Bila SN masuk dapur mengooking

Bukan lah saya bertukar profession menjadi seorang chef. Cuma kadangkala, bila terasa nak makan sesuatu yang dulu arwah emak pernah masak, kita menggagau lah mencari-cari agak-agak apakah bahan yang digunakan. Kali ini, saya bawakan anda terus menerus ke dapur rumah saya dan jurugambar pada hari ini ialah….(drum beat)….Intaaaannnnn! (saya punya istri lah)

Dan kemudian mencari bahan-bahannya. Nasib baik saya ada pembantu tukang masak yang kecik kat bawah tu. Sampai tersungkur saya masa masak pasal gostan terlanggar kereta 8 tayar beliau.

Hari ni masa ikan kari…nymmmy!

Mula-mula abca bismillah, kemudian sembelih ikan ini sampai putus. Saya tak gemar makan kepala ikan sederhana besar macam ni. Samaada makan kepala ikan besar ataupun kepala ikan kecik yg digoreng rangup sahaja. Kalau saiz ni biasa saya jatuh hukum pancung sampai putus.

Percubaan memasak nak buat api menjulang nampaknya tidak kesampaian. Mungkin kurang pakar lagi pasal benda tu, tapi api menjulang tak dapat, asap menjulang pun jadi lah.

Punyalah menjulang-julang asap….baru benda ni jer pun tumis. Sebelum tu tadi tuang air sikit sampai meletup-letup kuali.

Masa untuk memasukkan rempah ratus sebagai menambah aroma dan rasa.

Ni salah satunya lah. Chinese mixed five spices.

Hampir siap kari yang pekat dan melazatkan. Kalau dalam iklan TV tu kalau jiran-jiran terbau siap datang bawak pinggan tunggu luar pagar. Jengah ke luar pagar, takde siapa tunggu. Mungkin masa tu orang semua selsema, kan sekarang musim selsema babi baby itu lah.

Akhirnya, saya sanggup pergi main golf 4 jam daripada duduk kat dapur tak boleh nak stylo-stylo. Respect sama my wife and all suri rumah yang memasak kerana tugas memasak itu bukan mudah. Saya sangat suka memasak tapi saya tak suka kupas bawang, potpong bawang, kupas kentang, basuh pinggan, basuk kuali, periuk dan lain-lain. Saya suka masak dan makan masakan itu sampai licin. Lihat lah budak sihat tu…takpe, ni pun dah turun 10kg, sikit lagi turun 10kg lagi baru hemsem.

SN

image_pdfimage_print

18 Replies to “Bila SN masuk dapur mengooking”

  1. pembantu kecik yg naik keta 8 tayar tu btol2 teruja tgk daddy dier masak…bukak peti pun nak jengah jugak..hehehe…

  2. ok la tu…. best…best… boleh isi masa lapang dgn memasak…. gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, suka hati….

  3. we need comment daripada inchik punya isteri tentang itu curry-lah. Ada sedap tara sedap ? hahahaha. berdasarkan pada visual, macam sedap, pada rasa… muahahahaha.

  4. alamak bro!! lama dh tak bukak blog nih! manyak menda dh missed nk baca…
    ni.. tergezut gak nmpak kurus laaa!!! apa tips??? cmner boleh turun smpai 10kg ni?? kite nak turun 0.5kelo pun syusyah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *