Penat tetapi puas!

Jam 4 pagi semasa saya mula menulis entri blog kali ini. Masih lagi dalam keadaan jetlag disebabkan perubahan waktu di antara San Francisco dan Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama saya juga menonton untuk kali kedua filem “The Social Network” arahan David Fincher mengisahkan pengasas facebook Mark Zuckerberg dan juga sejarah bagaimana beliau menjadi satu ikon genius dalam bidang yang beliau cipta. Kali ke-dua menonton, saya lebih berpihak kepada Eduardo Saverin berbandign Mark. Secara fakta juga, Mark mengakui kesilapan itu dan mengeluarkan satu amaun penyelesaian khabarnya sebanyak USD1.1 billion kepada Eduardo. Saya mungkin akan blog tentang ini nanti 😉

Perjalanan bermula pada 25 Februari 2011 apabila saya memulakannya dari LCCT Sepang ke Melbourne dan kemudian menjalankan 3 sesi fotografi yang dibantu oleh Ghazi Maslan semua diakhiri dengan baik sekali. Pelanggan blog gambar yang saya berikan di SINI (KLIK UNTUK LIHAT). Dari majlis di sebuah gereja di tengah Bandaraya Mebourne kemudian disambung dengan sessi potret dan disempurnakan malamnya dengan majlis resepsi di Dockland. Hari berikutnya, kami berpeluang untuk merakamkan satu lagi sessi portret pasangan ini. Semua disudahi dengan baik walaupun saya tertidur disepanjang perjalanan pulang ke Malaysia. 8 jam yang dirasakan terlalu singkat kerana terjadi hanya sekelip mata (tidur, buka mata, sampai)

Pada 1 Mac 2011, saya tiba semula di Malaysia. Disebabkan kelewatan yang berlaku oleh pesawat AirAsia disebabkan perkara teknikal semasa di Melbourne, saya kehilangan 5 jam ruang untuk pesawat yang seterusnya ke Chicago kepada hanya 3 jam. Hanya sempat satu makan malam pantas bersama isteri dan anak-anak di Dengkil dan terus ke terminal 1 KLIA untuk pesawat ke Chicago melalui Singapura, Hong Kong dan Chicago. Jumlah keseluruhan perjalanan termasuk transit ialah 25 jam.

Jika tanpa passion yang tinggi, saya pasti mengalah apabila melihat ke hadapan ialah 25 jam yang sukar. 18 jam di atas pesawat tanpa kemudahan non-linear inflight entertainment seperti yang diberikan oleh penerbangan Malaysia adalah satu pengalaman yang pasti buat seseorang yang sihat jadi buwasir. Tambahan lagi, tempat duduk dalam pesawat penuh dan tiada ruang untuk bergerak.

Pada 2 Mac 2011, saya dan Ahim selamat sampai di Chicago Ohare airport dan disambut pula oleh Johann, pelanggan kami di Chicago. Beliau berketurunan Vietnam, menetap di USA sejak 3 generasi yang lalu kerana lari dari kekangan komunis di Vietnam. Sementara isteri beliau Mina Tse dibesarkan di Hong Kong dan kini menetap di Chicago semenjak 15 tahun dahulu. Jika anda tanya, adakah sesiapa dari mereka atau keluarga mereka dari Malaysia? jawapannya ialah TIADA. Mereka hanya tahu saya hanya melalui laman carian di internet.

Cabaran paling besar ketika di Chicago ialah suhu yang sangat sejuk dan keadaan yang terlalu berangin. Suhu rata-rata semuanya di bawah paras beku dan prinsip kami di CandidSyndrome, tiada alasan untuk kami beri untuk dapatkan yang terbaik. Ia sangat menyakitkan apabila dalam keadaan berangin yang kuat dan suhu jatuh lebih dari -10 darjah dengan tiupan angin itu, dan tiada sarung tangan yang praktikal digunakan oleh seorang jurugambar yang bekerja membidik shutter. Bagaimanapun, semuanya berjalan dengan baik. Kami laluinya dan sudahinya dengan pujian yang tinggi oleh pelanggan yang sanggup menerbangkan kami sejauh lebih 20,000km.

Kami sudahi pengambaran di Chicago dengan berlepas ke San Fancisco melalui SFO airport. Kami sebenarnya ketinggalan penerbangan pertama dan dipenalti sebanyak USD75 seorang untuk penukaran penerbangan. Si San Francisco, kami mempunyai 1 hari cuti untuk kami berjalan di sekitar Bandaraya San Francisco yang terkenal dengan jambatan Golden Gate dan juga lokasi-lokasi ribuan filem-filem Hollywood.

 

Pada hari Rabu dan Khamis sahaja, kami menjalankan 5 sessi shooting. 2 untuk prewedding photography dan 3 lagi untuk shooting restoran. Saya ada menyatakan tentang seorang pengusaha restoran antara yang paling popular di San Francisco, Burma Superstar (anda boleh tanya secara rambang mereka di San Francisco, 8 dari 10 orang mengenali restoran ini) mendekati kami semasa sessi fotografi prewedding pagi Rabu yang lepas. Bila ditanya mengapa beliau mahukan kami untuk mengambil gambar restoran beliau, lalu dijawab “I see you are doing it passionately” tanpa melihat portfolio kami langsung.

Itulah yang berlaku dan kami terlibat secara langsung untuk 1 jam shooting pada hari pertama dan 1 jam setengah pada hari Khamisnya. Saya dan Ahim tidak menetapkan berapa bayarannya dan mengatakan, ini ialah peluang portfolio kami. Kami telah dibayar oleh klien yang lain untuk datang ke San Francisco. Tetapi beliau masih mahu membayarnya juga lalu kami bersetuju untuk menunjukkan hasilnya dahulu dan membiarkan beliau menyatakan berapapun yang beliau rasakan patut. Dalam fikiran saya, cukuplah sekadar token USD500 sahaja. Tetapi selepas kami tunjukkan hasilnya, pada hari akhir kami dibayar dengan notes berjumlah USD2,500 dan kata beliau, yuran fotografi saya seperti yang saya nyatakan dalam website terlalu murah dan beliau terasa terhutang budi dan bertuah. Kami laluinya dengan senyuman yang besar. Orang-orang Malaysia jangan khuatir, sekurang-kurangnya, rate saya sekarang tidak akan berubah hingga hujung tahun ini 🙂

An image from the pre-wedding of Melissa & Kurt in Palo Alto

Sementara shooting prewedding di antara Melissa & Kurt di San Francisco dan Palo Alto berjalan sangat baik. Saya masih lagi dalam proses untuk menyunting gambar-gambar mereka.

Apapun, pulang kami dari misi terpanjang dan terjauh kami untuk kali ini benar-benar menguji bahawa kekuatan itu datangnya dari KEMAHUAN. Kemahuan yg kuat itu datang dari MINAT yang kuat. Dan sebab itulah, bila orang bertanya apakah yang diperlukan untuk berjaya dalam fotografi seperti saya, lantas saya jawapnya “PASSION”.

.

SAIFUL NANG
MPA (UK),WPJA, B.SC Media (MMU)

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)

 

 

image_pdfimage_print

13 Replies to “Penat tetapi puas!”

  1. Congratulations!!! Keep up the good work! Akak sentiasa ikut perkembangan SN tapi malas nak komen di fb.. nanti beribu2 org comment & like…. hehehe… Akak sangat bangga dgn apa yg SN lalui… Semoga Allah swt memberkati segala usaha SN.. 🙂

  2. Tahniah SN…saya suka membaca blog SN yang mana banyak kata2 yang memberi semangat pada sesiapa pun..Terus maju SN…syabas.

  3. bro,tak kesah rate u up ke tak,cuz u guys deserve it,but never change your attitude in blogging.keep on blogging!! u inspire a lot!

  4. congrats abg saiful….!!!
    kagum sgt2 bile sy bce tetang perjalanan abg saiful di megara org banyak rintangan yg berlaku tetapi abg siful dapan melaku kan kerja hebat sekali….walau ape pon hujan batu di negeri org hujan emas di negeri sendiri…GOOD JOB ABG SAIFUL!!!!! =D
    well done!!! =) harap2 abg siful terus berjaya dlm bindang ni smpi bile2..xsabr nk tunggu abg saiful update new story lagi….hehe

  5. ye tepat sekali di mana ade kemahuan disitu ade jalan.. kisah yang menarik cerita lah lagi …dah upload lah gamba lagi huhu

  6. I have been following your shoots & your wife too sejak zaman fotopages. Bangga & suka dgn pencapaian awak setakat ini. Kagum sebenarnya. Rasanya perkara susah akan terasa senang bila kita membuat kerja yg diminati.

  7. I have been following your shots & your wife too sejak zaman fotopages. Bangga & suka dgn pencapaian awak setakat ini. Kagum sebenarnya. Rasanya perkara susah akan terasa senang bila kita membuat kerja yg diminati.

  8. abang..
    gambar abg sume cantik2…saye kagum ngan kebolehan abg..
    mcm mane nak jadik mcm abg ek..
    berminat nak join kursus2 yg abg buat tapi dari segi yuran masih tak mampu nak pegi..
    saye pun just gune 1000D..
    mcm mane ek…???

  9. SN.. saya minat dengan perkataan Passion tu… Memang saya terlalu minat dengan ilmu photography ni, dan saya tak pernah merasa kepuasan sperti yg saya mahukan. Saya terlalu ingin mencari kepuasan dalam bidang photography.. Kadang2 tu kecewa jugak dengan hasil yang sy dapat, sbb ilmu sy terlalu sikit kalau nk dibanding dgn photographer lain apalagi dengan SN sndiri… keghairahan mengambil gambar mmg itu yg saya rasa, tp kecewa bila tgk hasilnye tk sperti yg sy mahu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *