Value Added – Sepat Ronggeng Pekasam

Bersambung dari cerita ikan sepat ronggeng dan ikan sepat harimau yang dituba oleh pakcik yang tak bertanggungjawap untuk keuntungan besar sekejap tu, saya telah mula menjala di kolam saringan ke-2 pula. Bersebelahan dengan kolam yang dituba tu. Tapi dengan berani saya merayu kepada pakcik tu, tolong lah jangan tuba pula kolam yang satu lagi tu.

Kolam ke-2 tu tak banyak sangat ikan. Terlampau banyak rumpai di permukaan air kolam tak bagus untuk ikan kerana BOD (Basic Oxygen Demand) dalam air itu dah jadi kurang. Saya ambil inisiatif untuk bersihkan sebahagian rumpai dalam kolam itu semasa menjala. Sekali menjala, saya bawa ke darat ikan dan rumpai.

.

BERFIKIRAN JAUH

Ayah dan emak saya  bukan orang terpelajar dan mereka pun buta huruf. Ayah boleh lah membaca sikit-skit. Tapi apa yang emak nak, kalau boleh anak-anak dia jangan jadi peneroka Felda macam dia. Jadi saya pun terdidik dengan benda tu. Saya dapat arts of survival ni lebih banyak dari ayah saya. Jadi peneroka Felda pada masa itu biasanya baki tunai gaji dalam tangan ada yang sampai serendah RM0.50 (dalam rekod ayah saya lah) setelah ditolak bayaran baja, bayaran tanaman semula, bayaran kantin, bayaran itu ini dan lain-lain lah.Tapi apa yang ayah saya buat, dia melihat dari mana datang baja yang digunakan di ladang sawit? mesti datang dari lori yang menghantarnya ke gudang baja pejabat felda. Kalau ada lori yang datang, mesti ada orang yang menurunkannya.

1 hari ayah pergi sampai ke jalan masuk Felda untuk tunggu lori baja sampai. Sampainya biasanya pagi-pagi dalam jam 6 pagi. Bila masuk sahaja treler yang bawa baja masuk ke Felda, ayah ikut belakang lori sampai lah ke pejabat Felda. Sampai sahaja di pejabat Felda ayah perhatikan dari jauh siapa yang akan turunkan baja-baja itu. Dahulu tak ada forklift pun. Ayah nampak driver lori dan kelindannya mengangkut satu per satu guni baja seberat 50kg setiap satu untuk dibawa masuk dalam gudang.

Ayah datang kepada mereka lantas menghulurkan pertolongan dengan harapan ada sedikit imbuhan nanti. Tapi ayah tak cakap pasal imbuhan langsung dahulu. Kalau dia bagi RM1 pun dah cukup dah boleh beli ikan longgok (standard ikan Apollo yang dah pecah perut). Ayah angkat bertiga bersama 2 pemandu lori tu. Habis sahaja baja. Lori dihidupkan semula dan ayah diberikan note RM50 sebagai upah untuk kerja selama 1 jam.

Saya tahu cerita ini apabila saya selalu dibawa oleh ayah untuk ikut pikul baja pagi-pagi sebelum ke sekolah. Sebulan selepas itu, di simpang jalan masuk Felda setiap pagi…dah ada lebih 30 orang menunggu lori baja. Dan kos pemunggahan dikongsi oleh lebih ramai orang. Tapi takpe, kali ni setiap orang dapat juga lah dalam RM3-4 sehari. Kurang-kurang, itu lebih baik dari RM0.50 gaji dan duduk bersandar mengeluh dan berdoa rezeki turun dari langgit.

Dalam konteks cerita saya secara peribadi pula, kita balik semula kepada kisah kolam takungan ke-2 tadi. Kolam pertama dah dituba. Hanya ikan-ikan besar sahaja yang survive. Saya membayangkan, kalau ada sedikit ikan mungkin dalam 1 tahun atau 2 tahun akan jadi banyak semula ikan-ikan tu (kalau ikan-ikan tu tak menapause kerana keracunan lah) dan ikan-ikan pada kolam ke-2 pula akan jadi lebih cepat banyak bila rumpai air tu saya buangkan.

Pendapatan saya sudah jatuh merudum. Dari RM5-7 sehari, saya kini bawa balik ikan dalam 2-3kg shj sehari dari kolam ke-2 tu. Tapi saya masa tu ada idea lain. Kat rumah emak dan keluarga semua dah jemu makan ikan sepat tu hari-hari. Jadi, saya minta emak buat pekasam (orang jawa panggil Ikan Wadi). Dengan kos sedikit asam keping, garam kasar dan beberapa bahan murahan yang lain, saya jadikan 3kg ikan itu menjadi pekasam setiap hari. Pekasam ini dijual dengan harga RM1 untuk 10 ekor ikan. Ada 20 ekor ikan sekilo. 1 kilo saya boleh dapat RM2 dan untuk 3kg saya boleh dapat RM6.

Not bad kan? Saya bayangkan kalau saya masih menangkap 15kg ikan sehari. WOWWW!

Setelah dapat jalan untuk itu, saya mula pusing kampung untuk cari lubuk menjala yang lain. Banyak lopak yang dah saya jala, banyak keli yang sudah ditangkap, banyak ikan yang dah sengat saya, banyak juga ular air yang saya gagau sama. Dengan sedikit teknik yang menarik, saya gunakan pukat pulak (RM7 sahaja). Pukat tu saya pasang dan ayah akan pegang 1 side, saya pegang 1 side. Ye betul…ayah saya pun dah join sekarang hehehe. Jadi kami jadikan dia seperti pukat tunda. Berjalan from 1 end to another. Tapi tak sebaik pukat tunda lah, pasal pukat ni kecil.

Dengan mempelbagaikan cara ni, saya dapat menggandakan tangkapan. Sekarang dah jadi 6-10kg sekali turun. Dalam masa yang sama, saya mula terkenal dengan business “Ikan Wadi” yang dibeli oleh jiran-jiran dalam blok yang sama dan juga ada yang dari blok-blok lain.

Kesimpulannya, bagaimanakah kita mencari jalan untuk berlepas diri apabila tibanya sesuatu halangan? Saya sebagai anak dibawah tanggungan ibu bapa, saya ada pilihan untuk give-up apabila orang tuba kolam ikan saya. Tapi, saya tak mengalah…saya cuba cari jalan.

Akhir cerita ini…ada 1 quote dari saya yang saya harap pembaca boleh jadikan ia sebagai satu kata-kata hikmat tentang bagaimana saya mentafsirkan apa itu “KREATIF”.

KREATIF ITU BILA KITA PERFORM YANG TERBAIK DENGAN RESOURCES YANG SANGAT LIMITED!

(Itu dah menjawap bagaimana saya boleh mulakan CS dgn modal RM90)

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com


.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

22 Replies to “Value Added – Sepat Ronggeng Pekasam”

  1. tahniah la SN…
    daripada setiap update blog SN saya baca satu per satu…
    banyak perkara yang saya dapat belajar secara tidak langsung…
    dari segi motivasi diri dan mental…
    kalaulah SN jadi seorang pendidik, dah tentu anak2 didik SN cemerlang….!

  2. First time bace blog saiful nang. Eh I suka la citer masa kecik2 mcm ni 🙂 Tulis lagi banyak2 🙂 Sbb secara tk lansung buat I teringat zaman i kecik2, I dulu duduk dekat ladang getah n kelapa sawit jugak, cuma ayah saya masa tu pegawai felda la bukan peneroka. so dapat baca pengalaman anak peneroka pon menarik jugak 🙂 lagi2 anak peneroka yg dah berjaya!

  3. Syazwan, thanks for still reading.
    budakkidal, amin utk awak
    Yani, you will if you work for it
    Nik, thanks bro…just my childhood story

  4. yezza boss..sy juga berasal drp Felda..kite anak Felda..sy melihat semua ni juga oleh ayah sy..sume nie sgt memotivasikn diri utk jd yg lebih baik..=)

    yups..creative is producing a great thing with limited resources..yeay!!berusehe!!=)

  5. hv been ur silent reader for a while. the story is very impressive! u r very creative indeed… & brilliant. klu masa kecik2 dah pjg akal mcm ni, no wonder dah besar ni u berjaya mcm skrg. i hope there’ll be more stories like this.

  6. Salam,

    Bro panjang betul cerita sampai bersambung-sambung. Kalau buat dlm versi buku biar panjang saya sanggup baca sampai habis. Sebab jalan cerita tersangat best dan cerita bukan dibuat-buat. Suatu pernah dialami. Mungkin saya sendiri tak pernah tempuh cara untuk hidup begitu, bila kenang apa saya buat dari dulu tak ada hebat macam cerita ni.

    Tabik spring.. dari susah sampai ke satu tahap susah balik, dan bangun balik. Bukan calang-calang orang lagi.

    Nak minta kebenaran dari SN untuk print artikel kisah-kisah silam yg ada nilai pengajaran ni. Bagi kawan-kawan, adik-adik baca. Depa kalau suh baca blog payah.. surat khabar pun tak tersentuh.

    Apa pun TQ dari entri saya baca dlm blog ni banyak saya boleh belajar. Dan kalau boleh saya nak cuba lakukan suatu yg hebat, biar bila saya kenang tentang diri saya sendiri saya nampak nilai sebenar.

  7. Zik : Permission granted… 😉
    Others : I’m just telling my life story which i think could give a little drive to others. Because I was driven by desperation.

  8. Harap2 nanti SN dpt menghasil satu buku motivasi…ada bakat terpendam…Apa pun good luck and all the best for SN, CS and family….aminnn..

  9. x sabar besok nak blk kg, bile bace cerita ni.
    tapi memang biase, kolam yg dekat kilang sawit…bdk2 felda mcm kite biasenye akn pergi sane.
    tapi saya pergi memancing… :-}
    ape2 pun “KREATIF” kehidupan

  10. bila cs cite pasal ayah sn angkat baja, teringat saya pada abah, dulu orang felda bukan orang senang. abah pernah cite nak beli susu kami pun tak cukup duit, abah saya lakukan apa yg ayah sn pernah lakukan…pengorbanan seorang ayah untuk anaknya.

  11. terbaek la citer SN ni..terharu pon ada gak.
    **penah dgr x satu masa dulu org felda kat satu negeri tu dpt pampasan.dan saya pernah tgk dgn mata sy sndiri diroang terus jd kaya raya sekelip mata.rumah nala punya besar dan masing2 berlumba buat rumah banglo yg mgalahkan rumah vip.penjual kereta pon berlumba2 dtg kat felda tu…tapi sekarang??pikir sendiri la,gunung kalau dicangkul pon leh rata..;-)

  12. sn.. u are a good writer ya..
    sangat kagum dengan kekreatifan u dari kecik dulu.. dalam keadaan serba susah tu..
    u deserved a happy and luxury life after apa yang telah dikorbankan..
    keep writing!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *