We are what we…..

Tengku Dian in her wedding preparation. She got married with Farhan from Jakarta.
Tengku Dian in her wedding preparation. She got married with Farhan from Jakarta.
Tengku Dian is preparing herself in Concorde Hotel with Shah Alam mosque at the background
Tengku Dian is preparing herself in Concorde Hotel with Shah Alam mosque at the background

.

Wise man say, we are what we listen, read and watch. Kita adalah apa yang kita baca, dengar dan lihat. Pendengaran mendengar, penglihatan melihat apa yang dialami dan hati membaca serta menilai apa yang penglihatan lihat dan pendengaran dengar.

Kalau dikaji semula dari statistik UNESCO, di UK sahaja 206,000 dan di Amerika 176,000 judul buku dikeluarkan setiap tahun. Woww! bayangkan…1 tahun boleh penuh 1 library. Pernah tak kita pergi ke sebuak kompleks perpustakaan terbesar negara? Saya belum pernah lagi masuk ke Perpustakaan Negara. Tetapi saya pernah masuk ke sebuah perpustakaan PERSENDIRIAN seorang berbangsa Inggeris di Southampton, England. Bila saya tanya beliau, buku siapa ni? Dia menjawap…buku yang telah dibaca oleh dia dan 3 orang ahli keluarganya.

Tahu tak berapa besar library itu? Cuma sekitar 500 sqf tetapi rak bukunya sehingga 3 lapis, santak sampai ke ceiling dan ditengahnya adalah reading table. Bila ditanya lagi, berapa jumlah buku-buku simpanan tu semuanya. Beliau tak dapat menjawap tetapi hanya menjawab ini….

“I’m not sure about the number, but we spend 300-400 pounds a month for books and we read 1 book in 2 days. For some book, we spend the whole month to read it due to the complexity of knowledge that I have to go line by line”

I stunned! fakta yg lebih mengejutkan, apabila beliau cakap, dia bukan rajin sangat membaca, ramai lagi yg gila membaca. Koleksi buku pulak terdiri dari macam-macam bidang. Walaupun beliau seorang IT consultant, tetapi koleksi bukunya ada macam-macam. Range from IT technical, traditional herbs, medication, cooking guide, travel, international politic, geology, biology, sex, sciences, automotive, aviation, golf, football, language, sociology, psycology and mucchhhhh more.

Bagi sesiapa yang pernah pegi ke London, newspaper The Sun, Metro, Daily Mail, London Lite dan banyak lagi diberi percuma di stesyen-stesyen keretapi (underground). I bet if you can find more than 2 people in 1 coach of train not reading…I buy you a kilo of choc. If you can find it, it must be tourist from the third world country (including Malaysia). Tidak membaca dikalangan ramai yan gtidak membaca akan menjadikan kita tak kisah langsung. Membaca dikalangan orang yang tidak membaca buat orang pandang kita “macam bagus”, tetapi tidak membaca dikalangan orang2 yang membaca ialah 1 yang memalukan.

Dilorong-lorong pejalankaki di kota Paris, ada orang-orang yang tidak berumah (homeless)  mencari makan dengan menjual buku-buku dan surat khabar. Apa yang pengemis di Malaysia buat? Jual tisyu? atau terus menadah tangan tanpa produk nak dijual. Tak di nafikan, ramai pengemis macam tu di Paris, tapi saya tak pernah lihat lagi pengemis di kaki lima Kuala Lumpur datang kepada kita untuk jual buku (walaupun buku cerita) dan surat-surat khabar.

Saya boleh habiskan sebuah buku cerita dalam masa kurang 3 jam. Menggunakan teknik speed reading lah. Tapi saya tak minat untuk baca buku cerita, yang saya minati ialah buku-buku yang ada motivasi, inspirasi, teknik yang perlu dibaca dan difahami keseluruhannya. Kerana chapter 1 adalah jalan untuk memahami chapter ke-2. Untuk buku jenis macam ni, saya habiskan 1 bulan untuk 1 buku. Saya belum cukup membaca lagi.

Tapi, pernah tak kita fikir…setelah kita melangkah dari Sekolah dan Universiti. Apakah yang membuat kita lebih pandai dari dahulu? Kalau di sekolah boleh lah kita kata kita di ajar, sama juga seperti di universiti. Tetapi selepas itu, adakah proses pembelaajaran berhenti? Tanya diri sendiri…kebanyakan kita belajar melalu pendengaran, penglihatan dan pembacaan. Tapi sebenarnya, sangat kurang dalam pembacaan. Penglihatan pula, tanya diri sendiri…yang anda tonton di TV, apakah faedah kepada kita? TV ialah sistem pembelajaran paling relax yang saya sukai. Channel favourite saya Animal Planet, Discovery Channel, Bernama News, Awani, NatGeo, Travel & Living. Jarang-jarang pula saya buka HBO, Ria, Cinemax, Hallmark dan yang sewaktu dengannya. Masa anak saya ada, saya bukakan Disney Channel dan Cartoon Network.

Apa pula yang anda dengar dalam kereta? Saya ke pejabat berkereta 30 minit sehari dan pergi balik 1 jam. 1 jam saya dengarkan business radio & news radio (radio 24). Staff saya cakap saya ni taste orang tua, dalam kereta kurang lagu banyak news and interviews. Anda dengar lagu yang sedap2, saya memang peminat lagu-lagu tapi saya biasa jadikan lagu itu sebagai background / ambient music dalam rumah dan office saya semasa bekerja. Mari kita kira, 1 hari 1 jam…1 tahun kita ada 15 hari mendengar input yang berguna. Sekurang-kurangnya, masa saya baca newspaper dah dapat dikurangkan.

Berapa ramai antara kita lebih sanggup tukar spoiler kereta tinggi-tinggi, pasang ekzos besar-besar, shopping baju branded-branded beribu tapi tak sanggup keluarkan RM100 untuk langganan majalah ke rumah? atau belanja RM20 untuk sebuah buku di bookshop?

Sebab itu, selepas keluar universiti…anda boleh lihat beza anda yang membaca dan beza rakan-rakan anda yang kurang membaca. Takde beza dari segi fizikal, tapi bila anda bercakap…anda nampak bezanya. Sayangnya….saya mula sedar agak lambat, setelah saya ke UK dan Europe baru saya nampak saya dah rugi. InsyaAllah nanti, saya akan tunjukkan koleksi buku-buku saya bila library di bilik pejabat saya ni siap 😀

Enjoice!

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

15 Replies to “We are what we…..”

  1. good to know SN nak buat library n want to show o us..
    tpi ingat..pastikan buku tu dah dibaca dulu bru msk dlm library..takut terlupe mane yg xbace lagi..hehe..
    n make something in that library supaya rasa nak baca lagi, not feel sleepy..hehe..

  2. motivation yg sgt menarik utk kite semua membaca buku. thank you!

    just to quote on something…

    “Apa yang pengemis di Malaysia buat? Jual tisyu? atau terus menadah tangan tanpa produk nak dijual”

    hmmm… just nak share my opinion. pengemis malaysia.. mereka tidak punya kemampuan untuk menggodam atau melayari internet spt mana yg kita semua buat. mereka tidak punya apa sumber sekalipun untuk mungkin some kind of like memajukan diri mereka. bahkan mereka tidak punya apa2…

    nak beli buku? nak beli paper untuk dijual? nak membace pun mungkin sebilangan tidak pandai… mana mungkin mereka punya modal atau wang untuk semua itu. mereka juga tidak tahu, di paris ada pengemis seperti mereka yang mencari rezeki dgn menjual surat khabar…

    lantas, yang mereka tahu cuma menadah tangan, menjual tissues dan menghiburkan manusia2 yang lalu lalang di hadapannya.demi sesuap nasi.

    apa lagi boleh buat?

    saya rasa lah, pihak kerajaan should do something. mungkin kita lah medium yang patut suarakan semua ni, mungkin.

    ya.pihak kerajaan mungkin ada menyediakan pertolongan kebajikan utk mereka *eh, ade ke?* sorry for being ignorance.but i believe malaysia did*
    the problem is, mungkin pengemis2 ini tidak tahu.tidak didedahkan dengan semua ini.

    maka rakyat malaysia… wake up!!!

    ni cuma secebis pandangan dr sy.kalau silap, sorry. =D

    btw, mr saifulnang, i love ur photos!

  3. yup, ur right saiful…rakyat kita harus dididik dgn membaca…penting bg penjanaan ilmu.Kerajaan dah berkali2 iklan kat tv…not sure if u all notice or not..but i’m realized that.jadikan membaca amalan kita.tak kira apa jua buku selain majalah gosip la.hahaaha.

  4. its not easy to change attitude or behaviour… especially org2 kita yg selalu mengganggap diri sndri selalu betul… juga yg slalu bg excuse… (mcm eden laaa…eheheheh).
    but i think, we can strt from home… with our little one… kids, nieces, nephw, sister, brother etc… what we call ‘nurturing’… lelama leh jd habit… insyaallah…

    oleh itu, moh kiter reramai meriahkan pesta buku antarabangsa kt PWTC…ehehehe

    p/s: gua suker beli buku, wat collection tp nggak tau bila mau baca…ehehehe

  5. nanti sampai uk…kalau minat bole singgah pergi carbootsales..sekarang musim carboot…bole dapat banyak buku2 yg bagus2 dengan harga murah..

  6. untuk menjadi sebuah negara maju, Malaysia perlu menerbitkan lebih 27k buku ilmiah setahun… rasanya kalau org Malaysia suka membaca, takde masalah untuk mereka sendiri menghasilkan buku yang baik… tapi kalau takat baca mangga atau hai… pikir sendiri la

  7. Membaca sejak kecil dan pernah tersenarai wakil negeri, dah tua lebih timba ilmu kat internet… Seolah-olah 1 perpustakaan besar di hujung jari anda.. tapi pandai-pandai tapis haa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *