Apa yang memotivasikan kamu?

(Baca jika anda rasa anda ada otak. Yang kerja nak bangkang-bangkang sila jangan mulakan membaca)

Orang tamak selalu rugi macam anjing dengan bayang-bayang. Biar saya jelaskan kenapa. Pertama, semasa anda berkereta Viva dan anda lihat mereka yang memandu BMW anda pasang azam untuk beli BMW. Anda berusaha dan anda dapat BMW itu dengan usaha anda.

3 bulan anda memandu BMW itu, anda mula rasa ia hanya sekadar sebuah kereta sahaja dan anda mula melihat kepada sebuah Bentley. Anda pasang azam untuk bekerja kuat untuk dapatkan Bentley itu pula.

Kerana anda rajin, anda juga dapat Bentley itu selepas anda berusaha gigih. Selepas bentley itu, anda mula nampak Lamborghini, Bugati Veron, Aston Martin, Helicoter, Falcon Busines Jet dan macam-macam lagi.

Anda MASIH BOLEH DAPATKANNYA.

Lihat point ini dari 2 sudut.

POSITIF : Anda berjaya kerana anda bekerja kuat dengan goal yang anda set itu dan meningkatkan gol anda dari masa ke masa. Lalu anda jadi seorang yang sangat berjaya sehingga masuk ke majalah Forbes.

NEGATIF : Anda tersiksa kerana anda menghimpit diri anda dengan perasaan tamak itu yang memandu anda ke hadapan. Walaupun anda berjaya, tetapi seolah-olah anda seperti “anjing yang mengejar ekornya sendiri”. Anda mencipta satu bayangan yang akan hilang kepuasannya setelah anda memilikinya. Selepas itu anda mula mencari kepuasan lain yang belum anda perolehi. Anda juga seperti orang haus yang meneguk air di lautan, semakin anda minum semakin anda terus haus.

Bagi mereka yang sedar awal, mereka menampar diri mereka sendiri dan bangkit dalam alam yang sebenarnya lebih indah tanpa rasa tamak itu.

Lihat bagaimana Abdurrahman Auf yang jadi semakin bijak berniaga dan semakin menguntungkan perniagaannya walaupun telah beliau wakafkan keseluruhan harta dan dirinya kepada perjuangan rasulallah ketika itu. Beliau tidak menjadikan tamak diri sebagai motivasi untuk berjaya.

TETAPI beliau menjadikan perjuangan yang atas nama Allah itu sebagai motivasi PALING BESAR untuk beliau sendiri menjadi lebih hebat lagi.

Kesimpulannya…

Adakah anda lihat pada masa kini bahawa ALLAH mendapat tempat lebih rendah dalam memandu motivasi diri kita untuk berjaya di DUNIA dan akhirat sebaliknya TAMAK MENJADI MOTIVASI UTAMA walaupun memberikan kejayaan di dunia (akhirat belum tentu).

Saya rasa…saya dah jelaskan peribahasa di atas.

SAIFUL NANG
Warga Prihatin

* Kalau faham dan rasa wajar dikongsi, sila SHARE kan terus. Tak payah minta izin lagi.