 0133977715 dan anda akan BERCAKAP DENGAN SAYA sendiri dan bukannya dengan PA saya. Dan anda boleh bertanya dalam perbualan selama 1-2 minit lebih banyak dari berchatting selama 1-2 jam dgn Yahoo Messenger. Email jugak macam tu…kalau saya ni sombong, saya tak publish no. hp saya. Dan saya cuma ada 1 line handphone sahaja. Yang itu lah peribadi yang itulah business.

Kadang2 tu…ada jugak yang telefon jam 2-3 pagi kemudian marah2 pasal telefon pejabat tak ada org angkat hehehhhe. Pejabat saya macam pejabat lain jugak. Cuma kita bukak sampai jam 8 malam biasanya. Tapi tak lah macam 7-eleven bukak 24/7. Tapi hp saya buka 24/7 cuma kalau saya penat sgt, saya silentkan semasa saya nak tidur. Itupun kalau saya tidur lewat dan nak bangun awal. Contohnya kalau saya ada masa 4 jam sahaja utk tidur, pasti saya akan silentkan hp saya untuk 4 jam tidur yang berkualiti.

Ada juga yang telefon dan saya angkat sekejap saya cakap…”Please call back, I’m in the middle of something”. Itupun kalau saya tgh meeting atau tengah nego dgn polis pasal kena saman pakai h/p semasa memandu. Dan biasanya no. telefon yg saya angkat dan cakap mintak call balik tu ialah yang telefon ala2 dari general line ataupun private number yg tak appear number utk saya call back.

Bottomline nya hari ni nak cakap kat semua….hehehhe Jangan kecik hati dan terus jatuhkan hukum kata SN Sombong ek. Mungkin anda tak berada di tempat saya untuk faham situasi ni. Tapi sekurang2nya dgn apa yg saya tulis ni…dapat lah sikit sebanyak buka mata sebahagian besar kat luar tu 😉

Enjoice!

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

.

Please write something in the comment and say hi to me. So I don’t feel like talking alone hehehehe. Don’t worry, eventhough ur comments will be moderated…it’s only a procedure to throw away spammer and some mosquitos

An Evening in Paris

Penat bekerja sepanjang weekend kali ni kita ke Paris pulak. This time, all in Black and White. No specific purpose buat B/W cuma nak merasai kenapa European market suka sangat B/W instead of colour pictures. I think now I know why. I can feel a lot of differences when your eyes only see in 2 colours instead of million of colours. For me…b/w pictures are TIMELESS.

.

Kebanyakan peniaga di sepanjang Sungai Seine Paris memang tak bagi gambar dia diambil. Ambik gambar barang yg dia jual pun tak boleh. Sebagai respect kepada mereka, kitapun tak ambil lah gambar mereka. Tapi dalam fotografi, saya selalu berfikiran…ambil dulu, bila org tak bagi baru kita stop. Sekurang2nya kita dah dapat dah gambar yg kita nak…tapi mesti kena pantas. Lepas saya ambik gambar ni, saya kena sound supaya jgn ambil gambar lagi. Saya minta maaf dan terus berlalu dari situ dengan senyum (kerana dah dapat gambar).

Ini otw berjalan kaki nak ke Musee Du Louvre. Basikal yang anda lihat tu, anda boleh jumpa di mana2 sahaja di Kota Paris. Kerana anda boleh menunggang dengan percuma untuk 30 minit pertama. Tapi anda perlu ada travel card yang selalu Parisian pakai dan harus dikembalikan di stesen2 basikal yang disediakan. Tapi time ni…kita jalan kaki dekat 6 km bermula dari Notre Dam sehingga ke Marble Arch.

Ini cara paling baik. Kat Paris kat mana2 pun ada Underground. Kami duduk di sebuah hotel murah Eur70 per night di Jourdain di Kota Paris. Hotel pun setakat utk letak barang dan tidur. Hotel cantik2 pun nanti bukan nak dok hotel 24 jam. Daripada hotel saya, jalan lebih kurang 20 meter ke Stesyen underground Metro Paris ni.

Ini wife saya Intan. Kat belakang tu pun Intan jguak (adik ipar saya Intan Diyana). Dia saja ikut ke sini pasal dekat dengan rumah dia kat Southampton UK. 2 jam jer sampai Paris. Kita nak ke Paris sampai 12 jam travel. Ni pemandangan biasa di stesyen underground. Stesyen underground di Paris banyak yang telah berusia lebih 100 tahun. Kita baru nak ada LRT 15 tahun lepas.Civilisation sana mula awal, melalui pelbagai revolusi dan antara yg terkenal ialah revolusi Peranchis.

Paris adalah Kotaraya yang paling banyak mendapat kunjungan seluruh dunia. Ratusan Juta pelancong ke Paris setiap tahun. Ini bukan masa peak pun, cuba tengok berapa padat orang yang ada dalam 1 street sahaja dan gamabr ni saya ambil di Sacre Cour Church. Antara Basilica yang terbesar di dunia dan pernah menjadi salah satu venue untuk filem “The Davinci Code”.

.

Melancong itu satu kemestian. Saya dan isteri melancong untuk lihat tempat orang. Kami tak ada duit untuk kami spend untuk shopping. Kami beli souvenir pun setakat fridge magnet, t-shirt dan key chain. Untuk diri sendiri kami cuma setakat spend untuk makan minum di sana dan juga kos2 perjalanan (Travel Card) untuk menjelajah ke seluruh tempat2 menarik di sana.

IMG_9679IMG_9773IMG_0321IMG_0226IMG_9830IMG_0014

IMG_0053IMG_0317IMG_0207IMG_0057IMG_0002IMG_9724

IMG_0144IMG_0027IMG_9764IMG_0017IMG_9837IMG_9821

.IMG_9962

Saya berdua spent kurang RM15,000 untuk trip begini. Ticket sahaja dah lebih kuran RM5,000 (kami dapat lebih murah di Matta Fair). Hotel kami tempah dari sini secara online. Hotel utk 10 hari dalam Eur700 bersamaan RM3,500 sahaja. Dan makanan sebenarnya tak lah mahal sgt. Selebihnya kami belanja untuk makan dan travel card dan sedikit utk beli souvenir. Mungkin bagi sebahagian orang, RM15,000 untuk sebuah percutian itu terlalu besar. Tapi sebenarnya kita boleh pergi ke negara2 jiran pun. Saya pernah bercuti di Phuket selama 3 hari 2 malam dgn RM300 dalam poket. Naik bas dari Puduraya sampai HatYai dan ambik bas ke Phuket dari Hat Yai. Dulu Air Asia tak ada, sekarang dah ada Air Asia, semua orang boleh terbang.

Yang penting kita boleh melihat keluar. Saya teringat falsafah seorang penulis barat yang berkata…”Dunia ini seperti sebuah buku, jika anda hanya mendengar cerita dan melihat gambar keseluruh tempat di muka bumi pun…anda seolah2 baru membaca kulit buku sahaja”. Dalam keadaan gawat sekarang ni, semua orang sedang berjimat, saya pun dah mula merancang dengan baik untuk masa hadapan. Pada sebahagian orang melancong itu pembaziran, tapi pada saya…melancong itu ialah PELABURAN. Kita lihat sahaja bagaimana Datuk Izhar Sulaiman membawa franchise KFC jika beliau tidak pernah sampai ke USA. Bagaimana Mendiang Tan Sri Loh Bon Siew boleh bawa Honda jika dia tak pernah ke Japan? dan banyak lagi contoh2 lain. Dengan melancong juga kita boleh lihat…di mana kita berdiri? Adakah kita benar2 telah menjadi bangsa terhebat? ataupun kita masih lagi dalam kategori bangsa kelas ke-3 dunia? Bila kita keluar, kita boleh nilai pijak berdirinya kita di bumi Malaysia ini.

FOTOTIPS NO.4

  1. Untuk mengambil gambar, anda mesti jelas apa yang anda mahukan. Ramai Photographer ambil gambar dan berfikir selepas itu. Saya berfikir dahulu baru ambil. Istilah “Happy Trigger” adalah untuk orang yang shoot apa sahaja di hadapan mereka tanpa memikirkan value serta impak visual kepada gambar tersebut.
  2. Hormati rakan sekerja dan pesaing anda. Dengan melakukan tips di atas, anda tidak menggelupur dalam mendapatkan shot2 yang menarik. Bila ada lebih dari 1 official di sebuah perkahwinan atau setidak2nya kita berpasang dengan videographer dari syarikat lain, kita perlu lah bertimbangrasa. Fikirkan apa yang anda mahukan, pergi kehadapan dan dapatkan gambar yang anda mahukan dan kemudian…anda berundur untuk memberi peluang kepada photographer lain dan videographer. Dalam kes2 yang tidak ada jurugambar lain atau videographer, anda perlu ingat…anda juga perlu berundur kerana tetamu nak tengok pengantin, dan bukannya anda yang tersilat2 mencari angle yang anda sendiri tak pasti kerana tiada perancangan.

.
ENJOICE!

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

.

Please write something in the comment and say hi to me. So I don’t feel like talking alone hehehehe. Don’t worry, eventhough ur comments will be moderated…it’s only a procedure to throw away spammer and some mosquitos

.

QUOTE DARI SEORANG VISITOR

salam SN..

baru jer baca entry “an evening in paris”. Interesting story..coz saya pun baru balik dari Paris last week. Memang best..sampai nak patah lah kaki nie dibuatnyer. Tapi..bukan Paris yg menjadi persoalan..tapi tertarik dgn kata2 SN on the last few paragraph. I do agree with you.

Melancong adalah satu pelaburan. Mungkin for typical org malaysia..fikir..ia satu pembaziran..but hampir 3 years kat UK..dan dari pemerhatian saya ..melancong adalah satu kemestian bagi most orang2 Britain. Bagi mereka..melancong bukan sahaja lari dari kesibukan bekerja dan masalah..tapi satu ‘keperluan hidup’. Saya sendiri habiskan masa almost 400pound on every europe country yg saya pergi. Mungkin org akan kata..kerajaan bagi duit banyak2 habiskan kat tempat lain..hehehe..to be honest..duit melancong saya sendiri semua adalah hasil titik peluh bekerja as ‘floor engineer’ part time kat sini. Dah jadi satu kepuasan kan?

As SN said..RM15,000 adalah satu satu angka yg banyak bagi pandangan orang..tapi bagi saya..duit bukan persoalannya. Persoalannya adakah duit dapat membeli nilai pengalaman hidup yg mungkin hanya akan datang sekali dalam hidup? Dan bagi typical melayu may also said…”orang kaya boleh lah cakap macam tu”. Heheh..and weird kan? Pasal duit ja..macam2 alasan nak beri..

Bukan niat nak rendah2kan bangsa sendiri..tapi pengalaman belajar di negara orang dan dapat peluang melancong..membuka mata saya sendiri. Rupa2nya..bangsa kita nie benar2 masih di belakang. Terserentak seketika…betapa jauhnyer berbezaan antara Kesultanan Melayu Melaka dengan Revolusi France. Lihat sendiri di Malaysia..kadang2 kita terserempak orang melayu susah nak fasih or bercakap bahasa melayu. Rendah sangat kah Bahasa Melayu tu..sedangkan di Paris..bangsa2nya tak kan layan orang2 yg bercakap English. Malah berbangga dengan bahasanya sendiri..even..nak beli roti pun perlu gunakan bahasa French. Bagi mereka..orang2 yg berbahasa English nie..orang yg mundur..pelikkan?

Sekrang bayangkan di Malaysia sendiri, kenapa kita tak martabatkan bahasa dan bangsa dengan cara tu sendiri? Rendahkan sangatkah nilai kemelayuan di mata anak muda sekrang? Jauh mana kita berubah, jauh mana kita merantau atau cakap celup english-malay, jika di lahirkan di malaysia ..ia tetap melayu..jika nak pepatah “tak kan hilang melayu didunia”..rasa2nya..kita kena renungkan2 kembali perkembangan revolusi bangsa kita.

Just bagi pendapat..jangan ambik hati yerk..
salah dan silap..minta maaf

 Zira, UNITED KINGDOM

di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor

It was last week, right before I got so busy with full weekend shooting schedule plus CandidSyndrome @ MidValley’s Pameran Pengantin. I went to JB for a photography talk to about 200 Johorian Photographers. Later than that, I’ve been invited to be a “casual guest” to “THE SAUJANA” (The Official Resident of Johor’s Menteri Besar). Thanks to Cik J kerana jemputan datang ke rumah yang sangat hebat.

Ini lah yang hebatnya. A beautiful colonial building. Why I was there? For the time being, it’s still remain as the personal secret between the MB’s family and CandidSyndrome. I’m not sure weather soon or later it can be revealed or remain secret forever. No matter what…I feel honored to be there.

Finally dah nak balik. My wife took this picture as signature photo. Everywhere I go, my wife will take photo of myself and my “black pearl”. Terima kasih sekali lagi kepada Cik J kerana menjemput saya datang untuk bersembang selama kira2 2 jam lebih di rumah yg sangat cantik. Rasa macam taknak balik shj tapi tak sedap lah, arwah mak pesan dulu kalau dtg rumah orang balik sebelum orang makan atau datang selepas orang makan. Hehehhe…

On the way balik dari Saujana, sempat singgah depan sekolah lama saya (English College JB aka Maktab Sultan Abu Bakar). Saya bersekolah kat sini dari 1994-1995. Sampai SPM. Abang yang jual cucur ni masih lagi ada di situ dengan gerai yang sama dan bahan2 jualan yang sama. Ini lah tempat tunggu bas Asrama Felda dulu kalau balik sekolah. Masa tu cucur boleh dapat 10 sen. Sekarang dah tak boleh dah.

Balik dari EC, singgah ASBJB (Asrama Semai Bakti Johor Bahru). Kat sini lah saya menumpang kasih dan menumpang berteduh semasa belajar di EC. ASBJB ni adalah asrama yg disediakan bagi anak2 Felda yang cemerlang dalam pelajaran semasa di peringkat UPSR & PMR. Sebelah kanan saya tu Warden baru, nama dia En. Fuad dan Kanan sekali tu Puan Zaidah. Dia lagi yang tinggal kat ASBJB tu setelah lebih 13 tahun saya tinggalkan tempat tu. Ingat Pn. Zaidah, nanti tambah lagi 1 board ukir nama Best Student every year pulak (baru nama saya boleh ada heheheh).

.

MIDVALLEY MEGAMALL – PAMERAN PENGANTIN

Pameran Pengantin + 4 Weddings that I personally hired to shoot betul2 buat saya tak sempat nak buat apa2 yang lain. Thanks to all my crews yg dah bertungkus lumus buat kerja yang akhirnya kita dah capai target kita. Apa yang berlaku kat MV mmg Alhamdulillah yang terbaik buat masa ini. Terima kasih kepada semua visitors dan yang dah sign-up. 99% yang sign-up semuanya dah kenal CandidSyndrome pun rupanya. Cuma masa di pameran macam ni lah anda boleh pergi di 5-6 photographers pada 1 masa. Kalau hari biasa kena pergi office masing2 dah susah lah. Tapi malangnya, expo sebegini ada 1 kali shj setahun di MidValley ni.

My wife and in-laws (yg baru balik from Bangkok) pun sempat datang menjengah. Nak tengok apa menantu dia buat and give support. Tapi mmg sangat hectic weekend lah. Sampai dah plan on Monday saya nak tidur sepanjang hari. Tapi tak berjaya. Pukul 8 bangun pagi pastu dah tak senang duduk rumah pasal tengok orang semua pergi kerja. Padahal saya dah umum cuti kat CS staff semua. Tengok TV dulu, kemudian rasa macam betul2 tak sedap pulak duduk2. Orang macam saya dah biasa kerja 14-18 jam sehari, bila relaks2 mmg rasa janggal (unless kalau dapat holiday jauh2 heheh). Pagi tu saya ke sini…

.

RUMAH PENGASIH SG. RAMAL BARU

RUMAH PENGASIH SG. RAMAL BARU. Jgn salah sangka, rumah pengasih ni bukan untuk bekas penagih sahaja. Tetapi shelter kepada pembinaan insan anak2 kurang bernasib baik. Ada antara mereka datang dari keluarga yang sangattt miskin. Yang train mereka pula adalah dari golonga yang diantaranya pernah menjadi penagih dadah jugak. Saya ke sini 3 kali seminggu. Orang ramai bertanya…macammana Saiful Nang boleh ambil gambar yang sangat menyentuh perasaan?

Saya susah nak jawap. Tapi saya biarkan lah gambar ini menjawap persoalan tu. Sebenarnya dalam diri setiap manusia ada segumpal daging yang akan buat hidup kita jadi teruk atau baik. Daging itu adalah hati. Dengan hati yang tenang sahaja kita dapat bekerja dengan lebih baik & ikhlas tanpa ada tekanan dari sesiapa. Tanpa tekanan pun kita ada “self-drive”. Tak payah lah boss nak marah2 kita baru kita nak bekerja. Bagi saya, ketenangan (tranquility) itu datang dari “Apa yang kita beri kepada orang lain”. Ada sesuatu yang lain di RUmah Pengasih ini. Penekanan terhadap pembinaan insan dari peringkat anak2 lagi. Gambar di atas ni salah satu sahaja program bagaimana kanak2 seumur 2 tahun telah diajar mengatasi “Stage Fear” sehingga mereka boleh berhadapan dengan seribu orang dan berdiri di atas pentas dengan sebuah microphone di tangan dan mereka tidak gentar. Berapa ramai antara kita yang boleh buat begitu?

Berbalik kepada cerita KETENANGAN. Ada orang nak cari ketenangan, dia pergi holiday. Masa holiday dia tenang, balik dari holiday dah kacau bilau balik. Pada saya Ketenangan adalah bila kita tidak ada hutang. Dalam setiap 10 suap, 9 suap kita punya dan 1 suap lagi kepada golongan yang memerlukan. Sama seperti tiap2 bulan lepas kita hantar duit ke kampung shj, kita rasa lega sangat. Itu pun ketenangan. Di sini, saya taburkan khidmat saya dan wang ringgit untuk pembangunan Rumah Pengasih ini. Ketenangan itu lah yang kita dapat sbg balasannya.


Ni gambar anak2 yg di ajar seni mempertahankan diri sebagai salah satu pengisian untuk memberi DISIPLIN kepada anak2 bukan sebagai kekuatan untuk membuli orang.

Pembinaan anak2 mmg menyeluruh. Kalau gambar tusyen kat atas tu, yang bagi tusyen tu adalah dari kalangan sukarelawan2 yang terdiri dari golongan professional jugak. Dan ada juga dari kalangan lecturer. Isteri saya Dr. Intan pun bagi tusyen pada anak2 yang nak ambil SPM pada setiah Ahad. Alhamdulillah, keputusan secara akademik anak2 ini memang sangat membanggakan. Average mendapat no.5 dan kebawah dalam kelas masing2 di sekolah.

Tapi yang paling penting…pembinaan Sahsiah & Akhlak. Yang ni ramai orang fail. Saya tak ada anak lagi, tapi saya takut bila tengok anak umur 3 tahun dah pandai menengking emak bapak. Bayangkan lah 10 tahun atau 20 tahun lagi, bagaimana character anak tu nanti.

Terpanjang cerita pulak, tapi tu nak cerita hari Isnin tu saya tak ada apa nak buat, saya pergi ke sini. Message besarnya, KETENANGAN itu tak boleh dibuat2…tetapi ketenangan itu datang dari keikhlasan kita sendiri. Ini lah X-FACTOR dalam diri saya sehingga saya sangat sayangkan kerja saya sekarang dan hasilnya…keikhlasan saya dalam bekerja (ambil gambar). Ikhlas tak bermaksud kita buat untuk FREE. Tapi ikhlas itu sebenarnya bila kita buat dengan sepenuh hati kita. Tak kira lah kita di bayar gaji atau tak. Ramai orang bekerja tetapi tak ikhlas bekerja…semata2 nak dapat gaji untuk bayar bil. Tapi bagi saya….lebih banyak kita beri, lebih banyak kita dapat semula. InsyaAllah nanti saya akan cerita lebih lagi tentang Rumah Pengasih Sg. Ramal Baru yang telah bersama saya lebih 4 tahun lepas lagi sehinggalah sekarang.

FOTOTIPS NO.3

  1. Datang awal setengah jam atau 1 jam ke lokasi. Dengan datang awal anda boleh merancang pergerakan anda, angle, white balance dan pelbagai bacaan teknikal untuk camera anda. Dan yang paling penting, dengan datang awal anda ada masa untuk beramah mesra dengan subjek anda. Dengan mengenali pengantin, anda akan ada chemistry dalam gambar anda. Kerana hanya dengan PR dgn subjek anda akan dapat gambar2 yang sangat natural. Kalau tak ada PR tu yg gambar jadi kaku. Tak kira lah sehebat mana skill teknikal anda. Tanpa PR yg baik, anda adalah STRANGER yang dibayar untuk berada bersama pengantin. Kesudahannya…pengantin akan rasa canggung dan pastinya, ekspresinya akan jadi hambar.

.

.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

Jadi Penceramah Jemputan di JB

 
Gambar oleh Ayares (Capturepix JB)

2 hari lepas saya dan isteri pergi ke JB. Bertempat di Good HopeHotel (or I called it HOPEFULLY GOOD Hotel), seramai kira-kira 200 orang peserta dari seluruh Johor datang mendengar pembentangan tentang struktur pemasaran, pengiraan kos serta dialog bebas antara mereka dan juga ahli panel yang terdiri daripada 3 perwakilan Johor dan seorang jemputan dari KL (Saya lah tu). Dari Johor panel diwakili oleh Didiz (www.fotokahwin.com), Din (www.artcreative.com.my), Cikgu Mat (seorang photographer oldtimer) dan saya sendiri Saiful Nang dari CandidSYndrome.

Ini adalah penyertaan paling ramai yg saya pernah lihat dalam perjumpaan jurugambar2 perkahwinan. Kalau di JB boleh kumpul ramai macam ni, di KL pun sepatutnya boleh lah jugak kan. I feel honoured to be invited as 1 of the speakers. Thanks for all participants…since kena serbu selepas seminar oleh peserta2 yang hendak bergambar dan autograf, mungkin ada 1 atau 2 orang yang saya tercicir nak layan. Saya minta maaf banyak2 kepada semua atas segala kekurangan dari saya.

Semoga apa yg telah dibincangkan dan diceramahkan akan mengubah hidup anda semua sebagai seorang yang mempunyai profession sebagai seorang JURUGAMBAR PEKAHWINAN.

FOTOTIPS NO.2

  1. Sentiasalah standby deodorant dan perfume dalam beg camera anda. Terutama sekali jika anda mempunyai event sepenuh hari. Dari pagi hingga malam dan anda tidak ada masa rehat untuk mandi, tetapi anda perlu pastikan anda tidak busuk. Kerja sebagai jurugamabr wedding adalah sebahagiannya dinilai dari penampilan. Bagaimana kita nak orang rasa selesa dgn kita jika kita angkat camera sahaja orang lain semua tutup hidung. Kerja sebagai jurugamabr wedding MEMANG SANGAT MEMENATKAN dan banyak mengeluarkan peluh. Bila kita tampil segak dan wangi, secara automatik pun, kita akan jadi lebih YAKIN dan mudah untuk berurusan. Fototips kali ini tidak ada kena mengena dgn teknikal fotografi.

.

.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

image_pdfimage_print