Morning Person = A beginning to success

Saya tiba2 terlintas untuk berkongsi tentang masalah tipikal yang melanda orang-orang yang bekerja sendiri dan juga orang-orang yang mempunyai waktu kerja yang fleksibel. Anda dalam kategori mana? yang bangun jam 5 pagi, 6 pagi, 7 pagi, 8 pagi, 9 pagi atau 1 tengahhari?

Selepas Tun Dr Mahathir bersara menjadi Perdana Menteri, saya pergi ke muziumnya dan beliau bangun pada jam 5.30 pagi setiap hari. Mendiang Lim Goh Tong juga bangun seawal jam 6 pagi. Kalau dilihat dari segi fizikal, orang lebih tua kurang tidur. Keperluan tidur mereka sekitar 4-5 jam sahaja. Kalau orang muda macam saya ni, masih lagi perlukan sekitar 5-8 jam tidur sehari. Tapi alhamdulillah, saya tidak lah bangun lambat. Setiap hari saya masih boleh lagi tengok sunrise.

Petua kejayaan orang2 tua-tua, kalau bangun pagi rezeki murah. Mana tak murah. Bayangkanlah rata-rata orang bangun jam 8 pagi (anda mungkin tak lah, ini orang lain). Kalau di awalkan 2 jam dan anda bangun jam 6 pagi, anda dah jimat 2 JAM! kalau bertolak ke pejabat lebih awal, tak jumpa lah kesesakan lalulintas. Anda dah jimat lagi 30 minit di situ. Jadi…inilah perkiraan saya. Perubahan sedikit ini boleh mengubah peluang kita mendapat rezeki. 2 jam setengah jimat sehari. 1 tahun kita dah berjaya jimatkan 900 jam umur kita untuk buat kerja. 900 jam ataupun 38 hari setahun kita dapat manafaatkan. Kalau kita kerja selama 50 tahun (kalau kerja sendiri lah)…kita dah jimat 5 tahun dari umur kita untuk kita buat kerja semasa.

Tak kira lagi bila kita bangun pagi, otak lagi segar dan seronoknya hati bila driving dengan 1 sunlight. Ataupun untuk saya, saya bangun dan bermain dengan Orked dan bercakap dengan isteri, bersarapan bersama pada kebanyakan hari dan kemudian buka tingkap dan pintu untuk cahaya pagi masuk. Saya selesa mulakan hari saya dengan buka laptop di rumah dan buat perancangan kerja saya untuk sehari di pejabat.

Kenapa saya cakap ini masalah tipikal?

Saya dahulu apabila berhenti menjadi pensyarah di Limkokwing pada tahun 2001, saya terasa dunia sangat bebas. Tak ada orang nak push saya bekerja dan bangun awal dan meredah traffic jam. Kesudahannya, selama 1 tahun saya menjadi orang yang PEMALAS! Saya bangun jam 12 tengahhari setiap hari dan tidur jam 3-4 pagi. Kerja simple pun berbulan2 nak siap.

Kalau orang tanya apakah perkara paling susah nak buat bila kerja sendiri. Saya akan jawap…disiplin diri itu yang paling susah orang nak buat. Kepada freelancers, orang2 yg bekerja sendiri diluar sana, jika anda baca artikel ini…anda fikir-fikirkan lah kebenarannya ek 😉

SN

image_pdfimage_print

22 Replies to “Morning Person = A beginning to success”

  1. yea…benar bagai dikata.
    memang masalah tu…
    aku pun duk set jam biologi masih lagi fail. asik kantoiii jek. lebih2 lagi hari minggu…huhuhu~

  2. agreed, org2 tua nyer petua is bangun awal, buka pintu or tingkap in the morning rezeki akan masuk, and don’t forget solat.

  3. Salam,

    Ikut sunnah Rasul kita bangun pagi(utk Tahajud dan solat sunat yg lain) krn utk berkomunikasi dgn Allah dalam keadaan tenang dan sunyi. Al Quran telah menceritakan bahawa Allah swt bersumpah demi masa dalam beberapa surahnya spt Al Asr,Al Duha , Al Lail dan beberapa surah lain lagi.To show the value and the significant of time. Time is life.

  4. Syazwan : Emas tu masih lagi murah dari masa pasal emas boleh dibeli.
    Diana : Bagus lah, macam ni awak boleh jadi staff kerja kat CS lah nanti.
    Putat: hari minggu mmg ada excuse lah…tapi macam aku ni wedding photographer, hari minggu bangun lagi awal hehehe.
    Rina : Banyak ayat tentang masa dalam AQ. Kalau tak masakan ada hadis yang mengatakan malaikat rahmat masuk masa pagi.

  5. agreed. bangun awal pagi, and gerak awal ke opis. ada masa utk warm up and nak update kerja-kerja yg belum siap, then sempat juga baca newpaper online and after that terus focus kerja. kalau masuk opis lewat, nak focus kerja mmg lambat sikit, and bila dah dapat mood kerja by time dah nak masuk lunch dah, lepas lunch tuh paham paham la, ngantuk dan malas..sbb lagik 2 -3 jam dah nak balik dah…hehe

  6. entri ini tak ternilai nasihat kpd semua yg membaca. sangat menarik dan seribu satu tersurat & tersirat. ramai yg telah lupa, dan entri ini mengingatkan kembali kejayaan datang dari masa, disiplin, dan usaha. cth yg diberi adalah yg terbaik. jadi jgn kita bazirkan masa dgn benda yg tak berfaedah. itu nasihat dari mereka yg pernah mengalami, dan bila umur sudah meningkat barulah dpt melihat kebelakang. muda-mudi perlu menimba nasihat dari entri SN.

  7. saya setuju.
    apa yg penting adalah diri sendiri & displin…
    mudah utk dikatakan tp amat amat sukar utk melakukannya . . .
    betul kan…

    SN bleh jd kaunselor jgk nie . . .
    hikhik

  8. Half-half setuju. Saya setuju yang memang bagus bangun awal, minda fresh, dapat keberkatan dsb.

    Tapi tak setuju boleh jimat 2 jam tu. Untuk bangun awal 2 jam, kita kena tidur awal 2 jam. So, tak untung dan tak rugi. Yang untungnya kalau kita boleh kurangkan tidur. Jangan tidur ikut nafsu. Tak payah sampai 8 jam, 6 jam cukup.

    Sekian.

  9. even donald trump pun bgn pukul 5 pagi…hehehe
    memang org yg berjaya kebanyakannya baangun awal, patutnya kita yg muslim ni bangun awal ni satu kewajipan..tapi sy pun kalau time cuti memang liat nak bangun pagi…

  10. i have to agree with you saiful….

    since the landslide last year, i hardly sleep as normal people outside there…pukul 5/6 baru tido…dekat pukul 12 baru blh bangun….akibatnya keje saya hancur for the last three months… apa lagi buat freelance… 🙁
    (wish i can get my normal sleep back)

  11. alamakkk.. inilah masalah sy skrg.. susah sgt nak bangun pg.. walaupun kerja opis hour start kul 8 pagi, saya selalu tak boleh nak on time.. rasa macam susah sgt nak bangun pagi…

    lepas solat subuh mesti akan tido balik.. itu yg selalu buat terlajak sampai pukul 8 lebih.. huuhu…

  12. betol3… sejak 6 bln lepas aku benti keje n buat keje sndiri aku jd cam ko cakap,tido lambat bgn lambat..akibatnyer byk keje tak bleh siap ontime….hehhee..thanks sbb sedarkan aku dari tido…byk dah rugi nih…

  13. bro saiful nang.. best entry ni. simple cukup bersahaja tapi dalam

    Saya nak tanya satu benda kat bro, dulu masa bro masih kat fotopages bro ada shoot wed yang diorang dah couple sejak kecik. and pastu si lelaki tu pindah oversea ke (and lost contact with gf masa kecil dia) and when he came back to malaysia they bot met and wed. urmm.. ala2 macam tu la cerita dia. i went through your archives kat your fotopages tadi but i couldnt find it 🙁

    confidently, sy yakin sgt you took their wed pics 🙂

    if you jumpa, could you please reply to me. i really want to see the pics again.. masa sy tengok tu dah 3 year ago ke 4 years ago. thankkkkk yoooouuu! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *