Portraiture – Back Alley pun boleh maa! (BRUNEI)

Siapa kata kalau nak buat portraiture mesti kena pergi lake garden, pantai, tunggu sunset, taman bunga dan tempat2 cantik yang ada touristic attraction. Ni kat atas ni buat kat sebuah rumah tinggal di belakang Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri di Kumbang Pasang.

Gambar atas kiri : di sebuah rumah tinggal yang masih ok lagi. Play with light. Itu lah perkara paling utama yang menjadikan sebuah gambar itu lebih berseri…pencahayaan. Kesemua gambar yang saya ambil dalam set ini tidak menggunakan apa2 teknologi remote flash ataupun pencahayaan artifical. Kesemuanya menggunakan elemen2 yang ada sahaja. Gambar atas kanan : Staircase spiral ni memang banyak ada di Brunei. Biasanya dipasang di bangunan bertingkat sebagai laluan kecemasan. Dalam gambar, tak ada orang boleh cakap tempat ini busuk. Kerana bau tidak masuk dalam gambar. Again…ordinary place…extraordinary photograph 😉

Tangga begini anda boleh jumpa di mana2 sahaja. Di tangga rumah kedai, tangga pejabat, kedai makan cina dan banyak lagi tempat. Biasa sahaja tempatnya, dengan pencahayaan yang baik (mesti tahu arah matahari darimana semasa scouting location) dan juga yang penting…pengarahan.

Shoot yg simple sahaja. Memang untuk workshop saya sebelum inipun, saya kerap request model yg TIDAK PROFESSIONAL. Ini lebih realistik kerana semasa hari sebenar, memang model kita tak semuanya cantik, tak semuanya pandai posing, majoriti tak pernah mendapat pengarahan jurugambar, tak semuanya cantik dan tak semuanya SLIM (Ehemmm…sorry ek model, anda masuk kategori comel). Yang penting…bagaimana ANDA BERHADAPAN DENGAN CABARAN ITU. Saya dah melalui ratusan assignment dan ratusan pasangan yang pelbagai gaya dan cara….tapi kerja kita sebagai jurugambar…BERI YG TERBAIK (BUKAN NYA BERI ALASAN)

Saya pasti anda semua boleh buat gambar ini. Ini hanya tentang idea sahaja. Anda boleh ambil gamabr ini dimana2 sahaja dan anda boleh tirunya secara teknikal. Kesilapan yg selalu saya lihat dalam kebanyakan percubaan ialah…mereka boleh meniru angle dan aksi…tapi pengarahan adalah original. Nak bagi org senyum senang, tapi nak suruh orang ketawa…anda boleh?

See….hanya di sebuah “BARBER SHOP” sahaja. Pencahayaan memainkan peranan lebih penting juga untuk ini. Tambahan lagi bila di ambil dalam mode Black and White. Anda lihat sendiri macammana impak dalam visual. Sekarang…saya rasa anda hanya nampak gambar yang cantik dan classic (anda dah lupa tentang model yang “comel” itu…maaf hairul and Ima, saya terpaksa cakap pasal ramai menjadikan benda itu alasan kenapa gambar mereka tidak cantik)

Sekarang, tidak ada alasan lagi untuk anda untuk tidak mengambil gambar dengan baik. Kerana apa? Dengan model yang tidak professional, kaku dan bersaiz besar ditambah lagi dengan lokasi yang tidak meanrik langsung. Tetapi sebagai jurugambar….kita adalah MAGICIAN. Kita bermain dengan cahaya…kita mampu menangkap cahaya….

ENJOICE!

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

image_pdfimage_print

21 Replies to “Portraiture – Back Alley pun boleh maa! (BRUNEI)”

  1. ya…memang betul sume kate2 SN di atas..
    sy dah mencube pelbagai cara..tok menjadi pengarahan sy menjadi..
    ini bermakne tok membuat orang ketawa,memang sukar..
    di dalam percubaan sy…ad yang menjadi,ad yang tidak…
    tetapi apbila sy melihat hasil seni kerja SN,semuanya menjadi..
    syabas sy ucapkan kepada SN…tetapi sy tak akan mengalah..
    dan ingin terus mencuba dan mencuba….sehinggalah sy berjaya sprt SN..
    thankz..SN kerana telah banyak membuka mata saya..

  2. dulu..pernah came across 1 photographer ni…die jadikan alasan client yg bdn ‘comel’ menyebabkn gambar tu x cantek..mase tu mmg sedih la..sbb saya ni pun bdn ‘comel’…x kan x ada yg nk amik gmbr sy masa kwen..so, bile SN buka cite psl ni…rs mcm best sgt…

    setuju sgt dgn u SN..jgn jdkn bentuk bdn sebagai alasan…

  3. Hehehe Bro Saiful pun boleh jadik model yang “comel” gak hehehehehe jangan marahhhh nanti bertambah “comel”!!!

    BTW these are gorgeous pix, nanti bila-bila balik kampung saya akan mencuba dengan menjadikan sedara-mara saya sebagai model. Kampung saya best untuk photoshoot, banyak kedai lama…

  4. ttg cahaya… photograph itu sendiri bermaksud “lukis dengan cahaya” dalam Greek. so sama2 kita menggunakan cahaya dengan sebaiknya kerana ia anugerah Allah..

  5. Memang great job dengan make up artis yang juga bidang terjun….

    Sebab tak sempat nak tangkap make up artis professional..

    Anyway ima dan hairol memang comel. And SN KUTGW.

  6. Playing with lights. Lights to ponder. This is a really serious “Out-of-the-box” thinking. I can safely bet where you live…….”out-of-the -box”.

    Pemikiran kreatif kadang-kala terkongkong akibat pembelajaran semasa kecil. Contohnya semasa di sekolah. Bagaimana untuk membuang “kongkongan” tersebut untuk “unlearn” dan “relearn” adalah satu cabaran tersendiri. Maka setelah melalui proses tersebut, idea kreatif tidak akan dipanggil idea gila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *