My new Blog – Sempena Hari Keputeraan saya yg ke 29

Harini bangun pagi, wife kejut kan. Hari ini pada tahun lepas dan pada tahun2 sebelumnya…mak (arwah) dgn ayah saya akan call seawal jam 6.30 pagi dan “menyanyi” lagu birthday “Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Angah, happy birthday to you” (Ayah dalam lorat jawa dan mak dlm lorat org melayu yg tak pernah cakap matsaleh). Setiap tahun, panggilan tu merupakan hadiah besar untuk setiap harijadi saya. Hidup sbg orang miskin masa membesar dulu, birthday saya tak pernah lah sampai ada kek harijadi. Cuma sekadar dapat ucapan selamat hari jadi shj. Yg tu pun saya dah happy sangat.

Hari ni bangun pagi, tengok cermin terasa kedut makin bertambah, rambut makin kurang tiba2 terasa macam rambut putih pulah makin subur. Tiba2 terasa, 29 tahun ni cepat sangat berlalu. Saya teringat lagi seolah “semalam” saya ke sekolah dengan nasik lemak dlm plastik untuk jual kat sekolah. Saya teringat lagi “semalam” saya mengambil upah melukis menggunakan kertas lukisan dan warna air orang lain untuk bayaran RM0.10 sekeping. Masa tu darjah 3 dan satu kali masa rehat, saya boleh siapkan 2 lukisan dan tunggu lukisan tu kering. Antara yang order, cikgu sekolah…dia bayar paling banyak. Masa tu dia bayar saya RM0.50. Balik rumah sgt happy…cakap dgn mak, mak senyum jer. Dia cakap, Angah kena belajar rajin2, jgn jadi pelukis tak ada masa depan. Tapi Alhamdulillah, sekarang saya hidup walaupun bukan dgn melukis, tetapi dgn karya photography saya.

Saya bangga ada emak dan ayah seperti mereka. Hari ni, harijadi pertama saya tanpa ucapan dari Emak. Emak dah pergi untuk selama2nya. Kenapa tahun lepas, kita tak rasa panggilan ucapan harijadi itu sangat berharga…sehinggalah panggilan itu dah tiada lagi. Tak ada lagi pada hari ini dan tak mungkin ada lagi pada masa akan datang. Saya rindu emak.

Tak habis ingat emak sampai sekarang. Pada saya, emak masih hidup dalam diri saya. Semangat pantang menyerah kalah emak masih utuh dalam diri saya. Dah 4 bulan emak pergi tinggalkan saya dan semuanya. Saya mampu berhenti menangis pada hari ke-3. Tapi hari ni, semasa saya menulis thread ini….saya menangis lagi…

SN

image_pdfimage_print

5 Replies to “My new Blog – Sempena Hari Keputeraan saya yg ke 29”

  1. I just read your entry, mmg mengharukan. in fact i cried by the end of it. Mmg kite perlu start appreciating the people around us sementara they’re still alive, but i am very sure you were a good son to your mom. ape2 pun, tahniah on your success, i love all your pictures, they are different! I also learned a lot from your entries especially the positive vs. negative thinkers. Tahniah again!

  2. Saiful,akak dan abang pasti arwah “MAK” saiful sgt2 sayang dan bangga dengan saiful.saiful anak yang baik…

  3. i read this post and in the end of it i cried too..its not too late to say sorry for the lost. Im sure she’s very proud of you.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman.AMIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *