Gambar Wedding

Saya masih lagi shoot wedding orang-orang kebanyakan, orang-orang kenamaan, orang-orang kerabat, orang biasa, orang luar biasa, orang melayu, orang putih dan juga kadangkala orang Utan.
Saya masih lagi shoot wedding orang-orang kebanyakan, orang-orang kenamaan, orang-orang kerabat, orang biasa, orang luar biasa, orang melayu, orang putih dan juga kadangkala orang Utan. Gambar ni saya ambik minggu lepas, dari kiri Din, Dinie dan saya sendiri semasa ambil gambar di kediaman Rasmi Menteri Besar Johor minggu lepas.

Saya dah pernah cakap dalam beberapa bulan lepas, tapi nampak gaya soalan seperti ini “SN masih shooting wedding lagi ke?” masih lagi popular orang tanya. Jadi jawapan saya ialah …yes, saya masih shoot wedding lagi walaupun orang kata saya dah boleh goyang kaki. Takpe lah, orang nak kata apa pun. Saya masih lagi shooting wedding sampai ke ceruk kampung pun saya masih lagi ambil kalau ada yang sudi nak hire saya lah 😉 Kenapa? dah berjaya jadi photographer tak payah ambik gambar lagi ke? Michael Schumaker patut sub orang lain lumba kereta untuk dia lah kalau dia dah berjaya kan? Tapi masih juga…perkara artistik memerlukan “PERSONAL TOUCH” dan tak boleh diwakilkan…waima anak-anak buah saya sendiri. Mereka tak boleh jadi macam saya kerana saya juga tak mampu untuk jadi seperti mereka. Kan??

Dah lama kan takde entry pasal wedding. Saya pun rindu nak update wedding. Tapi apakan daya, keutamaan diberi kepada yang lebih wajib iaitu menyiapkan album-album customer yang telah berlonggok-longgok dan perlu disiapkan dengan touch yang teliti. Boleh buat 1 album 20 minit siap. Tapi, ketelitian tentang susunan, layout, kontra warna antara gambar 1 dengan gambar yg 1 lagi dan pelbagai aspek di ambil kira. Saya pernah cuma template yg automate gambar ikut susunan…seriously, design oleh machine takkan sama dengan design oleh tangan.

InsyaAllah dalam 1-2 minggu lagi saya dah boleh masukkan gambar untuk entry wedding pulak 😉

7- ELEVEN

Saya merayu kepada peminat CandidSyndrome supaya tidak marah-marah sekiranya anda telefon selepas jam 10 malam dan tidak berangkat ataupun di angkat dalam keadaan half awake ataupun tidak berapa nak concentrate kerana seharian bekerja 8pagi – 9malam ada sikit masa nak bermain dengan anak. Bukan jual mahal tetapi yang tak tahan bila ada pula yang telefon tak puas hati atau marah kerana kita tak dapat nak concentrate bercakap dalam phone. Saya dapat call seperti ini hampir 10 call seminggu dan ada juga yang telefon seawal jam 3 pagi (sambil marah-marah kenapa call office tak angkat). Untuk makluman, CS ada opening hour yang sangat panjang. Inquiry boleh dibuat dalam pelbagai cara

  1. Email saifulnang@candidsyndrome.com / inquiry@candidsyndrome.com
  2. Telefon 0133977715 – No. Peribadi saya (bukan no PA atau secretary)
  3. Telefon 0380766878 – Pejabat (Waktu pejabat)
  4. Inquiry form online di www.candidsyndrome.com

Jangan jadikan anda takut untuk menghubungi saya pada bila-bila masa. Cuma harap maklum sahaja sekiranya jam 3 pagi saya angkat telefon saya cuma boleh cakap “Besok pagi saya call balik kay”. Kalau saya teruskan cakap pun, saya akan rasa macam cakap dalam mimpi jer. Orang lain bagi PA pegang handphone, tapi saya tak, saya sendiri masih angkat telefon sendiri 😉 Mudah kan?

Kepada yang pernah mengalami perkara di atas, saya cuma nak minta anda jangan berkecil hati. Itu sahaja 😉

.

.

SALAM DARI PEMBACA BLOG SN

Adi dari Putrajaya cakap, saya ialah PhotoKing. Terima kasih Adi. Kalau saya jadi PhotoKing, nanti saya akan anugerahkan Datukship kepada penggiat2 seni fotografi seperti anda semua yang menyokong saya, dan tak lupa juga Shahrukhan.
Adi dari Putrajaya cakap, saya ialah "PhotoKing". Terima kasih Adi. Kalau saya jadi PhotoKing, nanti saya akan anugerahkan Datukship kepada penggiat2 seni fotografi seperti anda semua yang menyokong saya, dan tak lupa juga Shahrukhan.
Ini dari adzrina.blogspot.com .Terima kasih kerana hantar gambar dan bac blog saya hari-hari (betul ke?). Kalau betul bagus lah. Boss tak marah ek layan blog masa office? :D
Ini dari adzrina.blogspot.com .Terima kasih kerana hantar gambar dan bac blog saya hari-hari (betul ke?). Kalau betul bagus lah. Boss tak marah ek layan blog masa office? 😀

Kepada yang belum lagi hantar gamabr, boleh emailkan gamabr anda ke saifulnang@candidsyndrome.com Antar yang paling kreatif. Carilah ketua kampung anda, bangla stesyen minyak, bai jual roti, ahsoh suratkhabar dan sesiapa watak-watak sampingan, tuliskan ALAMAT BLOG INI di atas kertas A4 atau lebih besar lagi, dan ambil lah gambar dengan mereka 😉 Yang paling best saya nak buat header blog ni 😀

Sekarang dah tak rasa sunyi dah. Tiap-tiap entry ada aja orang hantar gamabr 😀

Happynyaaa…..ENJOICE!!

image_pdfimage_print

12 Replies to “Gambar Wedding”

  1. SN, tempat saya 7E dia pon bleh tutup pasal banjir… ni kan plak SN yg dah berfamily and keje tak tentu masa. mahap kan jer laa mereka2 yg masih tak cuba nak memahami SN yer…

    alis

  2. “Ini dari adzrina.blogspot.com .Terima kasih kerana hantar gambar dan baca blog saya hari-hari (betul ke?). Kalau betul bagus lah. Boss tak marah ek layan blog masa office? 😀 ”

    baca hari2 la,wajib. bos nampak?? petuanya : ajak bos tgk sekali.dia pun suka. hahaha

  3. “Ini dari adzrina.blogspot.com .Terima kasih kerana hantar gambar dan baca blog saya hari-hari (betul ke?). Kalau betul bagus lah. Boss tak marah ek layan blog masa office? 😀 ”

    baca hari2 la,wajib. bos nampak?? petuanya : ajak bos tgk sekali.dia pun suka. hahaha

    thanx 4 published da pic. 🙂

  4. saya pon merindui gambar2 weddg SN,
    so sebagai ubtnye..tgk j banyak kali..
    pic weddg SN yang sblm2 ni..
    teliti dengan sebaik2nya..
    dan sy selalu berfikir cam mane boleh jadi..gamba sebaik ini..
    dan pada setiap gamba sy akan teliti betul2..lihat guna hati,bukan mata..
    itulah seni..

    photoskool cuti sekolah la…
    hehehehe

  5. Adi ….auuuw papa radie oiii…nak jadi photoking ek . ekekekke burger king pun vley .

    nko pun layan blog nih ek …aku pun layan gaks sebab blog sn nih sangat beshhhhhhhhhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *