Album CS memang lambat siap.

Hari ni rasanya nak tulis juga lah untuk menjelaskan perkara ini kepada semua. Memang ada ramai dah bergossip tentang album CS lambat siap. In fact dari dalam pakej tempahan pun dah dinyatakan bertulis tentang tempoh 4 minggu bekerja (iaitu kira-kira 6 minggu). Ada pertikaian yang dijadikan modal dan bahan kepada orang lain untuk memburukkan CS tentang ini. Di sini biar saya nyatakan mengapa album delivery CS memakan masa yang lama.

  1. CS membuat rekabentuk album tanpa menggunakan software khusus pembuatan album yang boleh menyusun gambar dengan 1 klik. Ramai juga jurugambar yang menggunakan teknik ini kerana dalam 1 hari, mereka boleh menyiapkan lebih dari 10 album gambar berformat “Storyboad”. Tetapi, kelemahan susunan “Autoflow” ini ialah tentang CHEMISTRY dan touch yang tidak menggunakan mata dan hati designer dan juga photographer sebaliknya menggunakan calculation random software yang dicipta dalam penyusunan gambar. Dengan 3 orang designer professional di CS pun, kami hanya boleh menyiapkan 1 album sehari untuk 1 orang.
  2. Jika 1 album 1 hari, kenapa perlu sampai 3 minggu? Ini soal QUEUE pula. Dalam 1 bulan, kami mengeluarkan tak kurang dari 50 album perkahwinan dan ia perlu disusun queue nya kerana selain rekabentuk pertama, ada juga proses pengubahsuaian (ammendment) setelah pelanggan membuat review album mereka. Lebih teruk dari itu, sebahagian pelanggan mengambil masa yang terlalu lama dalam 2 proses yang memerlukan participation dari mereka iaitu pemilihan gambar yang sesuai dan juga approval layout. Tetapi pada pandangan keluarga dan rakan2 pengantin, pasti mereka mempunyai impression yang buruk terhadap CS walau hakikatnya, pelanggan sendiri yang melewatkan proses tersebut.
  3. Album dah siap tetapi pengambilannya ditangguhkan juga satu masalah yang ketara. Sepanjang kerjaya saya, tak kurang 40 album yang lewat di ambil melebihi 6 bulan.

Di sini ingin saya maklumkan, di CandidSyndrome kami BUKAN PROFESSIONAL tapi kami PASSIONATE in what we do. Dengan itu, kami rela dikata macam-macam yang pentingnya hasil yang diberikan kepada pelanggan memuaskan hati. Tak guna saya highlight album siap dalam 3 hari tetapi hasilnya macam mee segera. Sama juga seperti rakan kami (bukan anak syarikat) CST Production yang dikatakan kadangkala lambat dalam delivery mereka, tetapi bayangkan sekiranya mereka terpaksa melihat kesemua footage untuk event selama 4 jam itu selama 4 jam juga. Jika ada 3 camera, bermakna 1 event 12 jam dan biasanya mereka melihat lebih dari 1 kali dan untuk 1 event mereka terpaksa go thru 24 jam sebelum boleh membuat editing untuk output selama 4-10 minit yang menakjubkan. Padahal, mereka mempunyai pilihan untuk just buat rough-cut dan burn into DVD and deliver.

Di CS juga, setiap photographer membawa pulang 1000-2000 gambar untuk 1 majlis selama 4 jam. Dan yang kami cari ialah 100 gamabr yang terbaik sahaja. Dari 100 gambar yang terbaik itu, kami jadikannya album dengan layout yang customize dan bukannya menggunakan susunan autoflow (seperti dalam software khusus untuk rekaan album). Setiap susunletak dikaji atas impak visualnya kepada pelanggan dan semua ini memerlukan masa.

Untuk tahun 2009, kami telah mengubah sedikit cara pembuatan album kami dimana jurugambar akan menentukan sendiri gambar pilihan mereka bagi pihak pelanggan dan pelanggan diberikan kuasa untuk memilih beberapa gamabr kumpulan dan keluarga sahaja. Secara praktikalnya, jurugamabr adalah yang terbaik untuk anda percayai dalam pemilihan gamabr kerana semasa mereka mengambil gambar, visual allbum sudah ada dalam kepala mereka. Kelemahannya cuma tidak mengenali siapa yang penting dalam majlis tersebut, yang itu kita serahkan kepada pelanggan. Kami telah memberi pilihan kepada bebeapa pelanggan untuk Desember 2008 ini menggunakan kaedah tersebut, Alhamdulillah proses album semakin cepat dan pelanggan yang BUSY juga suka kerana proses ini mempermudahkan mereka. Balik pada asal juga, pelanggan mengupah kami kerana set-set gamabr yang kami pilih dan papar dalam laman web kami. Dan kesemua gamabr dalam laman web kami atau blog kami adalah pilihan photographer dan bukan pilihan pelanggan.

Terdapat banyak kelemahan dalam pemilihan pelanggan yang kita kesan. Antaranya ialah gambar artistik serta gambar details dan juga gambar moment kurang mendapat sambutan dalam pemilihan. Sebaliknya gamabr-gamabr straight forward juga menjadi pilihan. Di sini saya lihat, ada kesilapan kerana pelanggan tidak pernah dilatih secara professional dalam Visual Komunikasi. Bahagian ini kami ambil semula sekarang untuk kebaikan pelanggan. Selain itu juga, pelanggan terlalu mengambil masa yang lama dan ia terlalu membebankan mereka walaupun itu yang mereka buat untuk kebaikan mereka sendiri. Sekarang, kami sedar pelanggan telah memberi kepercayaan dengan mengupah kami menjadi jurugambar, seharusnya kepercayaan diletakkan sepenuhnya dalam semua aspek termasuk pembuatan album. Sekiranya ini berlaku, kami boleh kembali kepada kelajuan 2 tahun lepas dimana album pelanggan dapat disiapkan tidak pernah lebih dari 4 minggu bekerja, pelanggan gembira dan kami pun suka.

Kami admit sejak bulan 7 yang lepas, ada beberapa kelewatan yang disebabkan faktor dalaman kami. 2 orang designer berpengalaman telah berhenti dari CS dan kami telah melatih seramai lagi 2 pengganti yang baru. Walaubagaimanapun, proses pengantian ini tidak berjalan dengan lancar atas pelbagai faktor. Sebagai founder of CandidSyndrome, saya terpaksa REJECT kebanyakan album yang designer buat pada bulan pertama dan ke-dua hanya kerana ia tidak sampai ke tahap kualiti yang ditetapkan (pada benchmark saya). Padahal, bila di tanya pada pelanggan, pelanggan terlampau menyukainya tetapi pada saya…ia belum lagi ke tahap yang dinamakan CS STANDARD. Sebab itu, saya sanggup dimarahi untuk kelewatan yang hanya berlaku kali pertama sejak 2 tahun yang lalu. Sekiranya saya dan ahli CS adalah orang yang boleh kompromi tentang kualiti, sudah tentu…tiada kelewatan album langsung yang disebabkan oleh pihak kami.

Point utamanya, sekiranya anda mahukan sesuatu yang terbaik…berikan diri anda sedikit masa. Saya kena seorang pengukir kepala keris di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu yang dibayar 200-300k untuk 1 kepala keris dan biasanya untuk keris panjang Yand DiPertuan Agong, walaupun dibayar mahal…ketelitiannya bekerja hanya mampu menghasilkan 1 kepala keris dalam masa 6 bulan. Adakah YDP Agong tidak memberikan beliau masa untuk sesuatu yang terbaik? Begitu juga dengan Caesar Pelli, arkitek kepada Twin Tower petronas dan banyak masterpiece yang lain dan juga Eiffel yang terlampau teliti sehingga orang yang meminati hasil kerjanya sanggup menunggu bertahun untuk nukilannya. Ramai lagi yang lain yang begitu. Walaupun di CS saya telah menetapkan dateline secara internal, tetapi…kualiti datang NO.1. Sekiranya diminta saya buat pilihan antara kualiti dengan dateline…saya rela dimarahi untuk saya memilih kualiti.

Kepada bakal pelanggan tahun 2009, sekiranya anda menginginkan hasil kerja yang cincai dan cepat siap, sila jangan hire kami. Anda tak akan gembira dan kami pun pasti tak akan berpuas hati dengan kerja yang separuh hati hanya untuk mengejarkan masa.

Untuk tahun 2008 saya telah meletakkan maksima 5 wedding sebulan dan Senior photographer pula pada 15 wedding sebulan. Tetapi untuk 2009, saya telah meletakkan maksima 3 wedding sebulan untuk diri saya dan hanya 8 wedding sebulan untuk senior photographer. Less is better. bermakna, sekiranya masih ada kekosongan dalam bulan-bulan tertentu tetapi saya telah mendapat 3 tempahan, saya terpaksa katakan saya dah FULLYBOOKED untuk tempahan yang ke-4. Begitu juga halnya dengan Senior photographer. Bukan duit yang kami kejarkan, tetapi…KEPUASA BERKARYA.

Saya harap, 2009 tidak seperti 2008 yang banyak menemukan CS dengan BRIDEZILLA (sejenis monster yang macam ceti, macam makcik putus haid, banyak komplen, taknak baca kontrak lepas tu nak bising itu ini, suka salahkan orang padahal tak lihat salah sendiri dan macam-macam lagi). Jangan samakan CS dengan Professional dan Business…kami adalah KARYAWAN / ARTIST yang akan buat kerja anda dengan sangat happy sekiranya dilayan seperti manusia dan akan menolak wang anda sekiranya dilayan seperti anjing kurap. Money can’t buy everything…kerana passion mendalam dalam wedding photography, ada X-Factor yang anda tidak tahu dari mana ia berada dalam gambar-gambar kami.

Selamat tinggal 2008, selamat datang 2009.

image_pdfimage_print

17 Replies to “Album CS memang lambat siap.”

  1. lambat ke,cepat ke,CS memang hebat…
    tak ramai org melayu kite berjaya ke tahap ni…TAHNIAH!!
    moga 2009 CS akan jadi lebih mantap..

  2. Selamat Tahun Baru 2009 Bro!!! I guess a wonderful 2008 you’ve been through!!! BTW, I guess u donno how much your works inspired me. Aku bukan sorang fotografer,juga tak minat baca tgk blog! Tapi, tiap kali tgk foto2 u, betul2 MAGIC la. Buat aku minat nak baca/ tgk blog u. Event yg u shot mmg menyerlahkan suasana majlis+beri extra mood untuk majlis berkenaan. Satu shot u ambik betul2 mengambil kira+enhance suasana event tuh. I bet tak semua org boleh buat cam u buat!!! Pada I satu kelebihan yg u ada ialah u tahu setiap potensi view yg ada dan camane nak ambik shot terbaik+maximum impact utk foto tuh!!! BTW, congrats- mmg bangga gak ada anak bangsa yang mempunyai cara berfikir dan kebolehan utk mentafsir ciptaan tuhan dan boleh dinikmati oleh oleh kami semua!!! So, bro keep up ur great works plus maintain ur originality+creativity, trust me, dah tgk hasil keja fotografer lain but u still no.1. and only Saiful Nang!!!! Happy New Year 2009!!!

  3. Salam…

    Memang betul, kualiti mesti diutamakan, tapi kadang kala pelanggan itu `bos’ yang diutamakan… Ini yang pening…!
    Sabar je lah dengan karenah pelanggan.

  4. betul bro SN. bukan duit tapi kepuasan berkarya. i wish my superior knows how much i despise ‘keje asal siap’. kan keje guna otak lebih penat daripada keje guna kudrat? but i guess ppl skang asalkan ada duit, yang diorang tahu, keje cepat siap/benda cepat dapat.

    im losing my patient and passion when my effort and work are taken lightly. anyway, all the best to CS team and keep up the good work and the noble working spirit yeah.

  5. aku antara org yg hire CS utk wedding aku.pas aku pilih2 gambau, sapex cakap ada gambau die reject,ada gambau die tambah utk maximumkan impact album. betullah cakap SN,aku pon rasa aku byk pilih gambau yg straight forward…

    tapi mmg kene review,coz ada antara gambau2 yg cantik tuh…ada gambau ex awek..haha..nie mmg kene reject dgn bini…padahal wa baik jer dgn semua ex awek gue….

  6. hmmm..kalolaa guru-guri diberi cukup masa… x derlaaa murid2 dlm kelas yg ketinggalan… ini idok, baru nk plan tomorrow’s teaching, smpai plak clerical work yg ntah haper2…. nkkan details murid smpai had dlm seluaq….(perumpamaan jek tuh, jgn silap phm)
    so, its juz about deadline not the quality… sorry juz talking from my shoes that have same situation with SN…. natijah deadline.. deadline vs quality

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *