Mimpi yang sempurna (Hampir-hampirlah)

Tahukah anda, saya hanya mula terbang pada umur 26 tahun? Bermakna, saya hanya bermimpi dan bercita-cita untuk terbang merantau seluruh dunia selama 26 tahun. Sebagai anak peneroka Felda peringkat ke-2 yang masuk Felda semasa kegawatan ekonomi tahun 80-an, saya bukanlah bernasib baik sangat untuk dapat ibu bapa yang mampu untuk menjadi pengembara udara. Pada tahun 1980-an juga arwah nenek saya pergi menunaikan haji. Ketika itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abd Aziz Shah Subang. Selepas menghantar, kami sekeluarga bersama paman-paman (pakcik) dan anak-anak mereka (cousin) bersidai tepi pagar airport konon-konon nak babai kapal terbang tu.

Saya tanya ayah…Ayah, Angah nak naik kapal terbang boleh?

Ayah Jawap pendek “Belajar rajin-rajin nanti boleh kerja bawa kapal terbang”

Semenjak itu juga, cita-cita saya sering bertukar antara nak jadi doktor, bomba, pemandu keretapi dan juga pemandu kapal terbang (pilot). Tak dinafikan, sehingga nak ambil SPM pun saya masih ada beberapa cita2 yang masih lagi tertanam dalam diri tak berubah-ubah. Antaranya, pilot dan doktor. Nak jadi artis (bukan artis pelakon tu, artis ni seniman lah) macam skrg memang tak ada dalam senarai kerana cikgu tak galakkan. Takut KONON nya saya akan bekarya tepi jalan buat lukisan.

Selepas SPM, saya terus memohon untuk semua apa yg terlintas dalam kepala. Anara yang dimohon ialah utk mengambil kursus penerbangan di Akademi Penerbangan Batu Berendam Melaka. Semua berjalan lancar, alhamdulillah…semuanya ok TETAPI rupanya arwah emak tak senang hati anak dia nak jadi pilot. Dia risau jer nanti kapal terbang terhempas dan macam-macam (standard lah ni kan, org nampak 1 dari sejuta kapal terbang terhempat sbg tak selamat, org naik kereta 1 dari 500 accident…lagi teruk kan?). Apapun, saya ikut kata emak.

Cita-cita untuk terbang tu terus lagi disemat dalam diri. Alternatif ke-2 apabila saya ditawarkan kursus perubatan (A-Level) di UK yang juga tidak dibenarkan oleh arwah emak. Katanya, kalau emak sakit nanti tak sempat nak jumpa anak pasal anak jauh. Sekali lagi gagal. Yang tinggal ialah tawaran kursus kejuruteraan tajaan Telekom Malaysia yang sebenarnya 2+2 program. 2 tahun di Malaysia, 2 tahun lagi di UK. WOWW!! Taknak kecewa punya pasal, saya tak bagitahu perkara sebenarnya yg saya perlu habiskan ijazah di luar negara sehinggalah masanya tiba. Ada 2 tahun untuk saiko emak utk benarkan pergi.

Apapun, kuasa Allah…rancangan gagal lagi. Mengapa? Pada tahun 1997, ekonomi gawat lagi. Telekom tak jadi hantar student ke UK. Budget itu digunakan untuk convert ITTM menjadi UNIVERSITI (sekarang dikenali sbg MMU). Alang-alang tak boleh nak terbang dah…saya pun mohon tukar kursus kepada ARTS! selepas dari itu…saya tak menoleh ke belakang lagi.

Pada tahun 2004 saya buat kali pertamanya merasai pengalaman menaiki pesawat dari Johor Bahru ke KL. Pergi JB naik bas pergi kutip payment project di JB. Balik bawak duit banyak, hmmm…apa lagi, naik belon lah. Tapi malangnya…baru nak merasa tengok kapasan awan, dah kena buckle-up untuk landing pulak. Saya org terakhir tinggalkan pesawat…hampir2 sama dgn masa Kapten turun pesawat. Punyalah susah nak tinggalkan pengalamn pertama yg cepat sangat berlalu itu.

Kini, saya dengan kerjaya saya yang bukan pilot, bukan jurutera, bukannya doktor tetapi seorang jurugambar perkahwinan yang kadang-kadang jadi cikgu berkongsi ilmu yg dipinjamkan Allah. Dan saya menghabiskan lebih dari 300 jam setahun di udara dan di lapangan terbang. Setiap penerbangan tetap menjadi pengalaman baru bagi saya. Walaupun dah biasa, masih lagi kalau boleh nak berebut dapat seat tepi tingkap.

Kalau orang cakap saya ni kekampungan cakap lah. Saya memang masih sukakan kerja saya. Saya masih suka terbang dan bekerja. Saya paling suka terbang bersama orang-orang yang saya sayang (keluarga saya).

Saya masih di sini. Saya masih lagi menulis. Terima kasih kerana membaca

Bersukalah! (Enjoice!)

.

SAIFUL NANG
MPA (UK),WPJA, B.SC Media (MMU)

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)

Saiful Nang | Promote Your Page Too

image_pdfimage_print

29 Replies to “Mimpi yang sempurna (Hampir-hampirlah)”

  1. Good story SN. Mungkin tiada yang mustahil untuk mengecapi cita-cita dengan restu dan nasihat dari kedua orang tua. Saya yang sedang mengejar peluang seperti SN dan mengatur langkah untuk berguru bersama SN. InsyaAllah.

  2. Inspiring stories now & then……may Allah repay your kindness in sharing your life experiences to motivate others….we hope to learn more from you….

  3. em.. sejak sekolah lagi saya memang minat dengan art seperti lukisan dan grafik, tapi apakan daya ibu saya memang tak suka dengan minat saya. pernah ditawarkan kursus grafik di sebuah universiti dibawah tajaan mara, tapi ibu saya memang tak kasi alasan dia takde orang melayu belajar kat situ. bila dah beberapa tahun dengar ramai yang dah berjaya dngan bidang art ni termasuklah SN, baru terasa kesal. apepun benda dah berlalu, tapi mcm SN ni kira bertuah walaupun banyak rintangan akhirnya dapat juga ape yang di impikan…. good luck

  4. wahh…blog saya sudah mula meriah semula. Come on guys…marilah bersama2 saya dalam blog ini 😀

    Thank guys for reading 😉

  5. Good story, really inspiring……bila masa saya rasa “down” dgn kerja saya, saya selalu baca blog SN, byk tulisan SN yang membuatkan saya bersemangat kembali. Terima Kasih….

  6. saya juga impikan untuk belajar dan berjalan ke negara orang…saya amat meminati untuk pergi mempelajari budaya mereka….kalau tiap – tiap hari travel pun sanggup ttp di temani org yang tersayang…saya juga impikan untuk terbang sepertimu , Saiful Nang……………….

  7. saya anak felda juga! saya turut berbangga dengan pencapaian SN sekarang. saya sangat berharap saya turut boleh mengikut jejak langkah SN suatu hari nanti. Insya Allah.. saya doakan kejayaan SN pada masa akan datang. go SN go! 😀

  8. inspiring 🙂
    perlu berani kalau nak jadi mcm SN.
    berani buat keputusan terutamanya.

    p/s: snow kalo kene kamera/lens xde masalah ke SN? 🙂

  9. jawapan yang lebih kurang juga diberikan apabila soalan yang sama diajukan kepada ibu bapa saya:
    “belajar rajin-rajin nanti boleh lah naik kapal terbang”

    ..dan insyaAllah saya akan terbang ke sabah ahad ni 13 march 2011 kerana terpilih utk menyertai photography camp yang disponsor sepenuhnya FujiFilm..
    Alhamdulillah..walaupun hanya dalam malaysia..tapi masih naik kapal terbang juga..

    SN thank you for inspiring me

  10. sangat kagum dengan semangat anak peneroka felda yang berjaya. wong jowo yo..hahhaha.saya juga anak felda.moga lebih berjaya. =)

  11. suka baca entry SN, dari mula2 forum yg SN bukak dulu,dari mula2 entry fotopages SN, sampai ke sekarang masih lagi mengikuti perkembangan SN. Faham sgt perasaan SN naik flight, mcm tu la jgk sy rasa masa mula2 naik flight. Tapi tu la pertama kali tu la yg last sy naik sebab masa tu di sponsor. Skrg xmampu sgt dan xberkesempatan dah hehe… Teruja berada di awangan berjam-jam. Saya pun kalau dpt naik lagi mesti berebut nak duduk tepi tingkap. Thanks for sharing your stories. A very inspiring story and you make us believe that nothing impossible untuk mengejar cita-cita. Kadang2 kekampungan itu lagi best dari kemodenan.

  12. best sgt rsa pengalaman yg tuan kongsikan tu sbb sy pn sbnrnya bleh kta mempunyai pengalaman yg hampir sama dgn tuan.sy berminat menjadi pilot tp sbb kekangan duit maka hajat xsmpai tp smpai skg cita2 tu still tertanam dlm ati ni lg. second sy smpai umo 24 tahun ni still xpenah lg naik flight.insyaallah klau panjang umo 25hb 4 ni sy dpt la jgk nek flight pegi thailand.sy berminat belajar photography tp ilmu di dada ni still xcukup lg.masih baru dlm belajar smua ni.harap 1 hari nnt dpt bljr ilmu dr tuan.salam
    p/s: minat mmbaca setiap komen fb dr SN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *