Action speaks louder than words

Ramai jurugambar tanya saya tentang kepuasan hati pelanggan. Saya jawap…saya cuma dapat puaskan hati 80-90% pelanggan sahaja. Selebihnya….tak puas hati. Lantas mereka bertanya semula, tak ke nanti yang 10-20% itu akan berkata yang jahat-jahat yang mengakibatkan 80-90% tu lama-lama jadi 0 dan lama2 kita tutup kedai.

Pernah tak dengar orang kata begini…

“Kalau macam ni cara awak, tak lama lagi awak akan bungkus lah…”

Kalau kita dengar pun rasa down kan? Tapi jangan risau…inilah yang dipanggil RESISTANCE ataupun rintangan. Dalam apa-apa keadaan pun tetap ada rintangan. Rocket terbang sampai ke bulan pun ada rintangan udara, graviti termasuk beratnya sendiri. Tapi…sampai juga kan ke bulan? Orang yang tak ada rintangan graviti duduk terawang2 dalam ruang graviti 0 selama 6 bulan mesti kena masuk hospital kerana tulang jadi lemah. Apa pelajarannya?

Takut apabila dikecam oleh pelanggan PERLU ada supaya kita buat yang terbaik utk mereka. Tetapi…setelah anda buat yang terbaik, dan itu masih berlaku…jangan rasa DOWN. Kerana itu semua perkara biasa. Semasa saya menangani 1 masalah dengan seorang palanggan cerewet pertama saya, saya dah buat segala yang terbaik tetapi masih belum memuaskan hatinya sehingga dia berlalu dan memboikot saya bersama kawan-kawannya. Masa tu memang rasa down…tapi Alhamdulillah, ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS. Dari hari ke hari CS terus mencipta pembaharuan demi pembaharuan sehingga sentimen ciptaan pelanggan tak puas hati itu mengalah juga sebahagiannya kepada apa yang mereka lihat SENDIRI dengan mata mereka (bukan melalui khabar2 verbal). Lama kelamaan, golongan 80% itu hampir-hampir menjadi 100% kadangkalanya.

Yang penting, jangan mengalah SETELAH KITA TAHU KITA TELAH BERIKAN YANG TERBAIK.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

8 Replies to “Action speaks louder than words”

  1. Setuju sgt dgn SN. Tanpa rungutan dari pelangan kita tak kan jadi yg terbaik… kita perlu ambilnya sebagai sesuatu yg positif. dari situ kita perbaiki untuk jadi yg lebih baik…

  2. Subsidi tu benda lain. Masalahnya orang Malaysia ni kedekut nak berbelanja untuk ilmu. Berapa kerat sangat orang nak kuar duit beli buku. Gi main snooker, bowling anytime je. SN kena plan buat pinjaman PTPTN untuk Photocamp. Hehe

  3. hmm, sama la ngan gue. Pakej RM900, gue bagi la RM750 sebab adik kawan2, pastu dibayarnya RM700, tapi dia tak puas hati sebab nak gambar macham RM2000 punya pakej.

    Agak DOWN jugak, sebab pengantin pun main sampaikan melalui org lain, tanak direct ngan gue. Sampai sekarang, gua dah putus asa, dan menolak beberapa wedding job sebab malas nak layan benda2 camtu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *