Apa itu E-BOOK?

.

Assalamualaikum, pertama sekali saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembeli yg pemurah, budiman dan dermawan yang telahpun mendapatkan E-BOOK ini. Ulang suara…E-BOOK ye bukannya BOOK. Jika anda KLIK image di atas, ia akan bawa anda semua kepada laman web khusus untuk menjawap SEGALA PERTANYAAN YANG SERING DITANYAKAN WALAUPUN DAH TERTULIS JELAS DAN NYATA. Tak kurang pula beberapa orang yang menantikan penghantaran BUKU melalui POS MALAYSIA walaupun telah ditulis dengan jelas tentang E-BOOK ini di hantar MELALUI EMAIL dan secara ONLINE. Jadi, maksud EBOOK ialah, buku yang hanya dalam FORMAT DIGITAL sahaja dan tidak dalam format FIZIKAL dan boleh di hantar melalui email. Hehehe…kalau mereka baca mesti mereka boleh fikir bahawa itu bukan buku fizikal kerana method menghantaran hanya melalui internet. Sekiranya mereka tak sampai pemikiran logik begitu, saya rasa, level mereka untuk memahami e-buku ini pastinya sangat jauh.

Saya menulis ini kerana ada 1 orang pembeli yang memaki hamun kerana mempertikaikan harga RM50 itu dengan buku yang tak boleh simpan di rak buku dan bukan hardcover sebaliknya boleh dibaca di komputer sahaja. Tetapi, beliau telahpun membeli ebook itu dan mendapat ebook tersebut dan saya yakin telah pun dibaca. Di sini, saya nak nyatakan beberapa perkara…

  1. TOLONGGGGG LAHHHH ambil masa dan baca lah apa yang saya tulis panjang lebar dalam website tu sebelum anda ringan tangan sangat nak bayar ebook tu.
  2. Sekiranya anda malas nak baca, saya harap anda tidak lah beli ebook itu. Tujuan saya menjual ebook itu bukan untuk keuntungan, tetapi informasi sambil anda menderma kepada pembangunan RUmah Pengasih Warga Prihatin Kajang (anda sendiri tolong orang2 susah yg tak ada emak dan ayah dan tak ada duit banyak untuk hidup seperti orang normal).  Sekiranya anda tak mampu nak baca huraian pendek dalam laman ebook saya itu, pasti anda tak akan berjaya habiskan baca ebook yg saya tulis.
  3. Range harga Ebook kebiasaannya pada sekitar RM100. Jangan persoalkan modal mereka, tetapi informasi yg mereka tulis itu lebih mahal dari apa yang anda bayarkan. Dalam soal ini, saya RAYU KEPADA YG berniat, atau cuba atau dalam apa-apa cara pempertikaikan soal modal ebook itu untuk TIDAK MEMBELI ebook ini. Kerana anda akan menyesal kerana tiada tambahan buku dalam rak buku anda. Lebih baik anda beli komik.
  4. Hari pertama, saya terima hampir 50 email yg kebanyakannya bertanya tentang perkara yg saya dah terangkan dalam website. Jadi saya harap, anda tidak kecil hati kenapa email anda tidak mendapat sebarang balasan.
  5. IKUTI PROSIDUR yg telah ditetapkan. Sekiranya anda dikehendaki mengisi borang online yg anda boleh buat dalam masa 30 saat, anda buatlah begitu. Walaupun anda mempunyai no telefon saya, email saya secara direct, ikutilah prosidur tersebut kerana saya tidak berkerja menjual ebook sahaja. Ebook hanyalah 0.5% sahaja dan saya ada 99.5% kerja lain yang saya perlu buat. Sebab itu…(jgn salah faham atau kata saya sombong)…saya dah permudahkan urusan melalui borang itu yg informasinya direct kepada EMAIL ORANG YG TUKANG HANTAR EBOOK (kepada yg bayar pakai kad kredit dah boleh download terus lepas bayar). Kalau nak harap saya yg hantar ebook tu, alamat anda mngkin perlu tunggu 2-3 minggu utk mendapatkannya.
  6. Paling penting….(sekali lagi)…tolong baca sampai habis dan hanya beli sekiranya anda faham.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang tak banyak masalah. Sebenarnya…99% tak ada masalah dan sebahagian besarnya menghantar testimonial yang sangatttt baikk terhadap ebook tersebut. Cuma saya menulis ini untuk 1-2 orang yang sangat bermasalah dan dalam masa yang sama, nak prevent another 2-3 people like this for the future. Tak larat nak layan….penat beb!

ABANG, BOLEH KOMEN GAMBAR SAYA?

Boleh, apa salahnya. Tapi tang mana yang nak dikomen. Saya tak larat nak buat komen 1 gambar dari puluhan aspek fotografi. Kalau nak tanya, tanyalah lebih spesifik, contohnya…abg SN, macammana composition gambar saya? macammana pulak dgn lighting? Terus terang, saya dapat email begini lebihd ari 30 email sehari dan saya sangat lah tidak ada masa untuk reply kesemuanya dan biasanya saya akan pilih soalan yg lebih spesifik. Menyiksa jiwa raga saya juga soalan2 begini…kalau tak reply dikatakan sombong, bila reply pendek pun dikatakan kerek, bila dikritik dikata jahat bila dipuji dikata tak membantu. Nak balas secara general nanti kata lokek ilmu, nak jawap spesifik tapi soalannya general sangat. Contohnya…Abg SN, macammana gamabr saya? komen sikit?

Kepada semua peminat karya saya, jangan kecil hati kerana email anda tidak berbalas. Saya bekerja 15 jam sehari (tidak termasuk nak balas email itu yg average 30 email sehari dari 30 org lebih indivdu yg berbeza). Saya perlukan kurang-kurang lagi 2-3 jam utk balas email sahaja. Dan saya sangatlah tidak berkesempatan untuk itu. Sebab itu lah saya wujudkan www.photoskool.net yg percuma. Anda post lah gambar kat sana dan ramai akan beri pendapat utk improve kan gambar anda semua. Jgn kecil hati, walaupun tak sempat reply secara individu, saya tetap baca semua email anda secara individu dan secara peribadi (tak pakai PA).

Saya harap, orang tak salah sangka. Dan 1 lagi, jgn minta saya komen di fotopage anda, blog anda, flickr anda kerana saya tak akan komen gambar orang secara public atas sebab-sebab tertentu. Salah 1 darinya….saya terlalu jujur dalam memberikan komen. Anda mungkin happy…orang lain??

.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

.

saifulnang - February 19, 2014 - 5:09 pm

sudah tiada lagi ebook…ada buku SNDROM yang sama dgn ebook. Boleh dapatkan di http://www.kedaifoto.com

Widad Darwisy - February 16, 2014 - 11:17 am

Salam tuan SN,

Boleh saya tahu adakah pembelian E-Book masih boleh ditempah? Jika boleh bagaimana caranya?

cik kedondong - December 19, 2008 - 9:10 pm

halamak!!
kemiskinan pule..
nanti la ye tok guru[xpe kan panggel tok guru..ur picture is my inspiration]

adam - December 15, 2008 - 10:34 pm

Alhamdulillah, buku yang dipesan sudah tiba ke kotak emel. buku yang penuh dengan pengisian dan amat berfaedah untuk bacaan dan motivasi. =)

farhan iqbal - December 14, 2008 - 6:51 pm

ouh bole mintak tlg en SN komen gamba ke?
tidak ku ketahui…
nyway, gud tips SN coming from u…
klo nk tanye, biar kasi terang…kang ada kena makan penampo…x gitu?

Azree Hanifiah - December 13, 2008 - 7:34 pm

Ada jugak ek camni. Susah-susah sangat SN buat publish aja buku tu jadi buku fizikal. Tapi harga mahal sket lah.

Apa-apa pun ebook SN ni mmg bagus untuk dibaca. (Terlebih bagus dan berbaloi rasanya) :)

fazya - December 13, 2008 - 12:32 am

saya bukan org yang rajin baca buku…
saya juga bukan pengumpul buku2 di rak..
tapi saya sudah memiliki ebook Million Dollar Wedding Photographer..hehe

[hehe bukan ke ebook lebih green... tak payah tebang pokok...hee~~~~]

yusri - December 13, 2008 - 12:06 am

Macam best ebook ni.. Mesti ramai yang berminat dengan niche fotografi perkahwinan. Nice share. :)

irma2203 - December 12, 2008 - 8:29 pm

bukan senang nak puaskan hati manusia..
semoga usaha SN diberkati ALLAH..

saifulnang - December 12, 2008 - 11:29 am

syazwan, thanks for the review ;)
I believe…the more we give,
the more we get back ;)

Tahniah berjaya habiskan ebook tu.

yg lain2…thanks jugak kepada semua.

muFFin - December 12, 2008 - 10:26 am

tapi saya harap sangat-sangat kalau buku ini bukan dalam bentuk E-BOOK.. mungkin akan dijual pada masa hadapan untuk siri yang kedua… sebab orang macam saya ni suka pegang buku masa tidur… hehehehhehe

maksuha - December 12, 2008 - 8:48 am

SN..tak puas lagi baca ebook tu..baru page 59..bila nak bukak balik kat PC ni dah hilang..tak tau nak cari kat mana…camne tu..(maafkanla..orang yg buta IT ni)..tolong ye

syazwan - December 12, 2008 - 12:32 am

saya dah dapat e-book tersebut petang tadi dan telah pun habis membacanya….=)
thanx SN for sharing your story…

*ada link di blog saya…hope SN benarkan…=) thanx again!

shanana - December 11, 2008 - 9:42 pm

layan kan je.sy sedang baca e-book SN sambil makan maruku(dari ptg tadi!).best baca!.sapa lom beli lagi.. ayuh cepatan….(ok mau sambung baca ebook)

SangPelangi - December 11, 2008 - 5:31 pm

Kesedaran membeli ebook di Malaysia masih lagi kurang. Walau maklumat semahal ratusan ribu ringgit, walaupun berbentuk ebook, orang yang tak pernah pegang komputer pun teringin nak beli dan baca.

Yang memaki hamun, boleh diabaikan saja.
Akhlak dia itu boleh kita injakkan.

Tapi, yang bertanya lembut, bro cuma perlu sediakan template mesej di dalam folder di komputer bro, atau wujudkan sudut FAQ di laman itu, untuk menjawab soalan asas dan berulang-ulang. Copy dan paste.

It’s ok, bro. Pengalaman berurusan dengan mereka yang buta IT tak boleh disalahkan, tapi budaya ingin tahu mereka itu boleh dibentuk lagi.

Biasalah, pengalaman pertama kali menulis dan menjual ebook sendiri.

p/s: Nak join barisan Candid Syndrome sebagai graphic designer, tapi seakan-akan sudah cukup anggota bro. Hebat-hebat pula tu. Malu pula saya nak hantar resume. Hehe.

saifulnang - December 11, 2008 - 1:12 pm

Syazwan, we’re running on mac and no viruse were sent at all. Please check your computer virus definition.

syazwan - December 11, 2008 - 1:09 pm

sabar ajela dengan orang2 macam ni…huhu!

ermmm….pada hari komen saya ni ditulis, saya dah dapat email untuk muat turun ebook tersebut, tetapi ade virus dan saya pun x tahu macam mana nak muat turun…pening dah ni…

zamzarina - December 11, 2008 - 12:57 pm

bukan semua kemahuan kite boleh puaskan, sabar ye gb. biasalah manusia ni kesalahan sendiri tak nak mengaku. dah la kurang ilmu sombong pulak tu… ada hikmah semua ni. senyum selalu.

fozan - December 11, 2008 - 9:59 am

biase la SN,
dah macam selebritikan…
artiskan macam tu..
so banyak dugaan yg mendatang n yang akan datang..kalau artis di gosipkan itu,di gosipkan ini..so same lah lebih kurang SN,tol tak??
naj cakap banyak pon..
SN dah dah macam2 pglaman kan..
so ni j la yg dapat di keutarakan..
hehehe harap pada SN,
teruskan berkarya dan tidak mudah jemu..

GAMBATE!!!!hehehehe

sishoney - December 11, 2008 - 9:07 am

salam SN,
tahniah di atas penghasilan e-book ini.sy pun dah beli dan masih dlm proses bacaan sejarah SN dlm bdg ini.

buat mereka yang ingin letakkan e-book ini dlm rak buku mereka,apa susahnya..print aja then bindingkan..mungkin anda suka membaca secara hardcopy…

sy telah bertahun menceburkan diri dlm dunia blogger ini dan dah retired pon,sy suka membaca blog-blog dan bila sy suka sgt baca sy akan membeli kembali buku2 mereka secara hardcopy.

bagi mereka yg tidak paham tu,mungkin mereka hanya masuk blog SN saja~hehehehe.

anyway SN,ini first time sy komen kat sini even hari2 sy masuk sini.tahniah di atas penghasilan e-book ini dan tahniah sbb hasilnya untuk didermakan.semoga Allah murahkan rezeki anda *smile*

Fahmishah - December 11, 2008 - 7:48 am

Layankan saja SN orang-orang begini.

Anyway, dah beli buku ini. Sangat-sangat berguna info yang dibukukan. Thanks

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*

There was an error submitting your comment. Please try again.