Zharif Samani & Amylia Datuk Abu Bakar – Bkt Damansara, Kuala Lumpur

CLICK HERE TO WATCH THEIR PHOTO SLIDESHOW

Bulan 8 ni consider busiest month in this year. We engaged with not less than 70 weddings just for this month alone. Woww…now I’m thinking about the sequence to upload. Since bulan puasa pun dah dekat, lot and lot more set of images will be published here during fasting month. Bulan puasa adalah bulan rehat photographer2 CS yang dah bekerja keras sepanjang satu tahun. Btw, we have prepared enough manpower to complete the album design for our customers before Raya.

Those yang nak dapatkan album sebelum raya dah pun finalize kan selection mereka 2 minggu lepas. Kepada yang lain, jangan lupa proses selection picture anda. Ambil masa sedikit utk memilih gamabr anda sendiri, itulah step paling susah yang client harus buat sendiri. Tapi yang penting, gamabr dalam album adalah semuanya gambar yang anda suka. Kalau dibawah pemilihan kami, dah tentu kami pilih yang cantik2 tapi mungkin gambar yg cantik tu tak ada kena mengena dgn anda pun. Mngkin gambar posmen anda dtg kenduri, tak penting pun pada anda tapi masuk dalam album anda hanya kerana gambar itu cantik pada pandangan kami. Of course, mustahil utk sesiapa sahaja jurugambar terbaik di dunia sekalipun utk mengenali semua tetamu yang hadir. Kesudahannya dapatlah anda album yang kemungkinan ada 1 atau 2 gambar yang anda tak berkenan. Kalau sticky album boleh juga kita buka dan gantikan, tetapi di CS, kesemua album kami adalah customize.

Ok, now wedding kali ni ialah Wedding antara Zharif & Amylia di Bkt Damansara. Great wedding with very nice make-up from Saidatul Nisa, wardrobe by Razwan Radziwill as well as Jovian Mandagie for the day after. Video touch by Dinas Wedding and photography by ehmmm…Saiful Nang & CandidSyndrome. Last but not least, the ultimate wedding planner Kak Faridah.

Enjoice!

.

TENTANG PHOTOCAMP

Ok, now tentang PhotoCamp siri ke-2 yang juga telah penuh walaupun kita telah tambah kapasiti jurulatih untuk menampung 48 orang pelatih. Masih mengekalkan nisbah 1:7 antara jurulatih dgn pelatih. Sebelum ni cuma open kepada 30 orang sahaja. Tapi terlalu banyak sangat rayuan2 untuk menyertai daripada pencinta fotografi dari hari ke hari. Memandangkan saya belum merancang untuk mengadakan siri ke-3, jadi saya telah ambil keputusan utk naikkan kapasiti dari 30 kepada 48 org. Tetapi tetap penuh dan masih ramai lagi di luar yang masih menunggu. Tak kurang 20 email yang saya dapat meminta saya untuk mengadakan PhotoCamp siri ke-3 pula. Nampak gaya, saya perlu teruskan TETAPI saya perlu check calendar kerja untuk tahun hadapan. InsyaAllah tahun hadapan kita akan menghadapi beberapa lagi wedding2 besar dalam sejarah negara dan juga Asia, oleh itu…agak sibuk lah jugak. Itu tak masuk tempahan2 perkahwinan yangdah jadi rutin hujung minggu kami tak kisah cuti sekolah atau tidak. Kepada yang berminat, keep watching this blog. Saya akan adakan update ttg PhotoCamp dari blog ini juga.

Kepada yang tak tahu, PhotoCamp merupakan program Latihan bersepadu fotografi selama 3 hari 2 malam. Program pertama July lepas melakar sejarah sebagai program latihan jrugamabr berkonsep “Stay” yg pertama di Malaysia serta diiktiraf menghasilkan bakat setara professional hanya dalam tempoh tersebut (Berita harian 20/8/08). Rentetan dari kejayaan siri 1 itulah, siri ke-2 habis ditempah dalam 2 minggu. Untuk PhotoCamp siri-2 kami akan bawakan bersama seorang fasilitator dari team CandidSyndrome Brunei. 3 orang peserta dari Brunei dan 2 orang dari Sarawak juga akan turut serta dan selebihnya dari Semenanjung.

.

TENTANG ORKED

Orked, anak dara saya yg berumur 1 minggu tu dah mula menunjukkan kemahiran-kemahiran istimewa “beliau” yang kadang-kadang buat saya rasa pening dan pastinya buatkan saya tak senang tidur malam. Orang dah warning awal2 dah sebelum ni kalau ada anak kecik, macam tu lah. Tapi semua kebolehan istimewa Orked yang boleh melalak tak kira masa tu kadang2 jadi perkara yang saya rindu. kadang2 sehari sampai 2-3 kali telefon rumah kot2 Orked menangis boleh lah dengar suara Orked. Orked bermaksud “Orkid”…bunga Orkid. Saya dan isteri dah setuju nak cari 1 nama yg pendek dan klasik. Bunga Orkid antara bunga yg tercantik dan menarik untuk disebut. Jadi 2 bulan sebelum kelahiran Orkid, kami drop nama pertama yang kami panggil dan gantikannya dgn Orked.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

image_pdfimage_print

10 Replies to “Zharif Samani & Amylia Datuk Abu Bakar – Bkt Damansara, Kuala Lumpur”

  1. Alhamdulillah…mana2 nama pun sedap. Orked nama yang klasik dan unik (nasib baik tak Cempaka-panjang sikit kot hurufnya namun baunya memang harum).
    Tak sabo nak lihat gambo anak dara SN yang dirakam oleh ayahanda tercinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *