KENAPA DULU ORANG KURANG BERCERAI, SEKARANG RAMAI ORANG MUDAH BERCERAI?

 

Salah satu sebab zaman ini berlaku banyak penceraian bermula dari 100 tahun dulu. Ketika kaum isteri hanya sebagai suri rumah dan Sang Suami mencari nafkah menyebabkan isteri terlampau bergantung kepada suaminya walaupun suaminya seorang yang bengis, tak romantik, tak hensem, boroi, tak tahan lama dan macam-macam lagi. Mereka kekal dalam perkahwinan sehingga mati. Selepas kematian salah seorangnya, yang ditinggal akan merindu sampai mati. Tapi ramai juga yang BAIK-BAIK berbanding yang jahat.

Dari kes nenek moyang kita yang tertindas dengan karaktor atuk-atuk kita yang bengis dan jahat itu menurunkan pesanan kepada ibu dan nenek kita agar perempuan menyediakan persiapan sekiranya berlaku perceraian dan tidak mudah ditindas suami.

Lalu generasi berikutnya memberi pendidikan tinggi kepada anak-anak mereka dan menggesa anak-anak mereka turut bekerja membuat simpanan sebanyak mungkin sebagai persiapan jika diceraikan oleh suami.

Kesan sosiologi, ramai (bukan semua) isteri yang ketahanannya tidak sehebat nenek moyang kita dahulu. Dari kes mahkamah syariah, ada yang disebabkan suami suka picit ubat gigi dari bawah dan isteri suka picit dari atas menyebabkan pergaduhan dan penceraian. Isteri tak perlu risau apa-apa. Simpanan dah ada, kerjaya dah tinggi, anak pun dah ada. Apa perlu risau hidup tiada suami? Pantang suami tegas sikit pun ada yang nak minta cerai.

Ini fenomena yang berlaku. Truth fact yang pahit untuk ditelan. Jika awak dalam sebuah bot kecil meredah lautan. Ada masa lautan tenang, ada masa ia bergelora. Jika awak dah siapkan sampan kedua semasa awak menaiki sampan suami awak, nanti bila laut gelora sikit awak dengan mudah akan lompat dalam sampan sendiri dan bawa haluan sendiri.

Perceraian banyak berlaku pada zaman ini kerana semakin kurang kebergantungan isteri terhadap suaminya. Belum kahwin dan buat persiapan perceraian, bagaimana perkahwinan nak kekal lama. Tak salah buat persiapan sekiranya suami meninggal tetapi buatlah persiapan itu BERSAMA SUAMI bukan sendiri-sendiri secara peribadi. Awak pun tak tahu, suami atau awak yang mati dulu.

Sama dengan cerita ini, Tareq Ibn Ziyad yang belayar merentas laut Mediterranean menuju ke selatan Sepanyol untuk bertempur dengan tentera Spain membakar kapal kesemuanya selepas selamat mendarat di pantai. Balatentera hanya ada 1 jalan untuk kembali bertemu isteri dan anak-anak di seberang sana…iaitu dengan memenangi peperangan. MEREKA MENANG kerana tiada jalan untuk berpatah balik.

Isteri dulu sangat bergantung kepada suami dan takut diceraikan. Isteri sekarang tak takut suami dan tak kisah diceraikan. Jalan dari kita di Loh Mahfuz sampai ke akhirat nanti semuanya ialah JALAN SEHALA. Jika awak rasa perkahwinan ini jalan yang boleh u-turn, memang anda akan buat u-turn.

Betul tak?

Alhamdulillah, saya dan isteri hidup rukun damai dalam sebuah bot. Kadang-kadang ada ribut ada taufan, tapi kami masih pegang dalam bot yang sama walaupun bot kami tak besar mana. Sekejap, nak add friend Erra Fazira

SAIFUL NANG
Suami Intan, Daddy Orked, Seri & Lela

image_pdfimage_print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *