REVIEW SEMINAR PADAT PERNIAGAAN FOTOGRAFI

Seminar Padat Strategi & Rahsia Perniagaan Fotografi Perkahwinan ini bukan sahaja untuk jurugambar perkahwinan. Tetapi latarbelakang pendaftar-pendaftar untuk seminar ini sehingga pada ketika ini saya menerima tak kurang 5 peserta dalam jurusan lain. Seperti Fotografi Kanak-kanak dan fotografi event. Tetapi yang diketengahkan sebagai subjek ialah “Perkahwinan”. Tak bermaksud, ia tidak praktikal untuk bidang yang lain.

Seminar ini menekankan lebih kepada panduan perniagaan yang telah dibuktikan keberkesanannya melalui praktis. Sebelum praktis berlaku, teori dan fundamentalnya saya perolehi melalui pembacaan dan tak semua yang sesuai. Sebahagian saya ambil, sebahagian lagi saya tinggal mengikut kesesuaian ekonomi, sosiologi dan budaya masyarakat setempat. Alhamdulillah, setelah melalui banyak kegagalan dan kerugian yang disebabkan oleh kelalaian yang BESAR kemungkinan akan berlaku pada anda. Seminar ini akan jelaskan tentang perkara-perkara ini secara mendalam.

Ini adalah Seminar yang ke-2 saya anjurkan atas dasar perniagaan dan bukannya sebuah workshop fotografi. Seminar seumpama ini kali pertama saya adakan pada tahun 2007 yang lepas, is berlaku selepas saya mencapai satu status yang saya panggil “Breakaway”. Status apabila anda mencapai pelbagai pencapaian besar (antaranya, mengutip juta yang ke-2 pada ketika itu, dan berjaya menembusi tembok pasaran antarabangsa serta kenamaan bergelar Sultan).

Hasilnya, 90% yang hadir pada Seminar 2007 adalah partimers dan sekarang 70% dari mereka sudahpun bergelar professional dengan income antara RM5k-40k sebulan hanya dengan mempraktiskan fotografi dengan secara TERARAH (ada strategi) secara individu ataupun bersyarikat.

Itu cerita 2007, sekarang sudah 2009. 2 tahun kebelakang ini adalah 2 tahun terpenting saya dalam melonjak CandidSyndrome kepada tahap yang lebih tinggi. Berbuku-buku lagi ilmu kesan dari perjalanan 2 tahun ini ditambah pula dengan yang isikandungan seminar pada 2007 dahulu. Bermakna, ada penambahbaikan.

mengantuk memang mengantuk. Ini kelas teori. Anda tak akan jumpa kita berlatih camera di sana. Anggaplah anda sudah mengetahui camera dan akan memahirkan diri dengan camera dan jadikan ini sebagai satu saluran untuk mengarahkan kerjaya anda dengan strategi yang baik.

Anda tentukan…dengan siapa anda belajar.

.

Alhamdulillah, respond untuk seminar di atas sangat menggalakkan. Sekarang kita sudahpun menerima tempahan tempat yang banyak dan masih ramai lagi yang masih berkira untuk menunggu gaji hujung bulan. Jangan risau, kami akan melangsungkan seminar ini dari lokasi baru dalam auditorium yang lebih besar yang boleh memuatkan lebih ramai peserta dengan selesa.

Dengan itu, penyertaan dibuka lagi untuk 20 LAGI TEMPAT!

Sekali lagi ingin saya maklumkan wlaaupun dah berulang2, seminar, photocamp, workshops yang saya anjurkan sebelum ini dan akan datang bukan lah atas tujuan mengaut untung. Sebaliknya kalau nak untung, saya ada pilihan untuk shooting wedding pada hari-hari yang digunakan untuk seminar itu dan saya akan dapat lebih lagi. Tetapi seminar ini untuk anda dan charges itu UNTUK KOMITMEN. Saya tak suka orang datang kelas saya, tetapi keluar dengan tangan kosong dan tak menjadi apa-apapun. Grab it now! You miss this time…wait for another 2 year 😉

Detail Seminar

Tarikh : 9 May 2009
Masa : 9 pagi – 5 ptg
Tempat : FRIM Kepong (detail akan dihantar kepada email peserta)
Penceramah : Saiful Nang
Golongan Sasar : Jurugambar Perkahwinan yang berminat untuk berjaya dalam kerjaya secara teratur dan sistematik dan juga jurugambar yang minat untuk berniaga dalam fotografi
Yuran penyertaan :

RM450

Lain-lain : Nota, sijil, morning break, makan tengahhari dan afternoon break disediakan.
Terma Bayaran : Minima RM100 untuk tempahan (bakinya semasa pendaftaran, atau dibayar penuh)
Had : Penyertaan terhad kepada 50 orang pertama (mengikut kesesuaian tempat)
Peringatan : Ini bukan bengkel untuk belajar ambil gambar. Jadi anda tak perlu bawa camera.

HIGHLIGHT TENTANG ISI KANDUNGAN SEMINAR

  1. Pendedahan rahsia bagaimana membentuk sebuah empayar perniagaan fotografi yang kurang popular pada masa dahulu menjadi sebuah perniagaan berprofil tinggi.
  2. Pendedahan tentang seni untuk memasuki pasaran berprofil tinggi, selebriti dan keluarga diRaja (tanpa perlu memancing dengan TAJAAN sebaliknya berbayar pada kadar yang ditetapkan)
  3. Pelajari rahsia SN menggembangkan namanya sehingga ke peringkat antarabangsa.
  4. Strategi penjenamaan dan media.
  5. Rahsia mendisiplinkan pelanggan sehingga pelanggan mengikuti etika kerja kita dan stail kerja kita berbanding mengikuti stail seribu pelanggan dengan seribu cara tersendiri.
  6. Pelajari teknik menangani tekanan dan fitnah dan manipulate tomahan negatif sehingga membawa pulangan yang positif kepada diri sendiri
  7. Rahsia pengurusan kewangan dari RM90-RM1,000,000 dalam 2 tahun TANPA PINJAMAN BANK, TANPA PINJAMAN KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN, tetapi menggunakan 100% wang sendiri. Hanya dengan pengurusan yang baik dapat menggandakan pendapatan setiap bulan.
  8. Perdengarkan MASALAH-MASALAH TERTENTU seorang yang bekerja sendiri supaya tidak berulang kepada peserta kursus. Jika masalah ini tiada, saya dah tentu mencapai 1 juta saya pada tahun pertama lagi.
  9. Rahsia pengurusan jurugambar pelatih sehingga mereka menjadi bagaikan seorang selebriti yang berbakat. Bagaimana memotivasikan setiap jurugambar dan kakitangan yang bekerja sehingga mereka bekerja seolah-olah mereka adalah pengasas syarikat.
  10. Pengurusan kakitangan separuh masa secara efektif (freelancers, partimer dan kontrak).
  11. Strategi menangani kegawatan ekonomi dan masih tetap bertahan dan masih buat untung
  12. Banyak lagi yang akan didedahkan dalam seminar ini…

Kepada yang berminat, sila daftar sekarang melalui email dgn subject: Seminar Padat kepada salhashaffee@candidsyndrome.com SEKARANG. Detail pembayaran seperti akaun bank akan diberikan dalam email yang anda hantar atau telefon hotline kami 0380766878 SEKARANG.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com


.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

6 Replies to “REVIEW SEMINAR PADAT PERNIAGAAN FOTOGRAFI”

  1. saya berminat dalam bidang ini.. dan teringin nak pergi ke kursus ini tapi malang saya x dapat hadir. sedihnya….
    kalau boleh saiful buat lagi kursus ni ya..
    maybe next saya berpeluang utk pergi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *