Persiapan Mental & Fizikal

Sejak 2 tahun lepas, persiapan mental telah saya mulakan untuk hari ini. Hari ini yang sangat bersejarah dalam hidup ini. Serik dengan kelayuan diri sendiri semasa dulu yang duduk terperosok dicelah orang ramai yang berbau dan berpeluh, saya akur dengan masa dan berkata pada diri sendiri…aku perlu cekal.

Hari ini dilalui dengan tenang, alhamdulillah, tanpa pertumpahan darah, tanpa apa-apa tragedi yang tidak di ingini. Persiapan mental telah dilakukan setelah disenarai hitamkan dari rekod mereka, menyebabkan azam saya untuk melepaskan diri dari belenggu itu dibebaskan. Mental mesti kuat supaya tidak lemah dan tidak mudah melatah dalam pertarungan yang sengit itu.

Setiap hari, latihan fizikal juga saya berikan tumpuan supaya badan akan lebih fit untuk menggalang cabaran yang bakal datang hari ini. Dari berat 83kg hasil dari pengumpulan babat yang tepu, sehinggalah kepada berat 73kg dalam 3 bulan terakhir ini, jelas menunjukkan betapa besar pengorbanan dan latihan yang telah dilalui demi untuk menghadapi hari ini.

Hari yang terlalu besar dan menjadi igauan tiap hari dan malam. Gila betul…kalau hari ini tak lepas, sudah nekad untuk batalkan rancangan untuk memandu di autobahn Germany bersama keluarga tersayang di atas sebuah RV / Motorhome menyelusuri banjaran Alps. Mata Intan dah mula berkaca….mungkin hancur harapan untuk bercuti sambil ber BBQ di tepi tasik gunung di Bavarian Alps dengan latarbelakang banjaran gunung yang dilitupi salji walaupun ketika musim panas. Inilah cabarannya, say amesti hadapinya…perkara ini tak boleh diwakilkan. Tiada orang lain yang boleh menggantikan tempat saya…saya yang perlu berada di sana dan menghadapi segala-galanya….

Tak semena-mena, semangat saya menjadi berkobar-kobar untuk itu. Saya cekal kan azam…saya mestiiii berjaya kali ini. Berjaya menebus balik maruah saya yang telah 2 tahun bersemadi. Memandu atas kereta mewah pun terasa seperti kosong dan menyeramkan. Di jalan yang tenang pada siang hari pun terasa semua mata tertumpu kepada saya dengan pandangan yang sangat serong sekali, peniaga tepi jalan berdiri dan terus meninggalkan gerainya untuk masuk ke koridor bangunan, anak-anak kecil yang bermain ditepi jalan nampak saya terus lari masuk ke rumah, ataupun setidak-tidaknya berlari jauh dari laluan saya, makcik-makcik yang balik dari pasar pun sampai lintang pukang lari bila nampak kereta hitam saya, abang-abang polis traffic pun pandang saya seperti saya ini Kalimuthu ataupun penjenayah yang sangat dikehendaki….semua tu….akan dipastikan berakhir…YAAA!!!…ia pasti akan berakhir!!

Malam sebelum hari ini, saya tekadkan azam….untuk melepaskan diri dari belenggu perasaan yang sebegitu lagi. Bermula dari Wangsa Maju saya bawa ke Padang Jawa…perjuangan harus berterusan sehingga berjaya. Dalam kepala terfikirkan yang negatif…adakah aku mampu untuk mengharungi 8 jam yang sunyi…sunyi dari kesibukan jadual kerja seperti hari-hari sebelumnya. Lalu berdoalah kepada Allah…agar ditetapkan KESABARAN dan KEIMANAN untuk terus TAMPAN HINGGA KE AKHIR DAN TIDAK KECUNDANG. Terlampau berat kepala memikirkan tentang hari ini, lama-lama tertidur juga mata dengan macam-macam mimpi yang mengerikan….ngerinya lebih teruk nak hadir ujian memandu dengan tester yang sangat garang…

ZzzzZzzzz……

.

.

.

.

.

PAGINYA

Intan : (sambil mengerakkan saya dari tidur) Bangun…bangun……u kena setlekan lesen u yg kena blacklist tu hari ni jugak! jangan tangguh2, nanti u takleh drive kat Germany.

SN : Argghhhhh….JPJ!!!! arghhhhhh!!!!

.

.

Nota kaki : Seharian (9 pagi- 5ptg) duduk berasak nak selesaikan 3 saman, dan menghidupkan semula 1 lesen di 2 tempat yang berlainan tanpa boleh buat apa-apa (hatta membaca pun takleh nak fokus) lebih memenatkan dari panjat gunung kinabalu 7 kali sehari. Akhirnya…berjaya juga mendapatkan lesen yang dah hampir 3 tahun mati. Hari ni sangat mental…

Nota kaki 2 : Tu yang malas pegi JPJ tu…lammmmbaaatttttttt. Queue panjanggggg…….(lepas ni taubat)

image_pdfimage_print

15 Replies to “Persiapan Mental & Fizikal”

  1. 3 tahun sudah expired????? selama ini tidak berlesen la eik? Adehhh..

    Di Germany, jgn risau TomtomNV(navigator) sedia membantu saiful dan keluarga. Best nya berbbq di Bondesee.. Kalau dah hampir ke border Konstanz/Austria/Swiss boleh singgah ke Mainau atau ke Neuschwanstein Castle.. Wahhhhhh seronok nya percutian musim panas kamu sekeluarga..

  2. Ekekekekekekeeee camner nihhh… Bawak kereta mewah tapi TAKDE LESEN adus adusssssss… Memang penjenayah tau kekekekeee… BTW JPJ Padang Jawa tu kalau pergi awal should not be a problem, cepat aje settle. Er, kenapa kene blacklist? Sebab tak bayar saman pun kene blacklist ke? Isy… Ye ke? (Soalan innocent dari orang yang tak pernah kene saman ATAS NAMANYA SENDIRI kih kih kihhhh…)

  3. Whoaaa…lebih kurang my husband. Dia baru jer dapat lesen motor full tahun 2008 kot? Selama ni bawak motor takde lesen! Lesen kete pun takde lagi sampai skang and dia tak pernah drive kete pun! Tapi bila beli kete in Nov 2007, dia boleh drive dalam masa sehari.

    Ada tak ada, dah drive sampai Kelantan dah…. Saman…toksah cakap la kan… Pernah kantoi ngan JPJ sekali masa gi Cameron Highlands! Giler… Terasa hidup dalam pelarian…. Biler la laki aku nak bangun pagi amik lesen kereta lak… Adusss….

  4. abang2 jpj dan polis2 trafik,
    sila buat spot check kat org2 berkereta mewah ini dgn kadar segera.. dont judge a book by its cover okeh!

    muahahahahaaaa

    aiyoh.. SN.. confident nye bwk beemer for 3yrs without license! =p

    *alamak.. lesen gua baru 3 bulan mati pon seriau jugak nak drive ni weh…*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *