Budaya Subsidi

Mungkin kali ini agak panas dan sinis juga untuk sebahagian orang. Saya petik semula peristiwa sebelum pelancaran Universiti Multimedia, Cyberjaya sebagai universiti swasta pertama negara oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah pada sekitar 1998. Ramai NGO dan juga golongan anti-kerajaan yang menjadikan itu sebagai isu dan polemik kepada barisan kepimpinan ketika itu. Bukan isu politik yang saya mahu ke utarakan sebaliknya, isu tentang subsidi. Benar…tentang subsidi.

Multimedia University merupakan universiti pertama yang kerajaan anugerahkan lesen serta kebenaran beroperasi sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf universiti di Malaysia. Ini memetik dari pengumuman Tan Sri Rashdan Baba, Telekom semasa mengumumkannya dihadapan lebih 200 orang mahasiswa angkatan pertama MMU (yang mana saya adalah salah seorang darinya). Sekali lagi, ini belum isunya lagi. Isunya ialah, tentangan dan sebahagian polemik yang membawa visi peribadi oleh sebahagian NGO dan juga barisan yang memasang hajat menggulingkan kerajaan pada ketika itu ialah tentang bagaimana Tun Dr. Mahathir memperkenalkan UNIVERSITI SWASTA yang pasti beroperasi berlandaskan perniagaan dan keuntungan. Pastinya, pelajar perlu membayar kepada universiti tersebut utk melanjutkan pelajaran. Dibiarkan sahaja isu itu berlalu sahaja sehingga satu ketika, puluhan universiti swasta terbina dan membentuk satu generasi berkualiti.

Soalnya, mentaliti masyarakat masih rata-rata mengharapkan subsidi dan lebih berharap kerajaan memberikan mereka keselesaan tanpa banyak usaha secara peribadi ke arah itu. Soal mentaliti bukan soal sehari dua untuk mengubahnya, malah mungkin puluhan tahun perlu di ambil untuk perubahan ini dan ianya perlu dilakukan secara evolusi berbanding secara revolusi. Biar kita bermula sekarang menjadi generasi bebas subsidi. Sekiranya kita tidak dapat 100% sekurangnya anak kita akan jadi lebih baik pada zamannya nanti.

Apakah yang terlintas dalam fikiran saya untuk bercerita tentang perkara ini? Saya juga tak terlepas menjadi cemuhan, ejekan dan tuduhan-tuduhan lantaran siri PhotoCamp saya dan juga ThePhotoMama.Com yang mendapat tentangan segelintir kecil dari masyarakat. Mereka masih bertanggapan ilmu harus diberi secara percuma. Dalam siri PhotoCamp saya, caj yang dikenakan adalah RM1,500 secara purata untuk setiap peserta. Dan purata perbelanjaan untuk setiap peserta termasuk resort, dan bayaran yuran professional kepada semua jurulatih yang terlibat ialah pada sekitar RM1,279. Saya rugi RM278 untuk student package, dan juga rugi RM179 untuk early birds dan saya untung RM221 untuk peserta biasa. Saya tak boleh ambil terlalu ramai peserta pada satu masa. Jika tolak early birds dan students, saya ada kira-kira 30 peserta yang bayar yuran penuh. Bermakna saya untung RM 6,630 untuk 1 PhotoCamp. Untuk pendapatan selama 3 hari untuk sebuah syarikat yang mempunyai overhead RM50,000 sebulan…ia bukan sesuatu yang produktif. Soalnya sekarang, yang itu pun sudah jadi persoalan. Mengapa tidak dijalankan secara percuma?

Jawapan saya, kerana masa, tenaga dan fasiliti yang disediakan semuanya berharga. Belum cerita lagi tentang ilmu yang diperolehi oleh setiap jurulatih melalui kesilapan demi kesilapan mereka yang bernilai ratusan malah ribuan ringgit dicurahkan kepada peserta tanpa berkira-kira.

Sekarang, isu itu terkubur kerana sambutan untuk PhotoCamp terlampau hebat sehinggakan setelah PhotoCamp 4 penuh ditempah dan kini lebih 2000 lagi dalam waiting list. Rasanya, berapa banyak PhotoCamp perlu saya buat untuk accommodate bilangan itu? Tapi itu sudah berakhir, sekarang timbul pula bisik-bisik tentang produk baru keluaran saya THEPHOTOMAMA.COM. Kepada yang tak tahu, PhotoMama merupakan jenama perkhidmatan baru saya untuk mengajar ibu-ibu untuk mengambil gambar anak-anak mereka dengan cara yang terbaik untuk menghasilkan gambar yang terbaik.

Sekali lagi, perkara yang sama terjadi. Dan untuk yang kesekian kalinya, saya buat tak tahu sahaja.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

15 Replies to “Budaya Subsidi”

  1. People always compare nuts with apple! Not apple to apple. Same goes to open source programming and ASP programming. Both have their pro’s and con’s but up to the owner to find his own path. Make fortune always come greater enemy, Make charity always come greater friend. The question is how many friends does we have(support) when we in the downtrend?

  2. Subsidi tu benda lain. Masalahnya orang Malaysia ni kedekut nak berbelanja untuk ilmu. Berapa kerat sangat orang nak kuar duit beli buku. Gi main snooker, bowling anytime je. SN kena plan buat pinjaman PTPTN untuk Photocamp. Hehe

  3. Biasa lah tu. Sekali-sekala saya offer RM 199 untuk kursus 2 hari pun ramai yg tak appreciate… Mereka nak murah lagi .. Ada client saya kasi FOC pun tak semestinya datang disebabkan mereka tiada masa – sibuk selalu … Demi Masa Sesungguhnya Manusia Kerugiaan Melainkan Yang beriman dan yang beramal soleh… Jangan risau, InsyaAllah kita untung kat bahagian lain walaupun kerugian masa … 🙂

  4. hanya org yg suke berada di takuk/takok (tibai je ejaan) lama je akan bising2…org yang ingin maju kedepan, tho takde duit, diorg akan cuba mencari peluang utk maju ke depan…

    maybe bukan secara direct, tp bole gak secara indirect…
    tak perlu mengutuk org, cek diri sndri, adakah anda org yang mengalami perubahan setiap hari hingga tak tergolong dalam golongan yang rugi or anda hanya bagaikan org yang melalak tetapi tidak sedar diri sndri rugi?

    jangan bising, kerana masa itu lebih berharga digunakan utk kerja2 lebih berfaedah dr bising namun berHASEL!

    p/s: HASEL – tak berhasil, sori guna bhase dak2 rumah..

  5. Pada fikiran saya, sekarang ni orang dah tak terlalu memikirkan sangat tentang bayaran untuk dapatkan ilmu.. yang komplain tu mungkin dalam 10% sahaja rasanya. Masyarakat sekarang dah tahu menilai, sesuatu yang perlu dibayar selalunya lebih dihargai. Tak begitu?

  6. saya percaya dan yakin usaha serta niat baik SN untuk memberi ilmu kpd semua akan dibalas dgn rezeki Allah yg tiada tolok bandingannya.kita perlu berpijak di bumi nyata. sdgkn lampin anak pun kita perlu ada pelaburan dr segi duit,apatah lagi ilmu yang perlu dinilai dr segi keringat dan pengalaman seseorang itu. money is just an excuse for people who don’t want to make any changes in life. if you believe in something just make it happen,people!mcm pepatah lama mengatakan, “hendak seribu daya,tak hendak 1000 dalih”..

    renung2kan dan selamat beramal! =)

  7. mana ader org senang tgk org lain senang… so, buat tak tahu or berdiam adalah langkah terbaik…

    SIFU SN… diam tak bererti kalah dan mengalah, diam bererti bersabar dan teruskan usaha… biar aper org kata, anna tetap menyokong Sifu SN…

    Cayouk!!!

  8. Salam Sdr. Saiful,

    Tak apa, teruskan usaha. Insya’allah ada yang akan bayar dan appreciate. Yang tak mau bayar, dia yang rugi.

    Tapi kalau bangsa lain yang berniaga, dia tak berkira pun pasal duit. Malah ada orang kita pun tumpang sanggup bayar jugak sebab kononnya profesional fees.

    Bila orang kita pro, tak nak pulak iktiraf. Hee tak paham la, masih ramai yang mentaliti begitu, macam mana nak maju?

  9. bagi saya apa yg SN buat skrg tak ada kaitan dengan cerita subsidi tu. Istilah subsidi hanya popular sejak tahun 1999 dan sebelum tu xder. So benda adalah berkait rapat dgn politik tanah air. SN adalah seorang usahawan (bisnessman) manakala negara kita adalah hak kita dan sebagai warganegara yg membayar cukai, kita berhak utk dapatkan hak kita kembali. Umpama sebuah keluarga, ada ayah, mak dan anak-anak. Seluruh keluarga adalah dibawah tanggung jawab si ayah melainkan si anak td sudah berkahwin. Kalau ini tidak berlaku, bagaiamanakah cara wang cukai yg dibayar oleh rakyat dibelanjakan? Takkan hilang begitu jer. Saya pun xkan kisah ttg cukai berkenaan sekiranya pendapatan saya 15k sebulan. So cerita ini xder kaitan dan amat berbeza….tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *