Nervous itu Bagus

Ramai orang nervous bila nak kahwin, bila nak akad nikah, naik stage, nak bersunat, nak convo, nak naik pelamin, nak bagi speech, nak pegang rostrum dan banyak lagi. Saya pun tak terlepas dari perasaan nervous tu. In fact now pun, I’m still feel so nervous about giving my whole day seminar tomorrow at KLiUC.

I’ve been giving public speech since the past 22 years (since I was 8). But still i feel, new stage, new people, new topic, new environment will still make me nervous. Adrenaline released and I feel so worry of not performing well. Alhamdulillah, I managed to go through all that with some great handshake by the audience and “some” events….I manage to get a standing ovation (orang tepuk tangan sambil berdiri selama 1 minit) hahahah.

I still remember 22 years back, when I was 8. Since my family was so poor, I didn’t get any chance to makan angin and see the rest of the world. My world only restricted to my house, school and the oil palm plantation. The only way for me to makan angin is through “Mewakili Sekolah” in whatever event pun. I tried sport but…well, I was as small as kindergarten kids when I was 8 hahahha. It wasn’t a good idea to represent school in sport. Hence, I tried “Pertandingan Bercerita”. Started dengan peringkat sekolah dulu.

I still remember that, I wanted to be different from other participants. I did my recce around them. Biasalah, cerita Sang Kancil dgn Sang Buaya, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan epik-epik masyarakat yang normal. Sebaliknya, saya membuat tajuk sendiri “Perjalanan hidup sebuah calculator”. Hahhaha….it made me stand-out from the rest. Ini pun Blue Ocean Strategy jugak ni, tapi masa tu buku BOS tu tak keluar lagi rasanya tapi itu common sense disebabkan kehendak yang melonjak-lonjak untuk jadi wakil sekolah…dapatlah merasa NAIK KERETA. Naik kereta pun kagum habis dah.

1 week given lepas hantar nama nak bertanding kat Sekolah Rendah LKTP Tementi. Saya menulis tentang calculator sebagai skrip penyampaian. Tiap kali nak menulis, masa tu lah datang nervous. Beberapa hari mencuba pun masih lagi nervous. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi kena baling dengan kasut, botol air, selipar, proton saga, tin coke dan macam-macam kat atas pentas. Bangun sahaja tidur, rasa nak give-up. Seriously, ini lah kali pertama anda akan naik ke pentas untuk memberi some kind of speech.

Tapi keinginan yang terlampau tinggi buat saya gagahkan jugak untuk terus mara. Nervous itu membuatkan saya menjadi seorang yang sangat WELL-PREPARED. Saya disaingi oleh seorang kakak darjah 5 yang lebih senior dan bersuara lebih mantap berbanding suara budak kecik yang belum “pecah” lagi (saya lah tu) yang menjadi juara bertahan selama 2 tahun berturut-turut.

Semasa hari persembahan, berlaku undian giliran. Rasanya, ini dah ditakdirkan rasanya…saya dapat giliran no.1…wuaaaa!! gila habiss..tadek reference langsung untuk competition. Bila dipanggil jer ….”Peserta seterusnya, adik Mohamad Saipul bin Nang dari darjah 2 Anggerik”.

(Sepi)

Saya : (Nak pengsan…jantung tercabut)

Gagahkan juga diri melangkah longlai ke arah pentas tanpa skrip, tanpa rostrum. Yang ada hanyalah mic stand yang bergoyang-goyang dan tinggi. 1000 mata murid-murid dan ibu-bapa serta guru-guru terpaku kepada budak kecit kat atas stage yang hampir kena stroke. Saya pandang penonton…(terus rasa nak pitam). baru tahu…itu rupanya nervous yang terhebat. Lutut bergetar dengan frekuensi 10 getaran sesaat. Adrenaline release, jantung makin laju.

Saya capai microphone di mic stand. Setup mic stand terlampau tinggi untuk saya pada ketika itu. Cikgu yang menguruskan mic pun tak sensitif pasal tu, jadi saya capai mic dan cabut dari standnya. Kini mic dah ada dalam genggaman. Saya ambil mic stand tu saya angkat dan letakkan di tepi pentas supaya tak menghalang saya dengan audience. Bila saya kerling mata, beberapa guru dan ibu bapa dan tersenyum-senyum nak ketawa. Saya berjalan selamba atas pentas…(begitulah sehingga habis saya bercerita)

Kembali semula ke tengah pentas….(Sunyi)

  • SN : ………..
  • Penonton : ……..(cricket sound)…….
  • SN :……… (Cricket sound)……….(cuba membaut eye contact dengan audience)
  • Penonton :……..(mula berbisik-bisik sesama sendiri…apa lah yang dia fikirkan)…..
  • SN : (Pandang penonton dan penjaga masa….)
  • Penonton : (Pandang saya dan mula tersenyum….)
  • SN : ….hmmm…(tiba-tiba ayat pertama saya keluar)….Sabar tuan-tuan dan puan-puan, penjaga masa tengah gemuruh sampai tak ketuk-ketuk lagi loceng mula….(saya mengalihkan nervous saya pada orang lain hahahaha)

(Serentak gemuruh dengan ketawa satu dewan dan tepukan tangan. Gembira sangat kot tengok budak kecik 8 tahun duduk atas pentas senyap pandang kiri kanan, pandang penonton rupanya pasal penjaga masa tak bunyikan loceng…)

Itu semua berlaku tak disengajakan. Tetapi, macammanapun…mesti diatasi dengan tenang. Melihatkan tepukan tangan penonton, saya terus dapat kekuatan yang luar biasa…

  • SN : (Tatkala mengikut norma orang memulakan cerita dengan “Pada suatu hari….” tetapi saya meneruskan cerita dengan ini…)… Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, pernah tak anda semua pakai calculator?
  • Penonton : (Serentak) PERNAHHHHHHHHHHHHHH….(sikit2 jawapan berbalam-balam cakap tak pernah)
  • SN : (Senyum)…itu lah tajuk cerita saya hari ni kerana saya nak bawa semua untuk mendalami riwayat sebagai sebuah calculator…bla bla bla bla bla…yada yada yada…
  • Penonton : (Khusyuk)
  • SN : Yada yada yada yada calculator….yada yada yada..rosak…yada yada yada…kena buang…yada yada yada…kena kutip.
  • Penonton : (Mula dah tersenyum…)
  • SN : Sekian terima kasih…(tapi masih belum berganjak untuk tengok respond penonton)
  • Penonton : (Terdiam)
  • SN : Tuan tuan dan puan-puan, cerita saya dah habis…tepukkk (bagi isyarat suruh orang tepuk tangan)
  • Penonton : (Yang tadi terdiam mulut menganga terus tepuk tangan sambil gelak-gelak)

Pada hari itu, semasa saya naik ke pentas sahaja. Saya dah tak buat untuk menang hadiah. Saya buat menurut hati sahaja. Untuk menghiburkan orang ramai. Yang nyata, pada hari itu, cerita saya terpesong 40% dari skrip yang saya dah hafal selama 1 minggu. Memandangkan skrip itupun saya yang tulis, jadi saya ada kuasa untuk mereka cerita hahahha.

Saya memang tak harap kemenangan pun. Pasal pada masa itu, saya cuba jadi diri saya sendiri. Dan saya tahu saya tak buat seperti semasa latihan dan pada masa itu, umur 8 tahun saya terlalu naif tentang Public Speaking tecnique. So, belasaahhh jer mana boleh. Nervous yang ada semasa nama dipanggil…hilang dari ayat pertama. Apabila saya merasakan audience itu selesa dengan saya. Nervous itu juga yang menjadi drive untuk saya jadi seorang yang sangat “well-prepared”.

Dan nervous itu juga, masih ada sampai ke hari ini dan ianya sangat normal dan sangat bagus. Jika saya tidak nervous, saya tak akan bersedia dan saya akan hanyut dalam penyampaian. Itu lah sebab mengapa nervous itu anda patut jadikan ia sebagai satu faktor penggerak yang mendorong anda ke hadapan dan bukan menjadikannya sebagai excuse untuk kita mengalah sebelum berlawan.

Alhamdulillah….

Saya menang no.1 untuk kategori Tahap 1 dan keseluruhan. Saya dapat mewakili Sekolah dalam pertandingan bercerita antara sekolah peringkat daerah di Felda Bukit Mendi. Saya dapat naik kereta Proton Saga, saya dapat keluar, saya dapat makan angin dengan cara itu. Dan …ia berterusan sehingga saya di Universiti.

Nota kaki : Saya sebenarnya….gagap dari kecil.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com


.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari


image_pdfimage_print

25 Replies to “Nervous itu Bagus”

  1. hehhe..dpt sy byg kan SN dok atas stage tu bercerita..sbb sy pun ms drjh 2 kena masuk pertandingan bercerita gak..ketaq x pyh ckp le…
    tp xpe..at least benda tu membantu kita improve self confidence…

  2. kalkulator..hehe pasney bley buat cite sy sebuah camera EOS 5D..hehehe..
    nme2 felda yg SN tulis tu semua sinonm dgn sy..

    my aunty di seberak..
    n my granny di bukit mendi..
    hehehe..idop org phg hehe

  3. kalkulator..hehe pasney bley buat cite sy sebuah camera EOS 5D..hehehe..
    nme2 felda yg SN tulis tu semua sinonm dgn sy..

    my aunty di sebertak..
    n my granny di bukit mendi..
    hehehe..idop org phg hehe

  4. hahahahahahahahaha!

    itu je yg mampu i ckp sebab cite ni SANGAT best dan kelakar sampai i gelak kuar air mata!

    such a good story teller la u niiiii!

  5. yea, nervous itu bagus!
    itu bermakna, kita masih perlukan DIA dan berharap diberi ketenangan saat nervous itu dtg. betul x?
    sehebat mana pun kita, DIA tetap diperlukan..

  6. kagumla .. kecik2 dah pandai cari option nak smpai cita-cita naik kereta..
    dan option tu sangat berjaya plak tu..!

  7. “saya mengalihkan nervous saya pada orang lain hahahaha”

    Suka ko ek.. Macam biasa, aku la manusia yang akan jadi bahan ko.. kekeke.. glad to help you yesterday.. 😛

    Anyways, the seminar yesterday mmg best.. Kami bertiga balik dalam keadaan yang penuh bersemangat.. Aku sampai tak boleh tido malam (seriously).. Tengahari tadi aku pegi amcorp mall nak cari buku ttg bookeeping.. Tapi aku beli CD Anthony Robbins utk dengar dalam kereta.. Lepas tu aku beli buku 3 bijik and one of it is “blue Ocean Strategy”..

    Tenkiu very much SN.. Hope to able to join you on the “Moon” ASAP..

  8. WanTai, sepjng pengamatan sy, kebykan org2 yg cemerlang adalah gagap… or depa mempunyai some learning disabilities or even social problems… i think kekurangan itu yg mendorong depa utk maju; survival tinggi.

    contoh; hubby my fren gagap and hanya boleh membaca pd usia 11 thn. now, he has a Phd in Metaphysic Treatment. lagi, sorg tokoh korporat yg sy lupa namanyer, hanya bole membaca pada usia 13 thn. tokoh itu menjadi pengasas sebuah kolej swasta di luar negara.

    SN, we share the same feeling;proud of menaiki kereta and traveling out of own place during school days…. inspiring story though.

  9. (Serentak gemuruh dengan ketawa satu dewan dan tepukan tangan. Gembira sangat kot tengok budak kecik 8 tahun duduk atas pentas senyap pandang kiri kanan, pandang penonton rupanya pasal penjaga masa tak bunyikan loceng…)

    kudos SN!

    ms kecil2 pun aku aktif gak…tapi dlm bidang lain…dikir barat+drama+nasyid+nyanyi etc

  10. just love ur motivation artikel~~ bersemangat saya~~ sb sy pun nervous but in the end it turns to something good~~ just like what u have said~~ 🙂

  11. Inche Saipul .. anda mmg seorang yg brilliant!! mmg sakit peyut baca ur childhood story.. even me pun tak sampai tahap macam tu.. Mummy Orked surely bangga dengan Inche Saipul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *