EUROPE AGAIN – Suratan atau kebetulan?

Ye betul tu. Saya akan ke Europe lagi tahun depan. Tarikhnya seperti biasa, antara bulan 4 atau 5. Buat masa ni saya beri laluan kepada sesiapa nak booking service saya untuk bulan 4 dan 5 sebelum saya menetapkan tarikh tetapnya. InsyaAllah tahun hadapan dalam April atau May saya sekali lagi akan ke Europe untuk satu acara roadshow “PhotoMama” yang sebenarnya masih lagi menajdi tandatanya “Apakah itu Photomama?”. Satu yang pasti, PhotoMama adalah dedikasi khusus kepada jutaan ibu (bapa pun boleh) yang mahu belajar mengambil gambar dengan cara yang baik dan creative menggunakan apa2 kamera yang mereka ada termasuklah camera pada handphone masing2.

Workshop photography hanya merupakan 1 komponen paling kecil dalam “PhotoMama” itu sendiri.

.

SURATAN ATAU KEBETULAN

Sebelum arwah emak saya meninggal dulu, saya pernah cakap untuk bawa dia ke luar negara apabila dia sihat dan boleh berjalan semula. Tetapi memang arwah tak pernah mampu untuk itu, jadi niat itu tertangguh sehinggalah sekarang atas sebab-sebab keuzuran emak. Ajaib betul, baru kelmarin saya berbual dengan ayah dan menyatakan niat saya untuk bawa ayah dan mama (ibu tiri saya) ke London dan European countries yang lain (in plan Germany & Prague), tiba-tiba 1 email saya dapat malam tadi menjemput saya memberikan workshop fotografi “Mini PhotoCamp” di UK dan selang beberapa jam (kejap tadi) satu lagi menyatakan hasrat kalau-kalau saya boleh datang ke Germany untuk mengajarkan fotografi kepada 3-4 orang mothers yg sangat passionate untuk ambil gambar anak-anak mereka yang masih kecil.

4 hari lepas saya mencongak-congak kos yang saya perlukan untuk ticket penerbangan sahaja dari KL-London-Germany-KL berjumlah kira-kira RM20,000 untuk 4 orang dewasa dan seorang bayi (Orked lah). Saya cakap kat Intan (bed talk)…

“I need to work harder, I nak gembirakan ayah sementara dia masih ada lagi…”

Selepas menyatakan niat tu kat ayah, ayah pun melompatttt gembira. Ayah tak pernah ke luar negara. Selepas re-married haritu merasa lah ayah naik kapal terbang. My wife sponsor honeymoon ayah dan mak baru saya. Dia berangan-angan juga untuk sekali sekala merasa apa yang pernah saya rasakan. Gamabr saya merata dunia dia dah tengok. Dalam sibuk saya mengira fridge magnet tempat2 yang pernah saya sampai, saya pernah terlupa…ayah dan emak saya cuma mampu menghitung negeri yang pernah mereka lalui sepanjang hayat mereka.

Ayah cakap dia yakin dengan apa yang saya cakap kerana sebelum ini apa yang saya cakap mesti jadi. Ayah cakap…dulu masa saya beli Perodua Kancil, saya cakap kat emak dan ayah, nanti saya nak pakai BMW dan kancil ni nak bagi emak dan ayah pakai. Masa tu ayah pakai kereta KE 20 Toyota yang harga dia RM3k jer. AKhirnya jadi kenyataan juga selepas saya beli 2nd car saya Perodua Kembara. Sekarang ayah pakai Perodua Kembara kerana saya dah beli kereta baru (kereta kampeni). Jadi ayah pun cakap…angah ni kalau dia dah cakap dia akan buat betul2…mesti berjaya. Ingat kata2 emak mentua saya masa di Italy 2 tahun lepas, dia cakap…kalau boleh nanti Saiful bawalah emak dan ayah jalan-jalan tengok dunia. Saya simpan lagi ayat tu, walaupun tak sempat nak bawa emak sama…tetapi emak tiri saya yg ada ni perlu saya hargai juga kerana dia yang jaga ayah saya menghabiskan sisa-sisa hidupnya.

Suratan atau kebetulan? dalam mencongak2 bajet ada pula yang mengundang. Sekurang-kurangnya ilmu yang saya bawa di sana dapat membantu sebahagian yang berada di sana dan secara tak langsung, meringankan tanggungan saya. Ye lah, sekurang-kurangnya lepaslah duit kapal terbang saya pergi balik bersama isteri dan anak saya. Daripada beli 4 ticket, sekurang2nya 2 ticket dah berbayar sambil-sambil saya berkongsi ilmu fotografi bersama pencinta fotografi di UK & Germany nanti. Ye lah kalau dah ada 2 pihak yang emanggil, kalau kos saya 2000 pounds di kongsi dengan 20 org dah tentu sorang cuma bayar 100 pounds. Lagi2 kalau yang kat German dan UK ni dua-dua jadi, dah tentu boleh turunkan premium. Bukan saya charge untuk buat business…cuma sekurang-kurangnya kalau tak kerana saya dtg bercuti, susah juga nak pergi sana semata-mata nak bagi workshop untuk 5-10 orang sahaja kan. Yang ni dah kira, alang-alang datang…apa salahnya pergi mengajar terus apa yang saya tahu. lagipun…mengajar ni dah jadi satu ketagihan pada saya (hehehe…bekas lecturer limkokwing kan dulu hehehhe)

Saya merancang, tapi Allah merancang lebih baik lagi. Saya senyum sendiri mengenangkan kemurahan rezeki yang Allah beri. Niat untuk mengembirakan orang tua yang dipenghujung hayatnya ini hanya sedikit yang saya dapat bayar kepada mereka yang membesarkan dan mendidik sehingga kita jadi apa yang kita jadi sekarang.

Kepada mommies di Germany, kepada yang berminat dengan sessi hujung minggu ni boleh emailkan saya terus. Saya rasa mungkin di sana saya akan berpusat di Munich ataupun Frankfurt. Nanti kita boleh rancangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat untuk mempelajari teknik fotografi dan pengolahan gambar secara kreatif menggunakan apa-apa yang ada disekitar anda. Terima kasih kepada pihak yang berminat, saya sangat-sangat berbesar hati untuk memenuhi jemputan anda sekalian.

Kali ni kita akan ber-5 menjelajahi bumi UK, Prague dan berakhir di Germany (InsyaAllah), kot ada orang nak panggil utk PhotoMama kat France pun boleh jugak gagah-gagahkan datang naik TGV. Saya pernah terfikir, apalah sangat kita utamakan ibu bapa berbanding diri sendiri. Mungkin kita gembirakan mereka hari ini dah habiskan duit kita kepada mereka hari ini dan kita sedar rupanya itulah kali terakhir kita mengembirakan hati mereka. Bila dah tak ada lagi, menyesal pun tak guna. Rezeki tu memanglah kita yang usahakan, tapi yang beri rezeki ialah Allah.

Adakah itu suratan ataupun kebetulan? Tak banyak pun saya makan sehari. Paling mahal pun 1 kali makan berdua RM100 sehari (itu dah makan mewah dah tu kat restoran mahal), sebulan berapa RM jer pakai. Tapi kadangkala, tak tergamak makan di tempat mahal tapi terkenang ibu bapa di kampung petik pucuk ubi dan pucuk manis untuk buat lauk.Tak tergamak kita nak berlayar atas cruise mewah bila melihat ibu bapa tidur atas tilam keras. Berapa hari pun lagi nak berbakti sebelum harta benda yang dikumpul tiada nilaian langsung untuk membayar ticket ke syurga? tiada nilaian pun kalau dilambak selori di atas kubur orang tua kita.

Saya pernah melalui zaman menjadi seorang yang kikir dan kedekut dulu. Hidup hanya untuk diri sendiri. Cukup bulan habis juga duit. Tak cukup duit jugak. Sekarang, saya lebih memberi terutama kepada ibu bapa saya, alhamdulillah…tak pernah pulak saya tak cukup makan. Kalau dulu saya selalu sangka kesusahan itu datang dari Allah, sebenarnya tidak…ia dtg dari diri sendiri. Sekarang saya mengerti bahawa Allah bayar kita CASH!.

Hati senang, jiwa tenang, perut kenyang bila hak tertentu orang-orang yang wajar mendapat bantuan dari anda tidak di abaikan. Dalam hal ini, saya maksudkan …ibu bapa anda dahulu. Kalau mereka dah terjaga kebajikannya, barulah anda cari saluran untuk memberi kepada golongan asnaf yang lain.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

29 Replies to “EUROPE AGAIN – Suratan atau kebetulan?”

  1. salam bro, alhamdulillah kerana rezeki sekrg ni bertambah2 … mungkin bertambah dgn rezeki anak sekali .. apa yg u kata tu betul, kita kene utamakan mak bapak kite .. klu nk balas jasa dieorg mmg tak terbalas .. kite cube buat sebaik yg mungkin sebelum mereka tiada … takut nanti terkilan di blkg hari .. masih belum terlambat utk ucapkn …selamat hariraya aidilfitri … maaf zahir batin

  2. salam SN. betul apa yang SN cakap, kalau kita pentingkan kebahagiaan mak bapak, memang rezeki akan melimpah ruah. xakan kurang. teruskan berbakti pada mereka walaupun mereka telah tiada. wish you and your family all the best. chiaow!

  3. Satu luahan, maupun rintihan yang berunsur pendidikan… Kalau itu yang Allah sarankan, dan itu yang dijanjikan apabila saranan Allah dipedulikan… maka apa yang diungkapkan SN hanya layak di ungkap SODAQOLLAHULAAZIIMMMM…

  4. SN,
    saya teringat cerita dari bapa kawan saya. Dia tinggal di felda bekerja sebagai penoreh getah. Hampir berapa tahun tak jumpa dan berborak dengan dia. Pesanan die yang saye ingat sampai sekarang ,
    “kalau dalam kesusahan,dapat rasa nikmat senang. Tapi kalau dah biasa senang, tak rasa pun nikmat senang”
    seronok membaca heee trimas

  5. Alhamdulillah syukur, terima kasih…sekali lagi SN memberikan peringatan secara tidak langsung….Berbahagialah mereka yang membahagiakan kedua ibu bapa mereka…

  6. Terharu baca luahan hari SN..Suka betul saya masuk blog SN.. Entry kali ni sungguh mengharukan hingga buat saya menitis air mata.. sungguh memberi makna dan peringatan pada diri sendiri..

  7. saya setuju dgn SN, ibu bapa memang perlu diutamakan. sedih betol bila kita kat KL makan sedap2, mak dgn abah kat kampung kutip pucuk ubi buat sayur makan tengahari… SN nak tau, tiap hari saya mesti baca blog SN. kalau tak baca, rasa tak best…. bila dah baca rasa lega dan puas hati…. lebih2 lagi kalau baca entry yang macam ni, memang bagus sebagai reminder..

    SN, bila nak tunjuk gambar orked yang sedang membesar tu?

  8. salam….
    saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan apa yg saya rasa…tetapi, saya terlalu ingin untuk jadi seperti SN…sya juga mencintai seni fotografi seperti ayah saya dahulu…walaupun masih lg tidak mampu untuk memiliki DSLR, tetapi cinta yg utuh terhadap bidang ini tidak akan luntur sama sekali…saya mendoakan supaya hajat SN tercapai…amin…

  9. sy ikuti blog abg SN dr zmn mula2 skali…masa sy afford lagi utk byr sampaila ke last year sy dah x mampu..hehe..tp sy tetap sokong SN…sy stuju degan entry tis time…org yg mak ayah rasa senang n bahagia,insya allah allah akan limpahi kehidupan kita dengan lebih byk rahmat..lgpun mak ayah kita satu saja…
    about the way we spedt many,agree on tat as well….my sis penah ckp,nak beli hbagberibu2 bkn x mampu..tp bila ingat zmn kami susah dulu..trus x jd..rasa berdosa sbb org lain nk mkn pun x mampu..apalgi beli bag ribu2…
    n am looking fwd to see the photomama..not a mama yet,but sure gonna b one day,insya allah

  10. tahniah ye… bukan semua org dpt apa yang diimpikan..dan tak semua org sangka nasib di kehidupan mendatang mereka adalah baik.. em.. bila kita di depan..jangan lupa menoleh ke belakang..
    syukurlah…dalam keadaan sekarang… org lain masih penat mengejar impian..tapi nasib u…alhamdullilah.. makin bertambah rezeki… teruskan usaha itu.” berbuat baik pada ibubapa…doa mereka yang buat kita disini…”

  11. salam SN,

    pada saya, SN ni la real-life examples of all those positive-thinking and never-say-die attitudes yang diwar-warkan oleh para motivator mcm Jack Canfield, Deepak Chopra, Rhonda Bryne (The Secret), dll. yg kat barat tu. Saya tumpang bangga mengenali (dari jauh) dan mengikuti perkembangan anak Malaysia macam SN. Kaki terus jejak di bumi walaupun tangan dah menggapai langit, dan paling penting tak lupakan pegangan agama dan ibu bapa. Teruskan usaha dan sikap anda, InsyaAllah berjaya! 🙂

  12. salam SN,

    wa sonok ni nk smpi UK siap bwk mak ayah.sure ayh happy kan.SN dtg UK duk manc je ke?tak pusing pat lain?leh saya join sama

  13. Tahniah SN kerana masih kekal sifat kasihkan ibubapa walaupun dah senang.Saya ada satu cerita yg nak kongsi dgn SN.Saya ni pernah berjanji nak bawa mak dan ayah pegi luar negeri padahal masa tu tgh study dan duit pun mintak mak ayah.Tapi Alhamdullilah niat saya itu tertunai akhirnya.Rezeki akan Allah beri yang penting niat tu ikhlas.Semoga berjaya SN

  14. saya suka bc entry ni.
    yes,mmg suratan atau kebetulan.
    btw,masa2 ada kesempatan ni lah kita nk berbakti kpd ibubapa.
    tak tahu lagi bila kita dpt tunaikn hajat mereka kn.
    sedih plak bc entry ni.

  15. salam SN,
    bile bace entry kali nie, menitis air mata sy.xramai org yg masih ingat pd kedua org tue, apatah lg nk balas budi sampai rela nk berhabis duit ribu raban.anyway, sy doakan Allah murahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan hopefully segala y dirancangkan akan dpt berjln dgn selamatnye…Insya Allah. hopefully, satu hari nnt sy dan pembaca yg lain pon dpt buat sumthing tuk parents sbgi balas jasa derang membersarkan kite selame nie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *