Menangani sok sek

Kalau dulu masa kecik, ramai betul minak sok sek. Maklumlah suri rumah sepenuh masa, kalau bersosial pun setakat lepak bawah pokok pelam kat belakang rumah ajak jiran-jiran makan pelam (mangga) sama-sama sambil cicah dengan kicap yang digaul dengan gula. Kadang-kadang lagi adventure, campur dgn cili. Lalu mereka menghabiskan masa petang itu dengan bersoksek lah.

Tahun 1994

  • Makcik 1 : Ehhh…anak Kak Ros tu dapat asrama kat JB, masuk asrama Felda tuuu…
  • Makcik 2 : Alaahhhh….anak aku dapat tawaran tu, sengaja aku taknak hantar
  • Makcik 3 : Orang baik dengan pegawai Felda lah katakan….senang lah dapat cable. Padahal bukan -pandai sangat pun anak dia tu.
  • Makcik 1 : Ha’ah….berlagak kan hantar anak sekolah asrama. Macam lah sekolah sini tak bagus.

Hakikat :

Berhempas pulas siang sekolah, petang bekerja, malam baca buku buat homework tidur jam 2 pagi bangun jam 5 pagi ikut ayah angkat baja akhirnya dapat juga lah 5A dalam PMR. Dapat lah layak mintak borang asrama Felda (baru layak dapat borang tu). Selepas sebulan permohonan, tawaran sampai untuk mula tingkatan 4 di Asrama Felda Johor Bahru tetapi bersekolah di English College (Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bahru. Apa yang emak saya buat?

Dia buat tak tahu sahaja.

.

Tahun 1995 (Suasana yang sama mungkin di bawah pokok yang sama)

  • Makcik 1 : Ko tauu Mak Biah, anak Si Ros tu dapat tawaran Universiti Luar negeri buat medic. Tapi Kak Ros nangis-nangis tak bagi.
  • Makcik 2 : Alaa…bukan susah pun nak dapat, anak aku pun aku saja jer tak bagi pergi. Suruh dia kerja kilang elektronik terus boleh bagi aku duit bulan-bulan.
  • Makcik 3 : Biasalah tu, SPM bukan bagus sangat, paras hidung jer macam anak aku.
  • Makcik 1 : Ye lah Nah, berlagak betul dia anak dapat tawaran Universiti

Hakikat :

Cukup makan SPM saya tu dapat lah Agregate 9 dengan 7A (A1 + A2). Betul emak saya tak abgi buat medic A-Level di UK tapi akhirnya saya ambil tawaran biasiswa Telekom Malaysia untuk sambung belajar. Memang betul saya lebih kurang dengan anak makcik-makcik yang bersoksek di atas tu…saya dapat 7A diorang dapat 7D (kan tak jauh tu…A dgn D tu dekat jer pada pandangan mata mereka), tapi pada saya…I burnt myself for that. Emak saya tak kecoh pun, tapi orang kampung kan pantang tengok orang lain dapat Telegram (dulu mana ada SMS atau online, tawaran urgent polis datang hantar Telegram). Kalau polis datang jer…macam zirafah lah kepala masing-masing nak menjengah. Bila ditanya…kenapa polis datang? Emak jawap, hantar telegram angah dapat Universiti. Mereka terus menjebek. Apa yang emak saya buat?

DIa buat tak tahu sahaja

.

Tahun 2000 (Masih bawah pokok pelam tu, tapi pokok pelam tu dah hampir nak mati)

  • Makcik 1 : Ko tau senah? Anak Si Ros tu dah jadi Pensyarahhhhh dah, gaji ribu-ribu dah. Anak aku kena buat overtime hari hari baru boleh dapat gaji bunyi ribu.
  • Makcik 2 : Alaaahhh…anak aku pun dapat tawaran jadi taukey kilang tempat dia kerja. Tapi dia sendiri cakap taknak, dia lebih selesa jadi operator pengeluaran. Kalau anak aku nak…lagi tinggi gaji dia.
  • Makcik 3 : Biasalah tu, bukan susah nak jadi pensyarah pun. Dah tak dapat kerja lain tu yang jadi pensyarah tu.
  • Makcik 1 : Ye lah tu, betul jugak.

Emak bangga saya jadi pensyarah, dia memang suka bagitau orang saya jadi pensyarah. Dia dulu nak saya jadi cikgu…sekarang saya dah jadi Cikgu juga. Saya Cikgu fotografi, saya ajar orang tentang yakin diri. Saya suka kerja ini. Gaji pensyarah di Limkokwing sebagai fresh graduate tak ada lah tinggi sangat. Orang kampung tak tahu, siang saya mengajar, balik rumah malam saya meniaga roti john. Kalau ada sesiapa ingat di depan townhouse Pandan Indah dekat dengan Kenari Court pernah ada Roti John P.I selama 1 tahun sebelum saya jual kepada orang lain. Saya usahakan dengan Md. Nor (sekarang dah jadi Usahawan produk perkilangan), dia pun budak Felda jugak, jiran-jiran kampung. Jam 6 ptg buka booth, jam 11 malam roti john habis. Tutup gerai 1 jam, jam 12 kira duit, buat akaun dan kemudian jam 1 tido. Jam 6 pagi bangun untuk bersiap mengajar di Limkokwing yang masa tu di PJ. Apa lah makcik-makcik kat kampung tahu kan? Tahu mengata jer. Apa emak saya buat?

Dia buat tak tahu sahaja

.

Tahun 2003 (Pokok pun dah mati)

  • Makcik 1 : Ko tau Mah, Si Angah tu dah bagi Kak Ros kereta, rumah masuk air-cond, masuk astro, peti ais baru, sambung bilik air jadi besar.
  • Makcik 2 : Alaaaahhh…anak aku nak bagi aku RM10k haritu, aku saja kesian kat anak. Kesian anak kerja kita nak korek hasil senang-senang. Aku bukan macam Kak Ros tu sanggup buka mulut mintak kat anak
  • Makcik 3 : Ntah-ntah si Angah tu JUAL DADAH kot. Baru 3 tahun kerja dah boleh belikan mak bapak kereta. Anak aku dah kerja 5 tahun lagi awal dari angah kerja, motor dia pun aku kadang-kadang kena bayarkan.
  • Makcik 1 : Ha’ah…betul jugak tu kan

Hakikat :

Emak saya tak pernah minta duit dari saya, saya yang selalu dengan rasa penuh tangungjawap memberikan infaq sara hidup kepada mereka melebihi apa yang saya sendiri perlukan. Bukan duit pun yang mereka nak, cuma ingatan sahaja yang lebih penting. Tapi hati emak ni kan, kalau anak bagi RM10 pun habis 1 kampung dia canang, anak yang dia lahirkan dan besarkan dah ada bagi hasil kat dia. Gossip makcik2 ni cakap saya tokan dadah tu memang biasa lah tu untuk mana-mana orang yang datang dari kampung ni. Hakikatnya, lepas saya jual Roti John P.I tu, saya mula tumpukan kepada business lain yang saya tahu buat. Saya banyak buat kerja-kerja freelance. Orang kampung tak tahu pun saya tutup kedai sampai 2 kali di antara 2001 ke 2004. Diorang tahu mengata jer…Apa emak saya buat?

Dia buat tak tahu sahaja

.

Tahun 2009 (Generasi pelapis makcik tumbuh di kedai mamak)

  • Photographer 1 : Ehh, ko tau tak, Saiful Nang dapat shooting wedding kat England beb! dasyattt siihhh
  • Photographer 2 : Alaaahhhhh…aku belambak tawaran dapat, saja jer aku taknak.
  • Photograpehr 3 : Bukan susah pun, itu SN cakap jer lebih, ntah-ntah pergi sana tag-along job photographer local jer. Macam tu aku pun boleh, setahun 100 weddings pun aku takde hal.
  • Photographer 1 : Ye lah kan…mamat tu cakap jer lebih.

Hakikat :

Apa yang saya dapat adalah apa yang telah saya doa dan saya usahakan. Perkataan jelek memang sentiasa ada tak kira di manapun kita. Bawah pokok mangga sambil makan pelam cicah mahupun di kedai mamak sambil makan roti prata. Sok sek dan gossip itu satu benda yang WAJIB. Percayalah, sebaik manapun anda dan semulia mana pun anda cuba jadi dan anda usahakan…anda tak boleh lari dari soksek ini. Dengarnya sahaja dah sakit hati, tapi sakit hati jangan disimpan nanti jadi barah. Saya biarkan dia masuk dan keluar begitu sahaja kerana saya percaya…kalau ada 20% orang yang dengar percaya, saya masih ada lagi 50% yang tak percaya cerita mereka dan selebihnya “Atas pagar”. jadi…apa yang saya buat dengan gossip dan soksek soksek tu semua??

Saya buat tak tahu sahaja.

.

p/s Artikel ini ditujukan kepada puluhan email dari orang-orang yang nak putus asa kerana sebab gossip.

.

TEMPAT UNTUK INTERN STUDENT DIBUKA KEMBALI (Setelah 2 tahun tak ambik intern)

.

Internship student ni sebenarnya masih belum dalam disiplin bekerja. Tapi internship menjadi requirement oleh MQA untuk membolehkan graduan fit untuk bekerja selepas memperolehi ijazah. Core works memang tak pernah pakai intern sebab itu kita tak pernah ambik intern sejak Jay Farhana menjadi intern pertama dan terakhir kami (kemudian dia diserap ke dalam team jurugambar). Jadi, berikutan projek terbaru yang kami buat untuk pelancarannya tahun 2010, saya buka semula tempat untuk intern ini kepada sesiapa yang berminat…

Apa yang akan kami sediakan?

  1. Elaun sarahidup per bulan
  2. Latihan kepada bidang kerja
  3. Exposure kepada bidang kerja sampingan (kalau minat fotografi boleh juga beserta dengan jurugambar kami untuk tugasan)
  4. Berpeluang melanjutkan kerja secara kontrak, partime dan sekiranya bagus, anda sudah mengesahkan tempat kerja anda selepas tamat ijazah anda.
  5. Suasana kerja yang FUNKY bersama photographer-photographer dan kakitangan CS yang berakal panjang tetapi senget (kadang-kadang)
  6. You can start immediately

Apa yang ANDA perlu ada?

  1. Transport sendiri
  2. Minat yang mendalam dibidang fotografi dan media.
  3. BAIK DALAM PENULISAN BAHASA INGGERIS (Ini Wajib)
  4. Ada disiplin dan kesungguhan.
  5. Sedang dalam program ijazah sarjana muda sebarang bidang tetapi paling penting no.3 mesti dipenuhi. Kerana kita ada kerja yang sangat menarik.

Hantar terus permohonan / resume anda kepada saya di email saifulnang@candidsyndrome.com

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com


.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muรขโ‚ฌโ„ขizzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

28 Replies to “Menangani sok sek”

  1. nice entry bro SN!!=) ni habit & attitude org kite. kat memane ade. yg penting, kite yakin pd diri & usaha sebaik mungkin. yakin kte benar..betul kata bro SN, “buat tak tahu je”..yg epnting, kte epi..yeay!!=)

  2. Makcik2 bawah pokok pelam ni memang ada kat merata tempat…dulu baca silently apa yang SN cerita kat dalam blog ni…tapi 2 minggu lepas encounter sendiri situasi 5 (tahun 2009) tu, the same exact dialogue from a photographer’s mouth…terkasima sampai tak tau nak cakap apa…saya ni baru je nak belajar tangkap gambar as a hobby, tak sangka politiknya sama je macam politik kat ofis saya…buat bodo je la

  3. thanks for this n3. sangat membantu mengubat hati sy. Ya, soksek org akan terus mengejar kita. Ape yang kita buat ade jer yang tak kene. Cuma mampu jadi diri sendiri je. Harap semuanya berlalu pergi…

  4. sy ingat lagi masa sekolah kene ejek…pastu mengadu kat mak, mak kata tak luak apa pun…buat tatau je…

    lama2 dorang diam jugak…tapi kalo kat tempat baru benda yang sama jugak yang berlaku…jadi buat tatau je…

    tahniah SN! dari buat apa2 baik buat tatau jek…

    p.s.: siap berjangkit pulak kat pelapis ye? biarlah apa org nak kata…

  5. mana2 pon akan ada org tak puas hati ngan kiter… SN nih kalau sekali story dah cam as if dia bercerita depan2 kiter.. hihi

  6. kalau nak dengar je gossip2 orang sekeliling, sampai bila la kita takkan maju… pada saya, kalau nak gossip pasal seseorang tu pun, biarlah kita betul2 kenal orang tu… ini, kenalnya tidak, mengatanya lebih daripada si ibu yang lebih mengenali si anak… bila dah berjaya, ramai la yang dengki… yang baiknya tak nampak, tapi yang buruknya dicari… walaupun yang buruk tu entah betul atau tidak… bila orang tu dah tiada, barula mereka2 ni sedar… “oh…dia tu dulu baik lah, ape lah, ini lah, itu lah…” barulah nak sebut pasal kebaikan pula…

    *pasal interns tu macam berminat…huhu!

  7. Sekurang2nya kita tahu makcik2 ni ambik berat pasal kita kemudian secara x langsung beri smgt utk kita buktikan yg kita x seperti yg diorg cakap.

    yes, akhirnya terbukti. kita adalah lebih baik dr mereka2 yg ‘prihatin’ ini. Alhamdulillah mereka dijadikanNya tidak sia2 ๐Ÿ™‚

  8. SN….why not open ads agency…foto dept dah ada + kreatif mind dah ada + kewangan untuk bermula dah ada. Bukannya apa kurangnya pembekal perkhidmatan media agency dari golongan Melayu.
    p/s seronok baca coretan you pasal hidup di bumi hijau Felda…

  9. hehe teringat gak zaman skolah dulu.kengkawan yg suka brgosip n soksek2 ni kami gelar diorang penduduk kg asam…sesuai bonar la tu.nway nice story ๐Ÿ˜€

  10. sedap aku baca pengalaman saiful nang ni…macam jadi makanan aku lak membaca blog dia ni…huhuhuh cuma boleh tahu felda mana awak ni yer?? orang mengata bukan dikalangan orang yang jahat sebenarnya orang yang suka mengata tu dia digolongkan orang2 yang pembakar semangat..kalau tak caya cuba tengok kalau orang memuji selalu lagi bahaya dari orang yang selalu mengata..kan…sebab mengata adalah satu sifat yang boleh dikatakan true caracter…tapi memuji ader 2 bnda yang tersembunyi disebaliknye….mungkin saiful nang dah selalu jumpa pujian2 jer sekarang ni…berhati2 lebih dengan perkara yang ni yer saiful….walau macam mana pun ko tetap idola aku…dari segi seorang business man…

  11. yep.setuju 1000% apa yang SN tulis. sedangkan saya yang baru dpt 2,3 job kat kampung pun orang boleh kata, inikan pula kita dah memang jauh atas mereka yang bersikap begitu.

    I am truly amazed on emotional strength…
    saya sendiri dengar apa orang negative gossip pasal SN… biarkan mereka !

    kite tetap maju ke hadapan..

  12. Makcik 3 : Ntah-ntah si Angah tu JUAL DADAH kot.

    KAKAKAKAKAKA… golak den pecah perut wei… apo lah… tapi tu lah bangso kito… habit ey tak berubah… asik nak ngajo jo…

    den pun dulu time kono cam kau gak Saiful…dun worry … ada kehendak situ ada jalan ey

  13. bro..ak ni anak felda gak..pham cmne rsenye ngn makcik2 yg soksek2 dengki x abis..
    ape2 pon congrate 4 never give up..anyway ak ni br bli camera..ala2 nk blaja amek gambo..heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *