KESUDAHAN 2008 YANG BAIK! I SCORED!

Klik untuk baca versi lebih besar
Klik untuk baca versi lebih besar

.

Hari pertama sejak saya mula menceburkan diri dalam fotografi, saya dah decide specialisation saya ialah “Perkahwinan” kerana saya suka suasana perkahwinan dan saya suka fotografi. Jadi, Fotografi Perkahwinan adalah gandingan paling baik sekali untuk melakukan sesuatu yang paling saya suka. Semasa tu, saya tak pernah mimpi untuk bersyarikat besar, menggaji pekerja mahir bergaji seperti doktor atau pilot, berkereta mewah, dikenali, berstatus antarabangsa dan pada hari ini, tersenarai dalam 30 Usahawan Berjaya Dewan Ekonomi (Desember 2008). Pemilihan telah dibuat berdasarkan anugerah dan kejayaan yang telah diterima dari beberapa badan ternama seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) dan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana.

Satu kesudahan yang manis untuk 2008. Pastinya, satu permulaan yang manis untuk 2009 dan pasti akan menjadi lonjakan kepada kejayaan yang bakal menyusul. Kalau diizinkan, sebelum berumur 40, saya nak masuk senarai FORBES ASIA dengan perniagaan yang SAYA SUKA SAHAJA (Amin)

.

KEJAYAAN PHOTOCAMP KE BRUNEI PULA

.

.

Setelah PhotoCamp anjuran CandidSyndrome yang pertama pada Julai 2008, seramai hanya 33 orang peserta sahaja. Tetapi selepas letupan hasil produk PhotoCamp siri 1 itu menyebabkan PhotoCamp 2 hanya bertahan 1 minggu sebelum pendaftaran dan tempahan terlajak sehingga ke 45 orang dan mendesak CS mengimport pakar fotografi tambahan dari CandidSyndrome Brunei untuk sama-sama membantu bagi mengekalkan ratio efektif 1 pengajar kepada 7 orang peserta.Ini juga rentetan dari jemputan seorang pemerhati dari Brunei dan juga penyertaan 4 peserta dari Brunei dalam PhotoCamp Siri 2 pada Oktober lalu.

Brunei ialah negara pertama yang menyuarakan hasrat untuk mendapatkan franchise (atau sebenarnya bukan franshise pun tetapi HAK mengelolakan program) dan negara pertama juga yang dalam proses menjalankan program ini. Ada juga suara-suara menyatakan hasrat yang sama dari Singapura, tetapi belum ada apa-apa badan yang bertindak lagi.

PhotoCamp adalah 1 program besar tentang fotografi yang TIDAK TERTUMPU pada subjek wedding langsung pun, tetapi lebih kepada pengasahan mata kepada SENI MELIHAT yang baik. Selepas itu, apa kamera yang anda ada pun boleh menghasilkan gamabr-gamabr yang hebat!

Jika anda di Brunei, Sabah, Sarawak dan anda ingin menyertai PhotoCamp…anda bookmark website ini kerana very soon, segala detail yang anda perlukan akan dikemaskinikan. Kepada yang di semenanjung juga, tidak ada restriction untuk anda sertai sama. Enjoice! 😉

.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

11 Replies to “KESUDAHAN 2008 YANG BAIK! I SCORED!”

  1. Tahniah… tahniah… tahniah… Saya tumpang berbangga dengan seorang anak muda melayu yg berjaya. Semoga SN terus berjaya dan terus menjadi idola dan mentor untuk saya… Insya-Allah

  2. err… title tu benar ke?
    kesudahan 2009?. Rase nye 2009 baru nak mula hohoho
    Saya pernah pergi lescopaque dan borak dengan saudara Safwan, dia seorang yang mudah di dekati.

    Usahawan memerlukan sifat kepimpinan.

    SN terus kan usaha, Malaysia masih lagi kekurangan pemimpin berjiwa kental

  3. tahniah en saiful.. kenapa en saiful samakan gaji encik ngan gaji dokte.. salah tu.. kalau keje dokte susah nk jd jutawan melainkan ada hospital sendiri.. org mesia suka pk dokte kaya.. bese2 je sebenanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *