Selamat Hari Raya October 5, 2008  

Tema tahun ni kita pakai purple. Sehari sebelum raya, ,mummy dan daddy bawa Orked shop beli kereta baru Orked (menangis daddy tengok harga barang budak2 sangatlah mahallll), tapi untuk Orked takpe lah. Dengan kereta baru Orked tu, daddy dan mummy boleh bawa Orked shopping raya bersama2. Raya simple sahaja tahun ni, pegi Mydin USJ ada beberapa butik pakaian raya, kat situlah kita tangkap apa sahaja yang sempat. Tak mahulah bersusah payah berasak-asak nak pegi jalan TAR atau kompleks PKNS Shah Alam. Saya beli satu baju kurung songket tabur untuk wife saya dan baju melayu dengan sampin songket. Kecewa nak pakaikan Orked baju kurung, semua baju yang adapun semuanya besar-besar. Akhirnya Orked beraya juga dengan gown yang Auntie Yana belikan dari UK. Gown tu ada bunga-bunga warna purple. Takpe lah, at least sikit2 adalah yang sedondon hehehe.

Raya this year, kali pertama saya beraya dengan keluarga mentua. Ayah dan emak mentua balik dari Bangkok dan adik ipar (Auntie Yana) balik lepas habis study her Master in Soton. 2nd raya balik Pahang, kampung saya. Biasalah, raya-raya ni jadi sentimental pulak pasal emak dah takde. Bawa Intan dan Orked tengok-tengok kubur nenek Orked. Daddy cakap kat Orked, orked kena jadi baik macam nenek.

Confirm lah Orked pun tak faham apa daddy cakap pun. Tapi ada anak ni lain sikit lah. Dulu selalu cakap orang macam tak betul cakap dgn baby yang tak faham apa2 lagi. Tapi sekarang ni saya pulak yang rajin bercakap dengan Orked macam lah Orked tu faham apa saya cakap. Tapi saya percaya, walaupun dia tak faham, sedikit sebanyak apa yang kita cakap akan jadi doa untuk dia.

Raya ke-4 (hari Sabtu) saya balik semula ke USJ. Ada beberapa point dalam ebook saya yang belum siap dan mesti kena siapkan sebelum habis cuti.

Sampai USJ dengan kepenatan tu terus tertidur atas sofa dengan Orked. Ini lah kalau nak tahu, favourite tempat tidur Orked. Atas tummy saya. Mak dia pulak, pantang ada moment macamni, terus capai camera and snap snap snap. Ada beberapa kali lah caught in camera moment Orked tido atas tummy ni.

To all others, Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. InsyaAllah selepas raya ni, CS akan memulakan satu episod baru dengan beberapa muka baru dalam CS yang ditambah untuk memastikan CS boleh memberikan servis yang lebih effisyen kepada semua pelanggan. Good in photography only is not enuff now, we have to be good in all aspect.

Selamat Hari Raya!

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile


Leave a Comment

If you would like to make a comment, please fill out the form below.

Name (required)

Email (required)

Website

Comments

19 Comments so far
  1. alidahlan on October 5, 2008 3:09 pm says

    Selamat Hari Raya Saiful & Intan serta Orked… minal aidil wal faizin, ampun maaf dipinta yang tak berapa jauh di Sabah… alidahlan & nuraishah…


  2. rohani n family on October 5, 2008 6:27 pm says

    selamat hari raya…. and all the best with ur business and family….


  3. fozan on October 5, 2008 7:46 pm says

    SeLaMat HaRi RaYa..
    SN n family…
    haa..muncul jugak Orked,
    dah lame tak nampak..hehehehe


  4. AsRuL on October 5, 2008 8:51 pm says

    Selamat Hari Raya wat SN & Family…kiut jek Orked tdo atas tummy dady nyer :)


  5. nanapitt on October 5, 2008 11:10 pm says

    comelnye orked..cam nak gigit je!


  6. atan ahmad on October 6, 2008 1:02 am says

    SN – baby ko tu nak cari susu badan hang ke? :P


  7. Hasnizam Hashim on October 6, 2008 7:41 am says

    salam,

    selamat hari raya

    jangan buli orkid yaaa.. ekekeke.. :)

    bila nak buat perjumpaan baby photographer terbesar di malaysia ?


  8. Alongkay on October 6, 2008 9:44 am says

    My bro Saiful & family,
    Selamat Hari Raya Aidilfitri..
    Salam kemaafan & persaudaraan dr saya sekeluarga.


  9. hidd on October 6, 2008 1:06 pm says

    gambar ketiga macam orked tengah pujuk dedi-nya.


  10. Acik on October 6, 2008 1:52 pm says

    Selamat Hari Raya to ORKED & Family…..ORKED makin comel la n pipi makin tembam….


  11. syahid a on October 6, 2008 6:44 pm says

    haa… gambar last tu best!


  12. Dr Masjuki on October 6, 2008 9:24 pm says

    Selamat Hari Raya wat SN & Family…

    tersangat laa kiut Orked tido atas tummy tuu. ngekek ngekek saya gelak.. macam anak kangaroo jer :)


  13. fidah on October 7, 2008 11:33 am says

    tersangatlah comeynya cik orked itu…
    mcm muka mummynyer..


  14. nadya on October 7, 2008 5:10 pm says

    comelnyeeeeeeeeee..so adorable.cam babydoll..


  15. gagah on October 7, 2008 9:23 pm says

    suka tengok u all.~


  16. Roll on October 8, 2008 2:36 am says

    to SN & Family,

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

    +SR&Family+


  17. ira on October 8, 2008 4:43 pm says

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.. tak sabar nak jumpa Orked and Mummynyer..
    Rindulah pulak…
    Bila leh bawak Orked ke Rumah Pengasih? :-) Kim salam kat Intan yer..


  18. sreSHAziela on October 10, 2008 2:39 pm says

    hi SN.. slmt ari raya tok u sekeluarga..
    orked sgt cute.. sgt fair.. rase nak gigit je… hihihihi


  19. Farish on October 15, 2008 1:34 pm says

    salam bro..waa..baju raye same kaler la kte..hehe..btw eid mubarak..smoga smakin success pd ms akan dtg..





 

browse the blog search the blog stats

RSS feed

archive by month:




View My Stats
posts: 300
comments: 3,871


© 2009 the image is found, all rights reserved.     blog by infinet design