Kenapa Boss anda garang?

Ramai orang tak suka boss. Kalau tanya dari 10, 9 orang tak suka Boss. Kenapa orang tak suka Boss? Menurut kajian, 90% orang tak suka Boss kerana terlalu tegas (aka Garang). Lagi 10% tak suka pasal sebab yang lain-lain seperti boss mulut jahat, pemalas, tak bertanggungjawap, gatal dan lain2.

Anda benci Boss anda?

Tunggu sehingga anda sendiri yang jadi Boss dan anda mesti akan tahu sesuatu yang boss-boss anda tak mampu nak jelaskan pada anda rasionalnya. Saya dulu tak suka boss saya, tapi selepas beberapa ketika, saya kagum dengan boss saya. Kerana pada saya, nobody stupid can be a boss. Jika boss anda pemilik syarikat tempat anda bekerja sekarang, pasti dia telah melalui segala kesukaran, kesakitan, kepedihan, kesedihan sebelum beliau mampu membayar gaji anda dan rakan-rakan sepejabat anda.

Kenapa Boss mesti garang?

Kerana boss bermati-matian, bersusah payah membangunkan syarikat sehinggan mereka mampu bayar gaji anda. Seperti saya, saya pernah korbankan tidur saya dan bekerja 20-21 jam sehari selama 2 tahun semasa 2 tahun pertama saya memulakan CS. Setelah usaha boss anda mendatangkan hasil, banyak peluang pekerjaan boss anda berikan, termasuklah anda sendiri. Anda menumpang usaha yang boss anda telah buat, dan sebahagian kakitangan memang sangat boss jaga sebaik-baiknya. Tapi 9/10 kakitangan tak nampak itu sebagai satu sumbangan daripada boss kepada mereka. Mereka lebih nampak kerja yang mereka buat dan imbuhan itu adalah upah kerja yang diberikan. Staff juga sentiasa berfikiran bahawa mereka bekerja dah habis baik dan bayaran yang mereka terima tak setimpal (walaupun mereka dibayar RM5000-10000 sebulan dengan pengalaman kerja tak sampai 2 tahun). Dan jangan harap boss anda akan menjadi kurang garang kerana setiap tahun boss anda PASTI akan berubah menjadi lebih garang.

Perubahan ini berdasarkan perkembangan organisasi, penambahan burden dalam kepala si boss ni. Lumrah lah jika 9/10 orang benci kan boss nya. Saya pun tak terkecuali. Ada staff yang diambil kerana kasihan dengan keinginan bekerja kerana azabnya bekerja di syarikat lama dengan gaji 3 bulan tak berbayar. Ada pula yang dulu bekerja sebagai macai dan diberi peluang. Kalau dulu ada yang naik kapcai, selepas beberapa bulan dah mampu beli kereta. Boss bagi lagi imbuhan sebagai pertolongan untuk meringankan beban untuk membayar downpayment kereta. Staff ingat, duit tu memang ada peruntukan dan dia memang layak terima kerana dia bekerja kuat. Tapi staff tak tahu, boss sanggup tak naik gaji sendiri dah 3 tahun kerana nak berikan kesenangan dahulu kepada staff. sebab itu mereka tak menghargai. Apabila dah mula memberi, mereka akan harap akan ada lagi. Contohnya jika boss dah biasa belanja makan setiap bulan sekali, ada bulan yang boss terlalu busy, tak ada duit, atau susah dan tak belanja….staff akan ingat, boss dah berubah, dah kedekut. Boss pulak pikir, aku kena jimat sikit supaya boleh laburkan duit ni utk naikkan company.

Bila boss buat keputusan nak beli barang baru dalam company, staff fikir boss menghabiskan duit nanti tak dapat bonus lah. Boss pulak fikir, staff mungkin tak dapat bonus 1-2 bulan tahun ni, tapi dengan pembelian barang baru sebagai pelaburan, hasil company boleh naik 2-3 kali ganda dan tahun depan mungkin staff boleh dapat bonus 8 bulan.

Bila company lain2 yang besar2 macam Petronas announce bonus 8 bulan, yang ada pun kadang-kadang tanya at least 1-2 bulan bonus. Tapi mereka tak tahu, sistem kerja yang dilaksanakan oleh boss mereka memberi mereka reward atas hasil kerja dan kerajinan mereka right in the end of the month setiap bulan. Gaji basic RM2,000 tapi melalui sistem ini orang biasa earning average 4,000 – 7,000 sebulan. Bonus tu boss dah bagi terus hujung setiap bulan. Tujuan boss untuk bagi staff keringanan dalam urusan cukai pendapatan. Tapi staff fikir, laaa…buat kerja penat2 hujung tahun tak dapat bonus. Walaupun bila dihitung, kebanyakan menerima bonus sehingga 10 bulan gaji setiap tahun, tapi sentiasa pandangan staff dan boss tak akan sama.

Bila boss marah staff tak buat kerja betul2. Staff akan fikir, boss garang sangat, tak best nak bekerja dgn boss garang dan tak fun langsung. Boss pulak fikir, kalau staff main2, kampeni bangkrap staff dah lari awal2 cari kerja lain, boss lah jugak yang menanggung segala kerugian, hutang piutang, malu besar dan tak ada jalan lain boss ini terpaksa merangkak semula untuk menaikkan apa yang telah dirobohkan oleh orang lain

Bila boss ikat perut dan berjimat cermat, staff cakap boss kedekut. Tapi bagi boss, dia perlu berjimat cermat supaya masadepan staff, isteri mereka dan anak-anak mereka akan terjamin dalam syarikat tu.

Bila boss beli Mercedes harga dekat2 sejuta (bukan saya lah), staff fikir, boss aku dah lupa diri membazir tak tentu pasal, tapi staff tak tahu, dengan mercedes hutang bayar sikit2 sebulan tu lah boss dapat naikkan lagi hasil kampeni. Staff akan diam bila sampai giliran staff yang dapat mercedes tu (kalau dah sampai pd kedudukan yg sesuai)

Bila boss buat keputusan yang kurang popular atau menjengkelkan bagi pandangan staf. Staf akan pikir, boss aku dah gila, bodoh dan teruk sangat, kampeni boleh lingkup dan lain2 lagi. Boss pula cakap, mereka tak mungkin tahu rasional mengapa aku buat perkara itu dan ini walaupun cuba dijelaskan kerana mereka tidak mengenali organisasi ini dari hari pertama lagi dan yang paling penting sekali, aku bukan bodoh untuk buat keputusan yang boleh merobohkan segala usaha selama bertahun-tahun.

Bila boss masuk ofis dan duduk sahaja, staff fikir boss malas bekerja, taknak tolong orang lain yang tengah buat kerja lain. Boss pulak pikir, kepala aku serabut sangat macammana nak tingkatkan pendapatan company supaya staff-staff dapat hidup senang.

Bila boss mula menjadi lebih agresif dan lebih serious berbanding tahun-tahun sebelumnya. Staff selalu fikir, BOSS DAH BERUBAH. Boss dah tak macam dulu lagi, baik, pemurah, humble, dan lain2. Dalam otak boss pulak memikirkan, tahun lepas kalau main2 dan lingkup, 3 orang shj pekerja terima akibat, kalau tahun ni main2 dan lingkup, ada belasan orang dan keluarga2 mereka yang akan terima akibat sama. Boss juga selalu fikir, setiap tahun cabaran tak sama dan kalau dia masih jadi orang yang sama tanpa perubahan, kemanakah beliau nak bawa staff2 mereka itu nanti. Staff bising kalau company tak ada masa depan, dan bising juga kalau kerja lebih kerana nak bina masadepan.

Staff selalu fikir, kerja kuat2 nak kayakan boss. Boss pulak selalu tak beli seluar baru atau korbankan masa dan gaji tinggi-tinggi untuk memberikan keutamaan kepada staff.

Kalau duit dalam akaun company ada banyak, orang akaun dah mula bagi info bocor pada staff kata company banyak duit. Boss pulak selalu fikir, duit tu baru 10% sahaja dari jumlah yang diperlukan untuk projek yang berikutnya. Staff pula akan fikir duit company itu duit boss. Tapi staff jarang fikir, kalau mereka bekerja main2…duit dalam company ratusan ribu tu pun akan disedut keluar bayar hutang sebelum tutup company.

Bila boss berjasa kepada staff, 1/10 sahaja staff yang nampak. Selebihnya menganggap itu tanggungjawab boss. Tahu kenapa boss boss selalu main golf? Kerana boss boss lah yang paling banyak masalah. Kerana terlalu besar yang boss buat, tapi terlalu ramai melihat semua boss itu jahat. Dan bila mereka bermain golf, ramai mereka berjumpa boss boss lain yang juga sama-sama ada masalah. Kalau ikut kata Datuk Johan (PriceWaterhouseCoopers), tugas paling berat bukanlah sebenarnya kerja yang kita buat untuk earning dari customer…tapi, memenuhi nafsu tamak kakitangan yang tak pernah cukup. Kalau ada 1000 staff, ada 1000 kepala untuk dipuaskan, mereka tak nampak bahawa mereka perlu memberi sebelum boleh menerima.

Banyak benda yang boss buat, staff tak tahu apa rasionalnya dan boss selalu mengharapkan staff mereka sentiasa positif kerana boss TAK MUNGKIN buat benda bodoh yang boleh menjatuhkan company yang mereka bina sendiri. Boss juga tidak bodoh dan kerana itu mereka sedang menjadi boss anda. Inilah hakikat bekerja di syarikat kecil, jika anda di public listed company, boss boss anda kebanyakannya pun macam anda juga, mereka pun makan gaji. Dan pastinya…mereka pun kurang garang berbanding boss anda yang menjadi pengasas syarikat tempat anda bekerja. Sekiranya anda rasa boss anda itu jahat…fikirkan semula. Anda tak boleh lari dari itu di mana-manapun anda pergi. Walaubagaimanapun, jika boss anda marah, fikirkanlah apa yang dia marah….BOSS TAK MARAH PERIBADI ANDA, BOSS HANYA MARAH SIKAP ANDA TERHADAP KERJA ANDA.

Saya sebagai salah seorang boss…saya tak lari dari masalah ini.

Dan seperti boss-boss lain, ini adalah perkara biasa dan asam garam dalam dunia berniaga. Boss boleh dari seorang diri membentuk company yang ada 5 orang, 10 orang, 1000 orang, 5000 orang pekerja. Pastinya, boss juga boleh dengan mudah menggantikan kehilangan seorang, 2 orang, 3,4, 10, 20 atau keseluruhan company yang resign serentak? Jawapannya…memang susah, tapi susahnya sementara…dalam 1-2 bulan sahaja, semuanya akan kembali normal dan momentum baru mungkin lebih hebat dari yang lama. Dan mereka yang keluar meninggalkan boss yang di anggap bodoh tu, mungkin masih lagi sedang mencari pekerjaan, dan mungkin juga telah bekerja tetap dengan gaji lebih rendah, ataupun sudah dapat tempat yang lebih baik dengan kerenah BOSS YANG SAMA SEPERTI SEBELUMNYA ATAU LEBIH TERUK. Bila mereka lihat semula di syarikat yang di anggapnya boss itu bodoh, telah kembali seperti sedia kala. Selepas 2 tahun, mereka nampak syarikat yang mereka pernah tinggalkan dahulu dah pun jadi hebat. Padahal dalam hati mereka, semasa meninggalkan boss mereka dgn syarikatnya, mereka secara sedar atau tak mengharapkan ketiadaan mereka akan mendatangkan bencana kepada syarikat boss lama mereka sehingga gulung tikar.

Saya pernah melalui peristiwa ini beberapa kali. Saya pun bila berjumpa balik dengan beberapa orang businessman yang berjaya, mereka gelakkan saya…kerana mereka kata, itu dah jadi mainan mereka. Setiap bulan ada orang baru masuk dan ada orang baru resign dalam syarikat yang baru ada 50 pekerja. Dan syarikat itu pun terkenal dan masih terus mendaki menjana kehebatan yang berganda. Soalannya, siapa yang suka boss? Saya yakin, dari 10 orang mungkin 1 orang sahaja. Tapi harap2 dengan penulisan saya ini, persepsi sebahagian anda akan berubah.

Tahukah anda? golongan yang melompat kerja 90% adalah mereka pada golongan umur 30 tahun ke bawah? Mengapa? Kerana mereka belum lagi mengetahui hakikat bekerja dengan mana2 boss pun, mereka takkan lari dari boss2 yang menjengkelkan. Sehingga mereka mengetahui, di mana-mana pun sama sahaja, dan apa yang mereka perlu buat ialah setia kepada 1 syarikat dan naik bersama-sama syarikat itu. Sebab itu, jarang-jarang kita lihat staff berumur 30 dan kebawah yang benar2 berjaya, berkerjaya, bergaya dan beruwang. Kalau tak, takde lah hotchics pegi kejar Datuk2 yang dah layak panggil Atuk tu utk jadi 2nd,3rd or 4th wife.

Be positive, kerana boss anda tidak sebodoh yang anda sangkakan. Hakikatnya, staff takkan tahu itu sehingga mereka menjadi seorang boss (kalau ada peluang dan cukup daya tahan dan sabar). Selain itu, terimalah hakikat, Boss adalah orang yang paling prevelage dalam company, dan boss juga orang yang paling dibenci dalam company

.

p/s Tulisan ini adalah kembangan dari satu topik dalam buku Million Dollar Photographer yang akan keluar lepas raya nanti. Cerita ini adalah kompilasi pengalaman beberapa orang usahawan-usahawan berjaya yang sering menjadi rakan kopi, rakan travel, rakan sembang kelab jutawan dan lain-lain kepada saya.

p/s 2 : Saya kagum dgn Tan Sri Lim Kok Wing dan Dato’ Sean Ahmad (ex-bosses saya)

p/s 3 : Jangan buat kesimpulan bukan2. Tulisan ini adalah general dari apa yang telah berlaku dulu2.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

PETIKAN DARI SALAH SATU KOMEN YANG PALING SAYA SUKA DALAM THREAD INI – DARI DR. HAJI MASJUKI

mmm to my surprise, what a meaningful entry untuk zikir raya para bosses and staffs, especially yang beragama Islam laaa. Tabik kat SN…

Minta izin nak bagi komen panjang sikit kali ni… tak nak baca pun tak perrr..

Dinie Masjuki is My son. Lepas SPM nak kerja McD, Kilang2 yang bersepah semua saya tak izin. Walau gaji dia mencecah seribu sebulan. Saya minta jasa baik SN rekrut dia kat CS. Biarpun elaun (tak layak panggil gaji pun) cuma RM 400 ++ sebulan semasa permulaan dalam training dulu (sekarang dah jauh lah bezanya)

Saya tau anak saya, dia memerhati perit jerih ayahnya sejak kecil. Dia tahu falsafah Bos (that was me b4 – a president of Provet Holdings (M) S/Bhd). Rugi sangat kalau dia tak dapat peluang develop diri dia sebagai staff yang berfikiran dan berspirit bos.

Dia nak sambung belajar IPT pun tangguh sbb peluang yang ada di CS amat mahal utk jadi batu loncatan bila dia dah berpengalaman dan sambung belajar setelah ada pengalaman. Hari ni dia diterima sebagai junior Photographer kat CS, Alhamdulillah.

Waktu serah anak kat SN, saya kata secara simbolik, saya serah anak bersama rotan. You are free to train him your own way, kalau perlu rotan pun tak apa, asal jangan patah riuk dan maut sudah. That was exactly I was trained during my childhood and unidays. That was the way how of all those successfull chinese businessman you guys see them now days got trained. In view of commitment dia dalam kerja, bawak balik kerja kat rumah tiap hari dan hari2 cuti, usaha belajar macam2 teknikal in photography and editing, CS nak offer good post saya kata hold on… not now, jangan manjakan dia dengan pangkat dan harta sangat… nanti jadi manja dan tamak.

One thing you guys never know about this little bos (Bro SN). Bos lain makin banyak duit makin kuat minum, clubbing, judi, main golf dan main pompuan. SN lebih banyak melihat ke bawah, selalu menangis bila kami sembang pasal kehidupan dunia hari ini, pasal nasib orang2 yang kurang bernasib baik, nasib agama yang makin hari makin terhakis dll. Makin maju dia makin banyak bersedekah, dengan niat menebus kelalaian yang pernah dia buat masa dulu2.

sama gak ngan yang lain2, I will be cursed if I comment any longer here, but please bare with me… jangan ikut sikap lembu (fitrahnya ada otak, tak ada akal, hidup hanya menilai makan, minum, shade, sex dan garam jilat jer..) DOK MAKAN DI RUMPUT SEBELAH SINI, DIA NAMPAK DARI JAUH RUMPUT SEBERANG JALAN LEBIH HIJAU, DIA PUN MENYEBERANG DAN RUPANYA BILA DAH BERADA DI SEBERANG DIA NAMPAK RUMPUT YANG SEBELAH TADI LEBIH HIJAU DARI YANG DIA NAMPAK HIJAU DARI KEJAUHAN, BEGITU LAH DIA BERULANG-ALIK HINGGA AKHIRNYA MATI DI TENGAH JALAN DI LANGGAR LORI…

Selamat hari raya SN, keep up your good work…

image_pdfimage_print

28 Replies to “Kenapa Boss anda garang?”

  1. A’KUM.. SN…KWN BARU BERAPA BULAN IKUTI PEMBANGAN BRO.. TAPI TOPIC KALI NI BUAT AKU TERGERAK AIT NAK MENGOMEN…
    BRO MEMANG BETUL LA…KWN NI DA JADI BOS 2,3 TAHUN..TAPI LOM SUKSES MCM SN LAA.. KWN SETUJU BENOR NGAN SN..SO..PADA SESIAPA YG BLOM JADI BOSS… TERIMA LAH KATA2 SN

  2. staff u buat macam tu kat u ke saiful??orang mcm u sentiasa gigih naikkan company u..mungkin tak akan jatuh walaupun staff dah tinggalkan u.based on your experience u memang hebat..keep it up!! gud luck & selamat hari raya aidilfitri.

  3. “Seorang staff akan merasai peritnya masa berlalu, bosannya pekerjaan & indahnya menjadi jutawan segera tapi semua itu pasti berubah setelah mereka bergelar USAHAWAN (Boss)”

  4. staff macam mana terer skali pun dia dalam satu organization…dia bukan indipensable..soo.. aku tak pernah risau staff aku nak resign. sbb susah dia sebulan dua ajer..yup i agree with u!
    so kepada ex pekerja2 aku yg resign sbb kata aku tak pandai buat decision n kata korang lagik pandai dari aku dalam buat keje nie…well..pity u! u’re not so smart actually. kalau tak…korang mesti dah ranapkan busines aku

    p/s: tolong jgn bomoh aku kalau korang terasa,

  5. eh, takde orang komen ker? saya, secara peribadi suka membaca apa sahaja yang ditulis oleh bro saifulnang. Walaupun beliau sendiri tidak mengenali saya, apatah lagi untuk mengenali anak saya. Tapi, saya memang sukakan tulisan beliau yang lahir dari pengalaman dan fikiran sendiri. Terasa sangat ikhlas motivasi itu. Memang diakui, dan saya akan terus mendoakan kejayaan beliau kerana beliau adalah contoh orang yang bermula dari bawah. CEh! macam testimonial lah pulak..hehehe. apapun, teruskan dengan sikap boss yang pekerjanya tidak tahu apa masalah bos!~

    -salam lailatulQadr dan selamat hari raya dari kami bertiga, lutfi,waseem dan najwa min makkah almukarramah

  6. kdg kita benti keje bkn sbb bos jgk SN. kdg sbb enviroment tmpt keje tu x best..sbb kwn2 sekerja yg xleh ngam..kdg sbb bos x reti2 nk naikkn gaji walau dh keje berthn2..dll lagi. bos bkn punca utama saya benti keje(xde tanya pun erh..hu)

  7. Saya juga seorang boss dan saya sangat tertarik untuk beri komen kali ini. Luahan hati seorang boss, jarang sangat didengari kerana boss tiada orang dia nak bercerita masalah. Kalau staff dengan staff masa lunch sempat juga nak bergossip tapi, boss selalu makan sorang-sorang.

    Pesanan saya kepada staff-staff yang bekerja, ambillah artikel ini dan cetak ia besar-besar kerana ini jugalah dilema setiap boss yang ada sekeliling anda yang bertaraf USAHAWAN bukan AHLI KORPORAT. Ada beza tu. USAHAWAN ni dia bina dari 1 orang menjadi 2,3,4,5,dan seterusnya. Ahli korporat ni bila anda bekerja di syarikat besar, apabila anda rajin dan komited, anda dilantik untuk mengetuai syarikat dengan GAJI dan puluhan staff untuk anda aturkan. Secara teknikal, ahli korporat tak garang pasal dia tak rugi apa-apa kecuali kena cari kerja lain sekiranya perniagaan lingkup.

    P/s Rasanya thread kali ni ramai boss-boss yang bagi komen ni hihihihi

  8. liza : Ini saya cerita secara general. Ada yang pernah berlaku dulu-dulu.
    Brotherhood : Exactly!! Brilliant Point!
    Kamitaken : Thanks, keep it up 😉 I know u as my fav commenter
    Faz : Yang u cakap semua tu kan bukan kerja boss ke? Sama jer 😉 Cuma in my case, staff sampai gemuk2 gaji besar sangat tak cukup nak besar lagik. Percayalah, kalau saya mampu bagi gaji 30k sebulan pun, mesti staff akan mengeluh lagi.
    Azizi Ali : Your point is wonderful! U complete my statement. Thanks Bro!
    Ex-Worker : Yes, that’s the point
    Redframe : That’s why kenapa tak ramai orang sanggup bukak kampeni sendiri. Especially Malayu
    Angah : Heheheh…deorang dpt bonus tiap2 bulan
    Adi : Thanks, u’ll be success on that.

  9. SN – Bos aku mmg garang. Hampir 100% staff company aku mmg tak suka dengan Boss pun. Kalau nampak staff mesra dgn bos pun maybe pura2 je tue. Itu lah lumrah kehidupan.

    Aku yang jadi HOD kepada 3 staff pun terasa ‘penangannya’. Belum lagi jadi bos company bagi gaji pd staff.

    Kita nampak bos kita berat sebelah lah, suka org ni la, suka org tu la, tapi benda yang tersirat kita tak nampak.

    Kepada semua boss di Malaysia, dari sudut hati you all the best. Cuma luaran je nampak tak suka. Hehehe.

    Nota Kaki – tengah tunggu gaji naik. Dah 3 tahun gaji tak naik. Hehehe. Kesian bos kena pk duit nak naik gaji aku.

  10. bila baca ni…teringat my ex-bos….ari2 aku duk pikir, dia ni x sayang family ke?? asik keje kt opis je….aku masuk pagi, dia da ada…aku blk petang, dia blk mlm….n selalu motivate aku suh berusaha……today, i’m the boss….baru perasan knp aku tido lewat je skang, tp esok awal je celik mata…..suke entry kali ini SN!!!

    p/s : salam aidilfitri…

  11. salam bro..
    lumrah manusia,jika semua ade perasaan syukur..aman la dunia ni..dan yg penting aman la hati smua boss.tp jgn polak boss2 amik kesempatan..Allah akn mendekati anda jika anda belaku adil pd hamba2 nyer yg lain..

  12. yes boss
    mmg susah nak jadi boss sbb hanya boss2 yg tau masalah jadi boss

    paling suka klause ni”Kalau tak, takde lah hotchics pegi keja Datuk2 yang dah layak panggil Atuk tu utk jadi 2nd,3rd or 4rd wife”..smpat jugak tu 😛

    Selamat Hari Raya

  13. Maybe everybody already knew about his news but to those who don’t, Paul Newman (recently died of lung cancer, age 83). He ada company buat sos BBQ + beverages dan SEMUA profit post tax is given to charity. As of May 2007, that amount exceeded USD250 million distributed worldwide. He was the cool guy everybody wants to be. Company motto: “Shameless exploitation in pursuit of the Common Good”.
    My point is this about all great bosses: Bukan senang nak senang, betul tak?

  14. yup…in this case i have to agree with you mr sn…mmg orang yang berani jer yang sanggup jadik boss (esp boss company sendiri…setiap saat, setiap ketika..otak kena sentiasa berfikir untuk generate income company…or at least byar all those commitment… sampai ada sanggup tak makan..x tido…berkejar ke sana sini…semata2 to make sure that segala commitment(in most cases….staff salary)terlangsai…tu tak masuk all those entertainment n personal development prog to motivate them utk buat keje dgn lebih efektif n efficient.staff satisfaction kena jaga…or else…dierorang move to other comp..sesia jer train dierorag dari 0 :(. well, what should i say…u proof urself…n im sure u can go further…All the best! Buktikan anak melayu mampu menakluk dunia 🙂

  15. kalau org yg jadi boss…rasanya memang dia perlu tegas terhadap staffnya terutama yg ada company sendiri..xsemestinya dia perlu menjadi garang. kerana tegas itu perlu utk tidak menampakkan berat sebelah mana2 pihak..tetapi bagaimana “bos” yang dilantik untuk menjalankan perniagaan dan selalu keluar negeri….bila pulang tidak ada satu pun business yg dibawa masuk..yang tahu hanya melobi sana sini epf pun ntah kemana…jika ada pemotongan yg dibuat oleh pekerja..tetapi tidak tidak bayar kepada yg sepatutnya..didlm slip dipotong..sorry sn..nie blog u..i x bleh komen pjg2..nanti org marah…disebabkan dh ada topik ni..gatal la jgk tangan nie nak menulis..kalau nak ikut ati byk lagi…:((

  16. mmm to my surprise, what a meaningful entry untuk zikir raya para bosses and staffs, especially yang beragama Islam laaa. Tabik kat SN…

    Minta izin nak bagi komen panjang sikit kali ni… tak nak baca pun tak perrr..

    Dinie Masjuki is My son. Lepas SPM nak kerja McD, Kilang2 yang bersepah semua saya tak izin. Walau gaji dia mencecah seribu sebulan. Saya minta jasa baik SN rekrut dia kat CS. Biarpun elaun (tak layak panggil gaji pun) cuma RM 400 ++ sebulan semasa permulaan dalam training dulu (sekarang dah jauh lah bezanya)

    Saya tau anak saya, dia memerhati perit jerih ayahnya sejak kecil. Dia tahu falsafah Bos (that was me b4 – a president of Provet Holdings (M) S/Bhd). Rugi sangat kalau dia tak dapat peluang develop diri dia sebagai staff yang berfikiran dan berspirit bos.

    Dia nak sambung belajar IPT pun tangguh sbb peluang yang ada di CS amat mahal utk jadi batu loncatan bila dia dah berpengalaman dan sambung belajar setelah ada pengalaman. Hari ni dia diterima sebagai junior Photographer kat CS, Alhamdulillah.

    Waktu serah anak kat SN, saya kata secara simbolik, saya serah anak bersama rotan. You are free to train him your own way, kalau perlu rotan pun tak apa, asal jangan patah riuk dan maut sudah. That was exactly I was trained during my childhood and unidays. That was the way how of all those successfull chinese businessman you guys see them now days got trained. In view of commitment dia dalam kerja, bawak balik kerja kat rumah tiap hari dan hari2 cuti, usaha belajar macam2 teknikal in photography and editing, CS nak offer good post saya kata hold on… not now, jangan manjakan dia dengan pangkat dan harta sangat… nanti jadi manja dan tamak.

    One thing you guys never know about this little bos (Bro SN). Bos lain makin banyak duit makin kuat minum, clubbing, judi, main golf dan main pompuan. SN lebih banyak melihat ke bawah, selalu menangis bila kami sembang pasal kehidupan dunia hari ini, pasal nasib orang2 yang kurang bernasib baik, nasib agama yang makin hari makin terhakis dll. Makin maju dia makin banyak bersedekah, dengan niat menebus kelalaian yang pernah dia buat masa dulu2.

    sama gak ngan yang lain2, I will be cursed if I comment any longer here, but please bare with me… jangan ikut sikap lembu (fitrahnya ada otak, tak ada akal, hidup hanya menilai makan, minum, shade, sex dan garam jilat jer..) DOK MAKAN DI RUMPUT SEBELAH SINI, DIA NAMPAK DARI JAUH RUMPUT SEBERANG JALAN LEBIH HIJAU, DIA PUN MENYEBERANG DAN RUPANYA BILA DAH BERADA DI SEBERANG DIA NAMPAK RUMPUT YANG SEBELAH TADI LEBIH HIJAU DARI YANG DIA NAMPAK HIJAU DARI KEJAUHAN, BEGITU LAH DIA BERULANG-ALIK HINGGA AKHIRNYA MATI DI TENGAH JALAN DI LANGGAR LORI…

    Selamat hari raya SN, keep up your good work…

  17. Kita berhibur jap dengan pantun di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

  18. Ini adalah berkaitan pengalaman saya sebagai seorang staff..terpulang pada yang menilainya.

    objektif utama bekerja x lain x bukan untuk cari rezeki. Yelah..anak2 makin membesar. Mana dengan yg nak sekolahnye. Macam ex-bos saya ckp “u come, work and get your pay” tapi semua ni bukan semudah tu. Mencari rezeki bukan mudah untuk sesiapa pon..ada cabarannya.

    1st job: masalahnye makin hari file makin bertambah. Bos suka menabur janji2 manis. 100 file seorg handle. ini ler masalah yg slalu berlaku. konon nak cari org bantu. tapi hampeh…setiap candidate yang dtg di’reject’nye. bila kita resign boleh lak dapat staf lain. gaji x naik2. tunggu dengan sabar jugak. da setahun apa citer?bos memang suka cut cost tapi x pikir penat lelah kita menaikkan company. kalau nak tambah bisnes bukan hanya beli perabot, main golf @ etc..cari staff secukupnya dulu..kesian kami staff2 ni.purata masalah staf ini lah dia wahai boss2.

    2nd job: lebih kurang dengan masalah kat atas. Da x terhandle file. bos tanya nak mintak org tlg x?asik tanya soklan sama je. bila kita jawab yes boss..perlu sgt2 boss..da x tehandle ni….dia jawab balik..actually u can handle it dengan efisyen..nak efisyen macam mana lagi???dia pon tau projek banyak…projek tu..projek ni..semua masuk juta2..ok..fine..kalau bos kata banyak benda nak cover..bla..bla…at least berbaik la dengan staf yg da banyak tolak ansur & memahami.sabtu pon dtg keja.anak2 kat umah sanggup lak anta kat nenek diorg suh jaga. da la ari2 balik lambat. kalau keja lambat sikit dimaki2 nya kita..

    So, kepada bos2 di luar sana, jgn ambil kesempatan di atas kebaikan staf. Also to staf, jgn sesekali amik kesempatan ke atas bos..kesimpulannya bersyukur la dengan apa yg kita ada…sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *