Setelah 2 tahun lebih mengamalkan konsep pejabat terbuka, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengikuti langkah bosses lain di luar CS untuk mempunyai ruang kerja private. Secara official, kelmarin saya dah berbejabat di sini. Mengapa? Sebelum ni saya masuk pejabat jam 12 tghari kerana banyak perkara-perkara yang hendak saya lakukan memerlukan pemikiran yang detail dan pastinya, tidak terganggu. Susah jugak, pasal kerja boss mmg mana-mana pun org nampak relax jer. Tapi pengaturan urusan kerja, strategi pemasaran, strategi pengembangan perniagaan, strategi latihan kakitangan, strategi kewangan dan pencetusan pelbagai idea itu sebenarnya kerjanya ialah “termenung” sahaja (bagi boss2 yang primitif sikit), cuma utk org macam saya, tambahan lagi satu aktiviti iaitu…browse internet.
Staff chatting kita marah pasal dia chatting dgn gf / bf atau perkara2 yang tak berkenaan urusan kerja. Saya chatting selalu dengan ex-clients, clients, future clients, press, suppliers yg boleh bagi supply lagi menarik dan macam-macam lagi. Tapi kalau staff nampak kan, mesti dia ingat saya pun 2×5 macam dia. Jadi, untuk tak kelihatan seperti orang tak bekerja pada pandangan staff, jadi saya pun asingkan diri dalam sebuah bilik lain sebagai ruang kerja peribadi saya.
Inilah rupanya…
.

Simple dan berkonsepkan warna putih. Dinding putih, ceiling putih, lantai putih, meja putih dan kerusi sahaja hitam. Tapi yang penting, ia simple dan tak serabut. Saya perlukan ruang macamni untuk berfikir lebih hebat lagi
.

Ini meja saya dgn koleksi bacaan saya. Buku yang paling best mestilah buku Italy tu. Tapi utk enjoy buku Italy tu saya kenalah jadi seperti Mark Burnett atau Trump atau “sekurang-kurang”nya jadi macam Abraham Abromovich (tapi tanpa perlu menjadi kroni ahli politik lah macam dia)
.

As usual, breakfast nasi lemak kampung. Beli kat petronas USJ9 sebelum pergi kerja. Victorinox tu terpaksa ditanggalkan dalam pejabat kerana buat kerja pakai Macbook Pro dgn pakai jam tu…alamat calar balar lah MBP saya. Sayang…tunggulah dah buruk sikit nanti baru lah boleh pakai jam semasa menaip.
.

Konon2nya inilah hiburan saya kat dalam ofis ni sorang2. Tapi 1 haram lagupun saya tak pandai nak petik. Ini satu gitar adik (adik ipar saya yang single tu) dan juga 1 lagi tu tak tau lah siapa punya yang ditingalkan taknak claim balik. Tapi ini…sekadar hiasan jer. Macam letak pokok bunga lah…tapi pasal say abukan mat bunga sgt, jadi letak lah gitar.
.

Boss without Coffee is not a boss. So, utk memenuhi tradisi seorag boss, saya pun minum kopi jugak. Tapi yang ni power sikit…kopi Ali Cafee (kot lepas ni bley jadi duta Alicafee macam Rosyam Nor heheh). Thanks to my wife, mug tu dia dapat masa menang photography contest kat UPM last year. Terus dia kasi saya mug tu dgn rela (lepas saya paksa)
.

Most important, inilah yang saya panggi IDEA PAPER. Saya biasa pakai rough paper atau paper2 yang terpakai sahaja dan saya jadikan tempat conteng-conteng idea. Dari sini idea-idea baru saya lakarkan dan idea-idea lama terus dikembangkan. Of course…kerja macam ni mesti nampak macam main-main dan tak nampak macam bekerja. Lainlah kalau saya yang kena buat album sendiri, saya kena pegi bank sendiri, saya kena pegi hantar gambar pegi lab sendiri dan lain2 tu baru lah nampak macam saya bekerja. Tapi kerja saya macam tu lah…tak nampak macam org bekerja pun. Pasal yg bekerja itu ialah otaknya. Sebab tu kalau nak tengok lelaki botak biasanya adalah dari golongan bosses. Otak mereka panas…byk fikir. Rambut pun segan nak tumbuh…tak subur.
Kalau saya nak buat cerita analogi. Kita tengok badan kita sendiri. Otak duduk kat atas dan di protect oleh skull bone yang sgt kuat. Dah lah relaks, kerjanya mengarah sahaja, kena protect lagi. Staff aka KAKITANGAN ialah anggota yang menerima arahan dari otak untuk bekerja. Kalau otak gila, semua kakitangan juga akan gila. Kalau otak pandai, semua kakitangan pun jadi pandai. Tapi kalau badan kita, otak gila macammanapun, kakitangan masih patuh dan taat lagi mengikut arahan otak. Kaki tak pernah merungut asyik dia jer kena kerja berjalan, tangan tak pernah merungut asyik dia jer yang basuh berak.
Renung-renungkan…dan selamat beramal
SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com
Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.
The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

SN first sekali nak ckp,tertarik dgn ayat bawah tu hehehe sy penah dgr sblm ni..
“renung-renungkan dan selamat beramal”
hehehehe wah ni macam la gaya big boss,
besar bilik ea hehehe lepasni dah ley ada bangunan sendiri la ek,kan??peh msti stylo
di harap semuge terus sukses…sukses…
hehehehe
Tq Boss!
Haaa bagus…kang aku asik komen jer orang marah aku…nanti bebila aku nak lawat opis ko…ko belanja aku nasi lemak tau Sepol !
wah, cantiklah office baru dia!
suka IDEA PAPER. back to basic. bila tgn gerak baru senang
otak gerak.bila dh pakai rough paper buleh tgk sape yg print color.
hehe..
heheh..klakar la ayat ujung tuh..mana tau tangan tak komplen? tu kalau ada suara, sure tangan pun cakap “pesal aku jek yang bau busuk?” hahahaha
[...] See original here: Selangkah ke alam pejabat saya [...]
sangat setuju
wow,nice office design,look more class.
i suka meja tu…
saya juga ada ‘jump in by mark burnett’ tu, tp lom katam
heh
nanti sya dtg collect
cantik ofis
btw, sempat lagi promo adik ipar yg single tu..hahaha…
tiba tiba terasa nk amik gmbr workstation sendiri dan wat entry mcm ni jugak. huhuhu..
tahniah, all the best, dan keep up the great work~!!
Ada-ada sajer ide si Sepul niii… tapi ayat yg ni wat saya mengekek ngekek… ekekekekkkkk…
Thanks to my wife, mug tu dia dapat masa menang photography contest kat UPM last year. Terus dia kasi saya mug tu dgn rela (lepas saya paksa)
… MACAM BIASA DENGAR JER KISAH SUKA MAUPUN TERPAKSA…
SN, ur wife keje kat UPM ker?
Moonsyi, ha’ah she’s a lecturer kat engine
Dr. Masjuki, itu ayat kita-kita jer tau hehehe.
buku sulung saifulnang itu jual dimana kalau dibrunei..?
lama dah SN tak update blog… sibuk ke encik saiful