COMING UP SOON!

Mungkin ini 1st time dan agak gila jugak saya jadinya dengan Si Orked ni. Saya jadi gila nak photograph dia. Mummy Orked sentiasa selit camera yang daddy belikan dia dulu bawah tilam Orked. Agak Orked cranky jer Mummy ambik gamabr. Tapi Daddy lain sikit, daddy suka nampakkan Orked ni kecik sangat masa dalam 1-2 bulan ni. Untuk nampakkan Orked kecik, daddy kena lah masukkan Orked kedalam tempat2 yg sebenarnya tak besar sgt pada pandangan mata kita yg biasa.  Message sebenarnya, saya ni DADDY…dan saya PERCAYA SANGAT…99.99% mummy2 kat luar tu pasti 100x lebih gila dari saya dalam nak merakamkan gambar anak2 mereka dalam kamera mereka.

Saya dapat tahu melalu sedikit kajiselidik, ramai MAMAs got DSLR. Tapi ramai jugak MAMAs yang tak tahu macammana cara yang efektif untuk ambik gambar anak2 mereka. Sebab itu lah…pada saya, ambik gambar baby ni, mesti orang yg betul2 passion aka gila untuk merakamkan gambar anak2 mereka membesar yang sesuai untuk jadi photographer.

Bagi saya sedikit masa lagi mungkin selepas hari raya saya dah boleh MAHIR dalam psycology anak-anak kecil dan saya boleh berkongsi teknik dan kreativiti (sementara menjaga keselamatan anak menjadi keutamaan). Ambik gambar baby mesti kena cepat. Saya spend kurang 5 saat utk setiap pose yang saya ambil untuk Orked. Bagaimana?? Nanti saya tunjukkan dalam PHOTOMAMA.

Idea perlu seiring dengan kemahiran teknikal. Dan tanpa menggunakan lampu studio dan hanya menggunakan sebuah DSLR tanpa menggunakan “speedlight / flash” dan juga apa2 lens yg istimewa…gambar yang cantik boleh juga terhasil. BAGAIMANA??? Nanti di PHOTOMAMA saya buka habis2an.

THE MAKING GAMBAR DI ATAS (GAMBAR POSTER)

Lihat sahaja hasil akhirnya. Bagaimana? Mama2 semua, sila ambil perhatian…nanti saya akan update workshop PHOTOMAMA from time to time. Mama2 semua boleh dapatkan gambar macam Orked jika mama2 semua ada DLSR (any brand and model) dan anak sendiri serta rumah sebagai lokasi pengambaran. Lihat gambar kat atas, rasanya ramai orang ada tingkap kat rumah dan ada tiles. Raga tu rasanya kalau tadek pun boleh lah beli kat kedai mengkuang baru RM10 tak sampai 😉

To all MAMAs….Keep on clicking this blog!!

.

…………….. …………….. …………….. …………….. …………….. …………….. …………….. ……………..

Assalamualaikum kepada semua

Setelah melalui beberapa perbincangan bersama Datuk Dr. Jemilah Mahmood, President MERCY. Sekarang saya berbesar hati untuk merekrut TEAM PHOTOGRAPHER untuk MERCY MALAYSIA. Biar saya jelaskan sedikit latar belakang Team Jurugambar MERCY ini. Sebelum ini, jurugambar untuk misi MERCY datang dari sukarelawan-sukarelawan yang terdiri dari jurugambar-jurugambar luar. Ada yang berkualiti tapi ramai juga yang tidak berkualiti. Bagi yang tidak tahu apa itu MERCY, biar saya terangkan sedikit. MERCY ialah badan bebas yang berperanan sebagai badan bertindak bantuan kemanusiaan untuk warga antarabangsa yang mengalami bencana-bencana alam. Antara bencana alam yang mendapat liputan luas sebelum ini ialah Tsunami di Banda Acheh, Phuket, Penang dan Bangladesh, Taufan Nargis di Delta Irrawady, Gempa Bumi di Wilayah Shichuan dan banyak lagi.

Berikut adalah faedah2 dengan penubuhan MERCY PHOTO UNIT di bawah kelolaan saya;

  1. Latihan Fotografi akan diberikan secara percuma dan secara berkala oleh semua sukarelawan yang terpilih.
  2. Peluang untuk bersama berkhidmat dan berbakti dengan mangsa2 bencana alam di peringkat antarabangsa.
  3. Pengalama fotografi yang mencabar.


Team fotografi akan diketuai oleh saya sendiri dan ingat, ini adalah kerja SUKARELA. Bermakna, hanya kos perjalanan dan kos sara hidup anda sahaja yang akan ditampung oleh MERCY sepanjang misi berjalan. Selain dari itu, anda perlu berkorban termasuk lah mengambil cuti atau meninggalkan urusan2 kerja anda untuk beberapa minggu tempoh misi.

Saya perlukan orang2 yang benar2 sanggup menerima cabaran dan saya akan latih semuanya supaya dapat mengambil gamabr dengan baik. Hanya yang benar-benar ada komitmen sahaja yang akan diterima. Saya membuka kekosongan sebanya 20 orang sukarelawan. Tapi sekiranya ada 5 sahaja yang benar2 berkualiti dan berdisiplin…..itu adalah lebih baik dari ada kuantiti tanpa kualiti.

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI

  1. Hantarkan CV anda kepada email saifulnang@gmail.com
  2. Sertakan list of equipment yang anda ada. Berikut adalah equipment yang banyak membantu dalam setiap misi. dSLR (any brand), lens 80-200 f/2.8 ATAU lens 70-200 f/2.8 dan wide angle 16mm and greater. Jika anda ada equipment di atas anda ada advantage untuk dipilih. Tetapi jika tidak…anda masih boleh memohon.
  3. Karang kira2 separuh mukasurat A4 (atau kurang) untuk anda nyatakan SEBAB MENGAPA ANDA SANGGUP menyertai projek sukarelawan ini walaupun tanpa bayaran.
  4. Nyatakan bagaimana anda boleh merancang untuk meninggalkan kerja dan urusan2 anda sekiranya terdapat kejadian bencana alam. Berapa lamakah masa yang anda ambil untuk menguruskan cuti / meninggalkan kerja2 anda.
  5. Hanya peserta yang layak dan berjaya akan dihubungi untuk tujuan latihan dan briefing. Kepada peserta yang berjaya, latihan intensif photography akan dijalankan dengan mengikut jadual2 yang bakal diberikan. Komitmen kepada latihan adalah penting. Sepanjang latihan intensif, absence more than once akan dikeluarkan dari team (kecuali dengan alasan munasabah BERSERTA BUKTI2 BERTULIS)

.

SAIFUL NANG
Volunteer, MERCY MALAYSIA

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print

32 Replies to “COMING UP SOON!”

  1. yup true.. gambar2 camni tak perlu ada rumah yang lawa2 or studio yang canggih2 utk merakamkan saat2 terindah utk si kecik … dalam rumah pun ok.. just gunakan apa yang ada di rumah and boleh tambah sedikit demi sedikit simple props.. di samping kreativiti yang ada..betul tak saiful? ;-)janji apa yang digunakan tu selamat dan tak memudaratkan baby di samping position baby tu pun kena jaga betul2 sebab they are too fragile..

    I love using natural lite which comes from the window/door jugak..sebab effect dia lain.. and tak mengganggu the baby yg sedang tido kalau kiter pakai flash takut dia terkejut2.. but bila kena capture my client’s newborn babies at their home.. sometimes when i’m using their perabot as a prop.. there is not enuff available lite there.. so terpaksalah kena guna speed lite jugak.. takkan nak angkat perabot berat2 tu gi tepi tingkap kan.. heheh.. kang marah pulak tuan rumah.. ehhehehhehe

    ps: now u understand how ‘giler’ i am to take pics of those innocent babies.. 😉

    keep on rocking! keep on shooting!

  2. uh…
    memang smart la…
    jgn kate mama..
    papa,grndmthr,grndfther..mst beli punyer la..
    yg bujang2 pun same j…
    saya pun tak ketinggalan mst nak dapatkannye satu..hehehehe
    bagus macam ni SN,boley tmbh ilmu foto..
    satu lagi..bile nak kuar kan buku tntang..weddng foto lagi..
    tak sabo rasenye menunggu..
    pasti yg kat luar sane pun tak sabar menunggu..

  3. saya takde dslr…camna nih….camera biasa bleh ke 😉

    tp cam nak join gak…

    (me….7th++month…sempat ke ek nk blajor nih…uhuk2!!)

  4. Ha SN ..moon nak sign in nih photomama hahahha . Skrg u ada anak baru tahu ek cam na “giler ” nyer nak amik gambo dia org …i 100% agree with u ..tak perlu gadjet2 yg banyak . LAgi pun dia org nih duduk la macam mana pun ..tetap maintain comey .

    And orked is so cute …Mesti dlm kamera kak long tew berlambak gambo Orked

    GB jgn lupa chup 1 tmpat for moon . Nih loyal student neh hua hua hua .

  5. yeaaa…ni la online workshop yg dicari2..yelah mama2 ni, mana lah sempat nak gi workshop kat luar kan…

    saya selalu ambil gambar baby saya, Ammar (2bulan)..boleh dikatakan tiap2 hari..byknye guna camera handphone, mmg spontan je aksinyee…tapi, bila dslr, mula la dier buat muka serius n pelik sbb besar n pelik sgt kot bagi dier..

    satu masalah lagi, saya mmg tak guna flash kalau buka tingkap luas2 baru la gambar ok sikit…tapi, bila tangan dier goyang2..kepala dier pusing2, gambar jadik blur…ermmm alahai anak omak…

  6. Omak wehhh… hehehhe, ni bukan online workshop. Ini adalah workshop kena datang sendiri. Tapi insyaAllah buat kat rumah, boleh bawak anak. Ni tgh usahakan kalau anak nak menyusu boleh ada tempat menyusu yang ada Live feed video workshop dari ruang workshop. Tapi ni semua dalam perancangan lagi, mungkin lain pulak nanti

    SN

  7. lagipun online workshop ni sama macam baca buku jugak. Tak ada practical atau demo. Itu yg penting sebenarnya. Kalau salah kita directly tahu kenapa masalahnya. Cuma utk yg terbaik…kenalah berkorban sikit ek mama2 semua 😉

  8. Ala… nk kene ade DSLR gak ke. X dapek la join klu camtu. Sy pakai kamera biasa je, takpon klu nk cepat tuh guna hp je…hekhekhek…Mmg bnyk gile la amek gamba anak, takat ni dah penuh 1 hardisk sekali ngan video. Tiap2 hari ade je bende baru dia dapat, tu every moment sy takkan lepaskan peluang amek gamba dia. X cantik pon xpela asalkan ade kenangan tuh…huhuhu…Bila nk dpt DSLR eh! (Tuju kt daddy Zig)…kehkehkeh!

  9. Bro, workshop ni kalau tak bawak anak boleh tak? Pakai Orked je as model or pinjam anak orang lain heheheeee… Cos my anak suda besarrrr woo (4 tahun) dia takde masa nak duduk diam-diam jadi model (5 minit boleh ler) lepas tu dia akan sibuk pergi buat explorasi sendiri.

  10. aha..u shud definately invite zubye..she IS a “great kids photographer” and she’s already told others that u admire her work n copied some of the idea frm her..definately..and maybe she can be a speaker at ur camp…btw, u shud really study how to photograph a baby..ur shoot with the lovely orked..have no ‘feeling’..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *