Positive Vs Negative Thinker

Dah 3 tahun dah saya jadi photographer. Dah 3 tahun juga saya jumpa ramai orang. Macam2 ragam, macam2 perangai tapi semuanya tu jadi macam perasa dan rencah untuk hidup ni lebih sedap. Dari cerita2 dari sumber2 yang tak berbayar atau diupah, kadang2 rasa nak marah pun ada…tapi bila pikir2kan semula…kadang2 gossip2 liar pun boleh melonjakkan kita lebih tinggi.

Orang selalu blame melayu ni pikiran kolot lah, tak maju lah, dengki lah, iri hati lah dan macam2 lagi. Tapi pada saya, orang melayu itu adalah bangsa yang sangat creative dan bertamadun. Cuma kita dibesarkan dgn culture “gossip” sehingga majalah gossip (e.g Mangga) menjadi antara majalah terlaris di pasaran. Apa tak kena dengan Gossip? Gossip ni asalnya makcik2 yang berkumpul kat belakang rumah jiran sambil2 nyicah mangga muda dgn kicap bercampur gula dan mereka mengata apa yang berlaku dgn si polan dan si polan. Kaum bapa pun sama, sambil2 main dam aji di kedai, sambil tu lah dengar cerita itu ini. Mereka lebih percaya kata mulut yang 90% adalah khabar angin dari Surat Khabar yang mereka baca.

Ada apa dgn gossip dgn hidup saya? Bila gossip (bawaan angin) ni sampai semula ke telinga kita, kadang2 nak marah, kadang2 nak tergelak jugak. Tapi itu lah hakikat, orang kita lebih suka berfikir negative daripada positive (sebilangan kecil sahaja, ramaiiiiii yang positive thinker kat luar sana). Mereka ni rata2 legaaaaa bila mendengar kata2 buruk tentang orang lain…(walaupun orang yang dikata tu pun mereka tak pernah berjumpa lagi dgn saya, tak pernah bercakap tetapi mereka dah ada tanggapan negative kepada saya). Macam2 yang saya dengar…tapi saya masih tetap menjadi seperti “Katak Pekak” dalam cerita “Perlumbaan Katak2 memanjat Tiang”. Yang pekak ni, dia tak dengar langsung katak lain tengah “Booo” dia dan mengutuk dia…dia terussss sahaja naik sampai atas dan menang.

Saya pikir, puncanya juga begini. Kadang2 bila kita kurang berjaya berbanding orang2 lain yang dah mengorak langkah ke arah kejayaan. Mereka ini akan mencipta pelbagai cerita supaya mereka ini kelihatan “Tidak lah teruk sangat”. Contohnya begini….

Saya berjaya dalam bidak fotografi perkahwinan;

Positive Thinker: Bagus Saiful tu, saya perlu belajar macammana dia boleh berjaya ke peringkat ini dalam masa kurang dari 3 tahun sahaja. Saya mesti ambil tauladan dan contohi kegigihan dia sampai terpaksa tidur 2-3 jam sehari.

Negative Thinker: Hehhh!! yeaaritee! kalau aku nak jadi macam Saiful tu, duluuuu lagi aku boleh, cuma aku tak mahu tipu orang, tak mahu naya orang, tak mahu permainkan orang dan paling penting….aku takkan main ilmu hitam

Kan ke itu caranya untuk buat orang (loser) terasa mereka ni tidak lah teruk sangat. Cuma mereka tak mahu lakukan perkara2 yang (mereka tuduh kita lakukan walaupun kita tak buat).

Satu lagi contoh….

Saya seorang pemandu dan pemilik sebuah kereta berjenama dan berprestij dari Jerman…

Positive Thinker : Aku nak jadi macam SN, aku perlu contohi strategi dia untuk maju dan aku perlu jadi orang yang cekal. Kalau SN dah pakai kereta B* sblm umur 30, aku nak pakai kereta Bentley atau Ferrari sblm umur 30. SN boleh, takkan aku tak boleh.

Negative Thinker : Huhhhh….kereta bawak mentua belikan…boleh lahhhh! / Kereta tu tak lama lagi kena tarik lah tuu tak mampu bayar / Kereta wife dia, wife dia kan Doctor / Dia dapat projek Kroni dari bapak mentua dia, tu lah boleh dapat hidup mewah

(Maaf kalau ada yang terasa, tapi contoh di atas adalah contoh yang “benar” yang orang kata tentang saya dan eventually sampai pulak kat telinga saya.

Sebab tu lah, saya lebih rela jadi karakter “Katak yang Pekak” yang tak perlu dengar pekikan orang “Wehhhh…pegidahhh! Balikkk lahhh!! Ko takkan boleh sampai atasss!!! Wehhh…udah lahhh tuuu wehhh, balik lahhhh!!!”. Saya dah dengar banyak benda ni, cuma saya pilih untuk taknak kisah jer.

Lebih menarik, kelmarin semasa saya mengambil daging kerbau yang ayah saya tempah dari seorang gembala kerbau di kampung saya (Untuk wedding ayah saya), pakcik tu tiba2 bertanya…

Pakcik: “Anak umur berapa?”
Saya : Baru masuk 29 tahun pakcik
Pakcik : Muda lagi, Pakcik bangga orang muda macam anak ni (sambil dia belek kereta saya)
Saya : …. Terima kasih pakcik
Pakcik : Anak Pakcik pun macam anak jugak, dia baru beli kereta macam ni. Dia pun berjaya dah sekarang. Tapi….macam anak jugak, Anak Pakcik ni, ramai orang dengki. Anak pakcik lagi sorang pun sama, dia milionnaire umur 28 tahun, itu pun ramai orang benci dia…tapi business dia makin bagus. Itu lah Rahmat Allah…
Saya : (Tergamam)…teruk sangat ke pakcik orang dengki anak pakcik
Pakcik : Sampai peringkat nak santau lah kiranya.
Saya : (Gulpp)
Pakcik : Ini pesan pakcik kat anak, Biar orang lain benci kita takpe, jangan “NASI” benci kita. Kalau Nasi dah benci, nanti apa kita nak makan?
Saya : (Mendalam betul kata pakcik ni). Terima kasih pakcik.

Kata2 pakcik tu terkesan betul kat saya. Cerita yang sama juga saya dengar dari kisah hidup Tan Sri Syeikh Mokhtar Al-Bukhari, Tun Dr. Mahathir, Lee Kwan Yew, Datuk Izhar (KFC), T. Ananda Krisnan, Vincent Tan dan Mendiang Lim Goh Tong dan banyak lagi taikon2 bilionaire Malaysia. Adakan dibenci oleh sebahagian kecil orang itu adalah bayaran kepada sebuah kejayaan yang kita kecapi? Dalam kes ini, buka lah mata bukalah hati….

Kepada yang membenci dan mencaci, saya doa kan anda berjaya. Kerana dengan berjaya…baru anda tahu laluan ini. Hanya dengan berjaya…anda tahu bagaimana anda di benci walaupun anda tidak buat apa2 yang salah terhadap orang lain. Dengan berjaya juga….anda akan rasa, bagaimana perit perasaan anda menelan semua kata2 orang yang nista, dan anda ludahkan semula…demi kejayaan. Dan dengan itu juga…saya doakan anda semua berjaya dalam apa yang anda buat.

Jangan lah asyik menuduh dan menuding jari. Kerana 1 jari yang kita tunjuk pada orang lain, lagi 3 berlipat menuding ke diri sendiri. Pikirkan yang positif, dan jangan lah mudah percaya kata2 orang tanpa usul periksa. Nanti padahnya pada diri sendiri juga. Jika benar tuduhan tu tak apa, tapi bayangkan jika tuduhan itu adalah fitnah yang anda rasa itu lah perkara yang benar dan anda telah sama2 menolong menyebarkan fitnah (yang anda sangka benar itu)…bayangkan lah perumpamaan anda memakan daging saudara kandung anda sendiri. Kalau anda masih rasa saya bersalah, itu kan urusan saya dgn Allah. Dan kepada yang anggap saya bersalah…saya cabar anda dakwa lah saya di mahkamah. Untuk anda, saya tujukan ayat dari surah al-Isra’ (surah 17) ayat 36, sambungan dari ayat tersebut….surah 7 ayat 179 (mesti baca) baru anda tahu apa yang saya cuba katakan.

Saiful Nang
Orang yang belum berjaya tapi
tidak akan berhenti mengejarnya.

image_pdfimage_print

11 Replies to “Positive Vs Negative Thinker”

  1. Assalammualaikum En./Abg SN

    saye ni kan sebenarnye kan…suke sgt2 bace blogs org…expecially blogs dr SN…kan FP SN tuhh…SN ni leh jadi pencerite arr…hehehe…slalu crite SN byk psl motivasi ngn nasihat…sy suke…part yg plg best/wat sy terharu…SN crite psl famili SN terutama ibu SN…

    Sy ni suke ambik pix…tp lum b’kemampuan nak beli DSLR lg…gune camera digital biase je skang…tp dlm proses mengumpul duit ni…sikit2 lame2 jd bukit kan?…

    k la SN, jgn lupe update crite baru lg eh…xsaba nak bace ni…kimsalam kat kak long@intan & warga keje Candidsyndrome…

    Selamat maju jaya sampaiiiiii bila2 pun…W’salam

  2. Well written and deep. That’s life. You can never please EVERYONE. mesti ada je yg mengata sama ada kita di jalan betul ataupun yg salah..

    Bersabar la. Kalu dah rezeki, takkan ke mana 😉
    Good luck!

  3. Manusia bila dah nak berjaya, manusia juga yang cuba menjatuhkan. Manusia yang pendengki itu tak akan kemana kemajuannya dan kemajuannya yang ketara adalah hanya dalam bidang kedengkiannya.

  4. congrates!!
    gambar yg SN hasilkan semua menarik..
    i love all the pictures.. i believe u boleh pergi lebih jauh lagi..
    u ada bakat..jd jgn sia2kannya..
    hey.., by the way, apa nama lagu yg u letak kat blog u ni..
    best la plak..
    hmm.. apa2 pun kalo nk berjaya dlm hidup ni, kita takkan lepas dr cerita2 yg negatif.. kalo saya kat tempat SN, saya akan amik semua cerita negatif tuh jadikan positif.. mesti ada hikmah disebaliknyer..
    harap SN bersabar.. org yg bersabar ni ada bahagiannyer..
    just think positive n everything will be fine…
    jgn runsing2.. b happy ok..

    i got this from my friend..
    Happiness keeps you sweet,
    trials keeps you strong,
    sorrows keeps you human,
    failures keeps you humble,
    success keeps you glowing
    but only god keeps you going..

    ok, send my regards to ur wife..
    she’s so cute.. daa..

  5. ya betul saudara SN,sy terkesima seketika apabila membacanya…
    tapi mg btl…org nak berjaya msti hadapi susah dulu sblm senang..tuhan tak kan menguji kite klu kte tak mampu hadapinya…

    SELAMAT MAJU JAYA

  6. SN, sorry this hasn’t any relation with the topic but i think this is something u can do for your fans in the future…

    im not into photographing, dont mention on its artistic value coz i still love still n ‘say cheese’ posing… but i admire ur thought n principles in life. how u see life, incorporate it with other aspects to make it easy to understand n sharing your hard moments in life… im hoping that u can write a motivational book.. not only on photography but self-improving, self-esteem etc… definitely, i’ll buy your book (or books perhaps). without fail, i’ll wait for that moment…. tq….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *