I miss my blog…

.

Dah hampir 2 bulan blog ini sunyi. Tak seperti dahulu saya boleh secergas seperti saya belum ada apa-apa tanggungjawab besar. InsyaAllah blog ini masih lagi akan memaparkan wedding-wedding photo tetapi dalam masa yang sama juga, saya juga akan menjadi seperti CEO lain yang kekurangan masa dalam hidup seharian mereka. Bukan nak kata 24 jam itu tidak cukup, tetapi 24 jam yang diberi itu digunakan sehabis baik. Saya tak boleh cakap “bila saya free nanti saya update blog…” kerana saya dah lama tak ada masa free. Tapi apa yang boleh saya buat, saya akan masukkan blogging ini sebahagian dari rutin saya nanti.

Ada pembaca yang dah lari…tunggu dulu, jangan merajuk kerana blog tak update. Lebih 30 email minggu ni sahaja bertanyakan tentang kesihatan saya. Terima kasih kerana risaukan kesihatan saya. Tetapi saya sebenarnya memang sihat walafiat dan blog ini sunyi bukan kerana masalah kesihatan, tetapi ada tumpuan yang lebih utama untuk saya berikan tumpuan. Alhamdulillah, selepas pelancaran ThePhotoMama.Com, kini saya dah menjadi 2 kali lebih sibuk dalam perancangan juga penyediaan bahan-bahan pembelajaran untuk ibu-ibu yang minatkan fotografi.

Semalam juga, saya telahpun secara total menghabiskan season 1 PhotoCamp ke-4 yang diadakan di Janda Baik Pahang. Tempat baru, semangat baru dan ada sedikit pembaikan dalam format berbanding dgn photocamp yang lepas. Hectic selama 3 hari itu memuncak dengan kurang tidur, kurang rehat tetapi….makan….tak kurang (in fact terlebih pulak).

Keadaan ekonomi tak berapa baik, saya tersentuh melihat satu persatu rakan juang saya dalam wedding fotografi kecundang dalam menghadapi kegawatan ini. Ada beberapa yang tutup kedai, ada beberapa juga yang kembali menjadi seorang freelancers tanpa pekerja mahupun pejabat. Tetapi Alhamdulillah, CS masih bertahan dan hanya sedikit sahaja terjejas. Tidak ada pengembangan dan juga penguncupan dalam ekonomi CS dan hanya bertahan (maintain)…itu pada kami dah cukup baik. Rahsianya….sebenarnya, anda lah yang menunjangi ini. 95% pelanggan sekarang ini datang dari golongan pembaca tegar blog ini dan juga rakan-rakan baik mereka. Terima kasih semua.

Saya berjanji, blog ini tidak akan mati. Saya akan terus menulis walaupun sekiranya saya sudah menjadi seorang bilionnaire (amin)

Love,

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

6 Replies to “I miss my blog…”

  1. Tima kasih SN, Din & semua warga CS atas segala ilmu yg telah dicurahkan pd Photocam 4 yg baru lepas. Insyaallah segalanya akan digunakan sebaik mungkin. Segala teguran/kritikan dijadikan panduan. CS telah menetapkan satu benchmark yg tinggi kepada kami agar kami tidak mudah berpuashati dgn setiap hasil kerja kami. Mungkin untuk mengelakkan kami menghasilkan ‘sampah’ dek kerana hanyut dgn hasil yg syok sendiri.

    Terima kasih bebyk…’trofi’ yg dianugerahkan akan dijadikan kenangan agar jgn mudah berpuashati, sentiasa berusaha utk dptkan/hasilkan yg terbaik…insyaallah..kirim salam pada warga CS, ArtCreative & CST.

  2. timakaseh tidak terhingga buat pengetua photocamp dan pengkritik dan fasilitator2 yg tidak lokek berkongsi ilmu.. semoga ilmu yg diperoleh dapatdimanfaatkan insyaAllah 🙂 all the best utk semua!!

  3. pergh!!tahniah..gmbr dr fotocamp 4 yg terpilih bg mhiasi dada blog SN…neway..rasa rindu gak pd semua peserta2 f/camp 4 aritu..semuga sukses hendaknya dgn ilmu2 yg telah dicurahkan..mekacih bebanyak pd SN dan krew2 yg terbabit dlm program f/camp 4..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *