Suara-suara sumbang

Alhamdulillah dah hari ke-4 saya lancarkan e-book sulong saya yang lebih menceritakan tentang langkah-langkah yang saya ambil dan kesilapan-kesilapan yang saya buat sepanjang tempoh membangunkan kerjaya sebagai seorang fotografer perkahwinan. Namun, seperti biasa, ada soksek soksek dari golongan minoriti yang mengatakan macam-macam perkara.

Dah 4 hari, hampir 600 download buat masa ini dan saya bertetima kasih kepada semua. Memandangkan buku ini adalah satu sumbangan kemasyarakatan kepada golongan pencinta fotografi dan mereka yang masih mencari haluan kerjaya dalam hidup mereka ataupun mereka yang masih bertanya-tanya bagaimana merialisasikan impian (tidak terhad dalam fotografi sahaja) kerana ebook ini ada banyak point-point motivasi secara alami (natural).

Ada yang mengatakan saya POYO. Maaf, anda silap…saya bukannya seorang yang POYO tapi saya adalah seorang yang SUPER DUPER EXTRA MEGA DA VASSSSS POYO) PERINGKAT KE-9. Rasanya cukup untuk bagi orang yg bermulut busuk puas hati kan? Donald Trump pun poyo, Tony Fernandes pun poyo, Tan Sri Ali Hashim pun poyo jugak (letak poster muka sendiri kat setiap KFC), Irfan Khairi pun poyo jugak, Alex Yoong pun poyo dan ramai lagi. Tapi kita lihat lah, mereka di mana dan anda (yg mulut busuk) tu pula di mana? titik.

Apapun orang kata, walaupun ia adalah ebook, tapi sudah ramai yang membelinya dan saya sangat berterima kasih kerana menyokong aktiviti kemasyarakatan ini kerana perlu saya nyatakan di sini, kepada pembeli sekalian, anda telahpun menyumbangkan wang anda kepada pembangunan sarana RUmah Pengasih Warga Prihatin, Sg. Ramal Baru Kajang. Kalau dulu anak-anak belajar atas lantai, tak lama lagi dah ada kerusi belajar. Kalau dulu tido atas lantai, tak lama lagi, dah boleh lah diorang tido atas katil tingkat. Saya perlu ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembeli dari Malaysia yang buat masa ini meliputi kira-kira 70% pembeli dan tak lupa kepada orang-orang Brunei yang telah membeli dan mereka tergolong dalam 20% pembeli dan 10% dari Singapura. Ada 2-3 pembeli dari UK dan Canada. Pastinya orang melayu atau yg faham bahasa melayu kerana ebook itu hanya dalam bahasa melayu.

Kepada beberapa “orang alim” yang mengkritik bahawa ilmu dan infomasi perlu lah percuma kerana al-quran itu diturunkan Allah secara percuma. Maaf kerana saya masih lagi perlu beli Al-Quran RM50 senaskah di kedai. Saya juga percaya guru tuisyen juga dibayar gajinya dan anda gembira kerana anak anda dapat A+ dalam peperiksaannya. Setiap sesuatu itu datang dengan harganya. Buku saya  selain menceritakan tentang tips dan langkah2 yang saya telah ambil, saya juga ceritakan kegagalan-kegagalan sertta kesilapan yang telah saya buat supaya….anda jimat ribuan, belasan ribu, puluhan ribu atau ratusan ribu malah jutaan dengan mengambil iktibar dari kesilapan orang lain (saya).Duit pembelian pun, saya (orang yg tak alim) telah salurkan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin agar anak-anak kat sana terbela dengan baik.

Alhamdulillah, saya ada 1200 pembaca blog ini. Dan syukur kerana sudah lebih separuh, saya percaya yang telah membeli dan kepada yang tak beli tu saya percaya mungkin ia tak berkaitan dengan anda. Tetapi, saya bangga kerana dapat sedikit menjadikan 1 wadah (ebook) untuk 3 golongan menjadi gembira. 1 golongan pembeli ebook yang mendapat motivasi, kekuatan, halatuju, panduan dan keberanian dalam membina kerjaya yang mereka cintakan (tak kira apa pun kerjayanya) dan golongan ke.2 adalah anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin yang tak lama lagi dapat belajar atas meja yang selesa dan tidak di lantai lagi dan juga boleh menikmati tidur yg enak di atas katil tingkat dan bukan atas kesejukan simen dan golongan yang ke-3 ialah saya kerana saya dapat gembirakan golongan no.1 dan golongan no.2 dan pastinya, bayaran saya adalah pada sesuatu yang lain yang sentiasa tak putus-putus saya terima.

Salam dari saya…

.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

37 Replies to “Suara-suara sumbang”

  1. tabik saiful nang!!!

    anda memang pandai menangkis dakyah2 dan tohmahan orang yang hanya pandai bercakap dan tidak pandai merealisasikan / melaksanakan. nama yang tersohor dan hebat (nama je dah mlambangkan kehebatannya) walaupun saya baru mengenali anda melalui website2 yang dibuka. semoga terus sukses InsyaAllah…

  2. Yang penting niat & tujuan kita baik & ikhlas. Bagi saya setelah membaca yg hasil jualan ebook akan di wakafkan kepada Rumah Pengasih Warga Perihatin Sg Ramal Baru, Kajang telah membuat saya terus memesan tanpa berfikir panjang lagi. Walaupun nak bagi free pun saya tetap bayar RM50.00. Niat & tujuan ikhlas.

  3. InsyaAllah.. Orang baik dibalas baik.. ‘Suara2 sumbang’ can only ‘sumbang’ suara2 yang ‘sumbang’! Hehe.. I wanna be that SUPER DUPER MEGA DA VASS POYO jugaklah! (*angkat tangan tinggi2!) =D

  4. Adik aku kate, maksud “POYO” adalah “COMEL”, betulke?

    Ape2pun, itu la nama dia manusia, kita tak dapat memuaskan hati semua orang. Asalkan niat murni kita diterima allah s.w.t. Itu yg lebih penting.

  5. salam bro..
    nama pon “sumbang&busuk”..makne nyer mereka ni bukan la pecinta ilmu sb tak de 1 ilmu pon dalam dunia ni yg datang bergolek (free).

  6. Salam SN,

    ituhlah manusia, lebih-lebih lagi bila nampak kite senang. Banyakkan bersabar..hidup saya juga penuh halangan dan kontroversi, saya harap saya akan jadi tabah macam SN, hidup kelab SuperPoyo!salam untuk Orked n Intan yeah =)

  7. salam 🙂 ahakz.. ni first time saya post dekat blog SN nieh..

    poyo? biar poyo berATTITUDE… 😉 stuju? businessman mmg camtu..

    hehe.. tapi kut mana pun.. good job and congrates to SN utk ebook nieh.. peace.. 🙂

  8. apa pun kata mereka2 yg mulut busuk di luar sana, saya akan tetap menyokong SN!
    insyaAllah satu hari nanti saya juga akan cuba yg terbaik untuk jadi SUPER DUPER EXTRA MEGA DA VASSSSS POYO jugak!
    hidup SN!

  9. buat sapa2 yg masih tak mengetahui;
    -rm50 kamu beli, dapat ilmu, wakaf dari SN, pahalanya jika tak banyak, sikit, pasti kita yg membeli akan dapat, insyAllah… kita tolong anak yatim/ anak org susah tau, antara golongan yang ada disebut dlm Al-Quran lagik.. (mana ustaz2 tuh, meh sini nak babab derang~)
    -kalau buat dlm bentuk buku, ada publisher yg nak buat all those 4 FOC ke?
    -ilmu, percuma? c’mon la… skrang nih, kentut je yg free.. taik kambing taik cacing pon org berebut nak beli sampai stok tak cukup, bro.. (mahunyer tak, purata sekor kambing buang air besar 25gram/day, depa nak sampai 25KG within a week, dengan 10 hekor kambing. poor kambing.. takut later depa soh kambing2 tuh minum julap plak)
    -let me tell u guys a secret; youngest Jaguar type-S owner kat malaysia buat buku motivasi dia pon, harga ratus2/each… tapi, try la check SETIAP buku dia, ade ke tak nama publisher? NOP. sebab dia print out sendiri, DYI, means publisher takde share, profit 100% jatuh kat tangan dia. hey, i’m talking about org yang income dia rm500K/ann ok…

    sorry SN; terEMO plak ngan suara2 sumbang tuh~ grrrr…

  10. SN,
    saye mmg tgu buku nih,tp kalau boleh saye nk dptkan dlm bentuk buku..kureng sket dgn e-book,sbb tak suke ngadap pc lame2 =)…ada usaha ke-arah penerbitan buku tak?

    Good Job SN!
    TQ.

  11. ha SN memang tabah la beb..
    gua pecaya kat SN,
    ramai yg menyokokng SN,
    emmmmm SN pe lagi…
    pas 4 taun lagi..
    terbit ebook lagi cite lak sal org nih…yg cakp POYO tu..
    ishhh geram j…cam nak lepas j rase..

  12. diorang adalah spesis manusia perosak… biar kan aje… SN is great idol for us Malays.. ignore what those jealous people said.. one thing for sure, pahala dr Allah yang tak putus-putus tu akan sampai pada SN dan pembeli, bukan pada spesis perosak tu…

    **kita ketandusan org mcm SN.Bila dah berjaya, tak berlagak.. bila dah kaya, tak kedekut.. bila dah famous, tak sombong.. bila dah ada hampir segalanya, tak lupa Allah…

  13. salam sn,
    dah namanya manusia .. sifat2 “spesel” tu mesti adenya .. kalau tak, tak meriahlah dunia ni tanpa dorang. aminn..

    p/s : suh dorang guna ubat gigi colgate baru ilang bau busyuk tu.. 😛

  14. hai semua..poyo adalah persepsi manusia trhdap manusia.kalu ikutkan kita semua pun poyo.’Donald Trump pun poyo, Tony Fernandes pun poyo, Tan Sri Ali Hashim pun poyo jugak (letak poster muka sendiri kat setiap KFC), Irfan Khairi pun poyo jugak, Alex Yoong pun poyo dan ramai lagi.’ betul la tu apa yg SN ckp..
    ok nnti i pon nak oda satu e-book ni ya.thanks

    *sapa yg cipta pekataan poyo eh?

  15. hi SN, tahniah atas penerbitan ur 1st e-book,am goin to give ur e-book as a gift to my friend since he loves to become photographer..hope he can be a successful photographer as u..say hi to ur wife n orked

  16. salam sn…1st tahniah atas kelahiran buku tu..walau saya dpt lambat..at least dpt gak..ada technical problem pd email saya.
    2nd moga buku itu dpt bertukar menjadi ilmu yg bermanafat utk bantuan kita ‘satu’ masa nanti..
    tahniah

  17. Salam Bro. Baru pertama kali masuk sini. Pantang ada motivational ebook, memang sambar je. Ada kawan yang promosi pada satu (mulut ke mulut).

    Sekarang ni nak bayar dengan Paypal. Tapi “Buy Now Button” tu macam ada masalah. Cuba bro cekkan, dan inform semula pada saya. Onegaishimasu.

  18. salam SN..betulla..the genuine poyo always lead.dulu i igt i je yg sakit jiwa sorg duk layan mnusia yg xnampak ape yg poyo people ni nmpak..iv changed a lot just to satisfy them, tot theirs is the right way of thinking..dlu igt i yg xbetul…tp dalam pada tu i witnessed their goin no where..to regain my own belief is not an easy path to go thru.hoping il find the way back home.

    congrats for ur new launch e-book. Allah knows best;)

  19. mmg payah jadi seorang yg bernama saiful nang

    mmg org takkan berenti dengki kat u saiful . Makin ramai org dengki makin ramai org kenal u . so abaikan …i know u dah kebal ngan benda benda nih . we all akan sentiasa support u saiful

    chaiyooooook

    *org2 tew lagi sakit hati kan bila tgk angka jualan e book u …tapi u buat utk tujuan yg murni …syabas sn

  20. Alhamdulillah, thanks bro SN. dah dapat dah e-book tu siang tadi.

    apa pun yang penting niat dlm hati. dan apa yang kita niatkan tu antara kita dengan Pencipta je yang tahu.

    terima kasih, sebab sudi kongsi pengalaman/ilmu dengan kami dan sama-sama nk ajak yang membeli kongsi pahala dengan menderma.

    saya doakan Allah akan selalu berkati usaha bro SN dan jugak usaha kita-kita yang ada simpan niat bersih dalam hati ni. Amin. 🙂

  21. good job bro.
    aku nk ckp 1 je.
    bini ko cantek.hehehe ;p
    org kata,kalo suami rendah dr isteri,nti murah rezeki,
    mungkin ko di antara nya 🙂
    eheee;p
    good luck utk ur cs k!

  22. tulikan telinga…dan kuatkan semangat SN ye…suara2 sumbang itu sbnrnya ada suara2 yg cemburu akan kejayaan SN!!! cukuplah SN tahu yang ada sebilangan besar dalam masyarakat ini menyokong sgala usaha Sn ye…:))) enjoy urlife!!!

    chayo2!!!:))

  23. 3. Ali ‘Imran
    142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad[232] diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.

    186. Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu (ustaz-ustaz poyo tu) dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah (mulut busuk dan sumbang tuhh), gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.

    73. Al Muzzammil
    10. Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.

    11. Dan biarkanlah Aku (saja) bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar.

    Anyway… nak pecah perut mengekek ngekek tergelak sakan baca komen komen pedas tapi lawak dari kalian semua. cam ni rupenya bila dah GRRRRAAAAMMMM…. semua bahasa dan bait bait kata yg unik mula tercetus…

  24. tol2~!!
    setiap org ade poyo nye..
    mcm org alim pn ade poyo nye .. kadang2 org alim pn tunjuk pandai dgn ilmu agama ,sampai tersalah taksiran.Itu perkara biasa.
    bak kate SN sendiri dlm 100% tu mesti ade 20-30% yg tak ske kite.
    tp takpe atleast SN kire nk maju kedepan.kire ade org melihat & memandang SN. kalau tak takde pujian & kutukkan..
    hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *