Potong Trip??

Tahun 1990, saya baru nak masuk tingkatan 1. Ayah dah plan nak berhentikan sekolah kerana performance masa UPSR teruk  sgt (walaupun tak teruk macam orang lain yang langsung tak ada ‘A’). 1 benda pasti, masa tu saya kena cari ikhtiar macammana nak bersekolah semula. I told myself…I must work!

Di Felda Tementi di belakang kawasan perumahan kakitangan kilang sawit dan juga belakang kilang sawit ada sebuah kolam takungan. Kolam takungan ini digunakan untuk menapis sisa-sisa dari kilang sawit. Mostly sisa organic lah dari sisa pemprosesan minyak sawit mentah. Dari rumah kilang tu juga, ada saluran kumbahan dapur (toilet goes in different channel) juga disalurkan ke kolam ini. Siapa yang geli nak baca boleh berhenti di sini.

Dijadikan cerita, kolam itu menjadi habitat terlampaaaauuuu banyak ikan-ikan yang sehat-sehat kerana mewah dengan makanan dari longkang lebih 50 buah rumah di situ. Ikan juga purposely diletakkan disitu oleh pihak kilang sawit kerana itu adalah kolam takungan sisa yang terakhir sebelum boleh dilepaskan ke sungai. Untuk lepas ke sungai, ikan dalam kolam itu mesti HIDUP. Kalau mati, bermakna saringan pada kolam peringkat sebelum itu perlu di periksa.

Setiap hari saya akan pegi ke situ melalui kawasan perubahan kilang tu. Tapi dengan berbasikal dan melalui rumah orang yang saya “suka” masa dulu. Jadi taknak jatuh saham, saya kena kayuh laju-laju depan rumah dia, lagi-lagi ketika perjalanan pulang yang confirm dah berlumpur berselut dek kerana menggagau dalam kolam tu.

Kolam tu sebesar kira-kira 2 ekar. Minggu pertama, saya menjala saya dapat 15 kilo ikan sepat sehari. Saya bagitau Husin (kawan menjala saya) supaya simpan rahsia, jangan sampai orang tahu itu ada lubuk ikan. 15 kilo saya bawa balik rumah, arwah emak siang ikan tu dalam 2-3 kilo. Selebihnya saya bawa ke pasar dan jual dengan kadar RM0.50 sekilo. Dapatlah RM5-7 sehari. Cukup sebulan, saya dah berjaya kumpul RM200. Cukup untuk bayar yuran sekolah sendiri.

1 hari, saya menjala seperti biasa, tapi saya cuba dapat 1-2 ekor ikan sahaja. Ikan besar-besar jer seperti sepat harimau dan ikan keli, yang kecil-kecil macam sepat ronggeng yang sedap digoreng dan dimakan begitu saja itu tak ada dah. Tapi tak apa lah, saya akur rezeki haritu tak baik sangat. Saya terus balik lalu pasar terus nak jualkan kat pasar. Masa kat pasar tu, saya nampak berkoyan-koyan beg berisi ikan sepat harimau, ikan sepat ronggeng sampailah sepat-sepat yang bersaiz ikan bilis pun dikutip sama. Lalu saya tanya pakcik tu;

SN : Pakcik, siapa jual ikan banyak-banyak ni?

Pakcik : Takde sape jual nak, ni pakcik tuba ikan belakang kilang tu. Boleh makan cuma kena buang perut dia lah, nanti beracun.

Kesimpulan yang nak saya ceritakan, dalam perniagaan kita ada turun dan naik. Persaingan yang sihat akan buat kita lebih baik dan persaingan yang kurang sihat akan jadikan kita lemah. Pernahkah anda rasa perkara ini? Kes tamak ni memang tak sudah-sudah dalam hidup orang kita. Hatta kisah angsa bertelur emas itu pun boleh dijadikan 1 analogi yang baik.

Hari ni kita jual nasi lemak tepi jalan, Alhamdulillah nasi lemak kita lakuuuu sangat. Tiada persaingan dan pelanggan tiada pilihan. Tetapi 1 hari, 1 orang lain bukan gerai nasi lemak sebelah kita. Apa kita nak buat? Santau dia? Halau dia? atau berkawan dengan dia?

Kalau saya, saya akan pilih yang ke-3. Berkawan dan berbincang untuk jadikan persaingan itu persaingan yang sihat. Contohnya dalam penentuan harga. Biar lah nak bersaing pada satu benchmark yang sama. Jadi kalau sebagai pelanggan, nasi lemak yang kita akan beli di mana-mana gerai antara dua ni akan jadi bertambah sedap dan berkualiti. Kerana masing-masing nak jadi lebih baik dari yang satu lagi. Tapi, kebanyakan orang tak suka perkara ini.

Dalam hidup saya sekarang, setelah saya berjaya menjadi jurugambar perkahwinan yang saya anggap sudah selesa dengan pencapaian ini (walaupun belum sampai ke peringkat jennifer Lopez nak hire), saya sudahpun bergiat untuk menyampaikan ilmu-ilmu melalu pengalaman ini kepada orang lain supaya saya akan wujudkan satu persaingan. Yang saya cari…persaingan yang sihat.

Ingat semua…kita hidup kerana kita MERASAI kelaparan, kita hidup kerana kita RASA kehausan…dan kita akan berlari LEBIH LAJU LAGI apabila ada yang mengejar. Renung-renungkan dan selaamat beramal 😉

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com


.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

9 Replies to “Potong Trip??”

  1. Banyak pengalaman SaifulNang telah lalui. Dari pengalaman sewaktu kecil dirujuk pula ketika sudah dewasa. Hebat, perjalanan hidup mesti ada yg turun dan naik. Itu yg membuat kita semua belajar dan mengejar.

    Kalau print entri ni kasi budak sekolah baca kira bagus dah.

    “Walaupun belum sampai ke peringkat jennifer Lopez nak hire”

    Sompat lagi brother ni haha..

  2. donia..donia..macam-macam cara nak hidup cuma baik tak baik jer caranya…ada yg baik tu baik sgt, yang teruk tu teruk sangat…

    tapi kalau ikhlas sampai bila pun jalan dipermudahkanNya..

  3. Pengalaman lalu menngajar kita menjadi dewasa… Cerita2 begini patut diceritakan kembali kepada anak2 kita, yang kecil dan masih bersekolah kerana, pada zaman ini mereka terlalu mudah mendapatkan duit dari ibu bapa… kadang2 ‘pau’ mak bapak pun ada!!!…. Mereka masih tak boleh membayangkan kehidupan mereka dewasa kelak yang perlu berdikari…

  4. Zik, FYI…I’m compiling all my story yang boleh buat pelajaran. Will complete it together with my father in our Europe trip nanti.
    Farhan: Itu lah…cobbbaaaan…
    SSS : Kesilapan, pengalaman itu adalah cikgu terbaik kita
    Mikemurano : TQ to u too
    Zairi : Belum yang terbaik, masih lagi mencoba
    Kamitaken : Ilmu tu kan Allah punya. Kalau saya tulis buku, awak bayar upah saya menulis jer…ilmu tu free jer.

  5. xtau plak Saiful Nang ni orang Felda Tementi. Saya penah blaja disitu dari darjah satu sampai darjah 6. lepastu cam biase r g skolah asrama. even ayah keje kt felda Rentam (staff Felda), tp kami duk kt Felda Tementi. Baca entry ni menginagtkan kembali kenangan zaman kecik2 dulu.

  6. jarang2 saya jmpe…org yg parent suruh berhenti sekolah tp nk jgk g sekolah…
    klu semua org mcm ni, cpt negara kte maju…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *