It’s 4 Years Already!


Inilah antara gambar-gambar pertama yang saya ambil dari wedding yang pertama dalam sejarah kerjaya saya. 4 tahun lepas, saya ambil gambar wedding ni sebagai medan untuk experimentasi tentang segala-gala yang pelik, lain dan unik yang tidak ada dalam kebanyakan gambar-gambar wedding di Malaysia ketika itu. Thank Ila & Poek for allowed me to photograph your wedding. Looking at what I stand now, I’m praised to Allah.

4 tahun lamanya saya berada di dalam wedding photography. Sejak 4 tahun, saya tidak pandang ke belakang lagi. Sejak itu lah saya terus mengorak langkah demi langkah sehingga di tempat saya berdiri sekarang. Dan perjalanan masih belum berhenti. Saya berteima kasih kepada semua readers, follower, dan peminat-peminat karya saya selama ini. Kerana saya tidak akan sampai hingga ke sini jika anda tidak menghargai karya-karya saya. Saya amat bersyukur kerana anda-anda semua masih lagi di sini dan masih lagi menyokong kerjaya saya sebagai seorang jurugambar perkahwinan. Apapun serangan dan cabaran dari pihak yang irihati atau dengki dengan perjalanan saya sbg anak seni ini semua itu tidak lah menggugat apa2pun walau seinci pun dari tempat saya berpijak. Tetapi jika anda “readers & supporters” saya berpaling dan sudah berhenti menghargai dan meminati karya saya…itulah kesudahan kerjaya saya

Btw, ada ucapan anniversary kepada CS oleh pelanggan pertama CS dalam blog dia kat sini . Terharu jugak pasal dah 4 tahun selalu jadi photographer ni orang senang lupa. Lepas dapat gamabr dapat album, kalau ada apa2 acara keraian, cukur jambul ke, kenduri, bday party semua tak jemput kita. Lain dgn make-up artist dan designer, selalu pengantin sayang orang2 ni. Pasal semasa perkahwinan tu belum bermula pun, hasil kerja make-up artist dan designer baju tu dah kelihatan untuk di hargai. Photographer jer tak…terkontang kanting lah cari angle semua, hasilnya selepas wedding. Sebab tu jurugambar jarang dapat acknowledgement dalam wedding speech. Tapi takpe, macammanapun…kerja saya lah paling best dalam dunia ni (personal view lah) heheheh.

Selagi ada yang menghargai, selagi ada nyawa, selagi masih daya selagi itu…saya akan terus berkarya

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

Enjoice!

image_pdfimage_print

18 Replies to “It’s 4 Years Already!”

  1. Assalamulaikum,

    Saya amat kagum dengan kejayaan saudara, bukan senang untuk anak Melayu berjaya dalam bidang nie, berjaya mencipta nama hingga ke tahap ini, hanya dalam masa empat tahun. Tidak dapat tidak, kejayaan saudara dapat membuka mata masyarakat bahawa kerjaya sebagai jurufoto perkahwinan nie, kalau dilakukan dengan “passion” memang boleh dijadikan satu kerjaya yang membanggakan.

    Syabas untuk Saiful Nang dan Team semua, saya hanya mampu mendoakan untuk yang terbaik untuk saudara dan team untuk kejayaan yang lebih besar lagi di masa akan datang, InsyaAllah…

  2. ala la laa.. SN jgn majuk ok? nanti kitorg panggil dtg mkn2, jumpa dgn budak nakal, our lil zaes.. tapi kang u tu yg bz sgt.. dah jadi bapak nnt lagi la sibuk tuuu… amacam? hehe..

  3. Wazari commented…wowww!! a big name in photojournalism in Malaysia commented. Yes right, 4 years is short for some people, but for me…it was a long journey. E.g I sleep 3 hours a day. Which mean…in 1 year, i only sleep 46 days a year instead of 152 days for normal people. Hehhe…tu yg rasa lama dah hidup hehehhe tqvm
    Mua : Lebih afdhal kalau jemput ambik gambar berbayar…yg tu confirm datang hahahaha. Alaa…ko dgn berx dah macam budak CS dah lah. Tak kuasa nak merajuk hehehe.
    Azizil : TQ doakan saya dan team. Tu rupanya semuanya “sehat-sehat” semuanya hehehhe
    Aidan : tq tq tq tq
    simplynk : pun tqtqtqtqtq jugak

  4. congratz for ur 4th anniversary…!

    u’ve showed that we can do what ever we want…big inspiration to other malaysians!!!

    keep up the great work…

    may allah bless u

  5. congratulations SN!

    Ive been following your work since 2006 and still counting. your work has inspired me and many photographer around Malaysia or maybe around the globe.
    Keep it up bro 🙂

    *bila jumpa segan nk senyum.heh

  6. berbayar? hehoheho.. tunggu eh, kitorg akan start menabung dari sekarang… hahaha! lupa nak ckp congrats tadi! congrats to u and team cs… ;-D

  7. SN, IK here…

    1st: My msg takyah keluar your blog ok? shhh…. secret 😉 thus, the previous “test” msg is me.

    2nd: I’m sure u’re interested in extra promo your biz on TV. i have contacts in the media, email me. like i said, if we don’t blow our own horn, who will 🙂 and i see you could use more tv exposure (not that u need any) 🙂

    3rd: help each other, mana tau pas ni u can shoot my shameful self promo pictures. ha ha 🙂

    take care & congrats on 4yrs of god blessed career.

  8. Happy Anniversary di ucapkan…
    dah lame tak menyinggah..hehehe
    bes..ad link irfan..
    tahniah atas kejayaan SN..
    sy tau bukan senang nak cipta kejayaan..
    pelbagai onak duri yg harus dilalui..tol tak..
    sy banyak belajar..daripada kata2 org..
    sebagai contoh..SN,IRFAN dan CHEF LI..
    tapi apa yg saya kaji tentang SN..
    sy mendapati..setiap keje yg di lakukan
    oleh SN semuanya melalui penelitian dan kajian..
    dari segi gamba..sah2 la..mg lain dari yang lain..pas tu saya lihat dari segi slide show dari SN..ternyata berlainan juga..
    pe yg dapat sy katakan disini dari jenis lagu yg digunakan..adlah berlainan..
    maknenya dari pengertian dan makna dari sesebuah lagu yg di gunakan..liriknya kene pe yg nak di sampaikan..
    dari situ sy belajar..PENELITIAN setiap pe yg kita lakukan..betol tak..
    sy amat bangga atas kejyaan saudara SN..
    dan sy doakan SN serta warga kerja CS..
    terus maju tok berkarya dimasa akan datang..
    AMIN……

  9. Lama betul aku tak web crawling. Lame jugak aku tak layan web kau Sitai. Huhu… Pejam celik – pejam celik dh 4 tahun ek ko buat wedding photo. Siap dh dpt baby lagi. Hahaha….

    Looking back at ur 1st job ni, (I was there at Poek & Ila’s reception) and then, tgk kau skarang, u’ve made it man! It’s a long way but u did it.

    Keep on growing (I mean, ur brand eh, bukan perut tu…hahaha, dulu mase wedding Poek-Ila tu bukan ke ko selim melim? Ekekeke…)

    Ape2pun, Congrats brother! (for the 4 years & for having baby Orked).

    Moga2 bertambah murah le rezki kau dan rakan-rakan. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *