Hari ibu menjelang kembali

Saya memang biasakan anak saya yang kecil ni ke pusara neneknya (emak saya) dan saya selalu jelaskan bahawa dia (anak saya) mesti dan wajib menghargai ibu kerana itu hanya boleh dibuat semasa hayat ibu sahaja. Ada orang menyesal hantuk-hantuk kepala bila kematian ibu gara-gara tak sempat nak berbakti. Alhamdulillah, saya bukan lah contoh yang terbaik tetapi semenjak saya mula bekerja, sedikit sebanyak saya telah dapat menarik keluarga ibu bapa saya dari kemiskinan. Keutamaan saya beri kepada mereka dan bukan kepada diri sendiri. Orang kata, bawak baby ke kubur ni nanti kena sampuk, kena sawan, badi mayat dan macam-macam lagi, tapi Orked (anak saya) tak pernah ada masalah tu walaupun semasa kali pertama bawa ke kubur masa umurnya 50 hari.

Saya percaya kubur itu hanya lah tapak peringatan untuk yang hidup mengingati si mati dan kematian. Orked dah tahu sekarang, kalau sebut “Rumah Nenek Ros” dah tahu nak pergi ke kubur. Kontrak saya untuk menghargai seorang ibu telah tamat semasa kematian ibu saya. Tetapi kontrak menghargai golongan ibu-ibu yang terlampau banyak berkorban dalam membesarkan anak-ana itu masih tetap bersambung sampai bila-bila.

Tahun ni, Intan (isteri saya) akan meraikan hari ibu yang pertama sebagai seorang ibu. Kalau dikira pengorbanan seorang ibu memang tak mungkin boleh dinilai dengan apa-apa yang lain. Saya sendiri pun, bila melihat gigihnya isteri saya bangun tengah-tengah malam menyusukan anak, melayan nangis anak, berulang ke daycare beberapa kali sehari dan macam-macam lagi, saya pun tak sanggup nak buat.

Untuk semua ibu-ibu di luar sana, HAPPY MOTHERS DAY! You’re the best creature in the universe.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com


.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari


image_pdfimage_print

11 Replies to “Hari ibu menjelang kembali”

  1. nothing to malu about kalau jadi anak mak… proud to be anak mak… tahniah kat SN coz sempat balas budi… (im stil working on it huhu). Happy mothers day to all moms & future moms… Be a great mother & daughter, insyaallah u’ll get a great son like SN & great daughter like ur self la…Happy mothers day again…

    *SN, banyak spelling error kat post ni…

    *sedikit sebanya
    *banya berkorban
    *anak-ana

    Tapi takpe, masih buleh paham 😀

  2. Aku pernah baca satu entry tentang ibu SN di Fotopages dahulu.Tentang pembukaan studio dan whiteroom photoshoot pertama SN untuk your parent.Dapat rasa yang SN benar2 rindu ibu SN.

    Dan kali ini,rasa itu datang balik.
    aku pun turut sayu.

    Your ibu must be proud of you.

    Good luck eh!

  3. my mom pun dah passed away…dah 13 tahun dah tapi still rasa mcm baru je dia pergi…

    but living in KL, i hardly got a chance to visit her kubur in taiping…hanya doa yang mampu i sedekahkan…

    alfatihah.

    happy mother’s day intannnnn!!!

  4. kontrak untuk menghargai ibu bukan sehingga kematiannya sahaja.. ia berterusan selagi nyawa kita dikandung badan.. doa anak soleh setiap kali lepas solat akan menjadi sedekah buat menghargai pengorbanan ibu.. selamat hari ibu..

  5. Kontrak saya untuk menghargai seorang ibu telah tamat semasa kematian ibu saya. Tetapi kontrak menghargai golongan ibu-ibu yang terlampau banyak berkorban dalam membesarkan anak-ana itu masih tetap bersambung sampai bila-bila.

    🙂

  6. ibu adalah segalanya.yang masih ada ibu,mama,mami,mek,mok @ apa saje yang kita panggil,hargailah mereka walaupun dia selalu membuatkn kita marah,sedih,bengang dan sebagainya.tanpa mereka kita tiada di dunia ini.allah sentiasa bersama anak yang sentiasa menjaga ibunya hingga ke akhir hayat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *