Penjelasan kenapa saya Quit dari CC – Saya tak mahu menipu!

STATEMENT SETELAH LEBIH 2 BULAN SAYA QUIT DARI CC

Pembukaan : Sebuah pertubuhan atau pakatan mesti telus dan mempunyai perlembagaan bertulis supaya apa-apa masalah ia boleh dirujukkan ke dalam perlembagaan. CC bukan persatuan berdaftar, perlembagaan hanya melalui apa yang termaktub di dalam website. Saya sangat tegas dalam usaha menaikkan martabat kerjaya fotografi dan CC pada mulanya selari dengan visi tersebut. Malangnya, apabila ia sudah dipolitikkan, bila ada yang tidak layak juga bernaung, apabila nama buruk orang yang tidak layak itu mencalar kredibiliti mereka yang berkarisma dalam pasaran, apabila perlembagaan hanya pada budi bicara dan tidak tegas menekankannya pada asas yang berdokumen, itu lah sebab mengapa saya lihat CC sudah tidak relevan dan mengambil keputusan untuk keluar. Berikut adalah cerita secara detail…

………………………………………………………………………………………………………………………………

Saya tak mahu menipu orang. Itu lah jawapan ringkas bila orang tanya saya kenapa saya tiada lagi di CC. baca penjelasan ini sehingga habis.

Desas desus bertiup kencang dengan kencing kencingan orang yang tak senang duduk. Dulu saya bersama CC (Sekumpulan jurugambar Elit yang mahu dilihat berbeza dari jurugambar-jurugambar lain). Di sini saya nyatakan betapa hebatnya visi CC (No doubt) untuk memartabatkan kerjaya jurugambar perkahwinan elit. Ini kan kata-kata orang kat bawah pokok (refer cerita pasal sok sek). Kalau yang jenis tak luak tu tak kisah, tapi kalau dah melibatkan periuk nasi dan maruah takkan kita biarkan sahaja orang terus terusan menabur pasir ke dalam periuk nasi kita kan? Sampaikan customer datang ofis pun ada yang cakap “Photog CC tu ada cakap you tak bagus sebab tu u kena singkirkan?” (bukan seorang, tetapi beberapa orang…hehehhe. Saya geleng kepala).  Jadi, biar saya jelaskan mengikut kronologi.

Lihat sahaja syarat ketat keahliannya. Pengasas kumpulan ini Min menjemput saya untuk beserta dalam gabungan tersebut. Atas dasar menaikkan status industri fotografi perkahwinan ini, saya menyambut pelawaan beliau dengan baik walaupun kami tidak sebulu dalam banyak hal. Tapi apa nak kira sebulu atau tidak, visi nya jelas dan menarik untuk kami dalam gabungan itu, tolak saja rasa peribadi yang lain. Satu syarat yang saya kenakan ialah, please don’t do politiking in the union. Biasalah, ini masalah orang kita yang tak pernah berjaya berpersatuan kerana bakal ada yang gila kuasa, gila nama, gila glamer dan gila sewel. Min dengan baiknya menegaskan…No, I will not allowed anyone to do politiking in CC.

Then…saya setuju!

Then I questioned, why the terms are so gila-gila ketat? (rujuk print sceen di bawah) Azmin answered…because we only want the best in Malaysia in the union. Then I asked soalan maut…

“We’re required to shoot AT LEAST 2 CELEBS WEDDING?? But what Syahrin Aziz and Iskandar Ibrahim is doing in the group? they didn’t fulfil the requirement right?”. The founder answered…takpe, the rules will be applied later, they have their own followers, we don’t want them to be out of the group.

Me : Takpe lah kalau macam tu. I really hope, that was the last time we allowed members to break the rules created by CC. I’m very strict to the b/w in CC. Whatever we have decided and agreed must be followed. Bukan senang-senang saja nak tukar.

1st meeting happened in Hotel Singgahsana attended by most of us except Syahrin Aziz. We were discussed about many things. Then, CC website up…and people start to put the banner in their official websites and blog except for two. Ikram  & Iskandar. Well…tak kisah sangat pun. Ikram  is a well known wedding photographer that need no website to promote his fantastic work. While Iskandar Ibrahim, took more than 6 months to hang the banner. While others have given thousand of traffic inside the website, someone were so comfortable getting customers from other friends. Fine…taknak berkira sangat. Rezeki masing2.

When I raised the issue, he (Iskandar) got protected by the founder of the group. Then i smelled that Politiking is now exist in CC. I was decided to stepped out already. I told a few of of us in CC my intention and they said…

Tak payah quit lah SN, CC is you. You bawak more than 80% traffic to CC tau. So, CC badly need people like you…”

Saya tangguhkan niat dan cuba lihat apa yang akan berlaku kemudian. Pada kira-kira penghujung tahun lepas, 3 orang dari AHLI CC TERPAKSA SURRENDER OFFICE / GALLERY / PREMIS perniagaan mereka ekoran kelembapan ekonomi dan mereka adakan meeting untuk menggubal undang-undang kemasukan ahli baru. Lihat syarat no.6 di bawah (diambil dari website CC)…

Jelas berlaku politiking ataupun pilih bulu. Bila sebahagian mereka sudah tidak menepati syarat, bukan undang-undang perlu digubal, tetapi mereka harus berundur. Puluhan jurugambar…sekali lagi saya ulang PULUHAN jurugambar di luar yang lebih hebat dan masih lagi tidak dibenarkan memasuki CC atau sebahagian besarnya, tak pernah fikir pun nak masuk CC sementara yang di dalam dah 3 orang hilang kelayakan. No Action Taken! Saya tak nafikan orang seperti Syahrin Aziz tidak memerlukan sebuah pejabat atau gallery, beliau sudah pun mencipta namanya sendiri walaupun tanpa CC. Syarat ketat di atas itu diadakan UNTUK MENGAWAL KUALITI AHLI kerana yang mencapai kesemua syarat di atas hanya lah yang TERHEBAT dari kalangan yang TERBAIK. Woww…dengar pun rasa kagum. Tapi…fikirkan semula…tak semua pun yang hebat.

Tetapi dari mula pun dah ada beberapa yang tak cukup syarat dibenarkan beserta. Di pertengahan bila ada yang sudah terlucut kelayakannya masih terus berada di situ tanpa sebarang tindakan. Kita ada email group dahulu, dalam email itu, saya pernah menegur juga beberapa kali tentang ini tapi tidak di endahkan.

Manakah pergi perkhabaran bahawa CC itu sebuah pakatan yang HEBAT??

Saya menarik diri dengan sukarelah tetapi bersyarat. Saya katakan kepada 8 ahli yang lainnya supaya ia tidak diungkit di luar sehingga menimbulkan desas desus yang memalukan saya dan menjejaskan nama baik. Sekiranya berlaku, saya akan mengeluarkan kenyataan ini secara terbuka SEBAB MENGAPA SAYA TARIK DIRI DARI CC. Sekurang-kurangnya…ditempat yang saya tahu.

Sekarang, jika anda fikirkan CC itu hebat?? Fikirkan semula kerana…bila ada double standard dalam mematuhi syarat2 yang ditetapkan, tak mustahil…yang TAK BAGUS juga boleh terlepas dan menumpang aura dari kehebatan rakan-rakan lain.

Saya tak kata SEMUANYA tidak baik, sebahagian dari mereka sangat professional dalam hal ini. Sekiranya anda berniat untuk mengambil pakej dari Manggis Production, Ikram Ismail, Adan dan Syahrin Aziz…saya jamin mereka tak akan mengecewakan anda.

Yang penting, saya keluar dari CC kerana…

  1. Tidak mahu terus menerus menipu dan menggula-gulakan orang tentang kehebatan yang sebenarnya wujud pada hanya sebahagian ahli sahaja, yang lainnya…jadi penumpang.
  2. Tak ada masa untuk melayan politiking, double standard, pilih bulu dan macam-macam lagi yang tak sepatutnya berlaku dalam sebuah organisasi yang dikatakan professional.
  3. Ramai yang lebih berkelayakan di luar sana masih berdiri tanpa CC.
  4. Saya nak tumpukan kepada prestasi kerja saya dan tidak ada masa nak melayan karenah politik dalam pakatan yang sangat kecil dan tidak mendatangkan apa-apa faedah besar.
  5. Tak produktif, banyak sangat meeting tapi kerja tak jalan langsung. Jadi lebih baik saya beri tumpuan kepada apa yang saya ada. Takpe lah…tak jadi “Jurugambar Elit” pun tak kisah lah.
  6. Tidak mahu jadi pakatan bongkak tetapi kosong pengisian.
  7. Saya tak mahu lagi menipu fakta mengatakan SEMUA ahli CC hebat walhal, hanya sebahagian sahaja yang benar-benar hebat yang lainnya hanya menempel.

Jadi kepada yang soksek bukan2 pasal sebab saya mengeluarkan diri (bukan dibuang atau dipecat ataupun hilang kelayakan). Semuanya hanya untuk memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi kepada pelanggan-pelanggan serta bakal-bakal pelanggan saya sekarang. Dah lah dalam ekonomi gawat ni, masa yang ada pun jadi suntuk sangat, tak sempat betul lah beb nak main politik.

Seperti yang anda semua kenal, saya bukan orang yang suka belok-belok, kroni-kroni, bawah meja atau macam-macam gelaran yg negatif. Saya suka ambik gambar wedding kerana dalam wedding, customer suka dia datang hire saya walaupun orang kata macam-macam dan saya pun happy kerana saya pun tak perlu main politik dan terlibat dengan apa-apa rasuah untuk dapatkan job wedding hehehehe.

Keluarnya saya dari CC, buka ruang yang lebih besar dan melegakan kepala otak dan urat saraf dan saya kembali bebas seperti dahulu kala.

I rest my case 😉

SN

…………….

All comments will be approved / disapporved solely based on the blog owner consideration. I’ll not liable to  whatever statement/s made by the comment posters.

image_pdfimage_print

64 Replies to “Penjelasan kenapa saya Quit dari CC – Saya tak mahu menipu!”

  1. Saya dah agak dah mesti ada sebab SN keluar. Dari luar pun ada dengar-dengar orang cakap macam-macam tapi tepat pada masanya lah keluarkan statement macam ni. Atleast ramai orang tahu kedudukan sebenar

  2. Topik panassss hahahaha. I’m with you SN. Saya nampak CC cumalah 1 pakatan yang bongkak. Nasib baik SN keluar cepat, pasal ramai photographer kat Malaysia sudah naik berbulu tengok. Kitorang kat Perak ni sudah kasi boikot kursus yang Iskandar, Min buat tew walaopon diumpan dengan tag along dalam selebriti wedding. Nasib baik SN cakap Adan ok, kalau tak, kitorang budak Ipoh siap nak boikot dengan workshop abg din jugak.

  3. Rileks semua…ini kenyataan jer, jangan emo-emo sangat sampai nak boikot-boikot ni. Dalam sebiji anggur mesti ada 1-2 yg buruk, tak menjadikan anggur itu rosak 100%. Workshop-workshop tu kalo baguss join lah jer hehehe

  4. dan kan best kalau SN sendiri dapat amik gmbr wedding saya…i really admire u…tapi takpelah..i beleive ur protege is better as you are….(kalau lah ade duit lebih mesti dah hired you SN…)

  5. Just nak share 1 story, haritu masa CC buat expo kat Putrajaya Concention Centre, ada lah nak tanya pakej kahwin semua. Tapi tu lah, yang tak tahan bila sikap arrogant macam Milky cakap. Bongkak tu nampak sangat. Tak payah lah memperkecilkan jurugambar yang saya dah hire dengan mengatakan “Kat Malaysia ni kita yang paling bagus, fotog CC semua yang elit punya bla bla bla”. Saya angkat kaki terus tak pandang belakang. Saya nak hire SN dah penuh terpaksa lah cari orang lain yang bukan CC pun tapi hasil kerjanya memang jauh lebih baik dari apa yang saya tengok kat PICC.

  6. Dulu mula-mula saya pun seronok tengok otai otai ni duduk semeja bercerita tentang masa depan industri. Tapi selepas beberapa ketika, terus senyap. Ditambah oleh sikap “Langsi” sebahagian mereka, memang saya jadi benci CC. Nasib baik SN, Ikram dan Adan adalah idola saya. Manggis pun not bad jugak, tapi lepas masuk CC ni, nampak macam orang ramai cakap benda tak baik pasal diorang.

  7. I dulu bekas customer Adan, memang suka kerja dia. Lepas masuk CC tu dengar macam-macam dari orang, tapi saya tak percaya lah. Tapi ramai juga yang termakan cakap dan terus percaya. Bagus lah keluar.

  8. Tahniah. Saifulnang,Anda dilahirkan untuk menjadi Idola serta meggembirakan orang lain. Teruskan berkarya, biar apa org kata, kerana yg terbaik hasilnya ttp disini walau dimana SN berada..

  9. oooo mcm tu kesah nyer(memula baca tajuk dok pikir cc tu pebenda la)…. HEBAT : semua org pon boleh jadi hebat.dgn syarat gigih berusaha dan buktikan..kan kan kan(terus terngiang2 lagu pria terhebat-sheila on7)

  10. I really wanted to be part of CC.. Tapi nak buek guano.. Syarat2nya ketat.. Saya tak pernah aware pulak ttg negativity of their presence.. I happen to get to know few people in CC and those yang saya kenal are very good people (ie; Fairuz Avicenna and Adan + ex-CC SN).. Others saya tak kenal personally.. Anyways, Since berjumpa dgn seseorg 3 minggu lepas dan bersesi dari pukul 1 pagi sampai pukul 4, saya realized that what he said was true.. CC takkan di pandang tanpa penglibatan SN.. Now that he is out, I believe ramai lagi yang kurang selera nak join CC.. Bukan nak terikut2.. But I believe in SN and I know there must be sumthing is wrong somewhere sampaikan beliau betul2 malas dengan CC.. But part of me still harap that there is a proper body yang boleh seperatekan TRUE pro dengan yg beribu2 kat luar tu.. And to me, you dont need to have celebs portfolio to be crowned as elit photographers.. Sebab nak shoot artis and cuma perlu SPONSOR sahaja.. But still, tak semua org dapat peluang utk sponsor artis.. Hantam sajalahhhhh~

  11. fyi, i buat inquiry hampir kesemua fotog CC. Cuma dgn CS jer yang post jer inquiry online, 5 minit terus call and really warm welcome. Walaupun i takde bajet besar, tapi staff CS make us feel so good there and finally we decided to hire a senior instead of principal. Tapi Senior or even Junior CS pun…i would say better in their work compared to ‘some’ so called Elite Photographer in CC. Seriously some of them memang arrogant gila babas tahap dewa langit ke sembilan terus. Tak payah cakap siapa lah, 1 tips nak bagi kat diorang, never buruk-burukkan pesaing anda dan satu lagi, jangan ingat orang takde duit tu lekeh sangat, boleh jadi org tadek duit ni lah kawan baik anak raja tau.

    Saya respect SN bila SN tahu nak bezakan mana isu kena biarkan jer soksek tu dan mana isu yang perlu dipertahankan. Kalau dah dituduh macam-macam, wajibler mempertahankan maruah.

  12. masa mula2 tau pasal CC pun macam da nampak sisi mencapap and bongkak dia. rasa tak perlu kot nak iktiraf diri jadi elit2 segala.

    rasa ramai je orang lain yang da amek gmbr vip n royal n celebrity berlambak2 tapi tader pun nak cakap dorang elit ke ape ke.

    suka ati korang la kan tapi. hihihi

  13. ok. well said. bagusla tu. just do whatever you think best dude!

    slmt menjelajah eropah bersama mereka yg terchenta!

  14. dari awal, nampak CC ni pun dah tau…apa akan jadik.sekadar nak kumpulkan photographer2 yg best-best and syok-syok sendiri, bermegah-megah.aku ni Otai gak lah dlm photography ni, sbb 10tahun lepas aku menuntut ilmu dengan assistant photog: peter lindberg & richard avedon. (tak pun nak kecoh-kecoh kat org & tubuhkan kumpulan elit)

  15. patutlah bila tgk gambar SN takde dalam CC lagi…sekarang semua dah clear la yek? takpe, semua ada bahagian masing2…ini jugak sebahagian dugaan…

    p.s.: bila nak ada slot untuk pembaca n blog SN? yang gambar2 org emel pastu SN masukkan dlm blog ni?

  16. bagus sungguh tindakan SN…
    saya tabik hormat dan sokong 100%!

    btw, apa kata SN wujudkan satu group elit yang baru…???
    ajak Ted Adnan join ke…
    *saya dapat jadi kuli batak pun jadi lah! =)

  17. saya baru diskas dengan bakal client kejap tadi (juga baru kenal).
    dia tiba2 ada juga mnyebut *kit koncer(CC)dan bberapa statement dan rungutan.sy just dengar je lah(dlm hati nak trgelak sbb sebutan dia salah)..

  18. Terlalu ramai di luar sana masih bercerita-ceriti…

    Nah…akhirnya SN dah jelaskan semuanya.
    Fikirkanlah sendiri kalau masih dengar desas-desus kat luar tu.

    Kita semua dah matang. Boleh bezakan mana cerita baik, mana cerita kurang baik.

    Saya percaya, statement ni adalah untuk kebenaran.

    …dan untuk menegakkan kebenaran bukan semua orang berani buat mcm SN buat ni.

    Berapa ramai yang BERANI menyatakan kebenaran untuk kebaikan SEMUA???

    Fikirkan…

  19. well mr. sn, you yourself is a brand. a very good brand, u don’t need other “organization/club” or whatever they call themselves to prove the quality of your work. u r as good as ur brand 😀

  20. masa memula tjumpa web CC, rasa mcm “perghhh..gempak gak ada potographer elit”..tapi terdetik “perlu ke kategorikan diri tu sampai tahap macam tu?”sbb selalu bila tjadinya perkara mcm tu, mesti sikap bongkak/sombong singgah. Bila sikap mcm tu singgah, mula la rasa diri tu mcm raja..”kan ke lebih elok kalau yang berilmu & berkemahiran tu membimbing mereka yang berkeinginan”..

  21. masa memula tjumpa web CC, rasa mcm “perghhh..gempak gak ada potographer elit”..tapi terdetik “perlu ke kategorikan diri tu sampai tahap macam tu?”sbb selalu bila tjadinya perkara mcm tu, mesti sikap bongkak/sombong singgah. Bila sikap mcm tu singgah, mula la rasa diri tu mcm raja (rujuk komen Farhaini)..”kan ke lebih elok kalau yang berilmu & berkemahiran tu membimbing mereka yang berkeinginan”..

  22. hurmm…kebolehan adalah anugerah…dari siapa???semua org pun tahu…boleh diambil bile2 mase je pun..jadi tak perlulah nak bangge diri sgt….ke cam mane??

  23. saya sokong abg saiful…memang berbaloi klr dari CC tue…lagi – lagi orang yg menumpang bagus dalam CC tue…salah seorang CC yang berlagak power tapi cetek ilmu dalam pelajaran…asyik tangguh semester jer…aduyaiiii…

  24. apa2pun i admire ur job…
    biarla apa org nak kata pun SN…
    rezeki masing2..Allah dah tentukan..
    u’r still my idol in photography..
    btl saya ckp..kalo sy jmpa SN in person mmg sy nak amik gambo kenangan..heheheh

  25. To SN, syabas coz amik jalan yang TERBAYEK.. u can stand alone by ur own brand SN..

    Xyah grouping2 pon people dah know u as well.. moga CS berkembang maju lagi walaupun ekonomi ngan kuncup skang…. syabas!!

    regars
    Shahroll

  26. SN dah buat langkah bijak. Sayangnya Adan, Manggis, Ikram, Syahrin, Fairuz Avicenna yang bagus-bagus ni tak takut ke reputasi terkakis. Siyeesss memang CC punya nama dah busuk dari hari pertama lagi pun

  27. Bagi aku yg tak reti pape ni, ada baik dan buruk nya CC bergantung kpd orang dalam tu..lagipun takde lagi group photog melayu yg telah recognize hasil kerjanya bersatu utk kebaikan bersama..

    Tapi claim the best photog in malaysia dgn status elit tu mmg dari dulu lagi aku tak setuju..bukan sebab arrogant..tapi sebab kenyataan tu tak betul sepenuhnya disbbkan org2 dalam tu tak semuanya sampai status tu..

    Bagi org luar spt customer, kitorang bleh bezakan output dari semua ahli CC sbb sesetengahnya dari album kawan2 kita gak yg hired diaorg sblm ni..sad to say, kekadang photog yang tak terkenalpun hasil kerja lebih kemas dan lebih baik dari so-called elit team photog yg kualiti gambar dan albumnya ‘asal siap’ je..

    Jadi tak kisahlah nak buat team papepun asalkan piawai hasil kerja tu sama dengan apa yg dicanang2kan.itu yg lebih penting..:)

  28. to DJ and others, rasanya tak perlulah api2kan seperti tu. Lagipun mereka dah matang dalam benda2 camni dan bleh buat keputusan tanpa campur tangan luar..kita punye photog melayu kat mesia tak ramai yg bagus2 berbanding kaum lagi satu..:) kualiti over kuantiti..

    lagipun tak bagus rasanya jatuhkan orang camtu walau kita tahu reputasi mereka begitu..:)

  29. Salam Bro SN,
    1stly, i feel so sad these thing happen in our small industry..
    2ndly, to those our idols bro SN, DIN, IKRAM, MIN, SYAHRIN, FAIRUS AVICIENNA, MANGGIS, please show us good example..
    3rdly, you all are among the best photog but the platform used is incorrect, maybe..
    4thly good luck to all of u, bermaaf maafan lah ye..
    : )

    ikhlas,
    peminat engkorang..

  30. Bukan nak kata apa lah bro..

    Semasa awal penubuhan CC tu, bila saya dapati one of the member (orang atasan CC jugak) ada dalam lingkungan CC ni, saya dah agak dah ini pasti akan berlaku..

    Sebabnya,

    1.Apa yang selalu dibuat oleh nya memang tak professional.Namanya boleh tahan besar dalm industri ni.

    2.Apa yang selalu dibuat olehnya, hanyalah copycat dari pihak-pihak yang lain tapi cuma tukar nama je

    3. Apa yang dibuat olehnya, Hangat-hangat Taik Ayam jer

    4. Apa yang orang lain buat, semua dia nak buat tapi tak ukur baju pada badan sendiri.

    Moral of the story,

    Tumpukan sahaja pada apa yang kita telah ada dan apa yang kita telah bina selama ini.

    Orang nak kata kita sombong????…Lantak dia…

    Selamat Bro…

  31. owh begitu cerita nya..
    photographer elit ?? yg elit2 tu terkenal sgt ke sampai ke pelusuk dunia?

    to SN
    – kamu sudah terkenal..ngak usah2 lagi masuk mana2 team..sudah ada brand sendiri..
    majukan lah brand sendiri dgn jaya nya lagi ..

  32. Hmmm… aku seorang photographer yg tidak mempunyai equipment yg mahal2, canggih dll. 6 tahun aku berkecimpung dlm dunia fotografi ni. sejak dlm dunia roll filem lagi. SN… kau memang idola aku. Aku selalu cakap ” kalau SN boleh buat, aku pun boleh”….Aku agak kecewa bila kau join group CC tu. Tahap cipan punya kecewa. Hampir telan batang timun 50 bijik dibuatnye…Adoiii aii…Tapi bila aku tahu cerita sebenar…. tabik kt lu lah beb. You’ve made the right choice. Like other people said “SN itself is a well-known brand”….like it or not, you’re not a human anymore, bro. You’re a popular brand by its own. You’ve become an “it” rather than “he”…hehehehe. Anyway, penubuhan CC buat aku ternganga…. Badan atau Organisasi mana yg iktiraf diaorg ni hebat? Best out of the worthless?…Guys…CC is a huge ERROR. Aku jamin, kesannya drpd sini agak besar. SN, kau bersedia jelah. Aku jamin diaorg ni mesti nk jumpa kau lepas ni. Nak settle. Be strong and firm OK. Alang-alang diaorg nk jumpa…mintak jumpa kat restoran mahal2. Mintak diaorg belanja ngn tapau sekali. hehehhe…gurau je tu.

  33. salam… saya cuba mencelah..mungkin ia jalan yang terbaik untuk selesaikan kekusuttan yang berlaku… mungkin dulu aku bangga dengan wujudnya CC kerana cuba menaikkan taraf diri dan brand dan melonjakkan untuk bersaing dengan bangsa lain… mungkin tersalah langkah untuk kali ini. to SN, semoga sukses selalu dan dapat membimbing anak melayu dalam dunia fotografi ini… wassalam

  34. Assalammualaikum
    Semoga ini dijadikan panduan kpd org seperti aku yg masih terlalu baru dlm bidang ini…kita merancang ALLAH yg menentukan..sesungguhnya yg baik itu dtg dr ALLAH & yg buruk itu dr diri manusia sendiri..kita diberi akal & fikiran utk menilai yg baik & buruknya.Sama-samalah kita menilai mengikut fikiran & rasa hati kita sendiri. Mesti ada manis,masam & masinnya didlm hidangan & begitulah juga didlm kehidupan. Good Luck to SN

    Wassalam

  35. saya memeng terkezut tentang hal ini. tak tahu pulak ada hal buruk dalam kumpulan CC ini. saya memang berbangga ada sekumpulan photographer melayu islam yang pada pandangan saya memang terbaik mahu duduk semeja berbincang untuk kemajuan dunia fotogragi. Ingatkan semua ok je. Tindakan SN tarik diri dari kumpulan CC ini kerana ada politiking adalah satu tindakan yang bijak dan berani. kumpulan CC ini tidak ada kemana jika terus mempertahankan ahli yang tidak menepati kelayakan yang mereka telah persetujui bersama. Apapun saya harap kumpulan ini tidak dibubarkan. Perbetulkan apa yang salah. Bersatu kembali dan industri ini pasti akan terus berkembang.

  36. salam kepada semua…
    ermm.. patut le saya tgk gambar GB xde dalam blog CC tu… biasanye tersusun je muka2 photographer elit kat situ termasuk GB.. tgk2 dh xde.. rupe2nye ade cerita panas di belakang nye.. xtau le plok saya dlm beberapa photographer elit dlm CC tu ade yg minda&skil yg x beberapa elit.. ingatkan semuanye dahsat.. xpe2.. saya di belakang GB.. hehehe.. klu dh rezeki tu, x ke mana..

  37. lame x jenguk..ade org ingatkan baru jenguk..memamg, memang..SAIFUL NANG, U R THE BEST, mmg best, xde lagi yang best melainkan u..yg paling best antara yang best la..xde dh dah org lain yg best lagi

  38. seronok bace blog u ni..mcm2 topik.., photographer ni gini, photographer tu gitu, org ni camni org tu camtu,customer ni gini,customer tu gitu…tajuk paling saye suke..janji melayu,ala mase zaman2 fotopages dulu..saye yakin satu ari nanti SF mmg akan betul2 berada di puncak yg paling puncak

  39. mcm tu la alikisahnye…bro SN, leh ke nk tau sape yg TUMPANG tu, hehe…sbb saye nk hire salah sorang utk foto kawin ni, x nk la kan byr mahal2, kononnye elit, tapi putar belit, ckp pon putar alam….

  40. suma org bermula dari zero to hero. learn from nothing to everything. kadang2 kita tak berkesempatan utk menonjolkan bakat kita dalam bidang fotografi mahupun videografi. kini ramai org yang mula berjinak2 dlm fotografi…jadi apa lah slahnya jika ilmu yang CC ada itu diberikan dan dikongsi bersama dengan yang lain.
    bukan duduk semeja dan berkata dgn megahnya berkata ‘kamilah yang terbaik’
    berkongsi idea yang bernas itu sepatutnya dapat mengembangkan industri…
    well done,SN..teruskan usaha SN dalam berkongsi ilmu.
    we all support u..

  41. kita mmg memerlukan satu gagasan atau kesatuan atau union utk memajukan industri potogafi di kalangan melayu khususnya….

    tapi jika gagasan itu hanya tertumpu kepada potogaper yg dikategorikan elit sahaja mmg fakkkklaaaa…

    dari awal aku dh agak dah… SN tak akan lama duduk dalam cc tuh… sebab aku mengenali sn sejak zaman sn badan kurus belom kawin lagi…. aku boleh agak sn nih org yg cam maner

  42. Itulah sifat jurugambar tulen. SN bermula dari kepayahan dan sekarang menikmati kesenangan. Sifat dan pendirian yang memang perlu dapat pujian.

  43. well, i know more than one photog in CC .. and as a friend, i wont be hiring them for my wedding … nama saje yg gah, tapi hasil kerja tidak se-gah nama yg mereka war-war kan kpd umum .. seriously .. few photog dlm CC sgt tidak berdisiplin … gambar edit sambil lewa, album lambat giler bg kat client (dah anak satu baru dpt album pun ada), buat kerja tak focus etc … and dgn mereka-mereka inilah , menyebabkan yg berdisiplin dan bagus tercalar sama … so, drpd sbb org lain nama kita tercalar, baik kita keluar drpd kelompok yg mencalar kita .. sometimes, standing-high alone is better than standing with others .. besides, i dun see whats the purpose of CC if one can be strong without CC ? lainlah yg menumpang kan …

    apapun , all the best SN … teruskan usaha n ur gud work .. keep it up ! good luck and May Allah bless …

  44. Bila sy dpt tahu kewujudan CC dari seorang rakan photographer..timbul minat utk membuka websitenya.Dan melihat siapakah di kalangan ahli2nya..Wahhhh!!!Memang terdiri dari nama2 hebat belaka.Dan bila membaca syarat2nya jauh panggang dari api utk sy berada sebaris dgn mereka.Tapi tidak pernah timbul rasa dan berusaha utk join pakatan ini.Pada saya biarlah dgn hasil usaha tulang empat kerat ini utk saya mencipta nama.Cuma saya hairan mengapa charge saya lebih mahal dari beberapa ahli pakatan ini sedangkan saya bukanlah full timer photographer,tidak mempunyai website sendiri,tidak mempunyai gallery,tidak lebih dr 2 kali mengambil wedding VIP etc

  45. Dan paling menyedihkan dan mengejutkan saya apabila ada di antara ahli pakatan ini yg meminta salinan copy Terms and Condition saya yg mana mereka tidak menggunakan langsung selama ini…Wahhh agak terkejut jika nak di bandingkan dgn saya yg masih mentah dlm photography

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *