Benarkah?

Antara fantasi atau realiti, saya disapa oleh seorang lelaki sekitar 40-an semalam semasa di Auto Bavaria. Sedang asyik saya tengok keluaran terbaru BMW X6 berharga RM700,000 dan sedang bercita-cita untuk menjadikan model itu kereta seterusnya, saya ditegur oleh beliau. Orangnya biasa, sedikit bermisai dengan jeans dan berbaju T-Shirt kolar bulat. Dia dah ingatkan saya, jangan tulis nama dia dalam blog, jadi saya bahasakan lelaki itu dengan panggilan “Jasman” (Jasman adalah orang Jawa). Berikut adalah butir perbualan beliau…

Jasman : Hi, Sexy car right?

Me : Yes, really sexy. Cristiano Ronaldo pakai kereta ni…must be good lah. But, I have to earn like Ronaldo to own this car.

Jasman : Knowing you, you must be getting it soon Saiful!

Me : (terkedu) You know my name?

Jasman : Well (salam), I baca blog u hari-hari (mula cakap melayu).

Me : Owhhh…terima kasih banyak-banyak. Hantar kereta for service ke?

Jasman : Tak lah, ingat nak tukar kereta. Hadiah kepada diri sendiri. I belajar dari u lah…

Me : (smile) Bagus tu, I tengah belek hadiah untuk diri sendiri jugak ni kalau achieve my next milestone.

Jasman : What? RM10 million or 20?

Me : Just RM10 mil…..per year.

Jasman : (tepuk-tepuk my bahu sambil ajak duduk minum dan makan roti kat lounge menunggu) You know what…?

Me : Not yet…

Jasman : I admire your spirit. I baca fotopage u macammana u bangun semula selepas office u dah kena pecah masuk haritu. Kemudian mak pulak meninggal and you still manage to get your way up. Seriously, I inspired by you in this case. I’m doing a trading business, I import engineering stuff from Sweeden and sell it in Malaysia. But…sometime early this year, I’ve got sabotaged. I lost 15 million. You know how much money left in my pocket masa tu?

Me : RM2 million?

Jasman : BRILLIANT!! It was 1.9milion…close guess. Yang sabotage ni partner sendiri pulak tu. Atas dasar percaya, antara partner tak ada apa-apa perjanjian. Kami naik dan jatuh dah 10 tahun bersama. Tak tahu apa racun dia. 2 million left, hutang ada 15 million…imagine?

Me : Apa dia buat?

Jasman : yada yada yada and bla bla bla after than yada yada yada….

Me : Oooowwwhhh…. that’s bad! gila lahhh!

Jasman : Yang bagusnya, masa tu ingat dah penghujung dunia lah. Rasa macam anytime jer surat lawyer nak sampai suruh bayar hutang. 15 million…bukan sikit! Lagi-lagi tengah ekonomi slow skrg ni.

Me : What happen next?

Jasman : My daughter baru 15 tahun is your avid reader. Bila duduk rumah seminggu tu, office pun dah takleh masuk, sempat lah layan anak tengok-tengok apa yang dia minat. Yang pelik, dia bukak your blog hari-hari. Pagi baca kalau ada update, dan kemudian kalau tadek update dia suka baca komen-komen baru. As a father, I need to know what my daugter is reading everyday. Kot lah website kuning pulak kan.

Me : Sampai macam tu sekali….(khusyuk mendengar lagi)

Jasman : Tu pasal I pun baca your blog, baca blog tak puas, cari your fotopage semula. I baca balik. 4-5 hari baru habis baca blog dan fotopage you. Surat khabar pun I baca lebih kurang jer. Tapi kebetulan I dah jumpa you kat sini, i really want to say thanks to you pasal menulis artikel dalam setiap proses-proses awak bangkit semula selepas dipecah masuk

Me : Alaa…not as big as your problem. I punya problem kecik jer. Rugi RM35k u punya 15 mill

Jasman : Memang kecik, tapi semangan u besar.

Me : Dont mention it lah…so, macammana boleh selesai masalah? siap boleh tukar kereta lagi ni.

Jasman : I decided to get a ticket to Sweeden. Duduk sana 1 minggu untuk selesaikan masalah-masalah. Hasilnya, dapat renew agreement dengan Sweedish company dan contract beralih kepada tangan saya. To tell you the truth, I lost 15 mill in February, I gain back 17 mill now. Sama macam u jugak, lepas kena pecah office u bagitau your wife nak beli BMW kan? I cakap kat my wife, once semua dah recover, I want to change my car. Today, I come to test drive the car u saw just now. But…I only will get it in August 2009. It’s still new model.

Me : tak tau sampai macam tu sekali…i never know who are my readers. I never know a millionaire like you still reading my blog.

Jasman : Masa Jimmy Choo mula-mula datang di London, dia tak pernah tahu pun dia akan jadi pereka kasut terkenal dunia. About the car? (sambil dia muncungkan mulut menunjuk ke arah X6 BMW), dalam 2 tahun akan datang, saya boleh rasa….kereta X6 tu akan jadi kereta pegi pasar u sahaja.

Me : (Gulpp)…macam nak pengsan…dalam hati cakap “AMINNNNNN”

.

Jasman, if u read this entry, please text me nanti. Terlupa minta business card u semalam. Kemudian saya terus bersembang sampai sorang engineer BMW datang kat saya dengan senyum-senyum macam kenal jer kan dan menegur…

.

BMW : En. Saiful Nang…

Me : Ye saya….(tergamam)…u know me?

BMW : Of course…

Me : (tiba-tiba rasa bangga…macam selebriti pulak orang kenal…dan dgn confident nya)…ehmm…you read my blog jugak ke?

BMW : Ehhh…tak, saya tahu nama Encik dari data dalam record service encik. Saya nak cakap, kereta boleh siap besok pagi.

Tiba-tiba…aku pulak jadi tiang letrik. Kan dulu pernah aku ceritakan…takleh perasan glemer walaupun anda telah jadi glemer kerana ramai lagi orang yang tak kenal dengan anda lagi. Tak begitu Cik Halisa Misbun ?? (bukan nama sebenar) Maaf betul saya tak kenal Halisa Misbun masa wedding adik awak last week hehehe.Tak baik pandang rendah kat photographer. Tak kira lah photographer tu pakai kereta Savvy ke, kereta kancil ke ataupun kereta BMW, mereka pun manusia yg layak menerima layanan sebagai manusia ek Cik Halisa Misbun. Harap-harap…cepat lah dapat jodoh Halisa Misbun ni. Asyik kena langkah bendul jer 😀

Nota kaki :

X6 adalah model terbaru BMW. Jasman ialah nama samaran dan bukan nama sebenar. Halisa Misbun adalah sejenis sayur sayuran.

image_pdfimage_print

64 Replies to “Benarkah?”

  1. Salam Mr. Saifulnang.. Hehe.. InsyaAllah.. Semoga that BMW car yg u survey2 tu, will be yours.. Hihi.. Anyway, the last paragraph of this post tersangatlah BEST! Huhu.. Tak baik pandang orang based on look and harta jek, kan.. =D

  2. kih..kih…rasa nak tergelak lak bila baca perbualan yg last tu. Tak mgp, paling tidak ramai lagi yang kenal anda, SN…termasuk saya (ada cita-cita dan keinginan untuk belajar ambil gambar yg hebat dgn anda, SN-ttp kekangan masa dan kewangan (tak mampu beli kamera yang ‘besar’ lagi-akan kuusahakan juga suatu hari nanti!) telah membataskan keinginanku.
    Apa yang pasti-setiap hari dan setiap masa saya mmg akan buka blog anda dahulu, barulah fotopages kak long-Orked. Pendek kata memang tak jemulah dan sentiasa tertunggu entri yang baru dan kata-kata semangat serta kata-kata perjuangan daripada anda, SN yang mewakili org MELAYU dlm kelasnya yang tersendiri. HIDUP MELAYU!

  3. once a while sy ada singgah sini… orked dah besar la..

    btw, awat sy xleh nak subscribe rss feed blog nie ye… frust la… dah tu, archive pun xleh view… frust sgt…

    sorry off topic la pulak…

  4. Mummy Orked punya dream car, VW Beetle. Mesti comel Mummy Orked dalam Beetle. Bila lah nak dapat… Sport car pun best jugak. Boleh berpoya-poya dgn Daddy Orked vroommm sana sini. Orked tinggal rumah. Heheh…

  5. best baca latest entry ni bro. aku pon skang ada isu kt tempat keja (aku keja kt Intel Kulim, Assembly Engineering). sabr je la bnyk2. kuatkn semngt. once buat silap, hard to recover, i mean bos. siang td dept manager (bos pd bos aku) aku sapa aku psl dia perasan status kt IM aku, “tensi dan diskuragi” haha.. “tension and discouraged”. then dia bgtau aku u need to prove yourself. double up your effort. mcm paku kt dinding, lps cabut ada parut. people will remember. btul apa dia ckp tu. once a deed becomes perception, susah. aku kena double up effort. bila baca psl entry ko psl jatuh bangun, really struck me out and bg aku semangat. this life, penuh ngn cabran best once kita lalui. kalo xdak prob, flat je, x matang. bila kita dh lalui satu2 challenges dgn berjaya, rasa puas and we’ll good thing from it. Allah bagi ujian tanda Dia ingat kt kita. ingatlah dlm surah Al-Insyirah, maksud salah satu ayat; Dalam kesusahan itu ada kesenangan…

  6. nice entry…
    anyway SN, u motivate me a lot….
    pagi petang siang malam x penah miss nak tgk blog nie until my mum pun sampai ckp apsal la asyik tgk page org tutup mate jek nie….

  7. Hidup pada memberi..walaupun hanya memberi cerita kepada orang lain sebab kita tak tau kesan cerita kita .
    Hidup tak lama untuk merasa semua perkara, maka hanya dengan berkongsi pengalaman sahaja dapat memberi peluang kepada orang lain untuk merasa apa yang kita rasa.
    Teruskan “berblog” ye SN.Semoga ramai lagi yang mendapat inspirasi dari SN.

  8. Assalam alaikum Tuan Saiful.

    Insya Allah ia akan dapat dicapai dalam tempoh terdekat. Kami semua doakan Tuan dapat mencapainya.

    Pada masa sama, semakin terkenal kita, maka adalah mata-mata mencari kesempatan. Malah ada yang buat secara legal. Berkongsi cerita, sekarang isu hakcipta sudah jadi jajaan bisnes legal yang fokus kepada selebriti bidang (penulisan, fotografi, muzik, seni imej dan lain-lain).

    Kita sama-sama berusaha memelihara hakcipta kita kerana mata-mata legal ini menunggu masa untuk mengambil peluang. Moga-moga dengan ini mudahlah impian kita dicapai, insya Allah.

    Saya kongsikan di sini

    http://motivasimindamu.blogspot.com/2008/04/khabar-buruk-kepada-para-penulis.html

    Nota: Sebagai orang yang bekerja dengan bakat seperti Tuan. Saya cadangkan sebarang audio untuk tujuan komersial dalam video diberikan kredit. Sebenarnya undang-undang hakcipta 1987 menyatakan sebagarang kegunaan untuk tujuan komersial (video promo dan lain-lain berkaitan buat duit) perlu mendapat persetujuan pencipta asalnya.

    Aduhai, saya pun pening nak menjaganya.

  9. en saiful, next month kawen anak dato’ nik ahmad kamel mintak tolong amik gambar pengapit lelaki banyak-banyak yek.hehehe.
    tapi mase kenduri sebelah lelaki tau..pleaseeeeee……

  10. salam SN.u mmg popular la.kawan2 saye kalo ambik gmbr n gmbr tuh lawa mesti cakap,wahh,leh ganti SN nih.tapi bagus la, u nih mcm padi,makin menunduk makan berisi.semoge d murahkan rezeki n good luck.

  11. haha.. kelakar la tang cik haliza misbun tuh..

    takpela sn.. nnt u hadiahkan la dia bendul satu lagi…

    hiks! jgn marah cik haliza misbun..

  12. entri ni bebetul amat menaikkan semangat saya untuk bekerja ngan lebih kuat dan kuat dan kuat…ngaummmmm..:P thank you SN….

  13. Me : (tiba-tiba rasa bangga…macam selebriti pulak orang kenal…dan dgn confident nya)…ehmm…you read my blog jugak ke?

    BMW : Ehhh…tak, saya tahu nama Encik dari data dalam record service encik. Saya nak cakap, kereta boleh siap besok pagi.

    HAHAHAHAHAHAHA ini lawak!!!

  14. M6 mmg best.. ble baca milionaire bbicara, xsbr nk jadi kaya..kira motivation jgk lah ni..!

    ape kes ngan halisa misbun? tukar nama ek? hehe

  15. wah sn udah jadi orang kaya ada duit berjuta juta jutaaaaaaaaa

    mana nak beli sayur halisa misbun tew ek ? hik hik hik .

    betul sn kalau org tgk photog naik keter kicik semer pandang sebelah mata …kalau photong naik bmw ke mercedes ke..bukan takat semer mata bukak ..mata org lain …org keliling pun terus pandang je ….tak baik tau pilih buluuuuuuu . Tgk sn dulu dia naik moto je …skrg tgk dia dah nak tuka keter lainnnnnnnnnnnnnnnn

    chaiyook sn . Untung orked kicik2 dah merasa naik bmw . auntie nih dah umor 28 thn lom pernah naik bmw…sn , simpati tak kat moon neh hahahahahhahahh

  16. Aku suka dgn org yg punya semangat mcm ni..aku cuba utk ada semangat mcm ni..boleh jadi teladan..
    SN, saya minat dgn phtography ni..gile minat tp x tau ada bakat ke x…bleh komen x pasal gambar yg saya snap..guna hp kamera je..usha kat link ni..http://corneamelayu.blogspot.com/search/label/Photography yang ada tajuk landscape tu…tapi nak bgtau awal awal la…pic tu saya dah edit guna photoscape..maybe byk yg SN bleh komen/kritik…saya tgh belajar belajar dgn photography ni…tgh kumpul modal utk beli DSLR & nak masuk PhotoCamp SN.

  17. u punya yang buat i salah seorang yang lahir dalam bidang photography ni… i’ve read your blog since early 2005…masa tu minat nak jadik macam u mmg sentiasa ada …cuma takde passion.. but now since jun 2008 i’m on my way to be a tukang tangkap gambaq..tq mr. sn…kalu free masukla fp i k… paragraph yang dgn mamat svc centre tu i suka… ada iktibar tu.

  18. u punya blog yang buat i salah seorang yang lahir dalam bidang photography ni… i’ve read your blog since early 2005…masa tu minat nak jadik macam u mmg sentiasa ada …cuma takde passion.. but now since jun 2008 i’m on my way to be a tukang tangkap gambaq..tq mr. sn…kalu free masukla fp i k… paragraph yang dgn mamat svc centre tu i suka… ada iktibar tu.

  19. i really like d story….:)
    ceta pasal glamor nie ingat plak saya d 1st tym i saw u…hehehe..saya rasa awak mesti pikir saya mcm pelik tgk awak orrr….awal pikir ada jugak org kenal saya kat sni ye……hehehe..nway SN saya memang teruja dgn ceta2 awak dalam blog awak…hint2..saya baca blog awak hari2 jugak…mcm dah jd kwajipan plk..hehehe…smile always…:)))

  20. heheh best best…
    especially the ‘potong stim’ part…
    ade cerita di sebalik cerita…
    apa2 pun sy pcaya SN jd guide utk raaaamai org yg suke bace blog ni…

  21. hari tu while waiting for my turn..sorang engineer sapa kat i and told me’bos…your aircraft no problem,
    i dah sign endorsement jap lagi kira siap…’ aku jawap thank you….
    pas tu aku pun sambung la keje aku sebagai salah sorang kuli kat dalam kapal tu….he he he he.
    keta aku pun BMW gak-‘Baru Mampu Waja’ jer….he he he
    P/s abang you Brat Pit kem salammm….

  22. wooo legend siot…
    best2..
    kalau da org2 besar pn ikut style SN nie, ape tah lagi org biasa mcm sy yg jd anda sebagai idol sy .
    🙂

    nota kaki : SN kate nk blaja roti canai?
    jom la , sy nnt blaja air buah gelas besar plak 😛

  23. wow..en saiful…
    best tol stry SN kali ni..
    memang konsep kiasan…
    kalu dalam bahasa arab balagrah namenyer..
    hehehe sy cam dah dapat agak pe yg belaku
    pada pada sayuran tu..hehehe

  24. hai..ni first time sy add kt blog mr saiful nie. tp sblum ni sy ade gak slalu open gallery mr saiful . and saya minat photography nie. sy bru dlm bidang nie. masih ikut kwn buat keje lg n blum, ade slr pun lg. sy ade jugak buat editing and photoshop tp msih kecil2lan. sy suke kerja mr saiful. terus maju k

  25. hai saiful nang…saya suka sgt yg perenggan last tu.
    tak kira laa org pki keta savvy ke kancil ke atau BMW ke…jgn pandang rendah kat org kan?

    mana tahu org tu pakai keta buruk tp poket penuh.
    kep up ur work bro.

  26. mmg klakor la entry nieh….
    itu lah manusia…. kenapa perlu ada status dan membeze beza org.. tukang sapu sampah pon org juga…. tp tak berhak kah mereka juga dapat layanan… itu lah manusia kan en saiful….

    apa pun en saipul.. chaiyoookk chaiiyookk
    salam peluk cium kat oked…..

  27. hari ni tak berapa bz tu yang bleh bukak safari kat ofis ni. tup tap terbukak blog ni…..

    result: best cerita ni. hidup ni macam roda sekejap di atas sekejap di bawah….

    best blog ni……

    kejap…nak add blog u ni kat bookmarks.

  28. hahahaha..cool entry..mule2 bace muke serius sbb nk phm kn cerita..after dat dh sengeh sorng2 dpn komputer..makin nk hbs bace aku gelak2 sket..dh setel baca aku gelak guling2..hahaha..sejenis sayur-syuran..pe pon..gud luck bro..org melayu kite leh berjaya dgn adanya org2 seperti anda.keep it up!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *