Akhirnya tiba juga…

Akhirnya tiba juga buku yang mengambil masa 1 bulan untuk menulisnya dengan penuh ketelitian, dan mengambil masa 4 tahun lebih untuk pengumpulan bahan. Buku yang menceritakan tentang perit jerih menggapai impian. Dari modal RM90 diganda-gandakan sehingga menjadi sejuta dalam masa 2 tahun dalam bidang fotografi perkahwinan. Buku ini sesuai sekiranya anda melihat kemungkinan untuk motivasikan diri anda dalam membina kerjaya anda atau lebih baik juga untuk penggemar fotografi yang masih mencari-cari arah tujuan dalam menjadikan hobi anda sebagai periuk nasi anda. Cerita benar dari pengalaman saya sendiri tidak ada ditulis dalam buku-buku di universiti. Sebahagian besarnya ada persamaan secara kebetulan dengan prinsip-prinsip buku universiti anda dan ada juga sebahagiannya, melanggar teori cendakiawan dahulu semata-mata untuk penyesuaian dalam situasi perbezaan sosiologi dan demografi setempat.

KLIK UNTUK PREVIEW LEBIH LANJUT TENTANG E-BUKU DI ATAS

image_pdfimage_print

20 Replies to “Akhirnya tiba juga…”

  1. SN tahniah..

    terharu aku tengok terutamanya hasil jualan diwakafkan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin.. rasa nak menitiskan air mata pun ada.. aku rasa cemburu kerana aku tak mampu untuk berjasa kpd anak2 yatim dan mereka yg memerlukan seperti mana SN lakukan..

    semoga Allah yang dapat membalas jasa SN sekeluarga.. Amin..

  2. Akhirnya sudah terbit juga buku yang sana tunggu dari SN… kenapa tak dijual dalam bentuk hardcopy.. selepas habis dibaca boleh disimpan sebagai koleksi…

  3. Tahniah SN,
    Aku dah dapat semlm, dah sekarang sampai m/s 134, memang berguna,
    dan berbaloi kpd sesiapa memilikinya,
    teruskan lagi cita2 murni ni,
    Tq SN, dan tak lupa jgk kpd belakng tabir, Intan, Orked dan krew CS, goodluck.

  4. alahai, ebook ke?spek dah makin tebal ni.ada nak kuwa print ke?(mebe dah ada yg tanya..salah saya tak baca abis sebelum post)

    btw, congrats! mebe lepas ni, movie plak kan(khabir bathia jd pengarah sure best)?

  5. “A millionaire is an individual whose net worth or wealth exceeds one million units of currency. One of the most commonly used measurements is net worth, which counts the total value of all property owned by a household minus the household’s debts. However, according to the net financial assets measurement, equity in one’s principal residence is excluded, as are lifestyle assets, such as the car and furniture.”

    Betul ke awak ni dah memenuhi kriteria semua tu?

    Bangga nyer..saya pun nak jadi mcm awak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *