Berikan seniman itu makan

Alhamdulillah, momentum kejayaan Karipap Nabilah yang menjadi debut kami dalam memperkenalkan konsep filem pendek untuk perkahwinan telahpun mendapat perhatian yang sangat hebat di pasaran. Terbaru, kami terbang 5 ribu kilometer ke Hangzhou China semasa suhunya sangat   menggigit jari-jari. Apapun, kepuasan bekerja dan pelaksanaan idea merupakan sesuatu yang pada kami nikmat sebagai  seniman dalam bidang visual ini. Maka dengan itu, kami bertarung atas semua kekangan alam untuk menghasilkan tidak lain hanya yang terbaik sahaja.

Hasilnya, sangat baik. Sesuatu yang dilakukan dengan hati pastinya dapat menyentuh hati orang lain. Apapun, belum habis kegembiraan itu dalam memaparkan sesuatu yang lain dengan ego seorang seniman yang pantang sekali meniru ataupun mencedok idea orang lain, kami dikejutkan dengan pihak yang mengambil jalan lain dengan mengupah cinematographer dan fotografer lain tetapi memberikan link kami untuk mereka cedok. Hasilnya kepada pelanggan ialah sesuatu yang lebih murah. Dalam hal ini, saya juga tidak dapat menyalahkan sesiapa. Apapun, hidup perlu diteruskan.

Pada masa ini, ledakan gaya baru ini mungkin difikirkan ber kos tinggi untuk kebanyakan pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga tetapi kami berharap, kami akan diberikan peluang untuk cabang-cabang lain. Ikutkan hati, filem penuh yang ditayang dipawagam itu mahu saya realisasikan. Tetapi selain dari itu, kami juga mengintai peluang-peluang setelah bersedia dari semua aspek untuk pembikinan filem cereka, siri-siri TV, iklan, PSA, video korporat dan banyak lagi yang terkait dengan seni visual ini.

Kepada anda semua para pembaca budiman, sekiranya anda bekerja, berkerabat atau kenal ataupun anda pembuat keputusan dalam organisasi anda yang memerlukan keperluan untuk video dan foto, kami berharap anda boleh letakkan nama kami sebagai pilihan utama. Kualiti yang kami berikan dengan kepakaran yang ada, kami tidak menjanjikan kos yang rendah tetapi yang pasti, kami mampu berikan yang terbaik kepada pelanggan kami. Berikut adalah wishlist kerja yang saya inginkan;

  1. Video korporat syarikat penerbangan
  2. Video korporat syarikat perhotelan dan pelancongan
  3. Video syarikat minyak
  4. Video korporat syarikat perkapalan
  5. PSA (Public Service Announcement) untuk syarikat telekomunikasi
  6. PSA untuk GLC & PLC
  7. Progress Video untuk projek mega
  8. Dokumentari sejarah
  9. Realiti TV
  10. Apa-apa yang mencabar

Saya awali sokongan anda dengan ucapan jutaan terima kasih. Saya ingin berkongsi satu cerita bagaimana pemusik jalanan menghiburkan kita. Dan kita dengarinya sepanjang hari tetapi apabila pemusik itu mengedarkan tabungnya untuk diisi, kita lari dari mereka. Demikian jugalah kami, yang mempunyai puluhan ribu peminat dan kami harap, anda jalankanlah sokongan anda dengan memanjangkan berita kebolehan kami ini kepada pihak yang mempunyai keperluan. Anda akan lihat kami sentiasa terus beraksi di sini kerana kami mampu berdiri dan hidup bukan dengan sokongan suara sahaja, tetapi dengan sokongan material yang anda berikan melalui rekomendasi.

Ini adalah kerja atas dasar minat, tetapi jika minat ini tidak mendatangkan apa-apa hasil secara material, kami juga terpaksa berundur seperti sebahagian seniman handalan negara yang merajuk hati ke luar negara dek kerana nilai apresiasi di tanah sendiri sangat rendah. Ayuh kawanku semua, berilah seniman itu makanan!

.

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPPI (USA), WPJA, B.SC Media (MMU)

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)

Saiful Nang | Promote Your Page Too

image_pdfimage_print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *