Orang kaya kalau tak main golf apa dia buat??

KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK MELIHAT SLIDESHOW GAMBAR2 RUMAH PENGASIH

Saya tak kaya lagi, tapi kalau tanya saya…saya ni kerja memang sangat pack pada hari biasa lagi2 hari minggu. Weekdays, almost full and busy berjumpa dengan customers dan bakal2 customer. Weekend pulak busy dengan jadual yang agak padat dengan wedding. Memang tak ada harapan lah nak main golf buat masa ni. Dulu saya ambil banyak wedding sebulan. Wedding yang saya sendiri ambil tak kurang 10 sebulan. Itu yang customer hire saya sendiri untuk shoot (tak termasuk team CandidSyndrome yang lain). 10 sebulan tu pun makin lama makin tinggi sehingga saya biasa ada wedding “Back2Back” pada setiap minggu dari pagi sampai tengahmalam hari Sabtu dan Ahad.

Kadangkala, saya sampai terlalu penat sehingga kepenatan itu melangkaui kecintaan saya terhadap wedding photography. Sejak itu lah saya dah letakkan kuota yang saya cuma akan shoot maximum 5 wedding sebulan. Yang bagusnya, dengan 5 wedding ni, saya dapat kenal rapat dengan client2 saya. Some of them dah jadi macam kawan dan saya semakin sayang keapada kerjaya saya. Dan saya juga…dapat hidup yang lebih baik dengan isteri saya….dan juga…dengan MASYARAKAT.

Ahad baru ni, saya ke Rumah Pengasih Sg. Ramal Baru lagi. Seperti hari2 Ahad lain yang tak ada wedding dulu, saya memang akan ke sini. Turun tangan untuk sama2 dirikan Rumah Pengasih bersama2 beberapa penghuni serta beberapa orang luar yang terdiri dari pelbagai golongan. Ada yang businessman, ada engineer, ada designer, ada juga pemandu teksi…tapi apapun latarbelakang mereka, yang saya tahu, kat sana semua macam bersaudara. Alhamdulillah, masuk bulan ni, dah 6 tahun saya bersama Rumah Pengasih di Kajang ni dan telahpun melalui pelbagai perubahan2 ke arah kebaikan.

Saksikan lah slideshow yang saya buat bagaimana anak2 Rumah Pengasih ini dibentuk. Average mereka mendapat tempat pertama hingga ke-5 di sekolah masing2. Dari segi akademik dan sahsiah dibina sama. Saya happy tengok semuanya. Mereka inilah keluarga saya sejak 6 tahun yang lepas. Dan kat sini jugak saya dapat rasakan nilai seorang sahabat dan juga nilai persahabatan.

FOTOTIPS NO.5

  1. Jika anda seorang jurugambar perkahwinan, ingatlah…CF card yang berisi gambar LEBIH BERHARGA dari camera dan lens2 yang anda ada. Sama nilaiannya malah lebih dari kerjaya anda. Jadi, labelkan CF card anda dengan nama anda dan no. telefon. Jika dalam kes anda tercicir sekalipun, kalau jatuh ke tangan orang yg baik hati macammana mereka nak pulang kalau tak ada contact no.
  2. Simpan CF / SD card anda dalam pocket yang berkunci. Ingat, pencuri berminat dengan camera anda sahaja bukan gambar kahwin yang anda ambil yg masih berada dalam card. Gambar2 tu tak ada nilai bagi pencuri tapi sgt bernilai dan tidak ada gantinya untuk pelanggan.
  3. Berpakaianlah mengikut dress-code. Ramai photographer masih lagi pakai vest camera yang pada saya sesuai untuk semua keadaan kecuali dalam wedding. Bila kita berpakaian seperti Tan Sri berpakaian, kita akan ada 1 power…power untuk bercakap dengan mereka tanpa rasa “rendah diri” yg terlampau. Penampilan kita meyakinkan dan tentunya pergerakan kita juga akan jadi meyakinkan.

.

ENJOICE!

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

.

Please write something in the comment and say hi to me. So I don’t feel like talking alone hehehehe. Don’t worry, eventhough ur comments will be moderated…it’s only a procedure to throw away spammer and some mosquitos

image_pdfimage_print

32 Replies to “Orang kaya kalau tak main golf apa dia buat??”

  1. “Bila kita berpakaian seperti Tan Sri berpakaian, kita akan ada 1 power”

    wah… cayalah SN ..tips yg menarik.. tapi camner tan sri berpakaian?

  2. apis : Ikut dress code
    Farhan : Tqvm…we love to do it. Because i was apart of them.
    Cikfreshoren : tqvm
    aerol : bgtau kawan2 kay 😉
    aminbakish : jgn tabik lah, saya dulu macam diorang jugak. Saya dulu miskin
    ezani : amin…
    Ummu Nabil : Ummi, sabar…tak semua orang bernasib baik. Tapi semua orang boleh ubah nasib mereka dgn usaha.
    lam : Get 1 in Batu Pahat so u can visit them everyweek 😉

  3. Menitk ayer mata saya, menengok slide show anda, rumah pengasih. Mengenangkan anak2 ini, membuat kan ku insaf akan kehadiran cita2 mereka. Semoga allah melimpahkan kurnia saiful kepada anak2 ini, akan dimakbulkan tuhan sebagaimana anda mencurahkan pengorbanan anda terhadap mereka.

    Amin..ya rabbal amin…

    Thnks/Rgds:

    Syukriz Of Brunei Darussalam

    One of your fans in Brunei.
    Good job my inspiration Photgrapher Saiful Nang

  4. I really adore ur works..and this time..it is the most precious!
    Saya bayangkan itu adalah anak saya..tak dapat saya nak menahan air mata dari mengalir..GOOD JOB SN and INTAN. moga satu hari nanti saya juga boleh curahkan bakti pada masyarakat..

    ~ibuzahraa~

  5. meleleh airmata tengok bebudak tu…rasa beruntungnya anak aku..walaupun bapak dia bukan millionaire.

    teruskan khidmat masyarakat SN!!

  6. Alahai Sitai pandai main golf ke ? Ada tokoh cam Handy Manny ( chanel 613, kalau dah ada anak nih lah channel default ) moga murah rezeki . Dlm sonok tgk gambar dia org nih …sayu je hati neh . Moga tercapai la semer cita cita dia org …amin

  7. Wow I love your slide… Rasa terharu and I promise you, kalau kempen derma buku yang bakal I jalankan berjaya, this home will be one of the beneficiaries. Mesti budak-budak bijak tu suka dapat buku kan?…

  8. the slide memang menyentuh hati saya, i was crying watching it…terdetik kat fikiran betapa bertuah dan bersyukurnya saya 🙂 vry good jobs SN and kak intan pun ikut, so berbakti sambil berdating…vry sweet…:) emm….n i like ur pic yg dgn ketua rumah iban tu, bagi peace lagi tu..vry cool SN!!

  9. sedih teramat sangat bila tengok slide show yg u buat,teringat kat anak sendiri ..jika kita tiada macam mana dgn nasib mereka..tak lama lg puasa menjelang tiba tentu sayu hati mereka menyambut bulan yang mulia..ya allah kau tabahkan hati mereka supaya tabah menghadapi dugaan yg kau beri..kau limpahkan rezeki dah syafaat kepada mereka..semoga 1 hari nanti mereka menjadi insan terbilang..amin

  10. menitik air mata saya melihat slide show tadi. mengingatkan saya supaya selalu bersyukur dgn apa yg ada. great job SN. Allah saja yang dapat membalas kebaikan yg dibuat oleh anda semua ke atas rumah pengasih tersebut. AMIN..

  11. saya bersama2 mereka, kerana….

    Saya dulu pun seperti mereka. Dibesarkan
    dalam keadaan serba kekurangan lantaran
    kemiskinan emak dan ayah saya. Saya tak
    akan lupa asal usul saya.

  12. Cantik dan menyentuh perasaan. Merujuk kepada fototips 5(3), kod berpakaian merupakan salah satu cara bagi kita untuk menghormati tuan rumah. Susah juga jika perkara ini turut melibatkan protokol, VVIP, Sultan, DYMM SPBYD Agong etc. Saya kena pakai songkok jika mengambil gambar majlis yang dihadiri Tuanku. Yang bukan muslim pun terpaksa pakai juga. Pernah juga semua hadirin majlis Tuanku diperlukan memakai “lounge suite”. Yang hendak buat saya tergelak tu bila ada seorang ADUN bertanya kepada isteri saya; “lounge suite tu baju melayu ke?”

  13. salam… ketika masih ada anak2 yg bahagia bersama keluarga, ketawa penghias wajah, tangis menunjukkan duka… masih ada antara anak2 kita yg meminta sedikit belas ikhsan demi sebuah kehidupan..
    (smlm alis tgk “bersamamu”, family yg punya 6 anak, kerana minyak masak terlalu mahal pada mereka, si ayah menggunakan lelemak ayam dan memanaskannya dlm kuali hingga menjadi MINYAK MASAK untuk menggoreng pucuk ubi hutan.. sedih sgt.. ingat cam tak cayer lemah ayam mentah tuh boleh jadi minyak, sekali tgk the proccess, mmg benar..kat kfc, kulit ayam dibuang macam tuh jer, sebab mmg bukan makanan kita malah amat tak menyihatkan kesihatan.. tapi anak2 mereka..sedih sgt..)
    SN & rakan2..; tahniah… atas segala masa yg diluang untuk anak2 disana.. moga usaha dan doa anak2 ini menjadi pendamping kalian di dunia fana kelak.. amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *