I’m Officially 3 series today – Thanks for all birthday wishes

Semasa pengambaran program PhotoMama
Semasa pengambaran program PhotoMama

.

Baru balik dari Rumah Pengasih Kajang dan sekarang dan 2.23 pagi semasa menulis line ni. Alhamdulillah, seperti Brad Pitt, hari ini juga adalah hari jadi saya. Hari ini, saya tak boleh claim saya berumur 29 tahun lagi seperti kebiasaannya memandangkan kalau ikut tahun saya dah 30, tapi ikut tarikh…tak boleh lagi. Fair lah pasal masa darjah satu saya orang paling kecik dalam kelas sehingga darjah 6. Benci kalau kena beratur mesti kena duduk depan.

Sebagai milestone yang sangat bermakna buat saya, dan sebahagiannya mungkin boleh jadi inspirasi kepada yang masih mencuba. 30 tahun pertama saya, telahpun saya gunakan dengan segala mampu dan keringat serta airmata. Inilah saya semasa berumur 30 tahun

  1. Baru beberapa hari lepas tersenarai dalam 30 Usahawan Muda Paling Berjaya di Malaysia melalui taksiran Dewan Ekonomi Disember 2008, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Dapatkan naskah anda, masih ada di pasaran.
  2. Berjaya mengeluarkan e-book saya yang pertama berjudul “Million Dollar Wedding Photographer”.
  3. Menubuhkan CandidSyndrome pada 2004 dan kini sebagai sebuah agensi fotografi Perkahwinan Melayu terbesar negara.
  4. Mengasaskan PhotoSkool.net, portal untuk pendidikan awal jurugambar yang kini mempunyai 8900++ pelajar maya dan pendidikan diberkan atas dasar perkongsian dan ia adalah percuma.
  5. Penubuhkan Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sg. Ramal Baru bersama beberapa orang pengasas lain yang berkongsi visi dan misi yang sama dalam pembelaan golongan Asnaf dan pendidikan sahsiah ulung.
  6. 2 hari sebelum saya berkahwin semasa berumur 27 tahun, saya telah berjaya mendapat total aset cair dan tetap tanpa hutang sebanyak RM1,000,000 hanya dengan mengusahakan fotografi perkahwinan secara SEPENUH HATI (PASSION WILL DO WONDER!)
  7. Di anugerahkan Allah dengan isteri comel (Dr. Intan Salwani) dan juga anak comel saya (Orked Saiful). Itu la anugerah terbesar
  8. Memenangi lebih dari 10 pertandingan fotografi serta pelbagai anugerah dalam dan luar negara dalam tempoh 2004-2008, antaranya ialan memenangi Anugerah Terbaik Pilihan Editor oleh The International Photography Library, USA, Canon Asia PhotoMarathon dan banyak lagi. Termasuk juga menjadi juri kepada pelbagai pertandingan fotografi di Malaysia dan Singapura.
  9. Menerima undangan workshop fotografi sehingga di UK, Japan, Australia, Singapura dan Brunei rentetan kejayaan besar konsep PHOTOCAMP yang PERTAMA KALI diperkenalkan di MALAYSIA.
  10. Diberi penghormatan sebagai bangsa Asia tenggara pertama yang ditawarkan tempat di Caroussel Du Louvre Paris (Anda pasti familiar jika anda tahu di mana Monalisa dimuzeumkan) untuk pameran fotografi solo. Malangnya, tarikh yang sepatutnya pada bulan 11 lalu ditangguhkan kerana tidak mendapat sokongan dari kerajaan (Sorry, rasanya mereka lebih suka sponsor kalau saya nak swimming across English Channel, walaupun sebagai orang yang ke berapa ribu berbanding sesuatu yang lebih melambangkan kekuatan intelektual bangsa Malaysia berdaulat…takpa, saya cari duit sendiri nanti)
  11. Menjelajah ke 5 dari 6 benua utama di dunia.
  12. Seperti orang lain, saya berjaya memiliki kereta idaman saya sebuah BMW E90 320i SE model terkini berharga suku juta.
  13. Menegakkan empayar CandidSyndrome tanpa terlibat dengan segala birokrasi serta tender kontrak kerajaan, jauh sekali terlibat dengan duit kopi bawah meja yang sering dikaitkan dengan usahawan-usahawan baru yang terpaksa melalui jalan kotor itu (sebahagiannya sahaja…ramai lagi yang masih bersih)
  14. Berjaya menubuhkan empayar CandidSyndrome sehingga permintaan konsisten sehingga kini dari Brunei dan Singapura. Sebelum berumur 30 juga, CandidSyndrome sudah bercawangan di Brunei Darussalam dan berjaya menjadi satu-satunya jurugambar rasmi perkahwinan diRaja Brunei pada tahun 2007
  15. Dicalonkan sebagai penerima Ijazah kehormat Seni di atas sumbangan (kata mereka) dalam menaikkan martabat fotografi Malaysia ke peringkat dunia dan juga menaikkan martabat industri fotografi sebagai sebuah profession terhormat di Malaysia termasuk usaha-usaha yang dilakukan ke arah itu tanpa henti, oleh 3 orang pencalon telah mencalonkan saya dari salah sebuah Universiti dalam negara. Walaupun tak berjaya menyaingi seorang penerima yang lebih layak lagi dan menerima lebih undi dan juga faktor usianya yang lebih berpengalaman dalam bidang kesenian, saya pasti…pencalonan itu sahaja sudah cukup membanggakan saya.
  16. Merapak sembah Kebawah Duli Tuan Patik Sultan Haji Hasanal Bolkiah Muiz’zaddin Waddaulah kerana perlantikan patik sebagai jurugambar perkahwinan diRaja anakanda Tuan Patik.
  17. Paling penting…saya berjaya menjadi siapa yang saya rancang untuk jadi. Lebih dari itu, saya menjadikan hobi saya sebagai satu kerjaya yang penuh warna warni.
Anugerah terbesar saya sebelum berumur 30 tahun. Memang BESAR
Anugerah terbesar saya sebelum berumur 30 tahun. Memang "BESAR"

.

.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah MuÒ€ℒizzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

72 Replies to “I’m Officially 3 series today – Thanks for all birthday wishes”

  1. Happy birthday SN….

    Tanniah atas pencapaian yg telah dikecapi.. Semoga segala perancangan akan berjaya.. No shortcut to great success.

  2. Assalamualaikum…
    Happy Bornday to u! May Allah swt. bless u n family always.
    I’m so happy for u, dr.intan n princess orked, always doakan for ur success n family…
    Me admire ur courage very much.
    All the very best to u!

    *p/s.. ainul notice dat u didnt include ur Hajj plan with dr.intan in ur ’30-35′ list… πŸ˜‰

  3. Semalam baru la terbaca semua topic dari meja guru besar. Walau pun masuk sekolah dah awal tahun 2008. Lepas baca semua tu, saya bangga pencapaian SN.

    Tak tau plak hari ni dah jadi bday boy. bila dan 30 tahun ni, banyak lagi benda boleh buat. Semoga berjaya

    Nak juga ucap kan terima kasih untuk photo skool. Walaupun tak ambil bidang photo, tapi minat atasi segala nya.

    E-book tu agak mahal la (untuk saya)nak beli,hohoho. Tak pe la,asal kan photo skool masuk free hee~

    Thanks again, and Selamat menuju hari tua~

  4. sob..sob..sob..syahdu betoi la. tapi bersemangat tu yang saya suka.

    selamat ulang tahun yang ke 30. (memang pon sapa lahir ujung2 tahun kena dok depan2 masa beratur.hihihi)

  5. selamat hari lahir Saiful Nang.
    Selaku sesama rakyat Malaysia dan juga sesama bangsa Melayu,sangat berbangga dengan pencapaian yang sudah Saiful capai.Semoga dengan kehadiran angka 30 ini, pencapaian2 lain akan menyusul pula dan saya yakin dengan cara dan usaha yang Saiful sekarang, Insya-Allah akan berjalan lebih lancar.
    Semoga Berjaya, Good Luck and Gambattekudasai.

  6. hepi besday SN…sama la kita besday ujung tahun ni slalu rasa ‘kecik’ dan ‘muda’ je..hehehhe..

    anyway congrats 4 all of d achievements…saya doakan SN & keluarga dirahmati olehNya selalu…x sabar nak tgu hasil CS utk wedding besfren saya 9 & 10 januari nanti πŸ˜›

  7. Alamak, ramainya yg bagi wishes. Terima kasih semua.

    Ainul : Pasal sudah sbb tu tak letak. Nabi pun pegi sekali jer.

    Nuriman : RM50 is nothing, if u have read it thru. You can avoid mistakes yg i buat that will cost u thousands.

    Yani : Tungguuuu… πŸ˜‰ boleh rekomen lagi org lain

    Kepada yg tunggu wish no. 10 tu terjadi hehehhe…anda kena lah jadi die hard fan. Ciri2nya….semua kawan2 dia dia rekomen sampai ambik CS hahahaha.

  8. Assalamualaikum..

    SN.. HAPPY BIRTHDAY 30th.. same with my hubby 30’s this year.. Semoga kejayaan yg anda kecapi akan berterusan dan diredhai ALLAH SWT jua.. Keep it up.. up bro!!!

    p/s: kim salam kat dr. intan.. she inspire me a lot.. now, I’m on my way continue my 1st degree (after so many years postponed.. and hope so dpt further mcm dr. intan..) Amin.. and also, cute little Orked =)

  9. Assalamualaikum…
    Selamat hari lahir SN. Welcome to 30th!
    Saya juga sudah masuk angka 30..lepas ni rasa makin cepat angka tersebut bertambah.

  10. wah!!!!!!! mata i terbeliak bc satu2!! 0_0
    u’r one of my heroes yg able to achieve all the things that u dream of.. n i want to achieve mine 1 day..

    HAPPY BIRTHDAY SN!!!!! =)

  11. salam kelahiran bro..
    mmg tebeliak mata baca entry kali ni.hehe
    kalau yg menyampah ngn bro mesti anggap “belagaknyer mamat ni..” tp tuk kami yg ikut perkembangan bro..InsyaAllah,ape yg bro target dlm jangkawaktu yg ditetapkan tercapai akn jadi 1 motivasi yg berguna tuk kami.. Sape bilang anak melayu tak leh berjaya??

  12. Heppy Berdey Lah Sepol !

    Petomah nak tambah satu misi yang baik utk Sepol jugak………

    Menunaikan haji ke Baitullah..

    Aper2 pun semua misi sedia ada tu baguih dah…

    TAHNIAH

  13. happy birthday! semoga sentiasa ceria dan sukses…
    sn sama bday dgn cik abe suami saya tercintaaaaaa.
    mana photomama yee? dah lama tak tengok blogni selepas laptop problem…(lama tak lama dlm 2-3minggulaa..hehe)

  14. happy birthday…..
    u mmg my inspiration…
    u selalu ckp jadikan aper yg kite minat sebagai kerjaye…
    until now saye masih mencari ape yg sy minat yg betul2 ble menjadikan diri saye juz like mr SN….

  15. assalammualaikum

    selamat hari lahir,semoga panjang umur,sihat tubuh badan,bahgia keluarga untuk merealisasikan semua impian di atas..

    gud luck!!!!! hidup SN & candidsyndrome!!!

    πŸ˜›

  16. tahniah la SN sebab panjang umur…
    tahniah sebab segala hajat tercapai walaupun banyak rintangan…
    semoga panjang umur + murah rezeki + success selalu + bahagia selalu bersama kak intan & orked + selamat dunia akhirat…aminnnn….=)

  17. Wahhhh!! dah 30sen kekeke..Alhamdullillah.Semoga dimurah kan rezki lebih2 dan slalu dalam keadaan sihat disamping keluarga..Insyaallah.
    Happy brthday bro.

    Salam from
    LePhotographe and Family :o)

  18. TAHNIAH.. Melayu mmg BOLEH… tp x semua melayu boleh spt anda… Selamat Ulangtahun Kelahiran.. Moga Allah panjangkan umur anda & mewahkan rezeki anda & terus berkarya, sambil memartabatkan Agama, Bangsa & Negara… Takbirrr…

  19. epi besday SN!!
    kiter shaRe birthDate…moga ada larr aura2 yg dikoNgsi gak huhu..
    mG teRus suKses n DiberkaTi keSukseSan ituh! (^_^)

  20. epi besdey SN.. dh lama admire hasil kerja SN.. sejak zaman bujang, dh bertunang ngn KL, sampai kawen & sampai la dh dpt orked. tiap2 hari msti nk tgk hape yg baru kt page SN.. dr zaman FP hingga ke zaman blog.. u rily kewl bro..

  21. Semoga murah rezeki selalu & teruskan dengan usaha-usaha kebajikan yang banyak memberikan makna pada mereka yang memerlukan. Insyaallah, SN akan dapat apa yang diimpi-impikan, dunia & akhirat..

    Aminn…

  22. selamat hari lahir GB,
    anda telah menjadi inspirasi kepada ramai akyat malaysia yg ingin jadi seperti anda..semoga rezeki yg diberi ALLAH akan jadi lebih bermakna…insyaallah

  23. sn,
    selamat ulangtahun. tahniah juga atas semua pencapaian yang telah dicapai. saya kagum. syukur. semoga apa yg diimpikan menjadi kenyataan. anugerah paling “besar” itu, membuat saya terharu. πŸ™‚

  24. gigit orked!(gerammmmm).tahniah atas kejayaan awak sumer,and tahniah sbb dah tua.haha.beday awk sama ngan gerek.juga,semoga dapat mencapai that 5year plan ;).

  25. salam..
    selamat hari lahir,moga dimurahkan rezki dan juga hasrat anda utk menabur bakti kepada mereka yg susah dipermudahkan..sesungguhnya,rezki yg diberi akan dibalas oleh Allah dgn kebaikan/kemurahan yang tidak ternilai..

  26. allah selamat kan enchek saipul nang…
    allah selamat kan enchek saipul nang…
    allah selamat kan enchek saipul nang…
    allah selamat kan enchek saipul nang…
    amin..
    doa buat dr intan & orked sekali. ma wish is 70th~ hohoho…

  27. Tahniah…
    Walaupun umur sama namun kejayaan anda beratus kali ganda dari saya..

    Walaupun agak lewat namun saya akan cuba mengorak langkah menjadi seseorang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *