Sireh Pulang ke gagang, Pinang pulang ke tampuk

Di hadapan sekolah rendah tempat saya pernah belajar. Dibelakang saya tu padang perhimpunan tempat saya pernah kena public canning kerana menjual nasi lemak dalam kelas. Orang kantin bengang nasi lemak diorang tak laku, saya pegi sekolah bawak sedozen nasi lemak utk kawan2 dan memang tiap2 hari ramai orang booking. Kalau nak walk-in jer beli…tak dapat lah bai. Masa rehat juga dulu jadi businesspupil bila ambik upah melukis menggunakan pages tengah buku latihan “customer”. Lukisan kegemaran ialah keretapi dan pemandangan (tak tahu kenapa masa zaman Thomas & Friends belum ada lagi, saya dah menggilai lokomitf keretapi dahulu).

Asalnya, hantar adik tiri saya Aina (yg semakin gemuk hasil belaan bapak saya) dan juga Amin yang maintain tetapi kali ni dia dah mula pandai bercakap dengan saya. Dah setahun lebih emak dia kahwin dgn ayah saya, tapi baru ni lah dia nak peramah sikit. Sedang hantar2 dan bergambar kat sekolah ni, saya perhatikan seorang lelaki dalam lingkungan 25++ dengan Honda cupnya menghampiri kereta saya sambil mengintai2 nombor pendaftaran. Kemudian terus berhenti dibelakang kereta saya. Dari jauh saya perhatikan seolah-olah beliau mencari-cari siapa pemilik kereta ni. Dalam hati saya…ni mesti cikgu disiplin nak suruh keluar pasal boleh hantar budak sekolah sampai pagar jer, saya pulak masuk sampai dalam sekolah. Hairan dengan tindak tanduknya…saya menghampirinya dan memberi salam…

.

SN : Assalamualaikum…

Cikgu : Waalaikumsalam, kereta siapa ni? (muka dia masih serius lagi)

SN : Maaf cikgu, saya hantar adik-adik saya sahaja…saya alihkan kereta ni ye.

Cikgu : Nanti…. (saya masa tu dah nak masuk dalam kereta). Bukan ini kereta Saiful Nang ke? Jurugambar Kenduri Kahwin & Cikgu Fotografi tu kan?

SN: (stop dan keluar semula dari kereta) Macammana cikgu tahu?

Cikgu : I’m your blog reader lahhhhh! tengok plet kereta macam kenal, sekali tenggok tag tergantung-gantung dalam kereta tu dgn nama SAIFUL NANG….confirm lah. Tak sangka sampai ke sini ek.

SN : (senyummm bangga)…ni sekolah saya Cikgu. Saya belajar sini dulu.

Cikgu : Bagus lah ye…nak jauh awak pergi dah, masih ingat kat asal usul…yada yada yada…yada dah meninggal yada tahun yada yada yada kahwin …yada yada yada…mengandung…yada yada yada kena pecat yada yada yada…

(Loceng bunyi)

Cikgu : Dah bunyi loceng, saya kena minta diri dulu. Tapi nak ambil gamabr dulu dgn Saiful boleh?

SN : Bolehhhh…apa salahnya!

Cikgu : Perghhhh…best ni. Nanti saya masukkan dalam facebook saya lah macam ni.

SN : Hahahahhaha….teringat kata2 cikgu tu. Sejauh-jauh seluang melaut, ke hulu sungai juga tempat kembali.

Orked dengan atuknya.
Orked dengan atuknya.
Orked dan mummy kat Pekan Triang masa beli kain utk buat baju kurung Orked.
Orked dan mummy kat Pekan Triang masa beli kain utk buat baju kurung Orked.

.

.

KEKOSONGAN JAWATAN

image_pdfimage_print

23 Replies to “Sireh Pulang ke gagang, Pinang pulang ke tampuk”

  1. sekali tengok muka orked tu macam muka mama dia dua kali tengok macam muka ayah dia..tiga kali tengok…muka sapa agaknya…acuan dia seimbang…hik3

  2. bila baca kisah u nih, teringat balik zaman2 dulu kala…hehe
    lama i x pegi triang…pasaraya Kiwan ada lg? Happy fried chicken sebelah maybank tu ada lg ke?
    Dulu my father jd pengurus felda di bukit mendi..now dah pencen…tp i membesar dkt sana…so triang tu salah satu favourite place 4 outing..hehe…

  3. orked mmg comey n tomey..mcm muka papa mama nye.. salam perkenalan dari sy sham.. sy ni budak baru dlm seni photography ni,masih bertatih n merasa tidak sah jikalau seorng photographer tu tidak mengenal SN ni.. sy kagum dgn semangat abg SN..

  4. cumel nyerrr orked ni..kak intan nmpk lg kurus la..piwiit..maintain tau kak intan..hehehe..rase nye lemak2 kak intan telah diserap msk ke dlm bdn daddy orked la..hehehe..
    mintak ampun GB..gurau2 jer..hehehe

  5. uwaaa!!! rindunye kat sekolah!! teringat kat cikgu z, cikgu alias yg garang.. ustaz muin.. guru besar cikgu sarmuji…. en. saiful adalah senior saya… dulu famous sangat sbb tergolong dlm budak pandai di sekolah.. ekekekeke

  6. alahai….cutenyeee orkid!!! kelakarlah cerita SN dgn cigu tu….mana tau in da future my teachers gona be my fan also hehehehe….;)

  7. Assalamualaikum.. firstly nak ucapkan tahniah atas kejayaan candidsindrom selama ini.. alhamdulillah.. Lihat pd kejayaan bro,memberi saya inspirasi untuk berjaya jugak dlm dunia fotografi ini.. Hanya nak tau je apa kuncinya,rahsia nya untuk meletup macam bro.. Apa2 pun,saya dengan ikhlas respect bro!soluuut! insyaAlah.. harap2 dpt jadi macam bro jugak.. amiin.. doa2kan la ye.. hihihi..

    JuruGambar Melaka
    http://lensakahwin.fotopages.com

  8. comeyyy nyer orked .. tak sangka dah ada anak saiful n intan nih. Meaning i miss lots of ur story nih .. mana nak korek nih … 😀

  9. ::: [huhuhu] kelakar & best juga baca artikel pengalaman bro di sekolah tuh yerr.. pix atas sekali berlatarbelakangkan dataran sekolah & bro di hadapannyer very2 niceee to see.. mmg mengimbau balik kenangan saya di sekolah dulu lerr.. 🙂

  10. Wah S.K Felda Tementi..turut merasa bangga dengan kejayaan SN..Saya pernah tiggal di Tementi 17 tahun…oohhhsungguh banyak nostalgia..hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *