PENGUMUMAN PENTING

MULAI POST INI, SAYA DAH PENCEN UPDATE GAMBAR ORANG KAHWIN DI BLOG INI. SAYA AKAN JADI SAIFUL NANG VERSI LAIN.
Saya mengusahakan sebuah perniagaan bermula dari satu perniagaan perkhidmatan fotografi dan ia bermula hanya dengan RM90 sahaja. Selepas 3 tahun, perniagaan ini menjana pendapatan sehingga melebihi 7 angka. Ia satu perkara yang membuat saya rasa hidup di dunia menjadi senang. Kereta yang diidam mampu dimiliki, destinasi percutian manapun mampu dilawati dan makanan apapun mampu dibeli. Tetapi itu semua menjadikan saya seorang yang gusar sehingga pada tahun 2011 saya dan rakankongsi saya Azman Salikin mengambil langkah mewakafkan keseluruhan pegangan saham kami kepada Pertubuhan Kebajikan RUmah Pengasih Warga Prihatin yang kami sama-sama bersama 18 sahabat yang lain tubuhkan pada tahun 2005. Hanya pada Februari 2013 kami umumkannya kepada awam.

Ia membuatkan kami rasa tenang dengan kefakiran itu dengan mewakafkan setelah syarikat berada dalam landasan yang hebat dalam perniagaan. 4 syarikat termasuk syarikat induk dan 3 anak syarikat keseluruhannya yang mempunyai pegangan kami diserahkan pemilikan keuntungannya lalu kami mengishtiharkan diri sebagai fakir dan kini perniagaan diteruskan seperti biasa atas kapasiti sebagai AMIL (Orang yang menguruskan harta anak yatim dan asnaf).

Tetapi sangat memeranjatkan dengan pendekatan begitu membuatkan perniagaan yang ditangani mendapat pulangan berlipat kali ganda lagi. Semua itu ada sains di sebaliknya melalui sudutpandang cara perniagaan model Nabi Muhammad yang pernah dilaksanakan oleh Abdurrahman bin Auf .

Kami akan kongsikan semua update tentang keajaiban sistem perniagaan Islam yang pasti tidak merugikan (Rujuk surah As-Saf yang mengatakan tentang perniagaan yang pasti tidak rugi itu). Ia mampu dihuraikan dalam bentuk sains. Kerana Islam bukan sekadar satu omong kosong yang magis tanpa perlaksanaan dalam bentuk saintifik.

SAIFUL NANG
Co-Founder
Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin
Group CEO, Colours of Asia Sdn Bhd Group.

image_pdfimage_print

3 Replies to “PENGUMUMAN PENTING”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *