Alif & Jue – Majlis Bertandang Kuantan by Saiful Nang

.

Yang ni dari Kuantan pulak. Majlis bertandang jer yang dapat kat saya, yang lain…huhuhuh…malangnya nasib, masa tu dah penuh. Jadi, kepada yang lain…kena book awal. Sekarang booking untuk tahun depan sampai hujung tahun lajjjjuuuuuuu jerrr jalan. Ramai juga pernah tanya, adakah gambar2 yang masuk dalam slideshow dalam blog saya ini hasil kerja peribadi saya…kemudian dengan kuat saya jawap…YAAAA!! 😀 Semuanya sekali, walaupun utk setiap assignment saya pergi bersama assistant, tetapi, assistant punya gambar tak masuk dalam koleksi saya ini. Yang mana masuk dalam blog ini…confirm lah semua gambar saya yg ambil (kecuali kalau dinyatakan).

Banyak cerita menari pasal wedding ni, memandangkan saya jarang dapat job outstation (tak tau lah…orang outstation takut nak dtg gallery saya kot), tapi yg menggagahkan diri utk datang,…kebanyakan mereka berkata “Wowww…saya ingatkan harga CS ni macam harga kereta tapi rupanya…tak lah mahal sgt” lalu mereka signup dengan CS.

Couple ni (Alif & Jue) dah nikah seminggu sebelum tu, dan ini kira majlis bertandang mereka lah. Nasib mereka baik lah…mereka dapat langit biru yg cantikkk sangat. Yang paling best, bila Alif & Jue bawa saya ke sebuah pantai yang cantik kat Swiss Garden, last-last kesusahannya…saya minta dibawakan ke tempat yang biasa2 dan pantai-pantai bukan perkelahan. Dalam kata lain…kat kampung-kampung, pokok kelapa dan pantai yang tak berapa cantik untuk sesi fotografi ini. Dengan agak blur jugak lah kot (ye Alif? blur kan?) mereka pun bawa lah mencari tempat2 yg pada mata saya sesuai…last2 berhentilah di belakang sebuah rumah di pantai Batu Hitam. Berkerut juga lah dahi Alif masa tu..agak2 dalam hati dia cakap “Mana cantikkk tempat niii…apa lah SN ni….takkan ambik blakang rumah orang” (agaknya lah…mungkin terlebih agak kot hehhe, jgn marah alif and jue). Setelah saya tunjukkan beberapa snap kepada mereka…wajah berkerut tadi bertukar menjadi wajah tegang seperti dibotoxkan 1 liter.

Di CS, ini lah yang saya ajarkan kepada photographer saya. Jangan AMBIL SHORTCUT utk dapatkan gamabr cantik dengan memilih lokasi yang cantik, sebaliknya…cabar diri sendiri untuk jadikan tempat yang kurang menarik kelihatan sangatttttt hebat dalam gambar yang dihasilkan. Ini lah contoh2nya….ENJOICE!

.

.

RUANGAN BERSAMA PEMINAT SN

.

Dah banyak entry jugak tak letakkan ruangan ni, dah ada orang tanya dah hehehehe…bila gamabr dia nak masuk pulak. Jadi saya pun cuba lah masukkan sebanyak yang saya boleh ye. Kalau tak masuk tu jangan lah kecil hati, walaupun tak masuk blog ni pun…saya tahu dan telah pun membaca serta dah save dalam hardisk dah. Seronok melihat sokongan-sokongan anda atas kerjaya saya sebagai fotografer kenduri kahwin. Sekiranya sempat, akan saya masukkan lagi ruangan ini dalam post-post akan datang kay 😉

Kepada peminat-peminat hasil kerja saya dan juga pembaca semua…ENJOICE!

assalamualaikum.. hai SN... sebenarnya nak try gamba yang lebih baik.. tapi tak berkesempatan... apa2 pun honey dah try add pelakon tambahan dalam picture ni... coz posing dia dah sama macam SN... anyway... seronok tgk hasil dari u all... honey mengikuti SN... dari sebelum SN kawin sampailah dah ada orked yang comel tu...good job to u... (kenal SN selepas honey kawin... kalau tak..teringin gak nak guna khidmat kreatif SN...) nanti honey try hasilkan yang lebih baik ekk....

.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

16 Replies to “Alif & Jue – Majlis Bertandang Kuantan by Saiful Nang”

  1. i notice ur tone in this entry cam riang skit..sumthing happen ke?? heheh

    yes, take the challenge to turn the ordinary to xxxxtra ordinary… good advice

  2. This is my cousin, Alif. Heheh really love the pictures. Permission to link to your blog ya. Tq..tengah tunggu nak tengok full album ni :)..Happy belated birthday too! Welcome to the 3 series club..

  3. suka sangat gambo no.3 & no. 6 tu. sebab kerusi & pokok tu ada sentimental value pada saya & family. kitorang slalu picnic situ dari kecik sampai dah beranak pinak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *