Semasa otak sedang berasap

Semasa kepala saya sedang berasap dan temperature sangat tinggi Dalam menyiapkan manuskrip sistem pendidikan Rumah Pengasih Warga Prihatin, berhenti sekejap layan anak yang sedang melukis di hadapan saya. Saya ambil lukisannya dan ini yang saya buat.
Inilah hasilnya. Sebelah kiri itu sketch oleh Orked. Yang kanan itu oleh saya sendiri. TUlisan “Daddy” itu ialah tulisan Orked. Anda tahu…Orked seorang yang mewarisi disleksia saya barangkali. Hari ini Orked melukis atas kertas simili sahaja, ingat tadi nak pakai water color sahaja ataupun acrylic tapi memandangkan kertasnya kertas nipis, maka layan sahaja pakai warna pensil. Mungkin ini warna pensil saya yang pertama dalam tempoh 26 tahun. Yang terakhir mewarna pensi umur saya 9 tahun.
Inilah pelukis dan pewarnanya. Orked dan saya. Okey…masa untuk sambung menulis manuskrip buku pendidikan Warga Prihatin. Nantikan kemunculan buku ini. Saya hanya sebahagian dari penulis kerana ada 10 orang dalam barisan penulis yang merangkumi pelbagai aspek perlaksanaan sistem pendidikan yang lengkap 🙂

 

Semasa saya di Jepun, saya lihat anak-anak pra-sekolah mereka tidak diajarkan tentang akademik lagi. Yang ditumpukan adalah dalam pembangunan jatidiri, adab, etika dan pada setiap hari mereka ini datang ke sekolah untuk bergembira. Anak Jepun memang tak sabar nak ke sekolah kerana di sekolah ada kawan-kawan dan juga segala jenis permainan. Mereka dididik untuk bela ikan, bela arnab, siram pokok, melukis, bermain dan macam-macam lagi. Pada ketika itu, anak orang Malaysia menang dari segi kemampuan membaca dan mengira. Mereka belum mula lagi. Orked sudah boleh belajar membaca merangkak-rangkak. Saya rasa dah ok dah tu. Ada anak orang lain siap ada anak yang dah pandai baca Herald Tribune lagi. Btw, buku tu untuk pembangunan sekolah Warga Prihatin yang sistemnya dah dijalankan lebih 8 tahun. Kita jengah Jepun, Singapura, Vietnam, Finland, semua itu untuk perbandingan dengan sistem yang TELAH KAMI JALANKAN sahaja. Mudahnya, jika ikut Quran & Sunnah, semua akan jadi yang terbaik. Ada yang silap faham ingat kita nak tiru sistem di sana. Kita nak tiru sistem pendidikan Islam yang Allah ajar dalam Quran bukan yang manusia cipta itu 🙂

Oke..itu sahaja. Got to continue working on the manuscript!

SAIFUL NANG
Daddy Orked

image_pdfimage_print

5 Replies to “Semasa otak sedang berasap”

  1. Anak pertama saya seusia Orked dulu pun tulis terbalik… but selepas beberapa kali dibetulkan.. Alhamdulillah..ok

    Berkenaan sistem pendidikan jepun saya rasa ok untuk rujuk mereka… tapi perlu juga rujuk Singapura, Hong Kong, Thailand, USA, UK dll… baru lebih mantap findings dia nanti… just my 2 sen…

    1. kami tak merujuk jepun dan kami tak merujuk negara2 lain juga Fuad. Kami hanya buat kes study sahaja untuk membuktikan Sistem Pendidikan Islam itu yang terbaik. Tetapi sistem pendidikan Islam yang sebenarnya masih belum wujud lagi.

  2. Saya nantikan kemunculan buku ini.. InsyaAllah buku ini boleh membimbing saya untuk menyumbang idea dan pemikiran untuk membantu Sekolah Sri Al-Amin di Terengganu.

  3. memang betul, setakat nie saya belum jumpa lagi sistem pendidikan yang betul-betul islamik, sedangkan di sekolah harian pendidikan Islam diajar tapi pada masa yang sama sains barat juga diajar (manusia itu datang dari keturunan beruk,tapi xtau la masih wujudkah lagi teori Darwin nie di sekolah), saya berharap agar buku pembangunan ini dapat merealisasikan sistem pendidikan Islam yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *