RM1511 Package

Saksikan sendiri kehebatan mereka. Hampir 2 tahun yang lepas, saya membuat proklamasi jurugambar batch pertama hasil didikan CandidSyndrome. Antaranya ialah Udey Ismail, Mukhriz Latif dan Adi Nang. Jay & Shafiq came later. Setelah hampir 2 tahun, saya membuat proklamasi lagi 1 tentang kehebatan 4 orang anak buah saya yang telah sekurang-kurangnya di latih selama 10 bulan dan ada yang sudah lebih 1 tahun menjalani latihan secara intensif sebagai jurugambar CandidSyndrome.

Sekarang, mereka telah cukup bagus untuk membawa jenama mereka sendiri di bawah payung CandidSyndrome. Kepada siapa yang berminat, sila grap sekarang. Harga promosi ini hanya sah untuk tempahan sebelum 20 NOVEMBER 2008 dan HANYA UNTUK majlis pada tahun 2009 SAHAJA.

…………………………………………………………………………………………………………………..

CAREER TALK – SEKOLAH MENENGAH KEBAGSAAN BANDAR BARU BANGI

This morning, I went to SMK Banda Baru Bangi for a career talk invitation. Kalau dulu orang panggil engineer, doctor, architect for career talk. Now…just like what Datuk Sheikh Muszaphar do currently, a Photographer pun can be invited to do some career talk in school.This time, I gave talk to about 200 form 3 students (after PMR) about being Photographer. It was something really good for me to be able to share my experience with those adik-adik. Thank Cikgu Ross dan cikgu-cikgu lain yang menjemput saya untuk berkongsi pengalaman saya yang tak seberapa sebagai seorang jurugamabr orang kawin.

image_pdfimage_print

17 Replies to “RM1511 Package”

  1. salam saifulnang,

    tahniah dari saya di atas kejayaan CS dan membentuk anak anak muda yang lain..teruskan usaha anda dan moga lebih maju dan berjaya di masa hadapan..saya di NZ kalau ada projek di sini atau dtg bercuti bgtau la saya..salam.

  2. Asyraf, editing itu adalah proses tradisional dalam “dark room” semasa zaman filem dulu. Tiada gambar tanpa editing. Zaman digital, editing juga perlu cuma tidak dibuat secara berlebihan. 95% kecantikan gambar mesti dapat dalam camera, selebihnya 5% tu melalui editing. Itu yg biasa saya praktiskan.

  3. Betul tu ashraf.. kalau u tgk foto wedding chinese.. terlalu banyak editing yang tak musabah dilakukan seperti pengantin dudk dalam cengkerang laa. dalam laut dengan ikan lumba2..

  4. Congrats SN! Pelajar perlu tahu kadang2 mungkin kita tak excel in exams tapi kalau kita ada skills yang boleh dimanfaatkan lulusan SPM pun boleh jadi kaya raya dan graduan universiti boleh jadi penganggur setia. Belajar tentang hidup dan bagaimana untuk terus hidup dalam dunia serba mencabar.

  5. HannAmeen, tapi saya bagitau kat pelajar semua kena study harder jugak. Kalau suka arts kena study arts dgn baik, kalau suka science kena study science dgn baik. Apa2 hal pun mesti kena excel. Ada skill takde knowledge pun tak guna. I cerita macammana I jadi high achiever in my study masa sekolah dan university dan bagi advantage besar dgn apa yang i buat skrg

  6. Helo.
    I’m also one of the students at SMK Bndr Bru Bngi.
    Thnks 4 coming.
    It was fun 2 hear your lectures.
    It really motivated me.
    I hope i can be a successful person like u someday.
    Keeps my finger cross. =DD

  7. Setuju dgn SN. Keupayaan lulus dalam periksa adalah lambang kecerdasan akal dan keupayaan memori utk grab ilmu teknikal dan menjawab semula dalam periksa. Ia perlu dalam apa juga bidang kehidupan. Orang yang tak ada komitmen lansung tak akan excel dalam akademik… so in wat eva career yg lain.

    So nak jadi apa pun akademik tak leh tinggal, bidang apa pun tak apa, yg penting dapatkan disiplin sebagai orang terpelajar dan berakhlak.

    Tak semestinya score 4 flat itu bagus, tapi yang 1.5 tu confirm tak bagus… banyak main, lembab, tidor banyak… kalau jadi fotographer pun semua kapiut…

  8. Tahniah utk SN atas kejayaan 4 orang lagi anak buahnya. I wanna be the first person to Congratulate All of them too… Especially My Son Dinie… Life is getting tougher son… do wake up and run… run… run.

    Work smart and work hard. No matter how smart you are, you will gain nothing if you dont work it out… seriously.

  9. I do agree…definitely 100% agree ilmu dan akademik sangat penting. Maybe i put it wrongly in my 1st statement…what i wanna say is pembelajaran adalah sepanjang hayat. Pengalaman juga adalah guru dan ilmu if we learn from it. Living skills are essential in this challenging world. If you cant do this, perhaps you can do that…no matter who you are and where you are from. Unleash oneself potential and materialize your dreams.

  10. Hei Abang Saiful Nang. Thanks for coming to our school. I’ve seen your work, and it’s totally awesome. I really admire your photo. Hope to be best in photography like you one day. Thanks again for coming 🙂

  11. Saya selalu mengikuti perkembangan anda selepas membeli majalah edisi khas koleksi foto perkahwinan Ning dulu. Sebelum itu saya tidak kenal anda. Anda sememangnya kreatif dlm shot-shot anda dan saya amat kagum. Saya masih belajar mengambil gambar perkahwinan walaupun sudah menggunakan slr milik sendiri (tidak termasuk milik ayah…) sejak 1991. Saya ingin pandangan anda berapa lens patut ada pada saya utk perkahwinan. Buat masa ini saya hanya ada (NIKON) 18-70 f3.5-4.5 dan 70-200 f2.8. Saya bercadang utk menganti lens 18-70 (guna sejak 2004) dgn fast lens dan mungkin satu lagi lens wide…Apa pilihan yg saya ada? Dlm perkiraan saya ada 3 lens bermain di kepala ni iaitu NIKON 24-70 f2.8 (persediaan utk ke full frame format tu…),NIKON 17-55 f 2.8 dan TOKINA ATX 11-16 f 2.8…Apa pandangan anda atau anda ada cadangan lens lain? Terima kasih kerana sudi membaca email saya dan membalasnya.Wasalam (OPSS..lupa lak,saya pakai D300 dan D70)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *