Epik Sultan Melaka

 

Ini epik. Lepas ni, income besar “baginda” ialah dengan menjual pingat-pingat kebesaran “Sultan Melaka” yang membawa gelaran pelbagai datukship. Modus operandi yang mungkin dapat terbaca patternnya. Saya tak nafikan jika Sultan Mahmud telah¬†dibunuh dan dalam institusi raja, mereka ada pewaris kedua sekiranya raja sedia ada tidak mempunyai anak lelaki.

Pada mulanya, saya cuba berbaik sangka dengan apa yang beliau tuntut. Baik juga jika Melaka bersultan semula dan mampu diharapkan menjadi katalis untuk menghidupkan peranan raja-raja Melayu yang pernah hilang. Namun, positif itu sedikit berbanding pelbagai tanggapan negatif tentang perkara-perkara tak masuk akal seperti berikut;

– ICJ dikatakan mengiktiraf raja dan itu bukan bidang kuasanya
– ICJ akan bantu dana IMF sampai bertrillion dollar.
– Dikatakan Sultan Sulu dapat dana trillion dollar, dimanakah kemajuan Sulu sehingga Istana Raja pun seperti rumah petani miskin di Tanjung Karang.

Itu yang besar-besar yang saya nampak selain dari pakai tengkolok dan crown mak-mak andam, pakai baju pengantin, update facebook sendiri, tiada grooming untuk bahasa istana, tiada protokol mendaulatkan dan macam-macam lagi.

Tapi saya yakin, bagi mereka yang mempunyai bajet rendah, ini satu alternatif baik untuk mendapatkan gelaran “datukship”. Jika darjah dari Sultan Sulu, Sultan Magindanao, Sultan Inderagiri dll semua itu pasti telah ada yang COP sebagai tidak sah. Namun, yang ini‚Ķsiapa nak persoalkan “Darjah Setia Melaka” (contohnya) yang mungkin orang boleh kata ia kurniaan TYT (yang sah) walaupun dapat dari sultan jelmaan ini dengan bayaran mungkin hanya RM10k atau 20k sahaja.

Tontonlah video ini. Ini summuaa kincin dan varaa.

SAIFUL NANG
DYMM Sultan Puchong Jaya

*untuk informasi tentang darjah-darjah dan pingat-pingat. Sila masuk kelas sekolah rendah mengikut DARJAH yang anda mahu dan juga masuk acara sukan untuk mendapatkan pingat anda.

image_pdfimage_print

One Reply to “Epik Sultan Melaka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *