Antara Passion & Profession

Perkara ni mungkin bukan kali pertama saya ceritakan. Mungkin dah banyak kali pun. Tapi ini lah bila saya nak kaitkan dgn cerita tentang bagaimana Zainal Buang Hussein yang dahulunya hidup susah. Lukisan yang dijual dgn harga RM50 pun beliau ambil masa yang sgt lama dgn ketelitian yg sgt tinggi untuk menyiapkan. Sehinggalah beliau sekarang berjaya menjadi artis berjaya dgn bayaran yang tinggi untuk semua sentuhannya.

Wedding Photography yang saya buat dahulu bukan lah sesuatu yg profitable. Secara ikhlas saya katakan, saya tak pernah menjangka sehingga kini ada pihak yang sanggup membayar sehingga RM30k sehari hanya untuk saya meninggalkan booking yang sudah ada. Tetapi saya masih tetap berpegang kepada prinsip menghormati orang yang terawal datang menempah walaupun mereka hanya “orang kebanyakan” dan bukan berdarah raja mahupun selebriti. 4 tahun lepas, passion saya dlm WEDDING bukan lah suatu kerjaya lumayan. In fact, hingga sekarang saya tak rasakan ia sbg PROFESSION tetapi sbg PASSION.

Ada orang pulak pertikaikan. Kenapa kalau betul2 PASSION kenapa charge tinggi??

Kat sini saya nak cerita sikit tentang Enzo Ferrari. Pengasas Ferrari yang telah berjaya meletakkan teknologi kereta beliau di peringkat tertinggi dalam sejarah automotif sepanjang zaman. Enzo adalah seorang yang sangat passionate dgn automobil. Beliau sendiri yang menguji dan berlumba menggunakan enjin ciptaan sendiri. Sampai ke peringkat, anak beliau sendiri membesar tanpa mengenali Enzo. hanya kerana terlalu lama masa yang dilaburkan untuk “PASSION” beliau. Tapi mengapa beliau jual kereta jutaan ringgit harganya? jika betul passion…patutnya, jual lah secara murah supaya lebih ramai dpt merasai teknologi tersebut. Inilah apa yang beliau tegaskan.

  1. Apa yang diberikan kepada pelanggan beliau bukanlah sebuah kereta. Tetapi…sebuah MASTERPIECE. Ia adalah sebuah karya seni yang halus yang dibuat oleh keringat, darah dan nyawanya. Jadi harganya sebenarnya tidak terbeli, tetapi beliau berikan 1 harga yang mampu dibayar dgn harta manusia untuk mendapatkannya
  2. Beliau hanya berikan yang terbaik dari peringkat perancangan ke peringkat akhir menyiapkan sebuah karya. Kesemuanya ada harga yang perlu dibayar.
  3. Beliau juga seperti orang lain, beliau ada anak dan isteri dan semua perlu makan. Beliau juga perlu wang untuk meneruskan PASSION nya. Pelanggan beliau bukan bayar harga kereta, tetapi mereka bayar untuk beliau terus membuat kereta

Enzo tidak seperti Henry Ford. Beliau buat kereta sbg ARTWORK dan bukan sebagai produk kilang. Di saat Henry Ford mengeluarkan 20 kereta sehari, Enzo masih bangga menyiapkan sebuah kereta sebulan. Itu lah bezanya BUTIK dan KILANG. Dalam hal ini saya letak CandidSyndrome adalah dalam kategori BUTIK. Sebab itu setiap photographernya dipilih atas PASSION mereka bukan skill nya. Tapi dengan passion yang mereka ada, saya asah mereka dgn skill dan artistik sehingga mereka boleh jadi lebih baik dari kebanyakan professional di luar.

Sehingga Enzo mati pada 1988, beliau tidak pernah menganggap membuat kereta itu sebagai 1 profession tetapi 1 passion. Saya tertarik dgn cerita ini kerana ia ada banyak persamaan dgn saya. Saya dibayar oleh orang2 yang sayangkan saya dan mahu melihat saya sentiasa berada di sini melaksanakan apa yang saya minat dan cintai. Kerana segala yang saya berikan di CS adalah dari segala sumber yang terbaik yang ada. Jika ada photographer yang boleh berikan anda cetakan di makmal gambar biasa, CS mensyaratkan vendor makmal gamabr kami untuk menggunakan kertas yang kualiti dan juga menukaran chemical yang kerap dan kami membayar lebih tinggi dari gambar yang biasa hanya kerana kualiti yang pada pandangan mata kasar tidak dapat dibezakan. Tetapi dari segi jangkahayat gambar, kami menang. Mereka tidak membayar harga gambar yang saya ambil, kerana gambar2 yang saya ambil itu semuanya TIADA HARGA dapat membayarnya. Terlalu tinggi nilaiannya dan jika anda perlu membayar untuk seorang PASSIONATE photographer berbanding seorang PROFESSIONAL photographer, anda tentu akan merasakan bayaran anda itu sebenarnya hanya sebagai token sahaja. Walaupun ia lebih tinggi, tetapi gambar2 yang anda dapat adalah…PRICELESS!

Sekarang anda lihat di sekeliling anda. Berapa ramaikah jurugambar yang mengambil gambar kahwin padahal mereka tidak meminati langsung tentang wedding?? Mereka buat wedding photography kerana itulah yang paling senang untuk mereka dapat. Anda tanya diri sendiri, adakah anda mahukan seorang photographer yang murahan, tetapi mereka BERPURA-PURA dalam kerjaya mereka? ataupun anda bayar lebih untuk segala yang terbaik oleh seorang yang SANGAT DALAM CINTANYA terhadap apa yang dibuat??

PASSION bukan 1 confession dari mulut. Tetapi anda boleh lihat kesan passion itu pada hasil karyanya. Anda sendiri pilih, siapa yang anda mahukan?

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

.

image_pdfimage_print

24 Replies to “Antara Passion & Profession”

  1. what if i hate photography? tp suka tgk gamba2 cantik, yg ada life.. taken with passion. bole ke start photography hobby?

  2. assalammualaikum GB
    tq atas tulisan yg manarik dan memberi perangsang bg org2 baru cam saya ni.
    GB nak OT skit
    sorry kalau buat blog GB jadi semak ..saya xtau nak tuju kemana…
    masalahnye saya x bole masuk PS macam biasa …log in je kena tendang ….saya kena buang sekolah ke?hehheeh sori ye harap dapat masak PS lik…tq GB

  3. saya tak rasa pun SN berlagak.
    Sempit betul fikiran Irfan ni, tak seperti Irfan Khairi.
    Cuba baca blog Irfan Khairi, yg tu lagi berlagak kalau
    nak cakap…tapi itulah cara org berjaya.
    Saya baca dan 99.99% org kat sini baca semua inspired
    Irfan sorang jer yg gila, baca cakap berlagak

  4. berlagak? Irfan²

    SN, sy sgt suka akan kisah ini. Kerna apa? Kerna sekarang, sy dah menyampah kat seorang hamba Allah ni, biarlah sy tulis pnjg² kat sini. Minta maaf ek. haha.

    Budak ni,masa saya mula² main ngn angle, dia pernah kutuk saya, ” gamba korang asyik ambik dari bawah je, ape ar”. ms tu sy x ksh, sbb sy pun tak reti nak ambik gmba dr angle len. masih kecik ar tme tu
    haha

    skg ni, si pengutuk ni dh ada d80. taktau la dia bli dslr sbb dia minat betul² kat photogrphy ni or terikut-ikut dgn trend gntung dslr kat lher jek. huhu.mula-mula dia pkai d60,pastu tuka nek d80.baru 2 bln gne dslr, dah mengaku dia “Professional Wedding Photographer” . dn dia start kutuk sy blik, sbb nyer , die punye mindset kata gambar yg diambik dari dslr jerk cantik. saya penah ckp kat dia. “kalau ambik gmbr dr kamera luar biasa mmg hasilnya luar biasa, tp cuba ambk gmbr dari kamera biasa, dpt tak kau hasilkan gmbr luar biasa?” . haha. sy tetap dgn pndrian sy.haha.

    cukuplah.tk nak sy burukkan org.haha. terima kaseh yer baca luahan ht kat ruangan komen cek SN nih.

  5. Assalmualaikum..

    Saya amat tertarik dengan hasil kerja anda. Begitu seni dan amat kreatif. Ada kalanya foto-foto anda ( yang saya anggap hebat) dijadikan rujukan untuk saya mengambil foto. Cuma saya ada pendapat mengenai ANTARA PROFESSIONAL dan PASSIONATE yang anda huraikan. Anda mengatakan bahawa anda ada persamaan dengan Enzo Ferrari. Yang pastinya Enzo mencipta enjin dan kereta sendiri yang menjadi lagenda. Tetapi individu 2 yang minat fotografi yang banyak kat luar tu menggunakan kamera2 berjenama yang sudah ada di pasaran. Lainlah orang seperti George Eastman yang yang menjelmakan nama Kodak. Eastman begitu gigih dalam bidang fotografi sehingga teknologi kamera berkembang pesat dan kalau dia masih hidup kini, pasti dia terkejut dengan teknologi kamera digital.

    Bagi orang yang minat fotografi tetapi bukan professional, memiliki kamera digital, flash kit, lens merupakan alat permainan yang mahal bagi individu tersebut. Walaupun bukan jurugambar professional, mendapat upah mengambil foto perkahwinan pada hujung minggu sudah menjadi bonus dalam hobi ini… adakah ini satu PASSIONATE.

    PROFESSIONAL … sesuatu yang kita mahir lakukan atau hidup dengan melakukan sesuatu skop tugas yang mahir…. atau diringkaskan ayatnya… dapat cari makan.

    Apa yang pasti, rezeki di dunia ini adalah pemberian Tuhan. Ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Ada kalanya kita untung, ada kalanya kita rugi. Semuanya ada maksud tersirat. Merendah diri tetapi `berisi’ adalah yang terbaik.

    Saya harap masih lagi mengikuti perkembangan CS sebagai rujukan hobi saya.

    PS/ Belajar sepanjang hayat !

  6. to me…kalu kiter dah professional on taking picture takan kiter just ambik sajer…we(professional) we do it professionally n we are passionate about it!!! jgn nak memburuk burukkan we all…if we are not passionate how come we can become professional photog…
    ok for example kalu ur bmw rosok u nak hantar ke org bwh pokok yg baiki passionate or do u send to BMW services ctr where they have the professional mach. lu pikir la sendiri !!!!

  7. whatever ni…betul2 terasa ye. Agaknya kena tepat kot. Tapi saya beri pendapat saya dalam blog peribadi ini hanya pandangan peribadi. BMW kereta murahan, tapi kalau Ferrari, boleh check mechanic diorang macammana punya passionate kan? Itu lah beza mahal dan murah. Saya tak mampu lagi pakai ferrari, bmw pun cukup lah dulu buat masa ni kan 😀

  8. bukan lah apa kan…just sometimes nak bagi pandangan..tu tgk2 lah. jgn nak main sedap mulut aje k. Tak kena tepat pon sipi pon tak….kiter pon buat our profession by passionate gak…kalau tak mcm mane bole jadi profession. bukan terasa just nak betul kan sikit…

  9. saya tulis dah betul. Salah baca sahaja En. Whatever. I really mean what i wrote…nothing more and nothing less. Regardless what u thought on that matter. Please don’t prolong it, because u have choice not to read it

  10. i was ur admire by ur work and ur victory on wedding business but….now??????
    if ur passion about ur work why i ade dgr from ur ex client that u r not doing a well job, takan dah lama kawin sampai skrg masih tak dapat the soft copy…memalukan.
    i know ur humble etc….but please la stop on the bragging about urself..
    And please be open minded…i have the choice on on read it.

  11. passion or pro…passion datang dulu..kalau kita hargai apa yang kita buat,kita akan buat dengan betul2..kita akan buat dengan baik..dan kita akan buat dengan professional…do a work with a pro act is just an act,but do a work with your full heart,full passion,u’ll do it in pro way..
    owh…this is what i thought…

  12. hello SN. i came across this entry while browsing ur blog.

    i rasa i faham maksud you. i took 1 sem photography course kat uni dulu. teruk when submission kena reject byk kali, kena maki. mula mula rasa tak sanggup sangat, tapi lama2 timbul minat. walaupun suka-suka je, tapi sebab kena maki-maki tu la dapat snap better pictures. satu yang i remember in class, look at things differently from how other people see them.

    the way passionate people see through lenses is way different. bukan setakat nampak cantik, tapi siapa2 tgk gambar tu dapat rasa the mood and the soul of the picture. gambar cantik semua orang yang belajar photography technics boleh ambik. benda ni sama la dengan painting. yang cantik tu berlambak, tapi yang nampak ‘alive’ tu tak semua boleh buat.

    i think professionalism and passion kena seiring and evolving in times. lacked one of those, anything we make would be just generic, not unique.

    P.S. i like that CS photos always capture the ‘moments’, not just mere ‘photos’

    P.P.S kalau u punya personal opinion pun orang nak terasa hati, i bet ‘orang2 ni’ mesti tak sanggup pegi hardcore photography course kan? lagi teruk kena. hahaha. kalau tak boleh accept critique, forever la tak boleh improve ye tak?

    cheers!

  13. Dear SN, Salam.
    Do whatever best for u. Let them criticized. U r happy, that’s the utmost. As for me, not all professionals are PASSIONATE with their works. Passionate leads to professionalism…that’s what i believe.
    Abt the soft copy, only u and yr client knew the truth… I believe there must be reasons for it to happen.. if it really happened.
    Cheers.
    Rgds.
    AM

  14. Salam abg saiful nang..

    saya tertarik sangat dengan cerita nie..
    betul.. saya tengok ramai photographer yang ada sekarang wujud bukan atas passion.. tapi atas dasar kerja.. ikut2 kawan.. bila tgk hasil gmbr nya.. tak ada feel yang wujud.. gmbr hanya pada skill dan equipment.. saya suka berimaginasi.. dan saya suka fotografi.. just saya blum ada dslr lagi..=) there’s a lot of ways to capture.. bkn skdr apa yg di depan mata.. u have to see in a wide angle.. imaginasi bak kata sponge bob.. and u did it.. cos u have passion.. passion bukan sesuatu yg boleh kita cipta.. ia lahir dari hati yg plg dalam.. susah nk citer pasal passion nih sbb ia sesuatu yg dirasaii.. hehe.. keep ur good job..

  15. fuyoooo..what a mess in here.

    my opinion here, everythng that we do got pro n con. the important thng we knw what we doing. people like SN and other related people that same level with him, i just took it as a guide or reference to myself to be like them or better. thats all.

    cheers.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *