Be tough!

Tengok video kat atas, dan ambil lah pelajarannya. Putus asa ialah loser. Loser ialah orang yang putus asa. Let me tell you about a few plot in my life where I can roughly share about PUTUS ASA.

  1. In 1988, there are computer shop exhibited their computer at my school. That time, they gave me a test on “Prince of Persia” game on 5″ floppy. I’m so much interested with that machine since they said, it will make your learning process easier. Balik rumah, I asked my father to buy 1. My dad told me, RM4,000 is my earning for more than 1 year. Finally, I made a small note to manage my saving. Saya buat 40 list dari no.1 hingga ke 40. Setiap satu saya tulis RM100. Saya mula menabung RM0.20 belanja sekolah kesemuanya sekali dalam tabung. Saya ambil upah cabut rumput di kebun tembikai dgn bayaran RM1 sebatas (panjang dalam 50 meter) dan mengisi tanah dalam polybag ditapak semaian Felda. Tahun 1989 selepas saya perpuasa setahun dan bekerja jadi kuli batak sana sini sampai kulit jadi hitam legam, saya akhirnya…BERJAYA!!! Baru berjaya lengkapkan list no.1. Baru dapat RM100. Saya teruskan usaha kumpul duit lagi, tetapi tahun 1989 saya berazam utk dapatkan RM200 pula. Saya gandakan usaha, kali ni saya memukat ikan sungai untuk dapatkan sepat dan keli. Lopak-lopak air saya timba, berkilo-kilo ikan saya jual di pasar (masa tu umur saya 11 tahun). Saya berjaya capai matlamat tu dan saya lihat balik list yg saya buat…masih panjang perjalanannya. Saya benci nak tengok berapa jauh lagi nak sampai, tapi saya suka tengok…dah berapa banyak kita buat. Agak-agak…bila saya dapat computer pertama saya? Hehhehe….saya dapat pada tahun 2002. Selepas 14 tahun mengidam. Apa jadi dgn duit simpanan sekolah saya? …Saya bayarkan belanja hospital arwah emak, dan beli buku-buku SPM saya shingga saya tak pernah minta duit dari parents dari 1993 sehingga sekarang. 1993 saya baru tingkatan 3.
  2. Saya mula berniaga sebagai seorang freelance designer dan 3D animator sejak saya di University lagi. Saya dah buat duit sendiri dan sehingga boleh hantar duit ke kampung. Dipendekkan cerita, dari semenjak pertama kali saya buka perniagaan, saya telah tutup kedai / bengkrap sebanyak 2 kali dan pernah ditipu berpuluh-puluh kali. Saya pernah dari duduk condominium berpindah ke rumah setinggan bawah kolong si Selayang. Saya ada terlalu banyak sebab untuk putus asa…cuma saya tetapkan dalam fikiran, saya tak mungkin akan putus asa. Saya mesti cari jalan, cari ikhtiar. Pada saya, semua masalah adalah permulaan kepada peningkatan darjat mentaliti kita. Ujian buat kita naik pangkat, naik semester, naik gaji dan macam-macam. Rupanya…itu cuma proses untuk memandaikan saya.

Silalah tengok video di atas. Kalau tak rasa sebak dalam dada, pegilah klinik…check lah dada anda mungkin ada masalah. Mungkin hati anda sudah tebal keraknya.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

20 Replies to “Be tough!”

  1. Sudah lihat video itu sblm ini. Memang hebat apa yg diberitahu. Walaupun serba kekurangan tanggan & kaki takda, tapi still kuat teruskan hidup. Sedih juga melihat. Apa pun pengalaman itu mengajar kita. Bila terkenang kembali peristiwa dahulu, terasa sebak. Tapi hidup mesti diteruskan. Selagi kita mampu selagi itu kita harus menempuh onak duri ranjau kehidupan.

  2. selalunya org yg berjaya tu berasal dari orang yg pernah mengalami kesusahan. cuba lihat anak2 orang senang selalunya mereka ni tak kuat dari segi mental n fizikal sebab apa yg diorang nak semua boleh dpt dengan mudah.

  3. SN telah naikn semngat sy kembali…terima kasih..photocamp 2 adalah pengalaman yg x ternilai pernah sy dpt…sy akan majukn diri sy sehingga mencapai matlamat atas ape yg sy impikan sebelom ini,terima kasih sekali lg SN…salam

  4. Saya dah tgk video ni dan mmg ia menaikkan semangat saya utk terus hidup dan jgn cepat mengaku kalah.. sekali kita tumbang xbermakna kita xkn dpt bangkit lg..bangkitla kita dgn semangat yg lebih membara… maafkan saya jika saya terlalu beria2 memberi comment ini kerana saya baru nak bangkit dari kejatuhan hidup saya…sekarang saya rasa hidup saya lebih bermakna dan saya xkn sia2kn semuanya kerana ini adalah pengalaman berharga bg sy… Ameen

    http://www.anythingphotopeople.blogspot.com/

  5. cerita SN yang dapat membuka minda semua org yang membaca blog SN….Putus asa adalah satu jalan yang MATI untuk terus hidup di dunia ini….jadi theres NO Words for PUTUS ASA in your dictionary if you want to be a success person, eg. SN,right SN?? hehe tq for sharing your story SN,its really touched me…

  6. Hi Saiful Nang,
    TQ memyedarkan saya yg sempurna sifat fizikal ni, tiba2 teringat kisah silam, dari masa asal kita, mcm saya bukan dr keluarga yg kaya dan senang,berusaha sendiri untuk memdapatkan sesuatu, tapi sedihnya, kat malaysia masih ramai yg meminta sedekah, walaupun cukup sifat angota badan, harap ada org memberi kesedaran kepada mereka dan kita semua.
    * pernah lihat video ini, tp tak memberi kesan kpd saya. tp kali lain mcm je.he….

  7. thanx saiful….u just did it at the right time….hampir berputus asa…n terasa nak bawak diri jauh dr malaysia… but right now i think i should give them a second thot. lari diri daripada masalah takkan bawak kita ke mana … again, thanx a lot 🙂

  8. saya juga pernah merasa kesusahan
    dalam mencapai apa yg saya nak kan
    masih ingat, setiap kali periksa akhir, di sekolah rendah, saya akan dpt no. 1
    abah saya juga peneroka felda di temerloh..walau dlm hati meronta2 nakkan hadiah BASIKAL, tp abah selalunya akan bg duit rm10..tp pd saya itu sudah cukup amat menggembirakan..sampaikan saya lupa pada basikal. saya juga pernah curi2 jual mknn ringan di sekolah agama..jual la apa2 pun…nasi ke, ..kacang ke..yg pasti dpt duit sendiri. bila mak tau, mak x mrah pun..tp terharu 😀 dan lps tu mak tolong buat kerepek utk jualan..saya juga lps sekolah jual buah potong, tolong abah n mcm2 lagi..kalo org lain, sibuk pegi kelas computer, tapi saya tidak..alhamdulillah, sy antara yg dpt masuk U tahun tu..tp skrg, dari segi kerjaya, may be rezeki saya tak sampai lgi. tp sy ada rezeki yg lebih besar iaitu anak n suami..itu pada saya cukup membahagiakan saya

  9. bila bace sahaja artikel SN nih, semangat untuk terus kedepan membara… cerita ini merupakan penguat semangat saya… terus terang saya memang hampir2 putus asa dalam kerjaya saya sekarang ini.. alhamdulillah, semoga saya tidak akan berputus asa, insyaAllah… SN merupakan idola saya… dan merupakan sumber inspirasi bg saya… tak jemu membaca setiap artikel blog SN.. kekadang sayta bukak kembali fotopages SN just untuk membaca setiap kronologi SN.. thankz a lot SN.. hope u always succcess

  10. sn..
    nn nak pinjam semangat orang alam video tu.. dan juga semngat sn.
    i hope that i can be strong as u.
    thanks for sharing the moments, i am inspired!

  11. ellaila… u’ve got the point… kesusahan membuatkan seseorang tahan lasak… kesenangan membuatkan org cpt menyerah kalah, x kisah, buta perasaan etc… senario yg aku tgk setiap hari d dpn mata… generasi muda kita… terpk apa akan jd pd masyarakat in 5-10 thn akan dtg…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *